Khamis, 8 Disember 2011

Hatimu Milikku - Bab 18


BAB 18

Dengan kuasa ALLAH, Tengku Azizul mulai menerima Aisya sebagai isterinya. Kesilapan yang lepas dijadikan kenangan dan pengajaran dalam hidup Tengku Azizul. Malah sikap ambil berat Tengku Azizul terhadap Aisya membuatkan diri Aisya semakin dihargai dan disayangi. Selama sebulan ini, Tengku Azizul selalu menelefon bertanyakan khabar dirinya dan juga anaknya. Berkat kesabarannya selama ini telah terbalas. Doanya untuk mencapai kebahagiaan telah dimakbulkan oleh ALLAH. Namun bukan semudah itu untuk dia sentiasa tersenyum kerana perasaan benci Puan Sharifah Rohana masih lagi menebal dalam diri orang tua itu.
Semakin hari semakin benci Puan Sharifah Rohana terhadap Aisya. Melihatkan kemesraan Aisya dengan Tengku Azizul menambahkan lagi bara yang sudah sedia ada. Pernah suatu hari Puan Sharifah Rohana cuba mengugut Aisya supaya meninggalkan Tengku Azizul. Mujurlah ketika itu didengari oleh Tengku Azizul, lantas Tengku Azizul memarahi Puan Sharifah Rohana. Malah Tengku Azizul pula yang mengugut Puan Sharifah Rohana akan meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.
Sejak dari itu Puan Sharifah Rohana tidak berani untuk bertindak dengan lebih jauh lagi terhadap Aisya. Aisya sendiri tidak faham kenapa Puan Sharifah Rohana terlalu membencinya berbanding Tengku Azman. Mungkin hajat Puan Sharifah Rohana yang tidak kesampaian untuk menjadikan Sharifah Aleeya menantunya membuatkan dia begitu membenci Aisya. Semua yang dirancang oleh Puan Sharifah Rohana punah begitu saja disebabkan Aisya. Niat untuk memisahkan Tengku Azizul dan Aisya masih lagi menebal dalam diri Puan Sharifah Rohana.
Mendung tidak selalunya hujan dan panas tidaklah sampai ke petang, Puan Sharifah Rohana benar-benar mengotakan kata-kata ugutannya. Dalam sekelip mata kebahagiaan itu diragut akibat dari perbuatan Puan Sharifah Rohana. Puan Sharifah Rohana telah memerangkap Aisya dengan air minuman berisi pil tidur. Dia ditangkap oleh Tengku Azizul sedang tidur bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya sepanjang dia hidup di muka bumi ALLAH ini. Taktik yang biasa orang lakukan untuk memisahkan dua hati walaupun Aisya sedang mengandung.
“Percayalah bang, Aisya tak kenal pun siapa lelaki tu,” rayu Aisya pada malam itu juga. Dia memegang lengan Tengku Azizul tapi ditepis kasar oleh Tengku Azizul.
“Jangan kau panggil aku dengan panggilan tu, jijik aku mendengarnya. Perempuan macam kau tidak selayaknya dijadikan isteri. Jangan-jangan anak yang kau kandung tu anak jantan yang kau tidur tu, aku yang jadi pang sanggupnya. Betulkan apa yang aku cakapkan ni?” jerkah Tengku Azizul sinis. Aisya sudah merembeskan air mata. Kepala digelengkan berkali-kali.
“Ya ALLAH bang… anak ni anak kandung abang. Tolong jangan nafikannya. Kasihanilah dia abang. Aisya tak pernah curang pada abang. Abang satu-satunya lelaki yang Aisya cinta. Percayalah abang!” rayu Aisya lagi. Air mata semakin laju mengalir membasahi pipi.
Tengku Azizul mendengus keras. Matanya tajam memandang Aisya. Gambar yang diberikan oleh Puan Sharifah Rohana sebentar tadi membuatkan hatinya mendidih menahan amarah yang amat sangat. Hatinya panas tatkala melihat gambar Aisya yang sedang tidur bersama seorang lelaki. Cintanya terhadap Aisya yang mulai terpupuk diragut dengan kecurangan Aisya.
“Percayalah bang, Aisya dianiaya. Aisya tak bersalah,” rintihnya lagi dan kali ini dia sudah pun memegang kaki Tengku Azizul.
Tengku Azizul menarik kakinya dengan rakus. Aisya tertolak ke belakang. Satu hentakan kuat dapat dirasakan di pinggang Aisya. Perutnya terasa sakit dengan tiba-tiba.
“Hey… kau tak paham bahasa ke? Anak aku dah tak nakkan kau. Kau tu perempuan curang, kau tahu tak!” tengking Puan Sharifah Rohana yang sedari tadi menjadi pemerhati.
“Tak… Aisya bukan perempuan curang. Percayalah abang…. Aisya tak curang dengan abang. Hanya abang yang Aisya cinta. Hanya abang yang ada dalam hati Aisya,” bidas Aisya keras. Dia mahu Tengku Azizul mempercayai akan kata-katanya itu.
“Huh!! Cinta konon. Jangan kau ingat cinta kau tu boleh beli anak aku. Sudah… keluar kau dari rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Pergi….” bidas Puan Sharifah Rohana dan menarik tangan Aisya agar keluar dari rumah itu.
“Abang… tolong Aisya. Aisya tak bersalah. Percayalah…” rayu Aisya sambil cuba memegang kaki Tengku Azizul. Namun masih ditepis kuat oleh Tengku Azizul.
“Kau ni memang degil.” Marah Puan Sharifah Rohana. Semakin kuat dia menarik Aisya agar keluar dari rumah itu tanpa rasa belas kasihan.
Aisya sekadar membiarkan perlakuan Puan Sharifah Rohana terhadapnya. Dia perlu mendapatkan kepercayaan Tengku Azizul. Dia tidak peduli jika dirinya disakiti asalkan Tengku Azizul mempercayai akan kata-katanya itu.
“Mama….” Panggil Tengku Azizul setelah lama mendiamkan diri dan menjadi pemerhati perbuatan Puan Sharifah Rohana terhadap Aisya.
“Abang… percayalah. Aisya tak curang dengan abang. Aisya dianiaya,” ulang Aisya kepada perkara yang sama. Bingkas dia bangun dan menghampiri Tengku Azizul. Tangan Tengku Azizul diraih dan dicium beberapa kali.
“Aisya mulai hari ini aku…”


Aisya menyeka air mata yang masih lagi bersisa. Pinggangnya yang terasa sakit akibat terhentak dibuang ke tepi. Darah yang mengalir keluar dari celah kelangkangnya tidak dipedulikan. Kesakitan di perutnya dibiarkan sahaja. Hatinya sedih dengan tindakan Tengku Azizul menceraikannya. Tuduhan Tengku Azizul merupakan satu tuduhan membuta tuli tanpa usul periksa. Dia yakin semua itu dirancang oleh Puan Sharifah Rohana yang cemburu melihat kebahagiaannya dengan Tengku Azizul. Tapi, siapalah dia untuk menghukum, biar ALLAH sahaja yang menghukum ke semua perbuatan Puan Sharifah Rohana. Dan buat kali kedua, dia rebah menyembah bumi kerana tidak dapat menanggung bebanannya lagi.


“Aisya dah sedar makcik,” suara Nadia memecah gegendang telinga Aisya.
“Aisya, anak mak!” panggil Puan Suhaila lembut.
Aisya membuka mata perlahan-lahan. Wajah Puan Suhaila meniti ruangan mata. Pantas tubuh tua itu di peluk erat. Melepaskan kerinduan pada Puan Suhaila.
“Aisya rindukan mak,” jeritnya dalam esakan.
Puan Suhaila membalas pelukan Aisya. Dikucup ubun-ubun rambut Aisya. Betapa rindunya dia terhadap anaknya itu. Nadia di sisi hanya menjadi pemerhati dua beranak melepaskan kerinduan masing-masing. Sesekali dia menyeka air mata yang hampir tumpah dari kolam matanya.
“Maafkan mak sayang. Mak bersalah pada Aisya. Mak sepatutnya berada di sisi Aisya bukannya membuang Aisya,” suara Puan Suhaila bernada kesal.
“Tak mak, mak tak bersalah, Aisya yang bersalah. Aisya yang tak pandai nak menjaga maruah keluarga. Maafkan Aisya mak,” bidas Aisya dan merapatkan lagi pelukannya.
Namun dia tersentak seketika. Seperti merasakan ada perubahan pada dirinya. Dia meramas-ramas perut yang sudah mengempis. Pandangannya jatuh ke arah Puan Suhaila dan juga Nadia. Puan Suhaila berkerut seribu manakala Nadia hanya tunduk membisu.
“Mana anak Aisya?” tanyanya berwajah cemas. Puan Suhaila tidak mampu untuk memandang Aisya begitu juga Nadia. “Mak, mana anak Aisya? Nadia, mana anak aku?” soal Aisya lagi. Wajah Puan Suhaila dan Nadia dipandang silih berganti.
“Awak dah sedar Aisya,” soal Dr. Aril Fatah tiba-tiba. Mata mereka bertiga tertancap ke arah doktor muda itu. Dr. Aril Fatah menghampiri Aisya dan memeriksa nadi Aisya. Sempat dia mengukir sebaris senyuman kepada mereka bertiga.
“Doktor, mana anak saya?” soal Aisya lagi seperti tidak mahu mengalah selepas tidak mendapat jawapan dari Puan Suhaila dan juga Nadia.
Calm down Aisya. Apa yang saya nak beritahukan pada Aisya mungkin akan memeranjatkan Aisya. Tapi Aisya perlu ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita sebagai umatNYA harus redha dan ikhlas dengan ketentuanNYA.” Panjang lebar Dr. Aril Fatah menasihati Aisya.
“Doktor, mana anak saya?” tekan Aisya seperti hilang sabar dengan sikap acuh tak acuh doktor muda itu apabila dia menyoalkan tentang anaknya. Dr. Aril Fatah menarik nafasnya sebelum memulakan bicara.
“Aisya, dulu saya pernah beritahu pada Aisya yang kandungan Aisya begitu lemah. Jika tidak dijaga dengan baik, ada kemungkinan kandungan Aisya akan mengalami masalah. Saya minta maaf kerana tidak dapat menyelamatkan kandungan Aisya. Anak Aisya meninggal dalam perut Aisya dan kami terpaksa mengeluarkannya dari perut Aisya,” jelas Dr. Aril Fatah tenang dan menyembunyikan perkara yang sebenar. Cuba untuk tidak memeranjatkan Aisya. Biarlah Aisya bertenang dahulu. Dan selepas itu, dia akan menjelaskan perkara yang sebenarnya seperti yang dijelaskan kepada Tengku Azizul sebulan yang lepas.
Bagaikan batu menghempap kepalanya sebaik saja dia mendengar penjelasan dari doktor muda itu. Air mata sudah mengalir deras.
“Tidak… tak mungkin doktor. Doktor tipu, saya tak percaya,” raung Aisya sekuat hati.
Puan Suhaila menerpa ke arah Aisya. Aisya dipeluk dengan erat dan cuba mententeramkan Aisya yang masih tidak stabil. Nadia melorot ke dinding, tidak tahan melihat keadaan Aisya ketika itu.
“Bukan itu saja Aisya, kecederaan di bahagian abdomen atau perut boleh menyebabkan bayi meninggal.” Tenang Dr. Aril Fatah menerangkannya lagi. Jauh di hati, dia terasa sebak melihat keadaan Aisya yang tidak henti-henti menangis dan dipujuk oleh Puan Suhaila.

“Terima kasih doktor,” ucap Nadia selepas Dr. Aril Fatah memberi suntikan ke atas Aisya. Dr. Aril Fatah mengangguk dan kelihatan sebaris senyuman di bibirnya. Nadia menghampiri Puan Suhaila. Bahu tua itu dipeluk erat. Puan Suhaila sudah dianggap seperti maknya sendiri.
“Makcik tak sangka seberat ini dugaan Aisya, Nadia. Jika makcik tak buang dia, semua ini takkan berlaku Nadia,” sayu Puan Suhaila memperkatakannya. Matanya masih lagi memandang wajah polos anaknya yang sedang tidur lena.
“Tak makcik, jangan salahkan diri sendiri makcik. Semua yang berlaku kepada Aisya adalah takdir ALLAH untuknya. ALLAH nak menguji ketabahan dan kesabaran Aisya, makcik. Apa yang perlu kita lakukan ialah memberi semangat kepada Aisya agar terus hidup dan berhadapan dengan apa yang telah berlaku,” sangkal Nadia. Tidak mahu Puan Suhaila terus-terusan menyalahkan dirinya sendiri.
Sejak dia memberitahu akan keadaan Aisya yang sebenarnya, Puan Suhaila asyik menyalahkan dirinya sendiri di atas apa yang menimpa ke atas diri Aisya sekarang. Puan Suhaila mengangguk lemah. Namun rasa kesal dalam dirinya tidak akan pernah hilang selagi dia hidup di muka bumi ALLAH ini.
“Sama-sama kita berdoa agar Aisya tabah menghadapinya Nadia,” pinta Puan Suhaila dan memeluk erat Nadia. Nadia membalas pelukan Puan Suhaila.
“Insya-ALLAH makcik,” ucapnya. Kepalanya sudah pun melentok ke bahu Puan Suhaila. Mereka berdua menatap wajah Aisya yang sedang tidur. Tidurlah sayang. Bila Aisya sedar nanti, Aisya tidak akan memikirkannya lagi, bisik hati kecil Puan Suhaila sambil mengusap rambut Aisya.


“Aisya… Aisya…” jerit Puan Sharifah Rohana dan membangunkan Tengku Azman di sebelah. Tengku Azman menggoncang badan isterinya. Puan Sharifah Rohana membuka mata. Di kalih seketika ke wajah Tengku Azman yang sedang berkerut seribu.
“Ana, kenapa ni?” soal Tengku Azman. Wajah isterinya di pandang sayang.
Puan Sharifah Rohana mengangkat badan dan bersandar di kepala katil. Tengku Azman turut sama mengikuti tindakan isterinya. Puan Sharifah Rohana menarik nafas dalam-dalam lalu melepaskannya.
“Kenapa ni Ana?” soal Tengku Azman lagi apabila soalannya tadi tidak berjawab.
“Tak ada apa-apa bang, Ana mimpi buruk aje tadi,” jawab Puan Sharifah Rohana sambil meraup wajahnya.
Tengku Azman membetulkan kedudukannya yang dari separuh baring kepada bersandar. Wajah Puan Sharifah Rohana dipandang sayang. Diamati wajah yang telah mencuri tangkai hatinya sejak dari pertemuan mereka yang pertama lagi.
“Tidurlah sayang, jangan diingatkan mimpi buruk tu lagi,” pujuk Tengku Azman yang sudah membaringkan badannya semula untuk menyambung tidurnya yang diganggu oleh jeritan Puan Sharifah Rohana.
Puan Sharifah Rohana hanya membisu. Fikirannya masih lagi mengingati akan peristiwa yang berlaku enam tahun yang lepas. Begitu kejamnya waktu itu sehinggakan sanggup menganiaya menantunya sendiri. Kebencian terhadap Aisya menjadikan dia seorang pembunuh cucunya sendiri. Dia juga tegar menghancurkan kebahagiaan rumah tangga Tengku Azizul demi kepentingannya sendiri. Begitu banyak dosa yang telah dilakukan olehnya terhadap Aisya dan Tengku Azizul. Tak terbalas dosanya dengan hanya memohon ampun kepada ALLAH. Dosa kepada ALLAH mungkin boleh diampun, tetapi dosa sesama manusia, susah untuk menduganya.
Puan Sharifah Rohana melangkah menuju ke dapur untuk meneguk segelas air. Terasa kering tekaknya selepas terjaga dari mimpi yang buruk. Sejak kebelakangan ini, dia selalu bermimpikan Aisya. Adakah itu satu hikmah untuk dia berjumpa dengan Aisya dan memohon kemaafan dari Aisya? Sudah lama dia ingin menemui Aisya, tetapi perkhabaran tentang Aisya tidak diketahuinya. Pernah juga dia mengupah orang menyisat di mana Aisya berada, tetapi semuanya sia-sia belaka kerana Aisya tidak dapat dijejaki sehinggalah dia memutuskan untuk tidak menyiasat Aisya lagi.
“Ma, kenapa duduk sorang-sorang kat sini?” tegur Tengku Hariz menerbangkan lamunannya. Sekilas dia menoleh ke arah Tengku Hariz yang sedang tercegat di sebelah peti ais.
“Riz tak tidur lagi ke?” soal Puan Sharifah Rohana dan meneguk air dari dalam gelas.
Tengku Hariz menghampiri dan duduk bersebelahan Puan Sharifah Rohana.
“Tak mengantuk lagi ma. Nak siapkan kerja sikit,” jawab Tengku Hariz lembut. Matanya masih lagi memandang wajah Puan Sharifah Rohana. Seperti ada masalah pada wajah itu.
“Mama ada masalah ke?” soal Tengku Hariz pula.
Puan Sharifah Rohana cuma tersenyum. Bila berdepan dengan Tengku Hariz, sukar untuk dia menyembunyikan sebarang riak kerana Tengku Hariz bijak menduga fikirannya selama ini.
“Riz dah siapkan semua persiapan ke?” tanya Puan Sharifah Rohana cuba mengubah topik perbualan. Tidak mahu Tengku Hariz mengasaknya dengan soalan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya. Tengku Hariz sedikit terkejut. Dia mengangkat kening dan memandang Puan Sharifah Rohana.
“Lusa kan hari pertunangan Riz, Riz dah siapkan semua persiapan ke?” ulang Puan Sharifah Rohana cuba mengingatkan Tengku Hariz.
Tengku Hariz menelan liurnya. Sumpah dia tidak mengingati akan hari pertunangannya sehinggalah Puan Sharifah Rohana mengingatkannya. Puan Sharifah Rohana tersenyum melihat perubahan mendung pada wajah Tengku Hariz. Dia tahu Tengku Hariz sedang berperang dengan perasaannya sendiri.
“Riz… Riz berhak mencari kebahagiaan Riz sendiri. Jangan paksa diri Riz jika hati Riz tak merelakannya. Apa-apa pun mama tetap sokong Riz walau apa juga keputusan Riz nanti,” nasihat Puan Sharifah Rohana dan segera beredar meninggalkan Tengku Hariz.
“Terima kasih ma kerana menyokong Riz,” bisik Tengku Hariz lebih kepada dirinya sendiri. Dia kembali semula ke bilik untuk menyambung kerjanya yang tertangguh.


“Apa yang kau tenangkan tu. Dari tadi aku tengok tak berkalih mata kau menenangnya,” usik Nadia sambil merampas sekeping kad yang menjadi tatapan Aisya sedari tadi.
“Nadia, bagi balik!” arah Aisya dengan nada yang sengaja ditinggikan.
“Erm… jemputan ke majlis pertunangan Tengku Hariz Iskandar Tengku Azman dengan Sharifah Aleeya Syed Mukriz,” baca Nadia dengan nada yang kuat. “Oh… ini yang kau dok menatap tak habis-habis dari tadi. Sepertinya aku tertinggal bas la ya,” usik Nadia lagi dan memulangkan semula kad kepada Aisya. Aisya mencapainya dengan cebikkan di bibir.
“Bukan bas saja, kapal terbang pun kau dah tertinggal Nadia,” perli Aisya geram. Nadia hanya menjuihkan bibirnya.
“Kau sedih ya, Aisya?” duga Nadia tiba-tiba. Bahu Aisya dipeluk erat.
Aisya memandang sekilas ke wajah Nadia. Berkerut dahinya seketika.
“Sedih? Kenapa aku perlu sedih?” bidasnya keras.
Nadia sudah pun menggeleng.
“Kau tak payah nak tipu aku la Aisya. Aku dah lama kenal kau, dah masak sangat dengan perangai kau. Setahu aku, selama enam tahun ni kau tak pernah bersikap begini. Cuma sekali aje aku tengok, tu pun masa kau jatuh cinta dengan Tengku Azizul, suami kau tu,” jelas Nadia.
Excuse me, bekas suami okey… bekas,” sangkal Aisya.
Nadia menggeleng.
“Ya… ya… bekas suami kau tu,” suara Nadia seperti menyerah kalah. “Kau dah jatuh cinta pada Tengku Hariz kan?” sambung Nadia cuba menduga perasaan Aisya lagi.
Aisya menoleh ke kanan. Wajah Nadia dipandang kasih. Sesukar mana pun dia cuba menyembunyikannya, Nadia lebih bijak mengetahuinya dahulu. Aisya meraup wajahnya berkali-kali. Tidak tahu bagaimana untuk dia berterus-terang pada Nadia. Dia mengumpul kekuatan untuk meluahkannya.
Yes Nadia, aku admit yang aku dah jatuh cinta pada dia. Tapi apa gunanya sebab dia milik orang lain. Aku hanya boleh bermimpi menggapainya tapi untuk menggenggamnya jauh sekali tidak mungkin,” rintih Aisya sayu. Itulah yang difikirkannya selama ini.
“Insya-ALLAH Aisya, aku yakin dia akan jadi milik kau suatu hari nanti,” doa Nadia dan melentokkan kepala di bahu Aisya. Manja betul!
Aisya tersenyum mendengar ucapan doa dari kawan baiknya. Dari dulu hinggalah sekarang, Nadia tidak putus-putus memberi nasihat kepadanya dan sentiasa berada di sisinya tanpa jemu. Mungkin Nadia masih lagi rasa bersalah di atas kejadian malam itu. Tetapi tidak sama sekali Aisya menyalahkan Nadia atas nasib yang menimpa dirinya. Bagi Aisya, Nadia punya hak untuk hidup bahagia sepertinya kelak.


14 ulasan:

  1. thanks kak eliza...

    BalasPadam
  2. uhuhhuhu...sye setia mnggu kak eliza....xsabar nak tahu bab seterus nyer... ;)...luv 2 too...hehehh

    BalasPadam
  3. thanks a lot 4 the support...berehat tuk bbpa hr..hope setia menantinya penuh sabar dan setia bersama HM..

    zielra.. doa2lah tgn akak gatal..leh lah akak entry lg bab seterusnya...hihihi... ;)

    BalasPadam
  4. Alahai ciannya kat aisya....sob3x....nak tengku hariz n aisya la...jadi ke kak tgku hariz tunang neh???hope cpt2 post next entry ...hihihi...xsbr nk tahu....

    BalasPadam
  5. juju... bertunang atau x, akan terjwb dlm bab seterusnya.. sesuatu y tdk disangka akan terjadi..teruskan setia bersama HM... ;)

    BalasPadam
  6. HAHAHAH...akak..sye rase akak akan upload lg kot hari ni...gerenti gatal la tangan akak nanti..amin..hahhahah

    BalasPadam
  7. huhuhu...x sabar nmpk...byk sgt ke persoalan kat kepala adik tu.. xpe2 kuatkan iman ku tuk tdk meng'entry'kannya lg...kihkihkih... :D

    BalasPadam
  8. kak cepatlah entry.... dah tak sabar dah ni. dalam kepala dah banyak sangat persoalan cerita ni.

    BalasPadam
  9. huhu...sabar ye...hr ni dh terlbh entry smpe 5 bab sekali...khas buat peminat setia HM... erm..nanti bl dh dpt seru..akan akak entry bab seterusnya.. ;)

    BalasPadam
  10. salam kak.. spatutnya kn tengku azizul yg jd hero ... tp knp byak bab adk tengku azizul lak.. emm ap2 pu best lh kak.

    BalasPadam
  11. Nice story w/pun ada sikit2 mcm citer andai itubtakdirnya...tp tak kisah...jln citer lain sbb ada 2 bradik yg jatuh cinta pd org yg sama....cuma sy lebih suka aisya dah tg. Hariz. Biarlah tg azizul dgn hanis.....

    BalasPadam
  12. cik teh kdh : wslm, sbnarnya tg hariz hero.. tg azizul watak tambahan.. hehehe.. thanks coz menyukai HM..

    kak Eijan : bab 15 mungkin seakan-akan Andai Itu Takdirnya..tp, sy tgh edit balik bab 15.. mungkin bab 15 new edited, x sama dgn y dh di'entry'kan.. lepas bab 18 nie, mungkin berlainan dr y akak sangkakan... sy dh tanya 5 org member y dah habis baca HM.. alhamdulillah, diorg kata x sama ngan novel2 lain.. itu pandangan diorg.. tp, sy x tau pandangan org ramai.. klu seakan2 jg, sy minta maaf.. pe2 pn thanks kak atas komen itu.. thanks jg coz mengikuti HM... ;)

    BalasPadam
  13. bestnyer ceritanie sayabas penulis kerana berjaya mencipta plot yg menarik i just cant stop reading :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih jg kerana sudi membaca HM.. :)

      Padam