BAB
17
Tan Sri Khalil masih lagi membaca proposal yang disiapkan oleh Amirul.
Sesekali dia berdehem tatkala merasakan akan kesalahan di dalam proposal itu. Amirul yang sedari tadi
menjadi pemerhati, hanya membisu tanpa bersuara. Berharap agar proposalnya itu diterima oleh Tan Sri
Khalil tanpa sebarang kesalahan.
“Macam mana papa?” tanya Amirul sebaik
sahaja Tan Sri Khalil menutup fail tersebut.
“Papa ada buat penandaan. Nanti Amirul
betulkan dan serahkan pada papa balik,” jawab Tan Sri Khalil.
“Baiklah papa. Kalau tak ada apa-apa
lagi, Rul balik bilik dulu,” ujar Amirul dan berkira-kira untuk bangun, namun
ditahan oleh Tan Sri Khalil.
“Papa ada perkara nak bincangkan dengan
Rul,”
“Perkara apa papa?”
Tan Sri Khalil melepaskan keluhan.
Wajah anak bujangnya itu ditatap sayang.
“Tentang majlis merisik Liyana. Rul dah
bagitau pada family Lia?”
“Merisik?” ulang Amirul berserta
kerutan di dahi.
“Yalah. Kan dah janji nak merisik Lia
hujung bulan ni,” beritahu Tan Sri Khalil.
“Oh… Rul lupa pulak tentang tu. Nanti
Rul bincangkan dengan Lia,” janji Amirul dan tersenyum. Alamak! Family Lia pun aku tak kenal, macam mana
nak bincang, bisik Amirul.
“Kalau Rul tak nak, biar papa bagitau
pada family Lia,” cadang Tan Sri
Khalil.
“Eh… tak pe pa, biar Rul aje yang
bagitaunya,” tolak Amirul tegas.
“Kalau dah macam tu, baiklah. Papa nak
cepat-cepatkan majlis Rul ni. Papa dah tak sabar nak bermenantukan Liyana tu,”
kata Tan Sri Khalil teruja. Sungguh itulah yang dirasakannya sekarang. Liyana
bakal menjadi menantunya.
Amirul menelan liur. Papa aku ni yang
terlebih excited tu kenapa? Macam dia
pulak yang nak kahwin. Aduhai! Macam mana nak bincang dengan Lia ni? Dahlah kes
hari tu tak settle-settle lagi, ni
nak tambah kes lain pulak. Susah betul nak berbincang dengan Betty Suarez tu, gerutu Amirul di dalam
hati.
Apa susahnya Amirul, kau
berterus-terang ajelah tentang perasaan kau tu, habis cerita.
Ingat senang ke. Malulah aku kalau dia
tahu aku suka kat dia. Mana nak diletakkan muka aku ni. Dibuatnya dia ejek aku
dengan kata-kata yang pernah aku hamburkan pada dia, tak ke naya. Bertambah
malulah aku nanti.
Itulah kau, cakap tu jangan pakai lepas
aje, kan dah terkena batang hidung sendiri.
Hisy… dahlah. Bertambah serabut aku
dibuatnya, geram Amirul tatkala kata hati dan kata akalnya berlawanan antara
satu sama lain.
“Jangan lupa Rul,” ujar Tan Sri Khalil
sebelum Amirul menghilangkan diri di sebalik pintu bilik.
Amirul sekadar mengangguk. Kemudian,
dia menapak menuju ke biliknya. Dia perlu memikirkan perkara yang telah
dibincangkan bersama Tan Sri Khalil tadi.
“Okey Kak Ina. Molek sangat dah rupanya
ni. Meh kejap Lia tangkap gambar Kak Ina. Lia nak masukkan dalam muka buku,”
puji Liyana dan tersengih.
“Muka buku? Apa ke bendanya tu? Buku
ada muka ke?” tanya Marina lurus.
“Ya ALLAH!” ucap Liyana dan menepuk
dahi. “Facebooklah Kak Ina,”
sambungnya.
“La… cakaplah facebook. Lia ingat Kak Ina ni kolot sangat ke, sampaikan
benda-benda tu akak tak tahu. Akak ni up
to date tau,” puji Marina berserta senyuman.
“Yalah tu up to date. Baru sebut muka buku pun tak tau,” cebik Liyana meluat.
“Akak tak mainlah Bahasa Melayu, akak
main bahasa orang puteh tau,” bidas
Marina dan tersengih.
Liyana menggelengkan kepala. Geli hati
melihat gelagat Marina. Walaupun Marina tidak bersekolah tinggi, tetapi
pemikiran Marina sentiasa up to date
dan Liyana mengakui akan perkara itu. Malah ada sesetengah perkara yang Liyana
tidak tahu tetapi diketahui oleh Marina.
“Bila nak mula ni Lia? Tak sabar akak nak
berlakon. Berkobar-kobar dah ni,” ujar Marina teruja dan tersenyum.
Dia membelek-belek dirinya di hadapan
cermin yang berada di dalam bilik Liyana. Kagum melihat dirinya sendiri. Belum
pernah dia berkeadaan seperti itu. Semuanya gara-gara Liyana. Sayang punya
pasal, ikutkan ajelah permintaan Liyana itu, fikir Marina.
Liyana tersenyum melihat Marina. Malah
dia turut kagum melihat penampilan Marina. Mana tidak kagumnya, rambut ala-ala afro gitu. Lipstick… mak aii, burung hantu pun takut menengoknya. Selagi boleh
dihabiskan lipstick tu, selagi itulah
ditonyoh Marina. Bajunya pula…. erm, macam mana nak terangkannya. Ala,
terangkan ajelah. Baju ala-ala 1 Malaysia, macam-macam colour ada. Dah macam Betty
Suarez pulak tengoknya. Betty Suarez?
Liyana menelan liurnya berkali-kali. Bukan Betty Suarez, dah macam ‘Hantu Kak Limah’ Liyana menengoknya. Tapi
versi ni lain sikit. ‘Hantu Kak Ina balik ke rumah’. Liyana mengekek ketawa
memikirkan semua itu.
“Ha… Lia gelakkan akak ya,” tegur
Marina keras.
“Eh… mana ada Kak Ina. Lia terpikirkan
kata-kata Amirul dulu,” bohong Liyana berserta tawanya yang masih bersisa.
“Lawa tak akak ni Lia?” tanya Marina
ingin tahu.
“Dah lawa dah tu. Kalau Lia letak pic akak kat facebook, sure ramai yang
nak berkenalan dengan Kak Ina. Entah-entah Mamat Khalid tu pun berkenan dengan Kak Ina bila tengoknya,” terang Liyana sekadar mengusik.
“Mamat Khalid?” ulang Marina berserta
kerutan di dahi.
“Yalah.. Mamat Khalid, pengarah filem ‘Hantu
Kak Limah’ tu. Bila dia tengok pic Kak Ina, mesti dia berkenan nak ambil Kak Ina jadi pelakonnya. Untuk filem baru dia
yang bertajuk ‘Hantu Kak Ina balik ke Kuala Lumpur’,” usik Liyana dan tertawa
lepas.
“Lia!!” jerit kecil Marina geram.
Sebuah cubitan hinggap di lengan Liyana.
“Alah… Lia gurau aje. Kak Ina ni macam
ketamlah,” rungut Liyana sambil meraba lengannya yang terasa sakit akibat
cubitan Marina itu.
“Ha.. tau pun sakit. Eh… tapi, okey
jugak tu. Bila lagi akak nak tunjukkan skill
lakonan akak ni. Mesti Mamat Khalid teruja tengoknya, betul tak Lia?” kata
Marina sekadar angan-angan.
Liyana mengangguk. Mengiyakan kata-kata
Marina. Layan ajelah. Janji happy,
bisik Liyana dan tersenyum.
“Eh… jomlah Kak Ina. Nanti Tan Sri tak
ada pulak kat pejabatnya,” ajak Liyana apabila menyedari akan kelewatan mereka.
Liyana melangkah jalan menuju ke bilik
Tan Sri Khalil. Marina mengekori dari belakang. Dalam perjalanan itu, kesemua
staf yang berada di pejabat itu terkejut melihat Marina. Terlopong masing-masing
melihat Marina berserta mulut yang ternganga luas. Kalau dibiarkan terus sudah
pasti lalat berminat untuk masuk ke dalam mulut mereka. Liyana berlagak selamba
dan biasa. Apa yang pasti, rancangannya berjaya untuk mengelak Tan Sri Khalil
dari merisiknya. Jika dia tidak berbuat begitu, dia akan dipaksa berkahwin
dengan Amirul dan perkara itu merupakan perkara terakhir yang akan difikirkan
oleh Liyana selagi dia hidup di muka bumi ALLAH ini.
“Lia!!” panggil Amirul tatkala Liyana
melalui biliknya.
Alamak! Macam mana pulak dia boleh
nampak ni? Aku nak elak dari dia tadi, alih-alih dia juga yang nampak dulu.
Menyusahkan betullah! Rungut Liyana di dalam hati.
“Hai Encik Amirul! Dah makan?” balas
Liyana dan tersenyum. Matanya mengerling sekilas ke arah Marina.
Marina terkejut melihat Amirul. Dia
melarikan wajahnya dari dilihat oleh Amirul. Bukannya dia tidak kenal pada
Amirul, terlebih dari kenal. Malah mereka berdua pernah makan bersama ketika
Amirul singgah di butiknya tidak lama dulu.
“Siapa ni?” tanya Amirul menolak
pertanyaan Liyana tadi.
“Err… mak angkat saya,” ujar Liyana
sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Mak angkat?” ulang Amirul.
Diperhatikan Marina dari atas ke bawah. Seakan-akan pelik melihat Marina. Takkan
mak angkat dia macam ni kot, bisik Amirul.
“Mak… salam. Encik Amirul ni bos Lia,”
beritahu Liyana sambil cuba menahan ketawa di dalam hati. Melihatkan wajah
kelat Amirul sudah membuktikan Amirul kurang menyenangi akan kehadiran Marina.
Marina menghulurkan tangan untuk
bersalaman dengan Amirul. Dia turut menahan ketawa di dalam hati melihatkan
riak di wajah Amirul. Seakan geli Amirul melihat dirinya yang berkeadaan
begitu. Marina… Marina… lakonan kau berjaya, puji Marina di dalam hati.
“Err… tak pelah,” tolak Amirul sambil
menggaru belakang tengkuknya. “Saya masuk dululah Lia,” sambungnya pula dan
segera menapak masuk ke dalam bilik.
Jika berlama di situ, entah apa lagi
yang akan dibuatkan oleh mak angkat Liyana itu. Hisy.. tak sanggup aku nak
salam dengan maknya tu. Tengoklah keadaan dia, eee… geli aku, kutuk Amirul di
dalam hati.
Liyana segera menuju ke ladies room. Marina turut mengekori dari
belakang. Setibanya mereka di dalam ladies
room, terburai ketawa mereka berdua. Ketawa yang ditahan-tahan sebentar
tadi.
“Kak Ina tengok tak muka dia tadi,”
ujar Liyana dan masih ketawa.
“Apa pulak tak tengoknya, kelat
semacam. Lia perasan tak macam mana dia tengok akak tadi. Hampir nak terkeluar bijik mata dia tengok akak dari atas ke
bawah,” balas Marina turut sama ketawa.
Liyana mengangguk sambil menekan perut.
Geli hati melihat riak di wajah Amirul tadi. Entah apa yang difikirkan Amirul
ketika ini, dia malas nak ambil tahu. Mungkin Amirul terkejut selepas
mengetahui siapa mak angkat Liyana. Mungkin juga Amirul seakan tidak
mempercayai Liyana dijaga oleh seorang mak angkat seperti Marina. Pelbagai
andaian menerjah ke kotak fikiran Liyana. Namun Liyana malas untuk ambil pusing
semua itu. Apa yang pasti, rancangannya pasti berjaya melihatkan reaksi Amirul
sebentar tadi.
“Masuk!” arah Tan Sri Khalil sebaik
sahaja menyedari pintu biliknya diketuk seseorang.
Liyana dan Marina menapak masuk ke
dalam selepas arahan diberi. Sebuah senyuman manis terukir di bibirnya. Setelah
mereka berdua meredakan ketawa masing-masing di ladies room, Liyana segera membawa Marina menuju ke bilik Tan Sri
Khalil. Misinya cuma satu, meminta Tan Sri Khalil membatalkan hajatnya untuk
merisik dirinya. Dia berharap agar misinya itu berjaya.
“Assalamualaikum Tan Sri,” ucap Liyana
lembut.
“Waalaikumussalam. Ada a…ap…pa Lia,”
tergagap-gagap Tan Sri Khalil menyebutnya sebaik sahaja dia mengangkat muka.
Terlopong dia melihat seseorang yang tidak dikenali berdiri bersebelahan
Liyana.
Liyana tertawa kecil melihat gelagat
Tan Sri Khalil. Sudah pastilah Tan Sri Khalil terkejut melihat Marina. Begitu
juga dengan Marina, turut sama menahan ketawa. Rasa nak pecah perutnya
menahan ketawa sedari tadi.
“Maaf Tan Sri mengganggu. Lia nak
kenalkan Tan Sri dengan mak angkat Lia,” ujar Liyana serba salah. Senyuman
manis dihadiahkan buat bakal mertuanya itu.
Tan Sri Khalil mengerutkan dahi.
Bingkas dia bangun dan menghampiri Liyana dan Marina. Diperhatikan Marina dari
atas ke bawah, sama seperti Amirul. Ada riak kurang senang di wajah Tan Sri
Khalil. Pelik aje aku tengok mak angkat Liyana ni. Betul ke mak angkat Liyana
ni? bisik Tan Sri Khalil persis Amirul. Dah anak beranak, tentulah sama pemikirannya,
ya tak?
“Kenapa Tan Sri?” tanya Liyana
pura-pura.
“Eh.. tak ada apa-apa. Betul ke mak
angkat awak ni Liyana?” tanya Tan Sri Khalil inginkan kepastian.
“Betullah Tan Sri,” jawab Liyana
serius. “Mak… salam,” ujarnya pula.
Marina segera menghulurkan tangannya
untuk bersalaman. Namun seperti Amirul, Tan Sri Khalil tidak menyambut salaman
Marina. Liyana tersenyum melihatkan reaksi Tan Sri Khalil. Ternyata apa yang
difikirkannya selama ini adalah benar. Mana mungkin orang kaya akan menerima
orang miskin. Itu pun jika benar Liyana seorang yang miskin. Walaupun sekadar
lakonan semata-mata, reaksi terhadap apa yang sedang berlaku amat diperlukan
oleh Liyana. Kini dia boleh membuat keputusan buat dirinya sendiri.
“Maaf, tangan saya luka. Jadi tak boleh
nak bersalaman,” jelas Tan Sri Khalil seraya menunjukkan tangan kanannya yang
berbalut.
Terbeliak mata Liyana melihatnya. Dia
menoleh sekilas ke arah Marina. Sengihan dihadiahkan buat Marina.
“Kenapa dengan tangan Tan Sri?” tanya
Liyana berbasa-basi. Cuba menyembunyikan rasa terkejutnya. Ternyata
pemikirannya tadi tidak benar sama sekali.
“Terkepit kat pintu bilik. Puan Sri tak
perasankan tangan saya. Mujurlah sikit aje, kalau tak, susah saya nak buat
kerja nanti,” jelas Tan Sri Khalil berserta senyuman di bibir. Masih
terimbau-imbau peristiwa itu di kepala otaknya.
“Oh..” ujar Liyana berserta anggukan.
“Macam mana ni Lia? Plan macam tak jadi aje,” bisik Marina
di telinga Liyana.
“Tak pe Kak Ina. Lia ada idea baik
punya,” balas Liyana turut berbisik. Sudah terbayang-bayang perancangan di
kepala otaknya.
“Jemputlah duduk. Buat apa berdiri saja
ni,” jemput Tan Sri Khalil dan menapak ke sofa. Dia melabuhkan duduk di situ.
Liyana dan Marina mengikuti tingkah Tan
Sri Khalil dan duduk berhadapan Tan Sri Khalil. Masing-masing sedang memikirkan
perancangan seterusnya. Berkerut-kerut dahi Liyana memikirkannya. Semoga Tan
Sri Khalil bersetuju dengan permintaannya itu.
“Ada apa Lia nak jumpa saya, siap bawa
mak angkat Lia sekali?” tanya Tan Sri Khalil ingin tahu. Dia melemparkan sebuah
senyuman kepada Marina.
“Err.. Lia dah bagitau mak tentang
rombongan merisik Tan Sri tu,” jawab Liyana dan menarik nafasnya sebentar.
Belum sempat Liyana menyambung, Marina bersuara.
“Begini Tan Sri. Anak angkat saya ni
belum layak lagi untuk berumah tangga. Kencing berak dia pun saya yang basuh
lagi,” celah Marina serius.
Erk… kencing, berak. Adui!! Apa yang
Kak Ina merepek ni? Buat malu aku ajelah. Sejak bila pulak dia yang basuh
kencing dengan berak aku ni, gerutu Liyana di dalam hati. Matanya dihalakan ke arah
Marina yang berlagak selamba.
Alamak! Lia maaf, terlepas cakaplah
pulak. Excited sangat nak berlakon ni. Tu yang pakai hentam aje bercakapnya.
Aku pun tak perasan ayat apa yang aku cakapkan tadi, bisik Marina serba salah.
Tan Sri Khalil mengerutkan dahi. Pelik
mendengar kata-kata dari mak angkat Liyana itu. Takkanlah kencing dan berak
Liyana masih dibasuh oleh mak angkatnya itu. Mustahil… mustahil… bisik Tan Sri
Khalil berserta gelengan kecil.
“Eh… silap information Tan Sri. Maksud saya tadi, dari kecik sampai umur tiga
tahun, berak dan kencing Liyana tu saya tolong basuhkan,” suara Marina
membetulkan fakta.
“Oh… saya ingatkan apa tadi,” ujar Tan
Sri Khalil dan tersenyum.
Liyana menyedekahkan senyuman buat Tan
Sri Khalil. Dia menjegilkan mata kepada Marina. Marina yang melihat, sekadar
tersengih sambil menggaru-garu rambut afronya.
“Liyana ada ceritakan pada saya tentang
Amirul. Kalau boleh biarlah mereka berdua berkenalan lebih rapat lagi. Biarlah
mereka berdua saling jatuh cinta dan biarlah mereka berdua sayang menyayangi,”
beritahu Marina. Agak kedengaran serius di pendengaran Liyana.
“Bukan ke mereka berdua dah lama kenal
dan saling menyintai antara satu sama lain,” bidas Tan Sri Khalil pantas.
“Err… ya, betul tu. Memang mereka
berdua saling menyintai antara satu sama lain. Tapi, kalau boleh biar mereka
betul-betul serius dalam perhubungan mereka. Kalau tak menjadi keberatan Tan
Sri Khalil, saya ada cadangan buat Tan Sri Khalil,” jelas Marina dan tersenyum.
Liyana sekadar mendengar. Berdoa agar
Tan Sri Khalil bersetuju dengan cadangan Marina itu. Cadangan yang sudah lama
difikirkan oleh Liyana.





Kak.. Awat pendek sangattt nii? Allaaaaaaa.. Lg satu n3 pleaseeeeeee!!
BalasPadamAdik, bab 18 smbgn bab 17.. thats why npk pendek.. :D
Padamhahaha...kalakar habis...dari awal sampi habis asyik ketawa je...serious memang lucu habis la... x sabar nk tahu n3 yg strusnya...hahahaaha thumb up 4 u writer!!! best!!
BalasPadamthank u.. mmg lawak.. bab y sy suka selain bab 11.. :)
Padamhaha.. lawak2 dah bleh bygkan cmne... heheh... nak lagi!!
BalasPadamsy bygkan Marina mcm badut.. warghh!! kejam x?? hihi.. :D
Padamhehe..kelakar la..asik ketawa je...
BalasPadamnak sambung lagi... tak sabar nak tau tan sri setuju tak dengan cadangan marian tu..heheh
sambung lagi... best la
hehe.. sabar ya, cdgn 2 dlm bab 18.. :D
PadamSalam, kak...... Nak mgadu nie... Sy slalu bc enovel akk mlalui henset tapi sejak akk tukar templet baru.. Sy xleh baca... bhagian dkt n3 dia pecah2.. Boleh x, akk tukar templet yg lama... Teme ksh.. And mmg best cete nie.. Sy tggu smbgunnya...
BalasPadamWslm Cik Mi.. maksudnya background kucing 2 ke atau y mula2 sekali?? ok nti akk cuba tukar pd y lain.. mybe background y akak guna ni watkan n3 jd pecah2..
PadamBukan background dia.. latar belakang yg menempatkan N3 tu... Alaaa... yg jernih tu.... latar blkg yea akk letak lutsinar... klo guna lutsinar bila tgk dkt henset mmg pecah2 latar blkg yea... sbb dah penah guna... hehehe... sorry, ek... kcian akk... tp kcian dkt sy lg sbb dpt tgk tajuk, n3 langsung xdpt tgk dkt henset.. heheheheh
Padamoh.. ok2.. mean akk kena colourkan background n3 tulah ya.. skg ni akk guna lutsinar.. maklumlah krg arif.. hihi.. :D
Padam