Jumaat, 19 Oktober 2012

Suara Cinta - Bab 15



BAB 15

NUR EDLEEN mengeluh berat. Diperhatikan wajahnya yang sudah disolek di hadapan cermin. Betul ke keputusan yang aku buat ni? Bahagia ke aku nanti? Hatinya berbisik sayu. Tanpa disedari, air mata mengalir perlahan membasahi pipi. Serta merta tangannya menyapu lembut air mata itu. Adakah air mata gembira ataupun air mata kesedihan?
“Kenapa ni, Leen? Kau macam tak gembira saja. Kau terpaksa ke?” tegur Ezzura dan menyentuh lembut bahu Nur Edleen.
Nur Edleen sekadar menggeleng. Bukannya dia tidak gembira, tetapi kerisauan di hati melebihi segala-galanya. Kata-kata amaran dari Edzuary sentiasa bermain di minda. Sungguh, Nur Edleen pelik dengan sikap Edzuary. Jika dulu Edzuary boleh dilayan bergurau, tetapi tidak pada kali ini. Setiap kali dia ingin bergurau, jelingan tajam diberikan oleh Edzuary terhadap dirinya. Nur Edleen terasa hati dengan tingkah Edzuary. Sedaya upaya Nur Edleen cuba berbuat baik dan berlembut dengan Edzuary, tetapi semuanya tidak mendatangkan kesan.
Nur Edleen mengeluh untuk kesekian kalinya. Bagaimana dengan kehidupannya selepas perkahwinan ini nanti? Adakah Edzuary akan melayannya seperti dahulu? Layanan sebelum mereka dijodohkan. Layanan di mana setiap kali Edzuary berkasar dengannya, Edzuary akan datang memujuk dirinya. Mungkinkah semua itu akan berlaku selepas ini ataupun dia terpaksa memujuk hatinya sendiri.
“Leen…” seru Ezzura lagi.
“Aku tak ada apa-apa, Zura. Kau janganlah risau,” kata Nur Edleen sekadar menyedapkan hati Ezzura. Tidak mahu Ezzura mengesan gelodak di dalam hatinya itu.
“Kalau tak ada apa-apa, kenapa aku tengok muka kau sedih saja. Hari ni kan hari bersejarah kau. Tak elok kalau kau beriak macam ni. Apa kata abah dengan ummi nanti kalau mereka tengok wajah sedih kau ni,” kata Ezzura bernada nasihat.
“Aku sedih, sebab aku akan tinggalkan rumah ni. Aku akan ada kehidupan aku sendiri,” bidas Nur Edleen. Tidak mahu Ezzura menduga hatinya.
“Ala, biasalah kalau dah berkahwin. Angah akan ikut suami dan tinggalkan rumah parents kita. Macam kak long jugalah. Kena ikut abang long walau ke mana sahaja abang long pergi,” sampuk Norziana dari arah belakang.
“Betul cakap kak long tu, Leen,” sokong Ezzura.
Nur Edleen tersenyum hambar. Kata-kata nasihat dari Norziana dan Ezzura, buat dengar ataupun tidak sahaja. Entah kenapa hatinya risau dan gelisah ketika ini. Mungkinkah sesuatu akan berlaku di sebalik perkahwinan ini. Penat dan letih otaknya apabila dikerah berfikir.
“Pengantin lelaki dah sampai,” kata Sally, selaku mak andam.
“Dah, jangan nak buat muka toyer macam ni. Suami kau nak masuk dah tu,” tegur Ezzura dan tersenyum ceria.
“Mana Azie dan Eka?” tanya Nur Edleen tatkala menyedari ketiadaan sahabat baiknya.
“Hurm, takkan la kau tak kenal dengan kawan kita berdua tu. Diaorang berdua pergi makan la, apa lagi. Pantang kalau makanan ada depan mata. Terus disambar sampai tak ingat dunia,” beritahu Ezzura dan tertawa kecil.
Nur Edleen turut sama tertawa. Seminit kemudian, matanya terpandang wajah Edzuary di sebalik kain langsir pintu bilik. Senyuman hambar diberikan buat suaminya itu. Ingatannya memutarkan semula kata-kata Edzuary beberapa hari yang lalu.
“Aku berkahwin dengan kau disebabkan papa dan mama aku. Aku tak sampai hati nak kecewakan mereka. Aku akan cuba yang terbaik dalam perkahwinan ini,” beritahu Edzuary, perlahan. Wajahnya diraup beberapa kali.
Nur Edleen hanya mendengar. Kata-kata Edzuary menusuk masuk ke tangkai hati. Bukan Edzuary sahaja yang terpaksa dalam perkahwinan ini, dia juga terpaksa. Disebabkan tidak mahu mengecewakan hati abah dan ummi, dia redha dengan perkahwinan ini. Hanya pada Allah Nur Edleen berdoa, agar semuanya berjalan dengan lancar.
“Leen, jari!” ujar Ezzura, perlahan. “Yang kau termenung ni, kenapa? Suami kau nak sarung cincin tu.”
Tersentak Nur Edleen dengan ujaran Ezzura. Lamunannya yang pendek berterbangan begitu sahaja. Dihalakan mata ke wajah Edzuary dan tersenyum hambar. Jari manis dihulurkan kepada Edzuary. Seminit kemudian, cincin pengikat kasih tersemat kemas di jari manisnya. Disalami tangan Edzuary dan sebuah kucupan kasih di dahi diterima dari Edzuary. Setelah itu, kelibat Edzuary hilang di sebalik pintu bilik.
“Tahniah Leen! Aku doakan kau bahagia hingga ke akhir hayat,” ucap Ezzura, seraya memeluk tubuh Nur Edleen.
“Tahniah angah. Semoga angah dan Ary bahagia hingga ke akhir hayat,” ucap Norziana pula dan turut sama memeluk tubuh Nur Edleen.
Nur Edleen hanya membisu dan mendengar.
“Bahagiakah aku?” bisiknya, sayu.


“CANTIKLAH kau, Leen. Belum pernah aku tengok kau secantik ni,” puji Azie, ikhlas.
Nur Edleen mencebik.
“A’ah la Leen, kau nampak cantik hari ni,” puji Eka Farisha pula.
“Oh ya, mana suami kau, Leen? Lepas sanding tadi, tak nampak pun batang hidung dia. Kau nyorokkan dia ke?” usik Ezzura dan tersenyum nakal.
“Hisy, tak kuasa aku nak nyorokkan dia. Lantak dia la nak pergi mana pun. Bukan ada kena-mengena dengan aku,” bidas Nur Edleen, keras.
“Tak ada kena-mengena apanya Leen. Dia kan, suami kau. Hak kau untuk tahu ke mana dia pergi,” bidas Azie pula.
“Betul tu Leen, kau sebagai isteri perlu ambil tahu ke mana suami kau pergi. Dibuatnya suami kau cari perempuan lain kat luar sana, siapa yang susah? Kau juga yang susah,” sokong Ezzura.
Nur Edleen hanya mendengar. Kata-kata Ezzura dan Azie antara dengar ataupun tidak sahaja. Jawapan apa yang perlu diberikan pada kawan-kawan baiknya itu?
“Tak apalah, lepas ni, Leen tahu la macam mana nak jalankan tugas dia sebagai seorang isteri. Mula-mula ni, kita maafkan ajelah dia,” sampuk Eka Farisha. Tidak mahu Azie dan Ezzura terus-terusan menegur Nur Edleen. Kasihan Eka Farisha melihat wajah Nur Edleen ketika ini.
Thanks Leen!” ucap Ezzura, tiba-tiba.
Thanks? Thanks for what?” tanya Nur Edleen, berkerut.
“Sebab, kau dapatkan sponsor dari dia,” jawab Ezzura dan tersenyum.
Nur Edleen hanya mengangguk dan tersenyum. Otaknya mengimbas semula kata-kata Edzuary ketika dia meminta sumbangan dari lelaki itu.
“Aku boleh bagi kau sumbangan ni, tapi sebagai tukar gantinya, aku tak nak kau masuk campur dalam urusan aku sebaik sahaja kita berkahwin,” beritahu Edzuary, tegas.
Nur Edleen mengerutkan dahi. Kurang mengerti akan penjelasan Edzuary.
“Kau dengan urusan kau dan aku dengan urusan aku. Sepertimana aku takkan masuk campur urusan kau begitu juga kau takkan masuk campur dengan urusan aku,” sambungnya.
Barulah Nur Edleen mengerti akan maksud kata-kata Edzuary itu. Sungguh, Nur Edleen tidak meyangka begitu sekali penerimaan Edzuary terhadap perkahwinan mereka. Sumbangan ditukar ganti dengan kebahagiaan mereka.
“Leen! Kau ni, kenapa? Dari tadi asyik termenung saja. Kau ada masalah ke?” tegur Ezzura, berkerut. Matanya menatap wajah gelisah Nur Edleen.
“Tak.. tak ada apa-apa. Aku tak ada masalah apa-apa,” balas Nur Edleen dan menggeleng. Tidak mahu Ezzura mengesani akan kegusaran di hatinya itu.
“Okeylah Leen, kami minta diri dulu. Dah lewat sangat ni. Apa-apa pun tahniah dari aku, Leen. Aku doakan kau bahagia hingga ke akhir hayat,” suara Azie, seraya memeluk tubuh Nur Edleen. Diusap lembut belakang Nur Edleen. Sekadar memberi semangat buat Nur Edleen.
“Aku pun sama juga Leen. Jadi seorang isteri yang solehah. Dengar cakap suami dan jangan sesekali kau lawan kata suami kau. Syurga kau di bawah tapak kaki suami kau dan bukan ummi kau lagi,” nasihat Eka Farisha pula dan memeluk tubuh Nur Edleen sebaik sahaja Azie melepaskan pelukan.
“Terima kasih Azie, Eka.” Hanya itu yang mampu Nur Edleen ucapkan. Nasibnya diserahkan kepada Allah. Semoga perkahwinannya berkekalan hingga ke akhir hayat.


“PARENTS kau tahu tak kau ke sini?” tanya Aimanuddin, seraya menghulurkan secawan kopi panas kepada Edzuary.
Edzuary hanya menggeleng. Huluran Aimanuddin disambut lalu menghirup kopi tersebut dengan perlahan. Setelah itu, diletakkan cawan tersebut di atas meja dan membuang pandang ke arah langit malam yang tidak berbulan dan berbintang.
“Kau tak boleh macam ni, Ary. Apa kata keluarga pihak perempuan bila mereka dapat tahu kau tak ada kat sana?” kata Aimanuddin berbaur nasihat.
“Biarlah, aku peduli apa. Perkahwinan ini satu paksaan bagi aku. Aku berkahwin disebabkan aku tak nak kecewakan hati papa dan mama aku, itu sahaja dan tak lebih dari itu,” luah Edzuary, keras.
“Apa kurangnya Nur Edleen, Ary? Kau pun dah kenal dengan Nur Edleen. Dia pun orang bawahan kau kat office tu. So, tak menjadi masalah untuk kau hidup dengannya sebagai suami isteri. Aku tengok, tak ada yang kurang pun pada Nur Edleen,” bidas Aimanuddin, serius.
“Aku tetap tak suka dengan perkahwinan ni.” Tegas Edzuary berkata.
“Aku tahu kau sukakan dia kan, Ary?”
No! Aku tak sukakan dia,” tukas Edzuary, keras.
“Kau tak payah nak kelentong aku la, Ary. Dari sinar anak mata kau tu pun aku dah boleh agak yang kau sukakan dia. Dari cara kau tengok dia pun aku dah boleh bacanya, Ary.”
“Aku tak sukakan dia. Mustahil aku akan sukakan Nur Edleen. Dalam hati aku hanya ada ‘dia’ saja dan tak mungkin orang lain dapat gantikan tempatnya,” ujar Edzuary, perlahan. Diraup wajahnya beberapa kali. Keluhan berat terlepas dari bibir.
Aimanuddin menggeleng kecil. Edzuary tidak pernah berubah. Sampai bila Edzuary akan bersikap seperti itu? Adakah kenangan lima tahu lalu masih tersemat kemas dalam diri Edzuary?
“Kau tak boleh macam ni, Ary. Kau tak kesiankan mama dan papa kau? Kau tak ingat pengorbanan mereka pada kau dulu. Selama lima tahun, mereka berkorban untuk menyembuhkan kau dari kenangan lalu. Mereka sanggup tinggalkan semua di sini dan berhijrah ke luar negara semata-mata nak sembuhkan kau. Tapi, bila mereka buat permintaan begini, kau tak sanggup nak tunaikannya. Kau tak sanggup nak berkorban demi mereka. Anak jenis apa kau ni, Ary? Abang kau juga tidak terkecuali. Abang kau sanggup bersengkang mata untuk uruskan Pelangi Holding, syarikat papa kau dan juga syarikatnya sendiri. Semuanya kerana kau. Mereka sanggup bersusah payah demi kau, Ary,” nasihat Aimanuddin, panjang lebar.
Edzuary hanya membisu dan mendengar.
“Cuba kau fikirkannya semula, Ary. Aku tak berpihak mana-mana. Aku nak kau nilainya dari setiap sudut. Berapa lama mereka nak tunggu kau, Ary? Lima tahun, Ary. Lima tahun, mereka bersedih kerana kau. Walaupun kau menafikannya, tapi mereka tahu, kau masih lagi hidup dalam kenangan lalu,” sambung Aimanuddin.
“Aku tak sanggup nak lepaskan ‘dia’. Semua kenangan tu dah terpahat kemas dalam diri aku,” luah Edzuary, perlahan. “Setiap masa, aku teringatkan kenangan bersama ‘dia’. Setiap malam, aku termimpikan peristiwa tu. Kalau boleh, aku nak buang jauh-jauh semua kenangan tu, tapi aku tak mampu, Aiman. Setiap kali aku nak lakukannya, ada sesuatu yang menarik aku supaya jangan lakukannya. So, macam mana aku nak lepaskannya?” sambungnya lagi.
“Insya-Allah, kau boleh lakukannya, Ary. Aku yakin dengan adanya Nur Edleen, sedikit demi sedikit kau akan lupakan semua itu,” kata Aimanuddin, lembut.
Edzuary hanya mendengar. Otaknya cuba merencana kata-kata nasihat Aimanuddin. Sungguh, hatinya tidak sanggup untuk melepaskan kenangan lima tahun yang lepas. Selama ini, dia selesa hidup begitu dan tidak semudah itu dia akan melupakan kenangan tersebut.
“Aku akan cuba, Aiman,” ujar Edzuary, perlahan.
Aimanuddin sekadar mengangguk. Matanya menatap kasih wajah kawan baiknya itu. Ada kekusutan pada wajah itu. Jauh di sudut hati, Aimanuddin berharap, agar Edzuary dapat menerima Nur Edleen dalam hidup kawan baiknya itu.
“Aku balik dululah, Aiman. Dah lewat sangat ni,” pinta Edzuary, seraya bangun.
“Eloklah tu. Ingatkan tadi tak nak balik. Orang, sepatutnya malam pertama tak keluar dari bilik, berkepit dengan isteri dan …”
“Jangan nak merepek!” pintas Edzuary dan menapak menuju ke pintu utama.
Aimanuddin tertawa. Pasti Edzuary malu tatkala diusik sebegitu.
“Ary, aku ada jika kau perlukan nasihat. Aku harap, kau fikirkan apa yang aku cakapkan tadi,” suara Aimanuddin sebelum kelibat Edzuary menghilang di sebalik pintu utama.
Edzuary tersenyum. Tanpa membalas, segera dia beredar dari situ. Dia perlu memikirkan masa depannya dengan Nur Edleen. Berharap perkahwinannya akan kekal hingga ke akhir hayat.


“KENAPA ni, bang haji? Dari tadi, Yati tengok gelisah saja wajah bang haji tu, kenapa?” tanya Hajah Norhayati, seraya duduk di sisi Haji Marwan.
“Abang risaukan Leen, Yati,” jawab Haji Marwan.
“Risaukan Leen?” ulang Hajah Norhayati.
Haji Marwan mengangguk lemah.
“Tak perlulah abang haji nak risaukan tentang Leen lagi. Leen pun dah berkahwin. Yati yakin, Leen akan bahagia di samping Edzuary.”
“Abang tak yakin, Yati. Abang tetap risaukan Leen.”
“Sampai bila kita nak risaukan Leen, bang haji? Ada baiknya kita berdoa yang baik-baik untuk Leen dan Edzuary.”
“Abang tahu, Yati. Abang tahu, Leen tak sukakan perkahwinan ni. Abang perasan dari riak di wajah Leen siang tadi. Begitu juga dengan Edzuary. Seolah-olah, kita memaksa mereka berdua berkahwin,” jelas Haji Marwan akan kegurasannya.
“Insya-Allah, bang haji. Kita bukannya memaksa mereka berdua berkahwin. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya. Jika dah tertulis, Leen berkahwin dengan Edzuary, akan tetap terjadi perkahwinan mereka tu. Yati tak kata mereka berdua dipaksa berkahwin. Yati yakin, Edzuary dan Leen punya perasaan suka sama suka antara satu sama lain. Yati dapat lihatnya dari sinar mata mereka berdua,” terang Hajah Norhayati, panjang lebar.
“Abang pun berharap macam tu, Yati. Abang tak nak, Leen rasa kekurangan dalam dirinya. Abang juga tak nak, Leen teringatkan kisah lima tahun yang lepas. Abang tak sanggup kehilangan Leen. Cukuplah, apa yang kita alami dahulu dan jangan kita alaminya lagi,” luah Haji Marwan pula.
“Kita berdoa mana yang terbaik buat anak-anak kita, bang haji,” balas Hajah Norhayati dan tersenyum. Berharap, kata-kata itu dapat melegakan hati Haji Marwan.
“Abang tak nampak pun Ary tadi. Dia ke mana?” tanya Haji Marwan.
“Mungkin jumpa kawan-kawan dia kut, bang haji,” jawab Hajah Norhayati.
Haji Marwan hanya mengangguk. Ingatannya mengingati riak di wajah Edzuary. Pasti, Edzuary tidak menyukai akan perkahwinan ini. Jauh di sudut hati, Haji Marwan berharap, agar perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat.


“TOLONG! Tolong aku! Tolong selamatkan aku!” jerit Nur Edleen. “Ya Allah, kau ampunilah dosaku terhadap kedua ibu bapaku, dosaku terhadap kakakku, terhadap kawan-kawanku serta orang-orang sekelilingku,” ucap Nur Edleen, sayu. Semakin sesak nafas Nur Edleen rasakan. Matanya memandang ke arah api yang sedang marak membakar badan keretanya. Terasa panas badannya juga ketika itu.
“Ya Allah, tolong hambaMu ini. Selamatkan hambaMu ini,” rintih Nur Edleen. “Ya Allah, api!” katanya, tatkala api sedang membakar baju dan tudung yang dipakainya.
“Ya Allah!” ucapnya lagi. Semakin marak, api yang membakar badan kereta, Nur Edleen lihat. Bagaimana untuk menyelamatkan diri tatkala dirinya tersepit di dalam kereta? Jika tiada sesiapa yang menolong, pasti dia akan hangus dibakar api waktu itu juga. Kemungkinan juga keretanya akan meletup andai kata tangki minyak keretanya bocor.
“Ya Allah! Tolong selamatkan aku!” rintih Nur Edleen lagi.
“Nur Edleen! Nur Edleen!” panggil Edzuary, seraya memukul lembut pipi Nur Edleen.
“Ya Allah!” ucap Nur Edleen, seraya membuka mata.
“Yang kau terpekik, terlolong macam orang gila ni, kenapa? Mengganggu orang nak tidur, kau tahu tak?” tegur Edzuary, keras.
Nur Edleen hanya membisu. Bingkas, dia bangun dari pembaringan dan bersandar di kepala katil. Wajah tegang Edzuary ditatap mesra.
“Kau mimpi kena kejar hantu ke? Menjerit minta tolong tak habis-habis dari tadi. Orang macam kau ni pun boleh takutkan hantu ke?” kata Edzuary bernada sindiran.
Nur Edleen memandang tepat ke wajah Edzuary. Otaknya cuba menafsir dengan apa yang diperkatakan oleh Edzuary. Seminit kemudian, dia mengerutkan dahi. Mimpi? Barulah otaknya mengingati dengan apa yang dimimpikannya sebentar tadi. Sungguh, Nur Edleen merasa takut akan mimpi tersebut. Sesak nafasnya juga memikirkan mimpi itu. Mimpi yang sering menghantui tidur malamnya semenjak dua menjak ini. Malah, mimpi yang sama dialami Nur Edleen ketika pengsan tempoh hari.
“Yang kau pandang aku macam tu, kenapa? Kau tak puas hati dengan aku ke? Kau marahkan aku sebab keluar tak bagitau kau?” tanya Edzuary, keras.
Nur Edleen hanya menggeleng. Dibaringkan tubuhnya semula dan menarik selimut ke paras dada. Mata dipejam rapat. Cuba menghalau mimpi ngeri yang baru dialaminya itu. Malah, badannya turut sama menggigil akibat ketakutan. Pucat mukanya tatkala mengingati mimpi tersebut. Dahinya juga sudah dibasahi peluh, namun, dibiarkan sahaja peluh tersebut tanpa berniat untuk mengelapnya.
“Tolong, selamatkan aku!” pinta Nur Edleen, perlahan.
Edzuary menjungkitkan bahu. Tanpa membuang masa, dibawa langkah menuju ke bilik air. Dia perlu membersihkan diri. Seharian menguruskan perkahwinan, begitu memenatkan. Mujurlah dia dapat melarikan diri daripada keluarganya sebentar tadi. Jika tidak, mahu panas telinganya diusik oleh keluarga.
“Ya Allah, tolong selamatkan aku!” rintih Nur Edleen.
Edzuary menghentikan langkah. Telinganya cuba mengamati bait-bait kata yang keluar dari mulut Nur Edleen.
“Tolong, selamatkan aku!” pinta Nur Edleen buat kali yang ketiga.
Semakin tertanya-tanya hati Edzuary mendengarnya. Dibawa langkah menuju ke arah katil dan memerhatikan Nur Edleen. Terkumat-kamit mulut Nur Edleen, Edzuary lihatnya. Apa yang sedang dimimpikan Nur Edleen itu?
“Api! Api! Tolong aku! Api!” bisik Nur Edleen, perlahan.
Edzuary mendekatkan wajahnya ke wajah Nur Edleen. Dapat dirasakan bahang kepanasan pada tubuh Nur Edleen. Malah, tubuh Nur Edleen turut sama menggigil. Dahi Nur Edleen dibasahi peluh juga. Apa yang membuatkan Nur Edleen berkeadaan begitu?
“Tolong, selamatkan aku!” pinta Nur Edleen untuk kesekian kalinya.
 Edzuary menghela nafas berat. Tanpa berlengah, segera dia naik ke atas katil dan berbaring di sisi Nur Edleen. Tubuh Nur Edleen ditarik rapat ke tubuhnya. Kepala Nur Edleen diletakkan di atas lengan. Dengan perlahan, tangannya mengusap lembut lengan Nur Edleen. Cuba menyalurkan kekuatan buat Nur Edleen. Otaknya dikerah supaya berfikir. Kenapa Nur Edleen berkeadaan begitu? Apa yang Nur Edleen mimpikan? Sungguh, hatinya tertanya-tanya ketika ini. Apa yang terjadi pada Nur Edleen?

*** Jumpa anda semua pada minggu hadapan. Insya-Allah.
Kisah ES and NE slps berkahwin.
Terima kasih kerana membaca SUARA CINTA.

20 ulasan:

  1. Balasan
    1. thanks dear coz membaca SC.. (^__*)

      Padam
  2. Jangan bg tgu lama2.tqvm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, minggu dpn sy n3 bab seterusnya.. (^__^)

      Padam
  3. Balasan
    1. hehe.. thanks Kak Aziela coz sudi singgah n membaca SC.. :)

      Padam
  4. sweeeett!!!..ala kak..cepatla uplooad new n3...mggu ni je up ckit dr mggu len..hadiah sempena diorng kawen...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. tggu minggu dpn ya.. selamat pengantin baru buat ES n NE jg.. hehehe.. :D

      Padam
    2. tggu pn tggu je la..p bile masuk je mggu dpn trus akk post ek..hahaha..jht plk men pakse2 akkk..ngee~~

      Padam
    3. hehe.. Insya-Allah, hr Isnin tu akak n3 bab 16.. :)

      Padam
  5. alahhhh siannyerrr NE...

    dah kawen, ermmmm kawen kerana rela @ merelakan..huhuhuu
    sadis ngan percaturan yg bakal meke tempuhi..

    asal kerap lk mimpi si NE NIE YEK..ADKH ADER KENE mengena ngan ES???

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerna terpaksa, aku turutkan.. hehehe...

      tang mimpi tu.. tungguuu...

      Padam
  6. salam akk ros

    alaa smbongnya si ES ni.. akk, mncul watk br plak yg blh wat SI ES gila baYAng kat NE huhuhu bru ad akal skit hihihi n__n

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm Mahanum..

      ES x sombong.. dia tertekan sbnrnya.. watak baru?? jap2.. nk fikir.. tunggu bab seterusnya ajelah.. he3..

      Padam
    2. msti ad pesaing...br best hehe sernok lyn cemburu haha ^___^ nk thu ES tertekan sbb pe akk??? klu si NS ni mkwe ES msa lalu knp ES X knl dgn NE ?
      erkkk tu yg jd tanda tnya

      Padam
    3. adalah sbbnya yg watkan dia tertekan.. kan dia terpaksa berkahwin dsbbkn permintaan parents dia.. nti persoalan tu berjwb jg.. tp, kena tunggu la..

      Padam
    4. owh...tq adk akn setia menanti.hehe

      Padam
  7. ALAMAK.ES nih berubah2 jek...mesti berkait rapat dorg berdua nih..mst excident sekali..lps tuh NE dpt apa2 organ dr si 'dia' ES...btl x kak?
    hehe..teka ajek

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. mgkn betul dan mgkn jg tdk.. Insya-Allah, semuanya akn terjwb jg nti. :)

      Padam