Rabu, 28 Mac 2012

Aku Juga Ingin Dicintai - Bab 19


BAB 19

“Encik Hazrel!!” jerit Nur Ain kalut.
“Yang kau jerit-jerit tu kenapa?” marah Hazrel meninggi.
“Encik Hazrel, Ain takut!” ujarnya perlahan.
Hazrel mendengus kasar. Time nilah pulak nak blackout, marahnya di dalam hati.
“Kau kat mana?” tanya Hazrel.
“Ain… Ain… kat dapur,” balas Nur Ain terketar-ketar. Perasaan takut menguasai fikirannya yang waras.
Hazrel melangkah perlahan-lahan. Kegelapan di dalam rumah sukar untuknya bergerak pantas. Malah untuk ke ruang dapur juga cukup sukar baginya. Bukan sahaja rumahnya bergelap, malah kawasan sekeliling juga turut bergelap. Pada ketika ini, menyesal dia meninggalkan telefon bimbit di dalam bilik. Jika tidak, boleh dijadikan cahaya buat dirinya menapak jalan.
“Encik Hazrel!” panggil Nur Ain lagi.
“Kau boleh diam tak? Aku nak ke dapurlah ni,” balas Hazrel meninggi.
Nur Ain terdiam. Air mata sudah mengalir laju membasahi pipi. Peristiwa dia dikurung di sebuah rumah kosong dan gelap bermain di tubir mata. Peristiwa yang hampir meragut nyawanya ketika itu. Peristiwa yang meninggalkan kesan parut di dahinya juga. Sungguh Nur Ain takut memikirkan peristiwa itu. Bingkas dia bangun dari duduk dan menapak tanpa tujuan sehinggalah dirinya terlanggar sesuatu. Segera didudukkan dirinya di situ dan menggigil ketakutan. Dipeluk erat kedua-dua belah lututnya.
“Yang kau menangis tu kenapa? Aku dah nak sampai ni,” marah Hazrel tatkala terdengar esakan kecil milik Nur Ain.
Nur Ain masih membisu. Otaknya tidak mampu berfungsi secara waras.
“Ain!” panggil Hazrel berkerut.
Namun tiada sahutan.
“Nur Ain!” masih mencuba.
Tetap sama.
“Kau kat mana Ain? Aku dah sampai dapur ni,” tanya Hazrel meninggi.
Masih tiada sahutan.
“Nur Ain!” laung Hazrel. “Kau jangan risaukan aku Nur Ain,” luah Hazrel geram.
Dengan perlahan, dia membawa langkahnya ke dapur. Melilau matanya mencari, namun disebabkan kegelapan, membuatkan perlakuannya terbatas.
“Nur Ain, kau kat mana? Jangan risaukan hati aku boleh tak?” ulang Hazrel bernada marah. Dia mengepal penumbuk. Sakit hati tatkala penggilannya tidak disahut Nur Ain.
Nur Ain masih membisu. Dia memeluk lututnya sendiri dan menggigil ketakutan. Ke kiri ke kanan bola matanya bergerak. Seakan ada lembaga cuba untuk menculiknya. Seakan ada seseorang cuba untuk melakukan sesuatu ke atasnya. Sungguh Nur Ain merasa takut ketika itu. Apa yang menjadi titik utamanya, bagaimana untuk melepaskan diri dari lembaga tersebut.
“Nur Ain Zafira!” panggil Hazrel masih meninggi berserta dengusan kasar.
Seminit kemudian, bekalan elektrik kembali pulih. Serta merta matanya melilau mencari kelibat Nur Ain. Terkejut dia melihat Nur Ain sedang memeluk kaki dan menggigil. Mungkinkah disebabkan ketakutan membuatkan Nur Ain sebegitu rupa.
“Ain, kenapa ni?” tanya Hazrel risau.
Nur Ain mengangkat muka. Wajah Hazrel menyapa mata.
“A… A… Ain takut. A… A… da orang nak culik Ain,” jawab Nur Ain terketar-ketar.
Matanya membelingas ke kiri dan kanan. Pucat mukanya ketika itu. Bayangan lelaki yang menculiknya sewaktu kecil dahulu bermain di tubir mata.
“Ain… aku ni Hazrel. Mana ada orang nak culik kau?” kata Hazrel bernada memujuk.
Dicuba hampiri Nur Ain yang sedang memeluk kaki di sudut hujung dapur. Menggigil badan Nur Ain dilihatnya. Tumpah rasa simpati Hazrel ketika itu. Apa yang membuatkan Nur Ain jadi sebegitu sekali?
“Tadi ada orang lalu kat belakang Ain. Dia nak culik Ain,” beritahu Nur Ain masih terketar-ketar.
“Tak adanya orang nak culik kau. Perasaan kau aje tu,” pujuk Hazrel lembut.
Nur Ain memandang tepat ke wajah Hazrel. Ada riak keikhlasan pada wajah itu. Perlukah dia mempercayai Hazrel?
“Betul?” tanya Nur Ain inginkan kepastian.
“Betullah. Kau ingat aku nak tipu kau ke,” jawab Hazrel seraya menghampiri Nur Ain.
Ditatap wajah basah Nur Ain. Tatkala melihat, serta merta hatinya menjadi lembut. Entah kenapa, dia sendiri tidak pasti. Mungkinkah sikap Nur Ain yang tenang berhadapan dengan sikapnya selama ini telah berjaya meruntuhkan ego lelakinya.
“Dah, tak payahlah nak nangis. Kau ni sikit-sikit nak nangis. Bukannya budak kecil lagi, dah jadi bini orang,” komen Hazrel dan masih memujuk.
Dengan perlahan tangannya menyeka air mata Nur Ain. Ditatap lembut wajah Nur Ain. Walaupun suatu ketika dulu dia membenci wajah itu, kenapa hari ini wajah itu yang ingin dilihatnya, ingin menyapa matanya. Sungguh Hazrel tidak memahami akan dirinya ketika ini.
“Encik Hazrel sayang Ain tak?” tanya Nur Ain tiba-tiba. Matanya tertancap ke wajah Hazrel.
Berkerut Hazrel mendengar pertanyaan Nur Ain itu. Air liur ditelan berkali-kali. Jawapan apa yang perlu diberikan pada Nur Ain?
“Selain maksu, Ain ada Abang Eddie. Abah buang Ain atas sebab yang bukan kesalahan Ain sendiri. Orang yang ikhlas cinta dan sayang Ain, dah tinggalkan Ain tiga tahun yang lepas. Ain ni bawa malang pada orang ke?” cerita Nur Ain tanpa dipinta.
Semakin berkerut Hazrel mendengar cerita Nur Ain itu. Siapa ‘orang’ yang ikhlas cinta dan sayangkan Nur Ain, menjadi tanda tanya.
“Encik Hazrel sayang Ain tak?” ulang Nur Ain pada soalannya yang tadi.
Hazrel membisu.
“Abang sayang Ain tak?” ulang Nur Ain buat kali yang ketiga sambil memandang tepat ke wajah Hazrel.
Hazrel terkedu. Abang! Ulangnya di dalam hati.
“Abang!” seru Nur Ain perlahan.
“Dah, jangan kau nak merepek pulak. Mari aku hantarkan kau ke bilik,” tegas Hazrel seraya membangunkan Nur Ain. Tidak mahu terus-terusan bermain dengan perasaan.
“Ain tak merepek. Abang janji tak nak tinggalkan Ain. Tapi, abang tinggalkan Ain juga,” bidas Nur Ain keras.
Semakin laju air matanya mengalir membasahi pipi. Entah kenapa hatinya didesak untuk berkata begitu. Malah matanya seakan-akan melihat wajah Hazrul. Adakah Hazrul yang dilihatnya tika dan waktu ini.
Hazrel hanya membisu. Sedaya upaya dia cuba untuk membangunkan Nur Ain namun Nur Ain sengaja mengeraskan badan. Malah dengusan kasar kedengaran dari bibir Nur Ain.
“Okey… okey… aku tak tinggalkan kau,” kata Hazrel mengalah.
Nur Ain memandang Hazrel.
“Janji!”
“Ya… aku janji. Aku takkan tinggalkan kau. Dah jauh malam ni. Mari aku bawakan kau ke bilik.”
Nur Ain tersenyum girang. Kata-kata Hazrel begitu mendamaikan. Segera dia bangun dari duduk dan menapak jalan menuju ke bilik sambil dipimpin Hazrel.
“Kau dah makan ke belum?” tanya Hazrel.
Terhenti langkahnya tatkala terlihat bungkusan nasi di atas meja makan seakan tidak berusik.
Nur Ain turut sama menghentikan langkah. Dia menggeleng kecil sebagai tanda jawapan pada pertanyaan Hazrel.
“Kau ni memang degillah. Kan aku suruh kau makan. Kalau gastrik kau datang balik macam mana? Siapa yang susah, aku jugakan?” tegur Hazrel keras.
Nur Ain hanya membisu.
“Aku nak kau makan dulu sebelum tidur,” arah Hazrel sambil memimpin Nur Ain ke meja makan.
Didudukkan Nur Ain di situ. Kemudian dia melabuhkan duduknya di hadapan Nur Ain. Tangan menarik nasi bungkusan lalu dibuka. Sesudu nasi disuakan ke mulut Nur Ain.
“Lepas makan nasi, kau jangan lupa makan ubat,” pesan Hazrel sebaik sahaja suapan pertama masuk ke dalam mulut Nur Ain.
Nur Ain hanya membisu. Matanya menatap wajah Hazrel. Seakan sukar untuk mempercayai akan apa yang sedang terjadi pada Hazrel. Kenapa Hazrel bersikap baik padanya? Kenapa wajah Hazrel tidak seperti wajah sebelum ini? Nur Ain keliru dengan sikap Hazrel.
“Terima kasih abang!” ucap Nur Ain lembut sebaik suapan pertama ditelan.
Hazrel yang mendengar menyembunyikan senyuman. Ayat ‘abang’ yang keluar dari bibir Nur Ain begitu menenangkan. Matanya menatap wajah Nur Ain. Seakan tenang tatkala melihat wajah itu. Tangannya lincah menyuapkan nasi ke mulut Nur Ain.
Selesai sahaja makan, Hazrel membawa Nur Ain ke bilik. Tanpa disuruh, tubuh Nur Ain dirapatkan ke tubuhnya. Erat dan kemas. Seakan tidak mahu melepaskan tubuh itu jauh dari tubuhnya. Begitu damai dan tenang berada di sisi Nur Ain. Segala perasaan benci dan marah terhadap gadis itu, hilang begitu sahaja. Hanya perasaan kasih dan sayang wujud ke dalam hatinya buat Nur Ain.
“Kau tidurlah. Aku nak naik atas, nak mandi. Dah melekit badan aku rasakan ni,” beritahu Hazrel sebaik sahaja membaringkan Nur Ain.
“Tidur dengan Ain boleh tak?” pinta Nur Ain perlahan.
Bulat mata Hazrel mendengarnya. Matanya tertancap ke wajah Nur Ain. Riak simpati jelas di wajah Nur Ain.
“Ain takut. Kalau elektrik tak ada lagi macam mana?”
“Kau ni mengada-ngada betullah. Selama ni kau tidur macam mana?”
“Ain tidur bukak lampu. Ain takut gelap,” jujur Nur Ain seraya bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas katil.
Hazrel melepaskan keluhan berat. Sakit jiwanya dengan perangai Nur Ain.
“Abang temankan Ain boleh?” pinta Nur Ain lagi.
Tangannya sudah pun menyentuh lembut tangan Hazrel. Berharap Hazrel menunaikan permintaannya itu.
“Abang!” seru Nur Ain lembut tatkala Hazrel membisu.
“Yalah. Aku temankan kau. Kalau sehari tak susahkan aku, tak boleh agaknya,” rungut Hazrel seraya duduk di birai katil. Keluhan berat terlepas dari bibir.
Nur Ain tersenyum lebar. Diangkat tubuhnya sedikit dan mencium pipi Hazrel. Kemudian dia membaringkan badan dan menarik selimut. Mata ditutup berserta senyuman di bibir. Menahan malu akan tingkahnya sebentar tadi. Seakan ada kuasa magik yang memintanya untuk mencium pipi Hazrel.
Hazrel terkedu. Jantungnya berdegup kencang melebihi tahap normal. Sungguh tidak menyangka Nur Ain begitu berani mencium pipinya buat kali yang kedua. Dia menggeleng kecil. Senyuman indah terukir di wajahnya. Senyuman yang sukar untuk dimengertikan. Mungkinkah Nur Ain bisa mengembalikan kehidupannya yang lepas sebelum kematian Hazrul.
“Tidurlah. Aku janji takkan tinggalkan kau,” bisik Hazrel perlahan.
Tangannya mengelus lembut pipi Nur Ain. Didekatkan wajahnya ke wajah Nur Ain. Dengan perlahan, sebuah kucupan hinggap di dahi Nur Ain. Setelah itu, segera dia membawa langkah keluar dari bilik Nur Ain. Tangannya menyentuh lembut dada. Mungkinkah dia sudah jatuh hati pada Nur Ain. Mustahil terlalu awal aku tewas dan tersungkur dengannya, bidas hati Hazrel laju.  


Sorry Die aku lambat” tegur Izzuddin.
“Tak apa. Aku pun baru aje sampainya,” balas Eddie dan tersenyum.
Izzuddin melabuhkan duduk di kerusi. Setelah membuat pesanan, dihalakan pandangan ke wajah Eddie. Sedari siang lagi Eddie mengajaknya untuk berjumpa. Tika dan waktu begini, barulah Izzuddin mempunyai masa terluang untuk berjumpa dengan Eddie. Seronok juga melepak pada tengah-tengah malam begini, bisik hati Izzuddin.
“Macam mana kes Haz dengan Ain, dah selesai ke?” tanya Izzuddin sekadar ingin tahu.
“Belum lagi. Tunggu surat dari mahkamah aje,” balas Eddie.
Suasana hening tatkala pelayan meletakkan minuman yang dipesan oleh Izzuddin.
“Oh, tunggu surat ajelah lagi.”
Eddie mengangguk.
“Siang tadi Ain pengsan,” beritahu Izzuddin.
Terkejut Eddie mendengarnya. Dibetulkan posisi duduk. Matanya tertancap ke muka Izzudin. Perasaan risau menyelinap masuk ke dalam hati.
“Pengsan? Pengsan kenapa Izz?” tanya Eddie khuatir.
“Aku tak pasti Die. Mungkin Hazrel ada jawapannya,” jawab Izzuddin. Dicapai gelas minuman dan meneguk air di dalamnya.
“Hazrel? Hazrel buat apa-apa dengan Nur Ain ke?” desak Eddie.
“Tak adalah Die. Kau janganlah risau sangat.”
“Mananya aku tak risau. Kau tahukan macam mana perangai Hazrel tu. Bukannya dia sukakan Ain.”
“Mungkin dulu Die. Tapi aku rasa tidak sekarang. Aku dah nampak sikap tanggungjawab Haz pada Ain.”
“Maksud kau Izz?”
“Hazrel yang bawa sendiri Ain ke klinik. Baru aku sentuh Ain sikit, melenting terus kawan kita tu. So, itu merupakan tanda yang Hazrel dah mula sukakan Ain,” cerita Izzuddin bersungguh. Peristiwa petang tadi bermain di tubir mata.
Eddie tertawa mendengarnya. Dia mencapai gelas air lalu meminumnya. Penjelasan Izzuddin mengenai Hazrel, begitu mengejutkan. Sungguh tidak menyangka yang Hazrel akan tewas terhadap Nur Ain dalam beberapa hari sahaja.
“Agak terkejut but aku memang dah agak yang Hazrel akan tersungkur depan Nur Ain,” balas Eddie dan tertawa kecil.
“Aku pun agak terkejutlah. Tapi aku memang dah agak yang semua ni akan berlaku. Aku saja aje ugut dan cabar dia masa tu. Sekurang-kurangnya kalau aku tak buat macam tu, tak adalah dia tonjolkan sikap dia yang sebenarnya,” jelas Izzuddin dan tersenyum.
Eddie mengangguk faham. Ada benarnya kata-kata Izzuddin. Jika tidak berbuat begitu, sampai bila-bila pun Hazrel takkan berubah pada perangainya yang asal.
“Haz bukan macam tu Izz. Kaukan kenal dia dari U lagi. Dia berubah lepas kematian Hazrul,” suara Eddie.
“Aku tahu Die. Haz yang kita kenal dulu bukan Haz yang kita kenal sekarang. Benar juga kata kau tu Die. Haz berubah selepas kematian Hazrul. Diakan rapat dengan arwah. Apa-apa masalah, dia kongsi dengan arwah begitulah sebaliknya,” sokong Izzuddin.
“Aku harap Haz hargai Nur Ain,” ujar Eddie perlahan.
“Aku pun harap macam tu juga Die. Walaupun hati aku masih sayang dan cintakan Nur Ain, aku kena terima hakikat yang Nur Ain bukan milik aku. Hanya doa yang mampu aku berikan pada Nur Ain. Semoga Nur Ain bahagia Die,” balas Izzuddin ikhlas.
“Baguslah kalau dah macam tu Izz. Aku pun harap kau akan berjumpa dengan gadis idaman kau.”
“Tapi, kalau Haz lukakan hati Nur Ain, aku tak teragak-agak akan kotakan janji aku pada Haz dulu. Aku harap Haz takkan lukakan hati Nur Ain.”
“Insya-ALLAH, doakan yang terbaik buat mereka berdua.”
Izzuddin mengangguk dan tersenyum. Semoga Hazrel akan lebih menghargai Nur Ain.
“Izz, aku nak tanya kau sesuatu, tentang Faizal,” ujar Eddie.
“Faizal?” ulang Izzuddin.
Eddie mengangguk.
“Kalau tak silap aku, Haz bergaduh dengan Faizal sebelum kitorang ke overseas dulu. Kau ingat tak tentang tu lagi Izz,” kata Eddie curiga.
“Aku ingat Die. Aku pun pelik masa Haz bagitau aku pasal Faizal,” sokong Izzuddin. “Tapi, memang Faizal ada call aku hari tu. Just tanya khabar ajelah,” sambungnya lagi.
“Aku syak Faizal yang rancang semua ni. Kalau tak silap aku, Faizal bergaduh dengan Haz dua minggu sebelum tu kat kelab. Masa tu Haz bawa Ain ke kelab dan Faizal cuba buat perkara tak senonoh dengan Ain,” jelas Eddie.
“Haz bawa Ain ke kelab? Ya ALLAH, kenapa aku tak tahu tentang ni Die,” ulang Izzuddin terkejut. “Patutlah pada hari kejadian tu, aku tengok muka Haz gelisah semacam aje. Mesti ada kena-mengena dengan Ain,” sambungnya lagi.
“Aku pasti sebab tu, tapi yang aku tak pasti sekarang, macam mana Haz boleh berbaik dengan Faizal?”
“Aku pun tak sure sangat tentang Faizal dengan Hazrel. Kalau ingatan aku masih kuat, diorang bergaduh disebabkan arwah. Aku pernah nampak Hazrel bertekak dengan arwah,” cerita Izzuddin.
“Bergaduh?” ulang Eddie berkerut.
Izzuddin mengangguk.
“Aku kena siasatnya Izz. Aku pasti semua yang berlaku pada Hazrel dan Nur Ain ada kena-mengena dengan Faizal,” ujar Eddie.
“Tak pelah Die. Aku pasti kita akan tahu siapa dalang kes Hazrel dan Nur Ain,” kata Izzuddin sekadar menyedapkan hati Eddie.
“Aku pasti akan carinya Izz,” azam Eddie dan mengepal tangan.
Izzuddin hanya mengangguk. Wajah Eddie ditatap mesra. Sedari dulu lagi Eddie terlalu rapat dengan Hazrel dan Hazrul. Segala masalah mereka bertiga berkongsi bersama. Walaupun Hazrel dan Eddie selalu bergaduh, namun hubungan mereka tetap baik sehingga ke hari ini.


Hazrel mundar mandir di dalam bilik. Sekejap duduk, sekejap berdiri dirasakannya ketika ini. Sedari tadi hatinya resah dan gelisah. Ingatannya kembali kepada perbuatan yang dilakukan terhadap Nur Ain. Kenapa perbuatannya berbeza dengan kata hati? Kenapa dia berlembut dengan Nur Ain? Kenapa dia merasa kasih dan sayang terhadap Nur Ain? Ah! Kenapa begitu mudah aku tewas padanya? Marah hatinya.
Hazrel membawa langkahnya keluar dari bilik. Dituruni anak tangga satu persatu. Tekaknya yang terasa kering, perlu dibasahkan. Sesampai di dapur, botol air dikeluarkan dari peti sejuk dan dituangkan ke dalam gelas yang di ambilnya dari kabinet dapur. Setelah itu diteguk rakus air di dalamnya.
“Jangan… jangan… jangan culik aku. Lepaskan aku… lepaskan aku…” ronta Nur Ain sambil tergeleng.
Tersentak Hazrel mendengarnya. Telinganya menangkap suara Nur Ain. Gelas yang baru dipakai, dibasuh dan diletakkan di tempat pengering pinggan mangkuk. Kemudian dia menapak ke bilik Nur Ain yang tidak bertutup. Sengaja dia membiarkan pintu bilik Nur Ain terbuka. Khuatir perkara yang tidak diingini berlaku pada Nur Ain lagi. Sejak bila pulak aku ambil berat pasal dia ni? Soal hatinya tiba-tiba.
“Jangan… jangan apa-apakan aku. Jangan…” rayu Nur Ain.
“Apa lagi masalah minah ni? Hisy, menyusahkan betullah!” rungut Hazrel dan menapak masuk ke bilik Nur Ain.
“Abang… tolong Ain. Tolong!” pinta Nur Ain.
“Kau ni memang bermasalah betullah. Suka sangat menyusahkan aku. Apa yang kau ngingaukan ni?” geram Hazrel sambil tangannya memukul lembut lengan Nur Ain.
“Tolong… tolong… lepaskan aku… lepaskan aku…” ronta Nur Ain lagi. Ke kiri ke kanan badan Nur Ain. Seakan Nur Ain bermimpikan peristiwa ngeri sahaja.
“Lepaskan…” pinta Nur Ain lagi.
“Ain… bangun,” seru Hazrel seraya duduk di birai katil.
Tangannya menyentuh lembut wajah Nur Ain. Cuba untuk menyedarkan Nur Ain.
“Ain…” panggil Hazrel lagi.
Nur Ain membuka mata. Berkerut dahinya melihat wajah Hazrel. Bingkas dia bangun dari pembaringan dan bersandar di kepala katil.
“Abang!” panggil Nur Ain.
“Kau kenapa? Apa yang kau mimpikan?” tanya Hazrel tegas. Matanya menatap wajah Nur Ain yang berpeluh.
“Ain mimpi ada orang culik Ain. Lepas tu bawa Ain ke tempat gelap,” cerita Nur Ain tersekat-sekat.
“Kau ni mengarut ajelah. Tadi kau kata ada orang nak culik kau. Sekarang kau mimpi kena culik pulak. Kalau dalam kepala kau tu asyik ingat pasal penculik, mananya kau tak mimpikan tentang penculikan,” tegur Hazrel sinis.
Nur Ain mengetap bibir. Seakan kelu lidahnya untuk meneruskan cerita. Bukannya dia sengaja bermimpikan tentang itu dan bukan juga kisah itu sengaja di dongengkan. Apa yang disampaikan kepada Hazrel, adalah benar belaka. Peristiwa yang berlaku pada dirinya sewaktu usianya tujuh tahun.
“Lepas ni aku tak nak dengar kau terpekik terlolong macam orang tak betul. Sakit telinga aku mendengarnya,” tegur Hazrel seraya bangun.
“Abang!” panggil Nur Ain perlahan.
Tangannya menarik tangan Hazrel agar tidak beredar dari situ.
Hazrel menghela nafas pendek. Wajah Nur Ain ditatap berserta kerutan di dahi.
“Ain tak tipu. Ain pernah kena culik masa umur Ain tujuh tahun dulu. Masa tu mak suruh Ain pergi kedai. Pastu ada orang tarik Ain dari dalam kereta. Dia bawa Ain ke rumah kosong. Dia kurung Ain dalam bilik gelap. Lepas tu….” sukar untuk Nur Ain meneruskan ceritanya. Tanpa dipinta, air mata mengalir perlahan membasahi pipi.
Hazrel melabuhkan duduknya semula. Nur Ain yang sedang menangis, ditatap simpati. Kisah yang diceritakan Nur Ain sebentar tadi memilukan hati. Lantas ditarik tubuh Nur Ain dan mendakapnya erat. Cuba untuk menenangkan Nur Ain. Cuba menyalurkan semangat buat Nur Ain. Semoga dengan cara ini, Nur Ain dapat ditenangkan. Apa yang bersarang di kepala Hazrel ketika ini, latar belakang Nur Ain. Perlukah dia mengetahui latar belakang Nur Ain?
“Syyhh… dahlah. Tak payahlah nak menangis lagi. Macam budak-budaklah kau ni. Kan aku ada. Aku janji akan jaga kau. Aku janji takkan tinggalkan kau,” pujuk Hazrel lembut.
Diusap lembut lengan Nur Ain. Entah kenapa hari ini hari memujuk sedunia bagi Hazrel. Dia menggeleng dan tersenyum kecil mengingatinya.
“Kalau tinggal juga?” tanya Nur Ain sekadar menduga.
Hazrel menghela nafas lembut. Dibawa wajah Nur Ain agar menatap wajahnya. Tangannya menyeka lembut air mata yang mengalir perlahan di pipi Nur Ain.
“Kan aku dah janji yang aku takkan tinggalkan kau. Kalau aku tinggalkan kau…”
Hazrel menghentikan ayatnya. Berfikir-fikir ayat apa yang sesuai untuk disambungkan.
Nur Ain mengerutkan dahi. Menanti akan sambungan ayat Hazrel. Matanya terpahat ke wajah Hazrel.
“Yang pasti aku takkan tinggalkan kau,” putus Hazrel.
Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Cuba menahan debaran di hati. Pandangan sayu Nur Ain menggetarkan naluri lelakinya. Ditepis perasaannya agar tidak bertindak di luar kawalan.
Dengan tiba-tiba, wajah Hazrul terlayar di ruang mata Nur Ain. Wajah yang amat dirindui. Wajah yang sudah lama meninggalkannya selama tiga tahun.
 “Ain sayangkan abang,” ucap Nur Ain berserta senyuman di bibir. “Ain rindukan abang!” ujarnya pula.
Hazrel mengerutkan dahi. Wajah Nur Ain ditatap mesra. Ada kekeliruan pada wajah itu. Apa yang membuatkan Nur Ain beriak sebegitu?
Nur Ain keliru. Keliru dengan apa yang dilihatnya sekarang. Kenapa wajah Hazrel seakan wajah Hazrul? Kenapa matanya seolah-olah melihat wajah Hazrul. Tika dan saat ini, ingin sahaja dia meluahkan perasaan rindu dendamnya terhadap Hazrul. Ingin sahaja dia meluahkan apa yang terbuka di dalam hatinya selama ini.
“Ain minta maaf. Sebab Ain, abang accident. Ain yang salah sebab desak abang jumpa Ain hari tu. Kalau tidak, abang takkan…”
Sukar untuknya menyebut perkataan ‘mati’ sepertimana tiga tahun yang lepas. Rasa kekesalan masih lagi bersisa di dalam hati. Bagaimana untuk menghapuskan rasa kesal itu, Nur Ain sendiri tidak tahu.  
Hazrel hanya memandang. Walaupun dia kurang mengerti akan maksud Nur Ain, dia tidak peduli itu semua. Pasti suatu hari nanti dia akan mengetahui akan perkara tersebut. Matanya masih lagi tertancap ke wajah tenang Nur Ain. Tangannya menarik lembut wajah Nur Ain. Dengan perlahan dia menundukkan wajah ke wajah Nur Ain. Bibirnya bertaut dengan bibir Nur Ain. Seakan ada perasaan halus yang memaksanya berbuat begitu. Seakan ada remote yang menggerakkan dia supaya mencium Nur Ain.
Nur Ain tersentak. Terbeliak matanya dengan tindakan Hazrel. Sungguh tidak menyangka Hazrel berani mencium bibirnya. Dapat dirasakan perasaan indah di dalam hatinya waktu itu. Seakan wajah Hazrul hilang dari pandangan mata. Wajah Hazrel muncul dengan tiba-tiba di hadapan berserta senyuman di bibir. Senyuman yang begitu manis dari pandangan matanya.
“Maaf, aku tak sengaja,” ujar Hazrel tatkala bibirnya terlerai dari bibir Nur Ain.
Bingkas dia bangun dari duduknya. Terasa malu dengan perbuatannya itu. Mahu sahaja dia menyorokkan muka ke dalam baju agar Nur Ain tidak dapat melihat rona di pipinya ketika itu. Entah kenapa dia didesak untuk berbuat begitu. Entah kenapa juga dia merasa menyesal dengan apa yang dilakukannya sebentar tadi. Sungguh Hazrel tidak mengerti dengan apa yang telah berlaku pada dirinya juga.
“Aku masuk bilik aku dulu. Kau tidurlah. Dah lewat pagi ni,” ujar Hazrel masih cuba menahan rasa malu. Jam di dinding dikerling. Masa sudah pun merangkak ke angka tiga pagi.
“Kenapa perlu minta maaf?” tanya Nur Ain berkerut.
Hazrel hanya membisu. Segera dibawa langkah keluar dari bilik Nur Ain. Tidak mahu menjawab pertanyaan Nur Ain. Sengaja membiarkan pertanyaan itu tergantung tanpa jawapan. Secara jujurnya, dia tidak punya jawapan pada pertanyaan itu. Bagaimana untuk mengungkap perasaannya, Hazrel sendiri tidak tahu. Apa yang pasti, jantungnya berdegup dengan pantas. Hatinya berdebar-debar seakan sukar untuk dirinya mengawal hatinya itu. Aku sayangkan dia dan aku takkan tinggalkan dia, bisik Hazrel pada dirinya sendiri.
Nur Ain hanya memandang. Pertanyaannya tadi dipandang sepi oleh Hazrel. Kenapa Hazrel perlu meminta maaf atas perbuatannya tadi? Bukankah Hazrel punya hak untuk berbuat begitu terhadap dirinya memandangkan dia isteri yang sah.
Nur Ain membaringkan badan. Selimut ditarik ke paras dada. Otaknya ligat memikirkan peristiwa sebentar tadi. Terasa indah tatkala bibirnya disentuh lembut oleh bibir Hazrel. Perasaan yang belum pernah di alaminya selama ini. Begitu membuai jiwa dan perasaan. Terima kasih abang! Bisik Nur Ain dan tersenyum. Semoga tidurnya di ulit mimpi-mimpi yang indah pula.
  

Sorry lambat update... byk sgt edit bab ni... 
kira okeylah kan bab ni... 
Terima kasih pd yg menantikan bab 19 ni...
(^_^)

30 ulasan:

  1. Salam Eliza...lama betul rasanya tunggu n3 kali ni...tapi puas hati walaupun kena tunggu lama...drp awal sampai ke akhir senyum je baca bab ni...tegang macam kena cucuk botox..hihihi...nampaknya gelaran mamat poyo+berlagak+sengal dh kena tukar dgan mamat romatik+caring+sweet...tk sangka Hazrel cium bibir Ain...dah hilang bau kampung Ain kot...skarang ni...dah bau bandar + wangi...apa2 pun...I likeeee it very muchhhh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. hehe.. byk kali edit, sbb tu lambat ckt n3nya..
      yup!! dh hilang kot bau kampung Ain tu, sbb tu berani cium Ain..

      Padam
  2. waaaaa.... cedey yea... dari tadi tahan air mata dari jatuh... huhuhuhuhu... apa2 pun ttp best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. erk, sedih tang mana tu cik mi.. alahai, lps ni kena wat part geram2 la pulak.. hihi.. :)

      Padam
  3. yessszaaa....kata2 hazrel dulu telah memakan dirinya...hahhahahaha..best suka sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. doa Humaira dh termakbul.. nk tgk HH tersungkur dpn NAZ.. :D

      Padam
  4. hehehe....akhirnya Hazrel tunduk pada egonya...chaiyokk ain...hihihi...

    hazrel, eat your word! heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. NAZ tgh berusaha la tu farah.. hehehe.. :D

      Padam
  5. HH dah tersungkur, hehehe.... Sweet sgt2 bab ni..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. hamboi my miss editor.. suka sgt.. :D

      Padam
  6. hah,lps ni mst HH xleh nk tido lena,,dok tringat kt NAZ ja...sikit hari lg 2 mst angau pny lah...wahh,,suka2..x mgkn jatoh cnta konon..hehehe :)

    nway akak, thanks for the n3....~

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. blh angau ke dia tu.. ego dia still ada..
      almost welcome yani.. ;)

      Padam
  7. salah teka,,rupa2nya blackout...hahaha -tj atiqah-

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. xpe, lps ni cuba lg ya dik.. :D

      Padam
  8. waaa best tk sia2 mnungu..
    n3 bab 20 g sis tk sbar nk bca yg slanjut ny plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. bab 20 still dlm proses menaip.. klu siap Insya-ALLAH, esok akak n3lah.. klu xde siang.. tggu mlm ya.. ;)

      Padam
  9. ada suap2 la plak..sweet..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. dh npk caring HH tu.. ;)

      Padam
  10. Mmg berbaloi tggu....tembok besar china dah mula runtuh nmpk...hati dab mulut dah tak seiring....cuma ego aje masih kuat....emmm tak sabar tggu bila HH tau siapa 'abang' pd NAZ tu....apa reaksi dia....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. tq kak eijan coz setia menanti bab 19.. a'ah, dh nk runtuh dh tu.. semuanya akn terjwb kak eijan.. sabar menanti ya.. ;)

      Padam
  11. AIN ni mcm ad split personality pulak dah.
    nasib la HH xkata dia gila, br menangis takut, tiba2 pggl dia abang plak. suh teman lah etc.. hahaha..

    akak, kdg2 q confuse kenapa ain pggl HH abang?? sbb dia teringat hazrul ke..or mmg dia mmg nak pggl HH abang since dia suami Ain?

    haha.. HH janji..melekat lah kau dgn ain smpi mati.. haha..
    Ain ni daring lah...ain jgn daring sgt nnt kena 'makan'. kalau kau sudi len cerita lah..huhu..

    kiss!! HH kissed ain tu........haha
    tu tanda2 ain nk kena 'makan' tuh.. HH tu plak boleh plak dia kata dia tak sengaja. bangang ka ap.. ishx3 kau buat lah ap kau suka. tu bini kau lah!!

    Kalau HH tau abng dia mati..sebab ain (mengikut kata ain lah kan..)
    agaknya dia marah tak? hurm....
    looking forward for the next chapter..
    happy writing kak ros!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak aii.. pnjg bebenor komennya..

      q.. mula2 dia sedar HH kt dpn dia.. lps tu dia npk byg Hazrul, terus dia pggl abang.. kan akak ad mention dlm tu, bl dia npk Hazrul, dia tukar pggl 'abang'

      klu HH tau abg dia mati sbb NAZ?? cm ne nk bg jwpn ek?? adalah jwpnnya nti.. sabar menanti ya..

      thanks q still setia membaca AJID.. :D

      Padam
    2. tu la...ad nmpk sbb dia nmpk hazrel mcm hazrul.
      tp dia pggl hazrel abang byk kali.. tu yg menconfuekan..
      xpe kak. bila baca next2 chap, mybe blh faham ain lg dekat

      ps: hehe... kalau byk mende nk ckp. pnjg lah komen...xpe..sy tau sume writer suka komen pnjg..akak x suke ke?

      Padam
    3. hehe.. bkn x suka.. suka sgt2..

      akak suka cara q komen.. smbil bc smbil fikir logik atau tidak ttg tu.. so, klu ada yg akak terlps pndg, akak blh refer pd komen tu n editnya balik.. sbb itu akak ada khidmat editor sndr utk komen setiap bab yg akak buat..

      jgn risau.. setiap persoalan ada jwpnnya..

      Padam
  12. wah amazing... buat tak sabar toi nak nanti next next next n next episod ler...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. mmg amazing.. tq jg coz still menanti AJID.. ;)

      Padam
  13. suka sangat ain kena cium. segan nak baca pun ada. iyelah, mat romeo dah mulai jatuh cinta kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. sy pn segan jg nak menaipnya.. a'ah HH yg bongkak, sombong tu dah tukar jd mat romeo.. :)

      Padam
  14. Laaa.. Ingatkn pasai mi grg lg.. Errr.. Haz da melanggar ikrar nampaknyaa.. ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. kihkih.. salah tekaan mu dik.. :D

      Padam