Jumaat, 23 Mac 2012

Aku Juga Ingin Dicintai - Bab 17


BAB 17

“Abang!” jerit kecil Nur Ain.
“Hey, bangunlah!” arah Hazrel keras seraya duduk di birai katil.
Nur Ain membuka mata. Wajah Hazrel menyapa pandangan mata. Seakan melihat wajah Hazrul yang sedang tersenyum ke arahnya. Wajah yang amat dirindui selama ini.
“Abang!” seru Nur Ain seraya memeluk Hazrel. “Ain rindukan abang,” ucapnya pula.
Terkedu Hazrel melihat tingkah Nur Ain. Air liur ditelan berkali-kali.
“Kenapa abang tinggalkan Ain? Abang tahu tak betapa susahnya hidup Ain selama tiga tahun ni,” rintih Nur Ain berserta esakan tangisan.
Berkerut dahi Hazrel mendengarnya. Esakan tangisan Nur Ain memilukan hatinya. Dengan perlahan tangannya mengusap lembut belakang Nur Ain.
“Abang jangan tinggalkan Ain lagi ya,” pinta Nur Ain.
Hazrel menghela nafas lembut. Dia mengangguk kecil dengan permintaan Nur Ain.
“Terima kasih abang. Nama abang tetap terpahat kemas dalam hati Ain,” ucap Nur Ain dan meleraikan pelukan. Dia menyeka air matanya yang mengalir perlahan membasahi pipi.
Hazrel hanya memerhati. Entah kenapa hatinya merasa sebak dengan tiba-tiba. Segala perasaan marah dan benci terhadap gadis di hadapannya itu hilang berterbangan entah ke mana. Seperti ada perasaan halus yang sedang menjalar masuk ke dalam hatinya ketika itu.
“Encik… Encik Hazrel… bu… buat apa kat sini?” tanya Nur Ain tergagap-gagap tatkala menyedari Hazrel berada di hadapannya itu.
Hazrel tersentak. Bingkas dia bangun dari duduknya dan menapak keluar dari bilik. Terasa kelu lidahnya untuk berkata-kata.
Nur Ain yang melihat, menelan liur. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mungkinkah Hazrel yang dipeluknya tadi. Sungguh Nur Ain tidak menyedari akan kehadiran Hazrel. Apa yang dilihat tadi hanyalah wajah Hazrul yang sedang tersenyum manis ke arahnya. Macam mana boleh dia pulak? Soal hati Nur Ain.


Nur Ain memerhati Hazrel dari ekor mata. Ada sesuatu yang pelik dengan lelaki itu. Sedari tadi lelaki itu hanya membisu dan melayan perasaannya sendiri. Apa yang sedang dilayankan Hazrel, Nur Ain malas untuk ambil tahu. Biarlah dia. Buat apa aku nak sibuk-sibuk pasal dia. Lagipun bukannya dia suka kalau aku masuk campur hal dia, monolog Nur Ain sendirian dan menapak jalan menuju ke bilik.
“Kau nak ke mana?” tanya Hazrel tiba-tiba.
Terhenti langkah Nur Ain dek kerana pertanyaan itu. Segera dia memusingkan badan ke belakang dan memahat pandangannya ke wajah tegang Hazrel.
“Ain nak masuk bilik,” jawab Nur Ain perlahan.
“Ada aku suruh kau masuk bilik? Tak adakan?” tanya Hazrel seraya bangun.
“Ain dah siapkan sarapan. Encik Hazrel makanlah,” jawab Nur Ain.
Hazrel mendengus kasar. Tajam matanya ke muka Nur Ain. Sedari tadi dia memikirkan perlakuan Nur Ain terhadapnya. Siapa ‘abang’ yang dimaksudkan oleh Nur Ain itu? Hanya persoalan itu yang bermain-main di mindanya selama dua hari ini.
“Aku nak kau temankan aku makan,” arah Hazrel dan menapak jalan ke ruang makan.
“Tapi…”
“Temankan aku!” pintas Hazrel seraya duduk.
Nur Ain mengeluh berat. Langkah dibawa menuju ke meja makan. Hazrel sudah pun bersedia di meja itu. Lagak seperti raja sahaja Nur Ain lihatnya.
“Kaukan orang gaji aku. Jadi kau kenalah sedia segala keperluan aku di dalam rumah ni,” tegas Hazrel bernada sindiran.
Nur Ain mengerutkan dahi. Orang gaji! Ulangnya di dalam hati. Serentak itu langkahnya terhenti. Dia memusingkan badan menuju ke biliknya semula.
Hazrel yang melihat turut sama berkerut. Bingkas dia bangun dari duduknya dan menghalang langkah Nur Ain.
“Apa masalah kau ni? Kenapa kau tak dengar cakap aku?” marah Hazrel tidak tertahan.
“Masalah? Tak ada masalah apa pun,” balas Nur Ain acuh tak acuh.
“Habis tu yang kau pusing balik langkah kau tu kenapa? Kan aku cakap temankan aku makan. Kau tak faham bahasa ke?”
“Ain bukan orang gaji Encik Hazrel.”
Hazrel tertawa. Geli hati mendengar ulangan kata-katanya tadi.
“Habis, kalau kau bukan orang gaji aku, siapa kau dengan aku? Isteri aku? Kau ingat layak ke kau nak jadi isteri aku? Dengan penampilan kau ni… tengoklah, kekampungan. Mana nak layak jadi isteri aku. Bawa pergi majlis pun tak layak kau tahu tak?” kutuk Hazrel pedas.
Nur Ain merenung tajam muka Hazrel. Sakit telinganya mendengar kutukan Hazrel. Jika dia punya kudrat, mahu sahaja dia menendang lelaki yang berada di hadapannya itu.
“Kalau Ain ni tak layak jadi isteri Encik Hazrel, kenapa setuju berkahwin dengan Ain?” sindir Nur Ain turut pedas.
Terkedu Hazrel mendengar sindiran Nur Ain. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menolak perkahwinan itu. Tetapi, entah kenapa hatinya yang beria bersetuju. Mungkinkah niatnya untuk membalas dendam pada gadis itu membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan tersebut.
“Ain nak telefon maksu. Bagi balik telefon Ain,” pinta Nur Ain tegas.
Tersentak Hazrel buat seketika. Lamunannya yang pendek hilang entah ke mana. Matanya menjamah wajah tenang Nur Ain. Hatinya menjadi panas sebaik sahaja Nur Ain mengungkit tentang telefon bimbit itu.
“Aku takkan baginya,” balas Hazrel turut sama tegas.
Nur Ain mendengus kasar. Langkah di atur menuju ke bilik. Malas untuk bertekak dengan Hazrel lagi. Jika dilayan, mahu pening kepalanya itu.
“Kalau macam tu, Ain nak minta izin keluar. Nak pergi public phone, nak call Abang Eddie. Mintak Abang Eddie ambil Ain petang ni. Ain nak pergi rumah maksu dan tidur kat sana. Pastu Ain nak ajak Abang Eddie ke kedai telefon. Ain nak beli telefon baru,” cerita Nur Ain bersungguh.
Seminit kemudian, dia menutup pintu bilik. Tidak mahu mendengar kemarahan Hazrel.
Tersentak Hazrel untuk kesekian kalinya. Air liur ditelan berkali-kali. Terasa sakit hatinya dengan tiba-tiba. Dia mengepal penumbuk. Terasa egonya dicabar oleh Nur Ain. Ternyata Nur Ain bukanlah gadis yang dikenali sewaktu mereka berdua bertemu dahulu. Nur Ain yang dikenalinya sekarang, seorang gadis yang degil dan pemberontak.
Dengan perasaan yang marah, segera Hazrel menapak jalan menuju ke bilik Nur Ain tanpa mengetuk terlebih dahulu. Dia perlu menghamburkan rasa sakit di hati. Bertambah dengan nama Eddie yang meniti di bibir Nur Ain membuatkan hatinya bertambah panas. Kata-kata Eddie yang lepas masih segar di ingatan.
“Eh, apa ni?” marah Nur Ain tatkala lengannya direntap kasar oleh Hazrel. Dia meronta agar lengannya dilepaskan.
Hazrel tidak mempedulikan kemarahan dan rontaan Nur Ain. Dia membawa Nur Ain menghampiri almari pakaian. Dibuka almari pakaian tersebut sambil matanya melilau mencari pakaian Nur Ain. Satu persatu pakaian Nur Ain dikeluarkan dari dalam almari pakaian itu. Nur Ain yang melihat berkerut seribu. Kesakitan akibat cengkaman Hazrel, membuatkan dirinya tidak terdaya untuk melawan. Nasibnya diserahkan kepada ALLAH.
“Ambil ni, pakai!” arah Hazrel sambil melemparkan baju ke muka Nur Ain. “Aku sendiri yang akan bawa kau ke kedai telefon dan bukannya Eddie. Aku juga yang akan belikan kau telefon baru. Jangan harap aku nak bagi kau tidur kat rumah maksu kau tu. Dah, cepat siap!” jerkah Hazrel pula meninggi.
Seminit kemudian, dia beredar dari dalam bilik. Memberi ruang pada Nur Ain untuk bersiap. Entah hantu mana yang merasuk dirinya di waktu itu sehinggakan dia bertindak sebegitu rupa. Dirasakan serba tak kena pada dirinya juga. Kenapa hatinya terasa sakit yang amat dengan tingkah Nur Ain?


Nur Ain mengekori langkah Hazrel dari belakang. Otaknya ligat berfungsi. Memikirkan akan tindakan Hazrel. Kenapa Hazrel bersikap sebegitu? Bukankah lelaki itu terlalu ego, sombong dan bongkak? Malah lelaki itu juga amat membencinya. Selalu menghina dan mengutuk dirinya. Hendak melihat wajahnya pun, Hazrel tidak ingin, inikan pula berjalan bersama di shopping complex ini.
Nur Ain menghentikan langkah di hadapan sebuah kedai cenderamata. Matanya tertancap ke arah sebuah patung beruang yang diperagakan di dalam kedai itu. Hatinya tiba-tiba menjadi sebu. Patung beruang yang dilihat sama seperti patung beruang yang dihadiahkan oleh Hazrul. Masih lagi terbayang di tubir mata kenangan sewaktu Hazrul menghadiahkan patung beruang itu sempena hari jadinya yang ke sembilan belas tahun.
“Comel tak?” tanya Hazrul berserta senyuman di bibir.
Nur Ain mengangguk.
“Ada comel macam abang tak?”
Nur Ain tertawa kecil. Geli hati dengan pertanyaan Hazrul itu.
“Abang comel ke?” tanya Nur Ain pura-pura.
“Kalau tak comel, takkan Ain suka kat abangkan?”
“Hati abang comel dari wajah abang,” ujar Nur Ain ikhlas.
Tangannya lincah bermain-main dengan patung beruang tersebut. Walaupun patung beruang itu tidak sebesar mana, namun sudah cukup bermakna buat Nur Ain. Apa yang penting keikhlasan yang diberikan oleh Hazrul terhadap dirinya selama ini.
Hazrul tersenyum. Mengerti akan maksud tersirat Nur Ain itu. Wajahnya menatap kasih wajah tersayang. Tumpah segala kasih dan sayangnya terhadap gadis itu. Semoga ALLAH melindungmu nanti, doanya di dalam hati.
“Kau ke mana? Boleh tak jangan susahkan aku?” marah Hazrel mematikan lamunan Nur Ain yang pendek.
Serta merta tangannya menyeka air mata yang hampir gugur dari kelopak mata. Wajah Hazrel menyapa matanya.
“Abang!” ujar Nur Ain perlahan.
Berkerut Hazrel mendengarnya. Tajam matanya ke muka Nur Ain yang muram. Penat dia mencari kelibat Nur Ain, alih-alih ayat itu yang keluar dari mulut Nur Ain.
“Yang kau berhenti tak bagitau aku ni kenapa? Kau tahu tak penat aku mencari kau tadi,” marah Hazrel sedikit meninggi.
“Maaf!”
Hanya ayat itu sahaja yang keluar dari mulut Nur Ain. Tanpa menunggu balasan, segera dia membawa langkahnya mendahului Hazrel. Tidak menghiraukan kemarahan Hazrel sebentar tadi. Apa yang bersarang di kepalanya sekarang adalah kenangan bersama Hazrul.
Hazrel yang melihat mengepal penumbuk. Sakit hatinya melihat tingkah tidak berperasaan Nur Ain itu. Terasa tercabar egonya juga. Dengan pantas dia menghalang langkah Nur Ain sehingga membuatkan gadis itu terlanggar dirinya.
“Maaf!” ucap Nur Ain lagi.
“Kenapa kau menangis?” tanya Hazrel tatkala menyedari mata Nur Ain berkaca.
Nur Ain menggelengkan kepala. Dia meneruskan langkahnya menuju ke sebuah kedai pakaian. Tidak berminat untuk menjawab pertanyaan Hazrel itu.
“Minah ni, menguji kesabaran aku betullah!” geram Hazrel dan mendengus kasar.
Dengan pantas dia menarik tangan Nur Ain agar mengekorinya. Nur Ain yang tersentak dengan tingkah Hazrel, terpaksa akur. Jika dilawan, bertambah darjah kemarahan Hazrel nanti. Ada baiknya dia bersikap sebegitu agar hatinya tidak mudah disakiti oleh Hazrel.
“Pilih mana satu yang kau nak!” arah Hazrel tatkala berada di dalam kedai telefon.
Nur Ain melilaukan mata. Ada riak teruja di wajahnya melihatkan koleksi telefon pelbagai jenis. Namun hatinya menolak keras. Dia masih mahukan telefon bimbit lamanya. Walaupun telefonnya bukan berjenama mahupun mahal, kenangan dari Hazrul yang amat penting bagi Nur Ain.
“Yang mana satu?” tekan Hazrel.
“Ain tak nak. Ain nak telefon Ain tu balik,” balas Nur Ain.
Hazrel mengepal penumbuk, erat. Semakin sakit hatinya melihat tingkah Nur Ain itu. Mujurlah dia berada di kedai dan tahap kesabarannya masih boleh dikawal. Jika di rumah, sudah lama sebijik penampar hinggap di pipi Nur Ain.
Hazrel mengunjuk sebuah telefon kepada lelaki Cina merangkap penjual di kedai itu. Setelah diberi penjelasan akan kegunaan dan fungsi telefon bimbit tersebut, segera Hazrel mengeluarkan wang dari dalam dompetnya. Kemudian ditarik Nur Ain menuju ke kedai cenderamata di mana Nur Ain berhenti tadi. Matanya melilau melihat cenderamata yang terdapat di dalam kedai itu. Setelah mendapatkan apa yang dimahunya, tanpa bersuara, dia membawa Nur Ain ke restoran. Terasa lapar perutnya dengan tiba-tiba.


“Kau duduk kat sana. Aku tak nak orang nampak aku makan dengan perempuan kampung macam kau,” arah Hazrel seraya melabuhkan duduknya di kerusi. Tangan di lambai ke arah pelayan yang sedang berdiri di sisi kaunter.
Nur Ain hanya membisu. Dia melabuhkan duduknya di sebuah meja berjauhan dari Hazrel. Matanya membelingas ke kiri dan ke kanan. Dia mengeluh berat. Terasa letih mengekori Hazrel. Matanya juga terasa berat dan mengantuk. Tidur malamnya sering diganggu dengan bayangan Hazrul. Sebab apa, Nur Ain sendiri tidak tahu. Mungkinkah disebabkan kerinduannya terhadap Hazrul membuatkan dia bermimpikan Hazrul.
“Hazrel, kau buat apa kat sini?” tanya satu suara dari arah belakang.
Serentak Hazrel dan Nur Ain menoleh. Berkerut dahi Nur Ain melihat lelaki yang sedang berdiri di belakang Hazrel. Mungkin kawan dia kot, duga hati Nur Ain. Untuk tidak menyesakkan nafasnya sendiri, Nur Ain memanggil pelayan yang berada hampir dengan dirinya. Setelah mengambil order, dia menjatuhkan matanya ke arah luar restoran. Ada yang menarik di luar restoran daripada di dalam restoran itu.
“Kau buat apa kat sini Haz?” tanya Badrul seraya melabuhkan duduk di kerusi.
“Jalan-jalan cari barang. Kau pulak buat apa kat sini?” soal Hazrel pula.
“Aku baru lepas keluar dengan Siva dan Azim. Ada discussion sikit dengan diorang berdua.”
“Oh!” sahut Hazrel dan mengangguk.
“Kau datang dengan siapa?” tanya Badrul pula sekadar ingin tahu.
“Aku datang dengan orang gaji aku. Tu ha tengah duduk kat meja sana tu,” jawab Hazrel selamba sambil memuncungkan mulut ke arah Nur Ain. Membuntang matanya tatkala terlihat seseorang sedang cuba untuk berbual bersama Nur Ain.
Badrul menghalakan matanya ke arah yang diunjukkan oleh Hazrel. Berkerut dahinya melihat gadis itu yang sedang berbual bersama dengan seorang lelaki.
“Hai Haz. Bagus betul kau ni. Bawa orang gaji shopping sama. Pastu kau benarkan orang gaji kau tu berdating dengan lelaki. Kagum aku sekejap. Kalau macam tu, aku pun nak jadi orang gaji kau la Haz,” beritahu Badrul dan tergelak.
Hazrel tersenyum kelat. Gelak tawa Badrul begitu menyakitkan hati. Matanya tidak lekang dari melihat Nur Ain yang sedang berbual bersama dengan seorang lelaki. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menarik Nur Ain beredar dari restoran itu. Tetapi dibisikkan hatinya supaya bersabar. Jika dia berbuat begitu, sudah pastilah Badrul akan menganggapnya bukan-bukan. Malah rahsianya juga mungkin akan terbocor dengan tingkahnya itu.
Nur Ain merasa kurang selesa. Perasaan takut menjalar dalam hatinya juga. Sungguh dia takut akan lelaki yang sudah pun duduk di hadapannya itu. Bagaimana untuk beredar dari situ? Jika dia beredar, sudah pastilah kemarahan Hazrel akan bertambah.
“Oh ya, apa kes kau dengan Eddie hari tu? Kau dah baik ke dengan dia?” tanya Badrul berbasa basi.
Hazrel hanya membisu. Matanya mengerling sekilas ke arah Nur Ain. Dapat dirasakan darahnya sudah menyerbu ke muka. Ingin sahaja dia bangun dan memarahi Nur Ain yang sedang beriak selamba di hadapan lelaki itu.
“Haz… Haz… aku tanya ni. Kau dengan Eddie macam mana?” tegur Badrul tatkala pertanyaannya tadi tidak dijawab Hazrel.
Tersentak Hazrel dengan pertanyaan Badrul itu. Matanya menjamah wajah Badrul yang sedang berkerut seribu.
“Aku dengan Eddie, okey aje. Tak ada masalah apa-apa. Kenapa?” balas Hazrel berserta keluhan ringan.
“Hai, sekejapnya baik. Bukan ke kau gaduh dengan dia malam tu?”
“Ala Bad, gaduh-gaduh sayang aje.”
“Yalah kan. Kau dengan Eddie kan dah lama berkawan, malah Hazrul pun juga rapat dengan Eddie. Kalau kau gaduh dengan dia tu, biasalahkan?” sokong Badrul dan tersenyum.
Hazrel hanya mengangguk. Mengiyakan kata-kata Badrul. Ekor matanya masih mengerling ke arah Nur Ain. Tidak senang duduknya di waktu itu. Dalam hati, dia menyumpah seranah Nur Ain kerana melayan lelaki itu. Hatinya juga terasa semakin sakit.
“Okeylah Bad, aku blah dulu. Tak ada selera pulak aku nak makan kat sini. Hati aku tiba-tiba rasa sakit pulak,” ujar Hazrel seraya bangun.
“Eh, kau ada penyakit hati ke?”
“Apa pulak penyakit hatinya. Aku tengah hangin ni.”
Badrul mengangguk faham. Geli hatinya melihat wajah tegang Hazrel.
“Kau ni memang tak pernah nak berubah dengan sikap hangin kau tu la Haz,” komen Badrul turut sama bangun. “Cuba kau buang sikap kau tu, tentu kau akan jadi lelaki seperti Izzuddin,” sambung Badrul sekadar pendapat.
Seminit kemudian, dia berlalu pergi meningggalkan Hazrel yang seakan terpinga-pinga dengan kenyataannya tadi.
Bertambah panas Hazrel mendengarnya. Apa yang membuatkan dia bertambah panas, tatkala dirinya dibandingkan dengan Izzuddin. Dihalakan pandangan ke arah Nur Ain. Tangannya mengepal penumbuk. Jika di kawasan lapang, mahu sahaja dia melayangkan penumbuk kepada lelaki yang sedang berani untuk berbual dengan Nur Ain.
“Kau apahal kacau orang. Nak makan penampar dari aku ke?” tegur Hazrel keras sebaik sahaja berhadapan dengan Nur Ain dan lelaki tersebut.
Berderau darah Nur Ain mendengarnya. Dia mengangkat muka dan menatap wajah tegang Hazrel. Sungguh Nur Ain merasa takut ketika itu.
Hello, abang ni siapa nak kacau saya dengan perempuan ni? Awek abang ke? Kalau bukan awek abang, baik abang blah dari sini. Jangan kacau saya dengan bakal awek saya ni boleh tak?” balas suara lelaki itu selamba.
“Apa kau cakap?” tanya Hazrel meninggi.
Nur Ain yang mendengar, bingkas bangun dari duduknya. Kecut perutnya melihat wajah tegang Hazrel itu. Belum pernah sekali dia melihat setegang itu. Jika ada pun, sewaktu permulaan perkenalan mereka dahulu.
“Kau cakap apa tadi?” ulang Hazrel masih meninggi.
“Encik Hazrel!” seru Nur Ain perlahan.
“Kau diam. Aku bawa kau ke sini bukannya nak suruh kau menggatal dengan jantan lain. Kau sedar tak kau tu siapa. Kau tu orang gaji aku dan kau jangan ingat sesuka hati kau aje boleh buat apa yang kau nak,” jerkah Hazrel meninggi. Tidak peduli dengan pasang-pasang mata yang sedang melihat adegan drama sebabak mereka bertiga.
Tersentak Nur Ain mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Hazrel. Terasa air matanya meniti di tubir mata. Sedaya upaya dia menahan air mata daripada gugur membasahi pipinya.
Brobrocome on la. Yang abang nak marah bakal awek saya ni kenapa? Kalau ya pun dia orang gaji, abang tak ada hak nak sekat kebebasan dia,” tegur lelaki itu sinis. “So, saya nak pinjam orang gaji abang ni bawa jalan-jalan, boleh?” sambungnya lagi seraya berdiri.
“Kurang ajar kau!” marah Hazrel seraya menumbuk muka lelaki itu. Terjelepuk lelaki itu jatuh ke lantai. Dia menahan rasa perit di mukanya akibat ditumbuk oleh Hazrel.
Tanpa berlengah, segera Hazrel menarik tangan Nur Ain beredar dari restoran itu. Sakit hatinya mendengar kata-kata lelaki itu. Sengaja mencari pasal dengan aku. Padan muka, free-free aje kena penumbuk dengan aku, monolog Hazrel sendirian.
“Encik Hazrel, sakit!” rayu Nur Ain tatkala Hazrel mencengkam pergelangan tangannya dengan erat sekali. Tanpa dipinta air matanya mengalir perlahan membasahi pipi.
Hazrel tidak mempedulikan rayuan Nur Ain. Rasa sakit hatinya masih lagi bersisa. Terasa sakit juga tatkala mendengar kata-kata lelaki keparat itu. Berani betul lelaki itu menganggap Nur Ain sebagai aweknya. Ah! Sejak bila aku ambil berat pasal dia ni, soal hatinya pula seraya memberhentikan langkah. Dia menolak kasar tubuh Nur Ain sehingga membuatkan Nur Ain terdorong ke hadapan. Tidak peduli dengan pasang-pasang mata yang melihat tingkah mereka berdua itu.
Nur Ain terkedu. Dia mengusap lembut pergelangan tangannya yang terasa sakit. Air matanya membasahi pipi. Kenapa Hazrel bersikap sebegitu padanya? Apa salahnya juga? Jika Hazrel memarahinya disebabkan lelaki tadi, tidak masuk akal jadinya. Kenapa Hazrel perlu marah sedangkan dia di anggap sebagai orang gaji sebentar tadi?
“Apa salah Ain?” tanya Nur Ain sebak.
Tanpa menunggu balasan Hazrel, segera dia membawa langkahnya menuju ke bilik air. Dia perlu menghamburkan air mata di situ. Tidak mahu orang melihat keadaannya begitu. Jika dia punya kudrat, mahu sahaja dia membawa dirinya ke rumah Humaira ketika itu.
Hazrel hanya memandang. Dada yang berombak kencang semakin surut. Dia melabuhkan duduk di kerusi yang berada di situ. Keluhan berat terlepas dari bibir. Rasa menyesal kerana membuat Nur Ain menangis.


“Nah! Aku tak nak dengar kau ungkit pasal telefon buruk kau tu lagi. Aku dah beli yang baru dan aku nak kau pakainya, faham!” kata Hazrel seraya meletakkan kotak telefon di atas katil Nur Ain. Setelah itu dia menapak jalan beredar dari bilik Nur Ain.
“Ain tak nak. Ain nak telefon lama Ain tu balik,” suara Nur Ain perlahan.
Terhenti langkah Hazrel. Dia menoleh ke belakang dan menentang pandangan Nur Ain.
“Kau ni tak faham bahasa ke? Kan aku suruh kau pakai telefon baru tu. Lagipun aku dah buang telefon buruk kau tu. Buat sakit mata aku aje tengoknya. Bertambah dengan daki yang ada kat telefon tu, buatkan aku jijik nak pegangnya,” jelas Hazrel sinis.
Berderau darah Nur Ain mendengarnya. Bingkas dia bangun dari duduk dan menghampiri Hazrel. Tajam matanya ke muka Hazrel yang sedang beriak selamba.
“Apa Encik Hazrel cakap?” tanya Nur Ain inginkan kepastian.
“Kau ni memang pekak betullah. Tadi kau tak faham apa yang aku cakapkan. Sekarang kau suruh aku ulang balik apa yang aku cakapkan tadi. Kau ni memang ada masalah pancaindera agaknya,” balas Hazrel selamba.
“Apa Encik Hazrel cakap tadi?” ulang Nur Ain pada soalannya yang tadi.
“Aku nak kau set kat dalam kepala otak kau tu, telefon bimbit kau tu aku dah buang.”
“Encik Hazrel dah melampau. Siapa yang benarkan Encik Hazrel buang telefon saya tu?” marah Nur Ain tidak tertahan.
Tersentak Hazrel mendengar kemarahan Nur Ain. Matanya menjamah wajah tegang Nur Ain. Geli hati pulak dia melihatnya. Terlepas juga ketawa dari bibirnya itu.
Nur Ain mengepal penumbuk. Lantas ditendang kaki Hazrel sekuat hatinya. Melepaskan kemarahan yang sudah lama bercambah dalam dirinya. Setelah itu, dengan sedaya upaya dia menolak kasar tubuh Hazrel keluar dari dalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat. Melepaskan segala isi kemarahan terhadap Hazrel. Kemudian dilurutkan tubuhnya di belakang pintu bilik. Sebak tatkala Hazrel bertindak membuang telefon bimbit peninggalan Hazrul.
“Aku bencikan kau!” laung Nur Ain dari dalam bilik.
Hazrel menahan perit di kaki. Terjengket-jengket dia menahan kesakitan tersebut. Panas hatinya tatkala Nur Ain sebegitu berani menendang kakinya. Tangan masih lagi mengetuk pintu bilik Nur Ain, namun tidak bersahut. Terasa sakit hatinya ketika itu.
“Buka pintu ni aku kata buka!” jerit Hazrel dari luar bilik.
Nur Ain hanya membisu. Dia menyembamkan mukanya ke dalam lutut. Air mata mengalir tidak henti-henti sedari tadi. Kenapa Hazrel bertindak sebegitu terhadapnya? Bukankah perasaan benci yang tersemat di dalam hati lelaki itu? Dan kini, kenapa Hazrel seakan ingin mengongkong tindak tanduknya itu.
“Nur Ain Zafira Ibrahim! Aku kata buka pintu ni buka!” jerit Hazrel lagi sambil mengetuk pintu bilik.
Nur Ain yang mendengar segera bangun. Tangannya memulas tombol pintu. Setelah dibuka, wajah tegang Hazrel menyapa matanya.
“Kenapa Encik Hazrel buat Ain macam ni? Apa salah Ain pada Encik Hazrel? Apa salah telefon tu pada Encik Hazrel? Kenapa Encik Hazrel buangnya?” tanya Nur Ain bertubi-tubi berserta esakan tangisan.
Tersentak Hazrel mendengarnya. Matanya menatap wajah basah Nur Ain.
“Ain tak minta apa-apa dari Encik Hazrel. Ain minta telefon bimbit Ain tu balik. Itu tanda kenangannya buat Ain. Tolonglah pulangkan balik telefon tu. Lepas ni Ain akan ikut apa yang Encik Hazrel suruh Ain buat,” luah Nur Ain bernada simpati.
Semakin laju air matanya mengalir membasahi pipi. Tanpa disedari, segera tubuh Hazrel dipeluk. Dia menangis teresak-esak di bahu Hazrel. Hatinya sedih dan pilu tatkala Hazrel berbuat begitu. Kenapa Hazrel tidak memahami akan isi hatinya itu?
Hazrel berkerut seribu. Tindakan Nur Ain di luar jangkaan. Sungguh tidak menyangka Nur Ain begitu berani memeluknya. Ditambah dengan tangisan Nur Ain membuatkan hatinya menjadi sebak dan pilu. Tanpa disuruh, tangannya memeluk erat tubuh Nur Ain, cuba untuk menenangkan Nur Ain. Diusap lembut belakang Nur Ain. Perlakuan yang dilakukannya seperti pagi tadi. Dan ketika itu, ada perasaan lain sedang menjalar masuk ke dalam hati.
“Dah, tak payah kau nak menangis lagi. Ambil balik telefon kau ni. Lepas ni aku tak nak tengok kau bercakap dengan telefon tu sorang-sorang. Dah macam orang tak betul aku tengoknya,” beritahu Hazrel bernada memujuk.
Dikeluarkan telefon bimbit milik Nur Ain dari dalam poket seluar dan dihulurkan kepada Nur Ain. Entah kenapa dia bertindak sebegitu. Mungkinkah tangisan Nur Ain membuatkan kemarahannya menurun dan perasaan simpati menusuk masuk ke dalam hatinya pula.
Nur Ain meleraikan pelukan. Dia menyeka air mata dengan belakang tangannya. Dihalakan mata ke arah telefon bimbit yang dihulurkan oleh Hazrel. Dengan perlahan tangannya membalas huluran itu. Sebuah senyuman terbias di bibir. Dan tanpa disedari, bibirnya mengucup lembut pipi Hazrel.
“Terima kasih!” ucap Nur Ain perlahan.
Kemudian, dia menapak masuk setelah menutup pintu bilik. Dilabuhkan duduknya di birai katil. Senyuman masih terukir di bibir. Ucapan terima kasih meniti di benak hati. Lalu dibawa telefon bimbit itu ke dada sendiri. Melepaskan kerinduan terhadap Hazrul.
Hazrel terkedu tiba-tiba. Terasa kaku tubuhnya itu. Tindakan Nur Ain mengucup pipinya sungguh mengejutkan. Tidak menyangka Nur Ain sebegitu berani. Apa yang dilihatnya pada Nur Ain sungguh berbeza. Ternyata Nur Ain berubah dari Nur Ain yang dikenalinya sebelum ini. Dengan perlahan, bibirnya mengukir sebuah senyuman. Senyuman yang hampir lupus dari wajahnya selepas kematian Hazrul.

Aha... pasti ada yg terkejut dgn tindakan NAZ kan??? Saya pn terkejut jg.. cewahh!!

Jumpa HH & NAZ, Isnin depan ya...
Terima kasih kerana membaca AJID...
(^_^)

32 ulasan:

  1. uiksss.. hehehe.. ain sedo ke x tu.. nasib haz xpengsan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. bling2 gitu ajelah.. :D

      Padam
  2. best sangat. apsal lambat sangat hazrel hardy fall in love kat nurain? nak baby... ngehehehe..
    mesti comel loteh baby HH dan ain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. erk, baby?? adalah tu nti.. haha.. :D

      Padam
  3. Suka sangat bab ni! ^^
    Ain ni selamba badak dia je dok hug and kiss Hazrel. Omey angat! Hahaha.
    Sorry la kak. Tak terbayang langsung watak Ain yang hodoh tu. Rasa dia ni cantik dan super comel je. Hehehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. blh aje klu nk bygkan NAZ tu cantik dan super comel.. tp, hakikatnya dh digambarkan dr awal NAZ tu mcm mana orgnya. wlpn dia x cantik.. manis dan ayu ttp ada.. klu x, xkan HH blh terkaku tgk NAZ x bertudung hr 2.. hahaha.. ;)

      Padam
  4. wow...memang tak sangka ain berani tendang kaki mamat poyo a.k.a hazrel...alang2 dah tendang tu..patutnya ain bagi pelempang sekali kat mamat tu....baru puas hati...tapi yg paling memeranjatkan saya...ain cium pipi mamat poyo tu..selamber je..suka..suka..suka...sweet sangat..nampaknya dalam hati hazrel pun sudah ada teman bunga yg kembang mekar...Eliza saya tak sabar nak tunggu hari isnin..lambatnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. 2lah, sy pn terkejut jg.. cewaahh!! sy yg menulis.. sy lak yg terkejut..

      a'ah, dlm ht HH tu dh ada taman.. tggu nk kembang sekembangnya aje.. hihi.. :D

      terima kasih kerana membaca AJID.. ;)

      Padam
  5. ok....

    ak tak pahan ngan kau Hazrel. kau xda hak nk sekat pergaulan ORG GAJI kau. unless kau admit yg dia isteri kau br la boleh.

    naper la ko g kiss die? xphm ak ngn kau ni NAZ...
    *sigh*

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. mulut HH still mcm longkang jg kan??

      xpelah, yg NAZ kiss tukan husband dia.. lgpn dia happy sgt sbb HH bg balik tpon dia 2.. itu yg kiss HH sbg tanda terima kasih.. kihkih.. :D

      Padam
  6. uiss beraninya Ain ni..hehe suka3!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. berani x beranilah NAZ tu.. selamba jekn.. hehe..:D

      Padam
  7. kalau lah HH tau sapa Ain sebenarnya... adakah dia akan mengikut rentak mama dia berdendam dgn Ain atau mngikut amanah, pasanan Hazrul pd dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm, maybe berdendam n maybe tidak.. jwpnnya ada nanti.. tunggu.. :)

      Padam
  8. Wah,Ain berani tu pegi kiss HH..but so sweeet..HH lepas ni mesti tak tido dok terbayang-bayang Ain kiss dia kan..hikhik..Nampaknya Ain betul dapat melembutkan sikap bongkak HH tu..chaiyok kak..taksabar tunggu nex entry.

    EL

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. Eddie kan ada ckp, mgkn NAZ dpt ubahkan serta lembutkan HH.. org mcm HH lawannya NAZ.. kan dh nkp perubahan HH tu ckt..

      hr Isnin kita jmpa ya.. thanks coz membaca AJID.. ;)

      Padam
  9. comel lah....tp bab x boleh belah time mkn 2 lah...mgaku org gaji 2 yg x boleh belah...pas2 nk cemburu2 lak...mgaku aweks ka..kwan ka..adk ka..xpa lah jgk..x menyakitkn hati....
    bab peluk 2sbb dia sedih sgt 2...bab cium 2 xcited sgt dpt blk enset dia...
    hahaha....comel2...
    -miss A-

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup!! btl tu.. apa2 pn dlm hati HH dh ada taman bunga.. hehe.. :D

      Padam
  10. how sweet :) ....keras2 kerak nasi jek hazrul ni...hihihi...mgkn dia ni lembut ati orangnya eh...mulut longkang ku dah melt ngn ain..hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. erk, farah.. tersalah hero tu.. hihi.. yelah kan, sekeras2 kerak nasi.. jd lembutnya nti.. :)

      Padam
    2. eh,hazrel...tersasul taip hazrul...hihihi :)

      Padam
    3. hehehe.. dh namanya hampir2.. beza 'u' dgn 'e' aje.. :D

      Padam
  11. amboi NAZ,,kemain lg dia..cayalh!!!hehe
    HH plak knfem la suka kn...gila x suka??mmg xla kn...
    akak,mmg trkujat la skjp kn dgn NAZ 2...nsb x skt jntg...ngeeee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. mmg terkjt ngan tindakan NAZ.. xpelah, HH tukan husband dia.. x slh NAZ kiss husband dia sndr.. sbg tanda terima kasih kat HH coz pulangkan handphone dia tu.. huhu.. :D

      Padam
  12. alahai mana sambungan nya ni.. tak sabar der nak tau next episod aaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar ya.. mlm nti sy n3 bab 18.. :D

      Padam
  13. hmm kesabaran mencerminkan keimanan.. yes yes kena sabar menunggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih didie coz setia menanti.. mlm nti sy n3 bab 18 ya..

      Padam
    2. mlm ne sis n3 bab 19 ka??

      Padam
    3. x sure dik.. rs mcm x sempat..

      Padam
  14. hahahaha.... xduge langsung NAZ nak kiss HH.. So sweet. xsabar nak tunggu HH jadi romantik.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. lps ni HH jd romantika d'amor.. :)

      Padam