Rabu, 17 Oktober 2012

Suara Cinta - Bab 14


BAB 14

“JEMPUT masuk Rizal, Jas,” pelawa Haji Marwan.
“Terima kasih, Wan. Yati mana?” kata Encik Erizal.
“Ada kat belakang, tengah siapkan makanan tengahari. Jemput la duduk. Kita berbual-bual dulu sementara nak tunggu orang dapur siapkan makanan,” beritahu Haji Marwan.
“Kalau macam tu, saya minta diri ke dapur dulu la, Wan. Nak tolong Yati kat dapur,” pinta Puan Jaslina.
“Eh, tak payah susahkan diri, Jas. Ana dengan Leen pun ada tolong ummi mereka,” tahan Haji Marwan.
“Tak mengapalah, Wan. Saya ke belakang dulu,” pamit Puan Jaslina dan berlalu pergi.
Haji Marwan dan Encik Erizal sekadar mengangguk. Mata mereka menghantar langkah Puan Jaslina sehingga hilang di sebalik pintu dapur.
“Jemputlah duduk, Rizal,” pelawa Haji Marwan.
“Terima kasih, Wan.” ucap Encik Erizal, seraya duduk di sofa.
“Lama benar kita tak berjumpa, Rizal. Kalau tak silap aku, paling last aku jumpa kau, masa majlis perkahwinan kawan kita tu… apa nama dia…” sambil mencongak-congak mengingati nama seseorang.
“Kamarul!” sebut Encik Erizal.
“Ha… Kamarul. Masa tu, anak kau, Eddry Safwan, baru dua tahun, kan?”
“A’ah, Wan. Masa tu, anak sulung kau, Norziana, baru tiga tahun.”
“Sekarang ni, Norziana dah ada adik, Nur Edleen, namanya,” kata Haji Marwan.
“Eddry pun dah ada adik juga, Edzuary Safuan namanya,” balas Encik Erizal dan tertawa kecil.
Haji Marwan turut sama tertawa. Gelengan kecil diberikan pada kawannya itu.
“Kalau bukan kerana mesyuarat kementerian hari tu, tak mungkin kita bertemu kembali, betul tak, Rizal?”
“Betul, Wan. Syukur sangat kita dapat berjumpa balik. Rindu, masa kita sama-sama belajar di universiti dulu.”
Haji Marwan mengangguk. Otaknya ligat mengingati kenangan lalu.
Business kau macam mana, Wan?”
“Alhamdulillah, business aku berjalan dengan baik. Menantu aku banyak bantu aku kat Indah Holding. Kau pulak, macam mana?”
“Hurm, aku macam ni sajalah. Eddry, uruskan business dia sendiri. Mana nak uruskan business aku tu. Dia lebih suka berdikari dari bekerja bawah aku,” terang Encik Erizal.
“Habis tu, siapa yang tolong kau selama ini?” tanya Haji Marwan, ingin tahu.
“Adik Eddry, Edzuary,” jawab Encik Erizal.
“Oh, anak kau yang bongsu. Yang kau cerita pada aku hari tu, kan?”
Encik Erizal sekadar mengangguk. Wajah kawannya itu ditatap mesra.
“Macam pernah dengar saja nama anak kau ni, Rizal. Tapi, aku lupa pulak kat mana,” kata Haji Marwan sambil berfikir.
“Anak aku tu, glamer kut. Sebab tulah kau pernah dengar nama dia,” gurau Encik Erizal dan tertawa kecil.
Haji Marwan turut sama tertawa. Otaknya masih lagi ligat berfikir. Berfikir, di mana dia mendengar nama tersebut.
So, anak kau yang bongsu, kerja dengan kau ke?” tanya Encik Erizal, sekadar ingin tahu.
“Tak. Anak aku yang bongsu kerja kat…” kata-katanya terhenti tatkala Khazizul memberi salam. Segera, dihalakan mata ke arah Khazizul yang sedang tersenyum ke arahnya.
Encik Erizal turut sama menoleh. Senyuman diberikan pada insan yang memberi salam sebentar tadi.
“Rizal, kenalkan menantu aku, suami Norziana, Khazizul,” perkenal Haji Marwan.
“Apa khabar uncle?” tanya Khazizul, seraya menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Baik alhamdulillah. Suami Norziana rupanya. Berapa orang anak dah?” kata Encik Erizal dan membalas huluran salam Khazizul.
“Kembar sepasang,” beritahu Khazizul dan tersenyum.
Encik Erizal sekadar mengangguk. Senyuman terbias di wajah.
“Mana anak-anak kau, Rizal? Dari tadi tak nampak pun,” tanya Haji Marwan tatkala menyedari ketiadaan anak-anak Encik Erizal.
“Diaorang datang kemudian, sekejap lagi sampai la tu,” jawab Encik Erizal. Jam di tangan dikerling buat seketika. Kerisauan menerjah dalam hati. Risau, jika Eddry tidak berjaya memujuk Edzuary.
“Abah!” panggil Nur Edleen mematikan perbualan mereka bertiga. Serentak mereka bertiga menoleh ke arah suara itu.
“Makanan dah siap. Ummi jemput ke meja makan,” beritahu Nur Edleen dan tersenyum.
Haji Marwan mengangguk.
“Mari Rizal, jemput ke ruang makan,” pelawa Haji Marwan, seraya bangun. “Ini anak aku yang bongsu, Nur Edleen,” beritahunya pula. Bahu Nur Edleen dipeluk kejap.
Nur Edleen segera menghulurkan tangan untuk bersalaman. Senyuman diberikan pada tetamu abahnya itu.
“Oh, ni yang bongsu. Dah besar, lebih kurang sebaya dengan Edzuary,” balas Encik Erizal, seraya bangun. Tangannya membalas huluran tangan Nur Edleen.
“A’ah, dah layak kahwin pun,” usik Haji Marwan dan tertawa.
Encik Erizal dan Khazizul, turut sama tertawa. Masing-masing mengatur langkah menuju ke ruang makan. Namun, langkah mereka terhenti, tatkala terdengar seseorang memberi salam dari arah luar rumah.
“Waalaikumussalam,” balas mereka bertiga serentak. Nur Edleen turut sama tidak terkecuali menjawab salam tersebut.
“Leen, pergi tengok siapa yang datang,” arah Haji Marwan.
“Mesti anak-anak aku yang datang, Wan,” sampuk Encik Erizal.
“Leen pergi tengok sekejap,” beritahu Nur Edleen dan menapak ke muka pintu utama.
“Mari Rizal, Zul,” ajak Haji Marwan tatkala kelibat Nur Edleen menghilang.
“Baiklah!” sahut Encik Erizal dan mengekori dari belakang menuju ke ruang makan.
Belum pun sempat mereka tiba di ruang makan, kedengaran suara orang menjerit. Tersentak mereka yang berada di dalam rumah itu. Serta-merta mereka menapak ke ruang tamu untuk melihat. Apa yang telah terjadi? Bisik di dalam hati masing-masing.


“ABAH!” tegur Nur Edleen, keras.
“Apa la angah ni? Boleh pulak buat lawak bodoh,” tegur Norziana dan tertawa.
Nur Edleen menundukkan muka. Kakinya menguis-nguis permaidani di lantai. Sedari waktu makan sehinggalah selepas makan, tidak henti-henti dirinya ditertawakan. Hilang selera makannya juga. Bukannya dia sengaja nak memukul Edzuary. Disebabkan rasa terkejut, membuatkan dia bertingkah sebegitu tadi.
“Maafkan anak auntie, Ary. Dia tak sengaja nak pukul Ary tadi,” suara Hajah Norhayati, serba salah.
“Tak apa auntie. Ary pun salah juga,” balas Edzuary dan tersenyum hambar.
Auntie jangan risau, Ary takkan ambil hati. Ary lagi suka kena pukul, kalau auntie nak tahu. Betul tak, Ary?” sampuk Eddry dan tertawa kecil.
“Abang!” tekan Edzuary, keras.
“Nasib baik Ary tak ada apa-apa. Mujur Ed ada, kalau tidak, mahu benjol kepala Ary tu Leen buatnya,” celah Encik Erizal turut sama tertawa.
“Siapa suruh masuk macam pencuri,” suara Nur Edleen dan masih menunduk.
“Hari tu Ed dianggap sebagai perogol, hari ni, Ary pula sebagai pencuri. Lepas ni, entah siapa pula yang kena,” rumus Eddry dan tertawa kecil.
“Maksud Ed, Leen yang cucuk paha Ary…” Puan Jaslina menghentikan kata-kata. Pasti, Eddry mengerti akan maksud ayatnya itu. Apa yang berlaku pada Edzuary, sudah lama diketahuinya. Eddry sendiri yang bercerita padanya dan Encik Erizal.
“Ya mama. Leen yang cucuk paha Ary dengan pen,” pintas Eddry.
“Habis tu, teruk ke Ary kena?” tanya Haji Marwan sekadar ingin tahu.
“Tak ada apa-apa uncle, cuma lebam sikit saja,” jawab Edzuary dan menunduk.
“Leen… Leen… nakal betul!” kata Hajah Norhayati dan menggeleng.
“Padan muka! Siapa suruh main sergah dari belakang,” ejek Nur Edleen dan mengangkat muka. Senyuman mengejek, diberikan pada Edzuary.
“Awak….” terhenti kata-kata Edzuary. Sakit matanya melihat riak selamba Nur Edleen.
“Sudahlah Ary, Leen,” tegah Encik Erizal.
“Baru aku ingat, Rizal. Edzuary Safuan yang Leen maksudkan pada kami dulu, adalah anak kau. Bos Leen sendiri,” jelas Haji Marwan.
“Tak handsome, tua, gemuk dan perut boroi. Misai mengalahkan pelakon A.Galak. Kalau dia usap misai dia, itu tandanya dia tengah marah. So, time tu, janganlah nak cari pasal dengan dia. Meletup satu pejabat dibuatkannya,” cerita Norziana dan tertawa. Mengulangi ayat yang pernah dituturkan oleh Nur Edleen tidak lama dulu.
“Kak long!” tegur Nur Edleen dan menjegilkan mata ke arah Norziana.
“Siapa, Norziana?” tanya Puan Jaslina, kurang faham.
“Siapa lagi kalau bukan bos Nur Edleen,” beritahu Khazizul, turut sama ketawa.
“Abang long!” tegur Nur Edleen lagi.
Edzuary mengerutkan dahi. Otaknya cuba merencanakan dengan penjelasan Khazizul dan Norziana. Seminit kemudian, wajah Nur Edleen dipandang tajam.
“Leen ni buta dah kut. Cukup punya handsome Edzuary Safuan, dia boleh describe Edzuary Safuan sampai macam tu sekali,” kata Norziana dan menggeleng.
Mereka yang mendengar hanya tertawa. Masing-masing menghalakan pandangan ke wajah Nur Edleen yang sedang tersengih.
“Awak bayangkan saya macam tu sekali, Nur Edleen?” Keras Edzuary bertanya. Tajam matanya ke wajah Nur Edleen.
“Ya.. eh.. bukan.. bukan.. sorry,” balas Nur Edleen dan tersengih.
Edzuary mengepal tangan. Sakit hati tatkala dirinya digambarkan sebegitu sekali oleh Nur Edleen. Jika diikutkan hati, mahu ditonyoh-tonyoh mulut Nur Edleen itu.
“Sudahlah, Leen, Ary. Tak baik bergaduh,” tegur Haji Marwan dan menggeleng.
“Ala, abah. Gaduh-gaduh sayang diaorang berdua tu,” usik Norziana lagi.
“Kak long!” tegur Nur Edleen, keras. Wajah sengihan kakaknya itu ditatap tajam.
Norziana masih lagi ketawa. Suka mengusik dan melihat rona di wajah Nur Edleen. Pasti, adiknya itu sedang menahan malu di hadapan keluarga Edzuary.
“Wan, kita bincangkan apa yang telah kita putuskan di kementerian hari tu,” sampuk Encik Erizal.
“Ya tak ya juga. Ralit sangat mengusik Leen dan Ary, terlupa pulak dengan rancangan kita tu, Rizal. Kita tanya anak-anak kita dulu. Setuju ataupun tidak dengan rancangan kita ni,” balas Haji Marwan.
Nur Edleen mengerutkan dahi. Hatinya berdebar-debar tatkala mendengar kata-kata dari abahnya. Adakah abahnya sedang merancangkan sesuatu buat dirinya?
“Ary, papa minta Ary datang ke sini, sebab papa dan mama serta abang dah rancang nak satukan Ary dengan anak Uncle Marwan. Papa, mama dan abang, dah setuju dengan rancangan ni. Ary macam mana? Setuju ke tidak?” jelas Encik Erizal.
Berkerut Edzuary mendengar penjelasan papanya. Rasa terkejut turut menumpang di dalam hati. Patutlah Eddry berkeras mengajaknya ikut sama, rupa-rupanya ada rancangan di sebalik pertemuan ini.
“Mama nak Ary bahagia. Mama tak nak Ary…”
“Ary tak setuju!” pintas Edzuary, keras.
Terkejut mereka yang berada di ruang tamu itu. Masing-masing menghalakan pandangan ke arah Edzuary.
“Kau yang rancang semua ni, kan?” tuduh Edzuary, seraya menuding jari ke arah Nur Edleen. “Kau nak balas dendam pada aku, betul, kan?”
Tersentak Nur Edleen mendengar tuduhan Edzuary itu. Diangkat muka dan memandang tepat ke wajah tegang Edzuary. Kenapa Edzuary menuduhnya sebegitu? Apa yang membuatkan Edzuary berkata begitu?
“Ary, memang papa dan mama nak jodohkan Ary dengan anak Uncle Marwan. Papa tak sangka yang Ary kenal dengan Nur Edleen,” suara Encik Erizal.
“Ary, kenapa ni?” tanya Puan Jaslina pula.
“Mama dengan papa sengaja nak Ary lupakan kisah lalu. Sebab itulah mama dan papa jodohkan Ary dengan perempuan tu,” luah Edzuary, geram.
“Ary! Ary tahu tak, dengan siapa Ary bercakap ni?” tegur Eddry, keras.
“Abang pun sama juga. Bersubahat dengan papa dan mama,” balas Edzuary, sinis.
“Maaf, kalau uncle mencelah,” sampuk Haji Marwan. Mereka yang lain menghalakan pandangan ke wajah Haji Marwan. “Kalau Ary tak setuju, kami tak memaksa.”
“Sampai bila-bila pun Ary takkan setuju berkahwin. Bukan sahaja berkahwin dengan dia, dengan sesiapa pun Ary tetap tak setuju. Papa dan mama jangan cuba nak hapuskan kenangan tu dari dalam hidup Ary,” tegas Edzuary dan beredar dari situ.
“Ary!” panggil Eddry, keras. Namun, panggilannya itu tidak bersahut. Sakit hatinya tatkala Edzuary meninggikan suara di hadapan mama dan papanya. Kenapa Edzuary bertingkah sebegitu? Ternyata, kenangan lima tahun yang lepas masih terpahat kemas di dalam diri Edzuary dan sukar untuk menghapuskan kenangan tersebut dari dalam diri adiknya itu.


“ENTAHLAH, aku sendiri terkejut dengan apa yang berlaku,” luah Nur Edleen.
“Habis tu, apa keputusannya?” tanya Ezzura, ingin tahu.
“Dia tak setuju.”
“Kau?”
Nur Edleen menghela nafas berat. Jawapan apa yang perlu diberikan pada Ezzura? Kalau setuju, bermakna dia terpaksa berhadapan dengan Edzuary. Jika tidak bersetuju, bermakna dia telah mengecewakan hati abah dan umminya.
“Aku tak tahu.”
“Kau tak tahu atau kau tak ada jawapan pada soalan aku tadi. Aku pasti, kau berbelah bagi sekarang ni. Seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak. Betul, kan?” tebak Ezzura.
“Kalau aku setuju dan dia tak setuju, tak ada gunanya juga. Begitulah sebaliknya,” kata Nur Edleen berserta keluhan ringan.
“Tapi Leen…”
“Aku belum bersedia lagi, Zura. Kau kan tahu apa yang terjadi pada aku dulu,” pintas Nur Edleen.
“Leen, semua tu dah berlalu. Dah takdir Allah semua tu berlaku dalam hidup kau,” nasihat Ezzura, lembut.
“Aku tahu Zura dan aku terima semua itu sebagai takdir Allah untuk aku. Tapi aku betul-betul belum bersedia untuk ke alam perkahwinan. Lepas aku tahu yang aku akan dijodohkan dengan Edzuary, bertambah takut untuk aku ke arah itu,” jelas Nur Edleen, terang dan nyata.
“Leen, kau fikirlah mana yang terbaik buat diri kau. Aku tetap sokong dan doakan yang terbaik untuk kau. Kalau kau rasa was-was, kau sholat isthikarah. Insya-Allah, Dia akan beri petunjuk untuk kau membuat keputusan,” kata Ezzura lagi.
“Insya-Allah, Zura. Aku tak sampai hati nak kecewakan abah dan ummi. Kalau dengan cara ini dapat menggembirakan hati mereka, aku sanggup lakukannya,” luah Nur Edleen.
“Kalau macam tu, aku letak dululah Leen. Aku dah janji dengan Azie dan Eka nak tengok tempat program kita tu,” kata Ezzura.
“La, kenapa tak bagitau aku awal-awal. Aku pun nak juga tengok tempat tu,” kata Nur Edleen bernada rajuk.
“Tak apa Leen. Kitaorang boleh tengok. Kau cuma uruskan soal sponsor tu saja. Yang lain-lain, kitaorang handle. Kau jangan risau. Lagipun, kitaorang faham kedudukan kau sekarang ni,” jelas Ezzura, memujuk.
“Tapi, tak adil la bagi korang. Aku tak buat apa-apa pun,” bidas Nur Edleen.
“Kau uruskan sponsor tu,” balas Ezzura, serius.
“Err… kau still nak suruh aku mintak kat dia ke? Kau kan tahu kes aku dengan dia.”
Well! Kitaorang tetap nak sponsor dari dia.”
“Tapi…”
“Kitaorang bagi masa seminggu pada kau. Kalau kau tak berjaya, kami terpaksa minta lebih dari kau la.”
“Ala, tak aci la macam ni. Aku pulak yang kena. Kau pun satu tempat kerja dengan dia.  Kau pun boleh minta dari dia, kan?”
“Oh no no no… Aku rasa, hanya kau yang boleh pujuk dan ayat dia. Sebabnya, aku yakin, dia dah jatuh cinta dengan kau.”
“Jatuh cinta?” ulang Nur Edleen, berkerut. “Merepek la kau ni, Zura. Kalau dia dah jatuh cinta dengan aku, takkan dia tolak rancangan family kami untuk satukan aku dan dia.”
“Dia berlakon saja tu. Tunggu dalam sehari dua lagi, aku yakin dia akan setuju dengan rancangan family korang berdua.”
“Hurm, suka hati kau la, Zura. Okeylah, aku nak letak ni, nak tolong ummi. Apa-apa hal, jangan lupa inform kat aku,” kata Nur Edleen, mengalah. Tidak mahu memanjangkan persoalan itu lagi.
“Okey, no problem. Jangan lupa ayat dia untuk sponsor tu, tau,” pesan Ezzura dan mematikan talian.
Nur Edleen menghela nafas ringan. Bagaimana untuk memohon sumbangan daripada Edzuary? Sudahlah hal mereka belum lagi selesai, ditambah dengan hal yang lain pula. Adakah Edzuary masih sudi berjumpa dengannya lagi selepas apa yang berlaku tadi?


“ABANG tak suka dengan sikap Ary. Kenapa Ary kurang ajar sangat di hadapan papa dan mama serta keluarga Uncle Marwan?” marah Eddry sedikit meninggi.
“Suka hati Ary la. Yang abang sibuk ni, kenapa?” balas Edzuary turut sama meninggi.
“Abang ada hak untuk menegur Ary. Abang ni, abang kandung Ary.”
“Huh! Disebabkan abang ni abang kandung Ary, jadi Ary kena dengar cakap abang la, begitu?” Sinis Edzuary berkata. Tajam matanya juga ke wajah Eddry.
“Sudahlah Ary, Ed. Buat apa nak bising-bising lagi ni. Malu sikit kalau jiran dengar,” tegur Puan Jaslina, lembut.
“Mama selalu menangkan Ary. Sebab itulah Ary ni kurang ajar,” luah Eddry, geram.
“Apa masalah abang ni? Kalau abang nak sangat kahwin, abang kahwin la dengan perempuan tu. Ary tahu, abang ni dah kemaruk sangat nak kahwin,” balas Edzuary dan masih sinis. Dadanya berombak laju menahan kemarahan di hati.
“Ary!” marah Eddry, meninggi.
“Sudah Edzuary Safuan, Eddry Safwan. Papa tak pernah ajar anak-anak papa meninggikan suara di hadapan orang tua,” tegur Encik Erizal, meninggi.
Tersentak Edzuary dan Eddry mendengar teguran itu. Serta-merta mereka berdua menundukkan muka dan takut untuk bertentang mata dengan papa mereka.
“Papa buat macam ni sebab papa tak nak Ary hidup dalam dunia Ary sendiri. Ary jangan ingat yang papa tak kecewa dengan Ary. Papa dan mama terlalu kecewa dengan Ary. Sampai bila Ary nak ingat kenangan tu? Yang lepas biarlah lepas. Jangan nak diingatkan lagi. Bukan salah Ary semua tu berlaku. Dah takdir dalam hidup Ary yang Ary akan tempuhi peristiwa itu,” luah Encik Erizal, panjang lebar. Keluhan berat terlepas dari bibir.
Edzuary sekadar menunduk dan mendengar. Luahan Encik Erizal menusuk masuk ke tangkai hati.
“Mama nak Ary bahagia. Mama nak lihat Ary yang dulu dan bukan Ary yang sekarang ni. Mama tahu, peristiwa tu masih lagi terkesan di hati Ary. Tapi, semua itu dah berlalu Ary. Jangan hidup dalam kenangan lalu. Bukan salah Ary, semua tu berlaku. Ary tak perlu menyesal dengan apa yang dah berlaku. Terima itu semua sebagai takdir dari Allah buat Ary. Lepaskan dan lupakan kenangan tu, Ary. Ary berhak untuk hidup gembira seperti orang lain,” luah Puan Jaslina pula. Kedengaran esakan tangis dari arahnya juga.
Semakin bersalah Edzuary rasakan. Sungguh, dia merasa berdosa dan derhaka kerana melukakan hati orang tuanya. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk mengecewakan serta melukakan hati mama dan papanya. Berniat jauh sama sekali.
“Kalau Ary tak bersetuju, tak mengapalah. Papa dan mama takkan paksa Ary lagi. Cuma, apa yang papa harap, Ary lupakan kenangan tu. Cukuplah beberapa tahun ini papa dan mama ikut kehendak Ary. Kali ini papa dan mama harap Ary ikut kehendak kami pula,” kata Encik Erizal penuh mengharap dan berlalu pergi.
“Mama berharap yang sama, Ary,” kata Puan Jaslina pula dan berlalu pergi.
Edzuary hanya memandang. Rasa kesal menujah dalam hati. Semakin bersalah dirasakannya ketika ini.
“Abang bukan nak masuk campur dalam urusan Ary. Tapi, kalau dah melibatkan papa dan mama, abang terpaksa masuk juga. Ary memang dah melampau. Sampai bila Ary nak kecewakan hati papa dan mama? Sampai bila Ary nak hidup macam ni? Luaran nampak okey, tapi dalaman… hanya Ary yang tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam hati Ary tu,” komen Eddry pula dan menggeleng kecil. Tanpa menunggu, segera dibawa langkah beredar dari situ. Memberi ruang pada Edzuary untuk berfikir, mana yang baik dan mana yang buruk. Berharap, Edzuary memikirkan perasaan papa dan mama mereka juga.
“Kalau Ary tak setuju, abang boleh gantikan tempat Ary,” ujar Eddry, selamba dan tersenyum nakal. Sengaja menduga perasaan adiknya itu.
Panas hati Edzuary mendengarnya. Tajam matanya ke riak selamba Eddry itu. Tanpa berlengah, bingkas dia bangun dari duduk dan menapak ke bilik. Dia perlu memikirkan permintaan papa dan mamanya. Semoga keputusannya nanti dapat memuaskan hati semua orang termasuk dirinya juga.


22 ulasan:

  1. hahahaaa....
    naper ES X SETUJU NIEE
    betui gak tu kan... biar Eddry yg gantikan...
    kihkihkihhh...
    terus ingat lagu Istikhorah Cinta-stiqma

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. kan ES dh ckp, NE tu hak dia.. mana leh Eddry ganti..

      Padam
  2. Hheheehh , best sesangat
    npe ES x setuju ?? setuju larr :) hihihihih

    ~Fae~

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. jwpn ES dlm bab seterusnya.. tunggu.. (^__*)

      Padam
  3. apa nih, xdpt tau lg kisah yg tersurat tuh...ES nih teruk lah, kata nak pastu soh kawen xnak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wida..

      x lama lg tahulah kisah tersurat tu.. sabar menanti utk bab seterusnya..

      Padam
  4. geramnya...apa kenangan 5tahun tu?
    kak eliz....ckp lerrrrrrrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. erk, sabar2.. nti tahulah apa kisah tu.. :)

      Padam
  5. saspens la...sapa skrg xtau ape yg blaku...bab brp ye kak blh tau peristiwa tu ape??xsbr nk tggu ni...:DD

    BalasPadam
    Balasan
    1. hurm, klu x silap akak.. dlm bab 30 ke atas, baru tahu kisah 5 thn tu.. tp, dlm bab 20 ke atas.. dh ada hint2 ttg tu.. :)

      Padam
    2. lmbt lg nk tau tu...xsbr nk tggu...ari2 n3 bru pn best..ngee~~~~

      Padam
    3. erk, hari2?? bosan nti bcnya dik.. 2 kali seminggu tu dh ok la, kan?? hehehe.. :D

      Padam
    4. hehehe...ye jgk kn...tp up ckit la...3x smiggu xblh ke?...hehehe

      Padam
    5. 3x seminggu?? ms AJID dlu.. buat mcm tu.. kali ni nak ubah, 2x seminggu.. tp, Insya-Allah, minggu ni akak n3 3 bab.. next week, mcm biasa.. hehehe.. :)

      Padam
  6. Hihihi, best! Waiting for the next entry.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. Insya-Allah, nti akak n3 ya.. :)

      Padam
  7. salam akk

    akk ni suka wat suspen aje best jer lyn hehe
    dah lh pelbagai andaian dh ad di kpala ni
    nsib baik x pcah haha

    nk n3 entry lusa blh x..hehe

    wah3 pndai2 aje wat pmintaaan

    sja nk pnuhkn kotak komen ni haha

    akk Ros tenkiu (^_____________^) tuk terus berkarya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. sabar ajelah.. Insya-Allah, nti akak n3 kan.. thanks coz membc kesemua karya2 akak.. (^___*)

      Padam
  8. Nice chapter, Eliza. Owh, terima kasih sebab sudi masuk blog akak dan komen review akak. Maaf kalau tak memuaskan, tapi itu yang jujur dari akak. Yang menarik, harus dikongsikan dengan public.

    Tapi, to be frank, akak masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan Suara Cinta nie. Sebab tu lah akak agak senyap sikit dalam novel Eliza nie. (perasan jer akak kan).

    Oh yer, bila akak tulis review pasal HM, officemate akak kata dia dah lama berkawan dengan awak. What a small world. Kalau tahu, mesti akak kirim HM pada dia untuk signature Eliza. Hahahahhaha. Her name is Juliana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 kak Aziela.. thanks jg utk reviewnya.. sgt2 hargai.. klu ada kekurgn dlm HM, harap dimaafkan..

      Tak apa kak, mungkin x npk plot lg dlm SC ni.. lps ni, mgkn npk plotnya..

      Juliana?? Juliana Jasman ke?? Klu btl dia, mmg dh kawan lama.. ms di UiTM lg n housemate sy dlu.. (^___^)

      Padam
  9. hahahha....pasti si ary tu cemburu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. dlm hati ada taman buat ES.. :)

      Padam