Isnin, 29 Oktober 2012

Suara Cinta - Bab 18



BAB 18

NUR EDLEEN mundar-mandir di dalam bilik pejabatnya. Sekejap duduk, sekejap berdiri, tingkah Nur Edleen. Otaknya sarat memikirkan nama yang sentiasa meniti di bibir Edzuary. Siapa Hidayah? Hampir dua bulan mereka berkahwin, sikap Edzuary tetap sama. Setiap kali mereka berdua bersama, Edzuary mempamerkan sikap dinginnya. Berbeza jika mereka bersama keluarga, Edzuary yang paling banyak bercakap. Kenapa? Adakah Edzuary tidak ikhlas dalam perkahwinan ini?
Nur Edleen mengeluh berat. Ingatannya ligat memutarkan kembali program yang mereka berempat jalankan seminggu yang lalu. Bersungguh dia mengajak Edzuary agar turut serta dalam program tersebut. Tetapi pelbagai alasan yang diberikan oleh Edzuary. Banyak kerja la, sibuk la, apa la. Macam la aku tak tahu yang kau tu sebenarnya tak sibuk, bebel Nur Edleen di dalam hati.
Seminit kemudian, dia merasa sebak. Entah sebab apa, dia sendiri tidak pasti. Mungkinkah sikap dingin yang dipamerkan oleh Edzuary membuatkan Nur Edleen berasa begitu. Mungkin juga nama yang meniti di bibir suaminya, membuatkan dia merasakan ada sesuatu perasaan aneh menujah ke dalam hati. Pening kepalanya memikirkan persoalan demi persoalan tersebut.
“Leen!” tegur Ezzura dari muka pintu.
“Oh mak kau tercabut tudung!” latah Nur Edleen, seraya melompat.
Tergelak besar Ezzura melihatnya. Tergeleng dia melihat reaksi spontan Nur Edleen.
“Kau ni Zura, kalau ya pun, janganlah main sergah macam tu. Boleh gugur jantung aku, kau tahu tak?” geram Nur Edleen dan mengurut dadanya yang berombak kencang.
Sorry beb. Aku tak sangka kau boleh melatah sampai macam tu sekali,” ucap Ezzura, kesal dan menapak masuk ke dalam bilik. “Yang kau termenung dari tadi tu, kenapa? Sampai aku berdiri depan pintu pun, boleh kau tak sedar. Kau fikirkan apa?”
Nur Edleen menghela nafas lembut. Dia menapak ke sofa dan melabuhkan duduk di situ. Keluhan berat terlepas dari bibir.
“Yang kau mengeluh tu, kenapa? Kau ada masalah ya, Leen?” tanya Ezzura lagi dan turut sama duduk di sofa.
“Aku nak balik rumah kau la Zura, boleh tak?” balas Nur Edleen, perlahan.
“Apa? Kau dah buang tebiat ke Leen? Kau kan dah kahwin. Kau sedar ke tidak ni?” kata Ezzura sedikit menekan.
“Aku sedar yang aku dah kahwin dan aku….”  Sukar untuknya bersuara.
“Leen, kau ada masalah, kan?” ulang Ezzura pada pertanyaannya yang tadi.
Nur Edleen sekadar menggeleng.
“Habis tu?”
“Aku terasa hati.”
“Kau terasa hati dengan siapa? Aku ke?”
“Tak!”
“Habis tu, siapa?”
“Edzuary!”
Kelu lidah Ezzura untuk bertanya terus. Matanya menatap wajah Nur Edleen yang menunduk. Ada kesedihan pada wajah itu.
“Aku nak balik rumah abah dan ummi la. Kau nak ikut tak?” beritahu Nur Edleen dan mengangkat muka. Senyuman terukir di bibirnya.
“Err… aku…”
“Kalau kau tak nak, aku balik sendiri. Kau tolong bagitau kat Mr. Bear, yang aku balik Shah Alam,” kata Nur Edleen, bingkas bangun.
Mr. Bear?” ulang Ezzura, berkerut.
“Edzuary. Okey Zura, aku pergi dulu,” pamit Nur Edleen dan berlalu pergi sebaik sahaja mengambil tas tangannya dari dalam almari.
“Leen!” panggil Ezzura. Namun, panggilannya itu tidak bersambut. Nur Edleen menghilang di sebalik pintu bilik. Tanpa membuang masa, bingkas dia bangun dari duduk dan menapak keluar dari bilik Nur Edleen. Belum sempat dia memulas tombol pintu, seseorang sudah mendahuluinya. Terkejut Ezzura tatkala wajah Edzuary menyapa mata.
“Ezzura!” tegur Edzuary.
“Encik Ary!” balas Ezzura sambil cuba mengawal pernafasan akibat terkejut.
“Leen mana?” tanya Edzuary. Matanya melilau mencari kelibat isterinya itu.
“Leen… Leen…” Aduh! Apa aku nak jawab ni, gerutu Ezzura.
“Leen?” ulang Edzuary dan mengangkat kening.
“Leen dah balik!” beritahu Ezzura, perlahan.
What?! Balik?” ulang Edzuary sedikit meninggi.
Aduh! Pekak telinga aku dibuatkan Edzuary ni, geram Ezzura di dalam hati.
“Buat apa dia balik? Kan waktu bekerja ni,” tanya Edzuary bernada geram.
“Err.. Leen balik sebab… sebab..”
“Yang awak tergagap-gagap nak cakap ni kenapa, Zura? Awak rahsiakan sesuatu dari saya ke?” duga Edzuary. Sedari tadi Ezzura seakan sukar untuk berkata-kata. Hatinya kurang enak dengan reaksi Ezzura itu.
“Tak… tak ada. Saya cuma terkejut saja Encik Ary,” bidas Ezzura, lembut.
So, kenapa Leen balik? Dia tak sihat ke?” tanya Edzuary masih tidak berpuas hati.
“Memang dia tak sihat. Hatinya yang tak sihat,” bisik Ezzura pada dirinya sendiri.
“Apa?” tanya Edzuary tatkala terdengar suara halus dari arah Ezzura.
“Eh, tak ada apa-apa. Saya ke office saya dululah Encik Ary. Nanti bos saya cari saya pula,” pamit Ezzura, laju. Khuatir akan di soal siasat oleh Edzuary.
Edzuary menghela nafas keras. Pertanyaannya tidak dijawab oleh Ezzura. Ternyata Ezzura merahsiakan sesuatu darinya.
“Encik Ary!” panggil Ezzura.
Edzuary menoleh. Wajah Ezzura ditatap berserta kerutan di dahi.
“Leen akan balik rumah ummi dan abahnya kalau hatinya tak tenteram. Dalam erti kata lain, terasa hati ataupun gelisah. Dari dulu sehinggalah sekarang, hanya rumah ummi dan abah yang boleh melegakan hati dia,” beritahu Ezzura dan berlalu pergi.
Edzuary hanya mendengar. Matanya menghantar langkah Ezzura hingga hilang dari pandangan mata. Keluhan berat terlepas dari bibir. Terasa hati? Gelisah? Tak tenteram? Kenapa Nur Edleen berperasaan begitu? Adakah disebabkannya maka Nur Edleen berperasaan begitu? Tanpa menuggu, Edzuary menapak ke biliknya semula. Niat untuk makan tengahari bersama Nur Edleen, terpaksa dibatalkan. Sekadar untuk memujuk disebabkan keengganannya turut serta dalam program mereka seminggu yang lalu. Bukan niatnya untuk menolak, tetapi disebabkan fikirannya yang berserabut membuatkan Edzuary tidak hadir ke program itu. Mungkin Leen masih merajuk kut, bisiknya lagi.


“LEEN! Leen! Bangun sayang!” panggil Hajah Norhayati, perlahan.
“Janganlah kacau. Orang tengah mimpi best ni,” bentak Nur Edleen. Matanya masih tertutup rapat.
“Ya Allah, budak ni buat perangai lagi,” keluh Hajah Norhayati. “Leen, bangunlah. Tak baik tidur sampai maghrib,” tegurnya pula.
“Oh my Brat Pitt!” suara Nur Edleen dan tersengih.
“Mengigau lagi la budak ni.”
“Aku sanggup ikut ke mana saja kau pergi wahai Brad Pitt.”
“Ya Allah, makin mengarut budak ni. Leen, bangun!” geram Hajah Norhayati, seraya menepuk dahi Nur Edleen.
Tersentak Nur Edleen dengan tepukan itu. Dibuka matanya luas-luas. Wajah Hajah Norhayati menyapa mata.
“Apa ummi ni, sakitlah!” gerutu Nur Edleen.
“Sepatutnya ummi jirus Leen dengan air tadi, baru puas hati ummi,” balas Hajah Norhayati, geram.
Nur Edleen mengangkat tubuh dan bersandar di kepala katil. Wajah umminya di pandang berserta kerutan di dahi.
“Ummi ni memang tak sporting la. Leen baru nak mimpikan Brat Pitt, ummi dah kacau,” rungut Nur Edleen dan berpeluk tubuh.
Sporting-morting. Tu, Ary ada kat bawah. Leen datang sini tak minta izin dari Ary ke?” beritahu Hajah Norhayati, bingkas duduk.
Nur Edleen menghela nafas berat.
“Lain kali, kalau Leen nak ke mana-mana, bagitau pada Ary. Ary tu kan…”
“Suami Leen!” pintas Nur Edleen, lemah.
“Habis tu, kalau dah tahu yang Ary tu suami Leen, kenapa Leen ikut kepala sendiri. Berdosa besar kalau seorang isteri keluar tanpa izin suami,” tegur Hajah Norhayati bernada nasihat dan menggeleng kecil.
Nur Edleen menundukkan muka. Malu ditegur oleh umminya. Malah perasaan sakit hati turut menumpang di dalam hati. Sakit hati terhadap Edzuary.
“Apa lagi yang dimenungkan tu? Dah, bangun dan cuci muka. Pergi layan Ary kat bawah tu. Lama dah Ary tunggu Leen,” arah Hajah Norhayati, keras dan menapak keluar dari bilik.
Nur Edleen mengeluh. Bingkas, dia bangun dan turun dari katil. Patung beruang dipeluk erat dan mengatur langkah keluar dari bilik. Otaknya ligat berfungsi. Bagaimana untuk mencari jalan agar tidak pulang ke rumah Edzuary?
“Ya Allah, yang pergi bawa sekali patung beruang tu, kenapa? Leen.. Leen..” tegur Hajah Norhayati dan menggeleng.
“Yalah ummi, mesti Ary suruh Leen balik rumah. Jadi, Leen bawa la sekali bear ni. Nanti Leen lupa macam hari tu,” jawab Nur Edleen.
“Suka hati Leen la. Letih ummi nak tegur lagi,” kata Hajah Norhayati dan beredar dari situ. Membiarkan anak menantunya di ruang tamu itu.
“Jom!” ajak Nur Edleen sebaik sahaja kelibat umminya hilang.
“Jom? Jom ke mana?” tanya Edzuary, berkerut.
“Baliklah!” jawab Nur Edleen, acuh tak acuh.
Edzuary menghela nafas berat. Wajah Nur Edleen ditatap mesra. Jelas, kekeruhan pada wajah itu. Pasti Nur Edleen masih berkecil hati dengannya.
“Leen nak ambil beg tangan sekejap,” suara Nur Edleen dan berlalu pergi. Belum sempat dia beredar dari situ, Edzuary bersuara.
“Aku minta maaf. Aku minta maaf sebab tak join program tu. Aku…”
“Tak mengapalah. Benda dah lepas, buat apa nak diingatkan lagi,” pintas Nur Edleen.
“Aku bukannya sengaja tak nak datang, aku banyak kerja masa tu. Takkan kau tak boleh nak faham,” luah Edzuary, serius.
“Faham!” balas Nur Edleen, sepatah.
“Habis tu, apa masalah kau sekarang ni?”
“Tak ada apa-apa.”
“Kau jangan nak tipu aku. Kau terasa hati dengan aku, kan? Apa yang aku dah buat sampai kau nak terasa hati? Takkan disebabkan aku tak join program tu, kau dah nak terasa hati sangat, nak merajuk. Apa lagi yang aku dah buat sampai kau berperangai macam ni? Cuba kau bagitau pada aku. Makin lama makin pening aku dengan perangai kau ni. Kau dah malukan aku depan abah dan ummi. Apa abah dan ummi fikir tentang aku nanti? Tentu abah dan ummi fikir aku tak pandai nak jaga isteri. Biarkan isteri keluar tanpa izin aku. Kau tahu tak, apa perasaan aku sekarang ni? Aku lemas dengan perangai mengada-ngada kau, tahu tak?” tempelak Edzuary. Meluahkan apa yang terbuku selama mereka bergelar suami isteri.
Terkejut Nur Edleen mendengarnya. Matanya memandang tepat ke wajah Edzuary yang beriak tegang. Seminit kemudian, dilarikan pandangan tatkala matanya mulai berkaca-kaca. Tidak meyangka, itu yang dirasakan oleh Edzuary selama mereka bergelar suami isteri.
“Ary makan kat sini, ya. Ummi ada masak banyak,” pelawa Hajah Norhayati tiba-tiba dari arah ruang makan. Senyuman menghiasi bibir tua itu.
“Baiklah ummi!” balas Edzuary dan menghela nafas berat.
Nur Edleen menunduk. Sungguh, hatinya terasa dengan kata-kata Edzuary. Baru dua bulan usia perkahwinan mereka, Edzuary sudah merasa rimas. Bagaimana untuk hari esok dan seterusnya? Bagaimana dengan setahun, dua tahun? Adakah usia perkahwinannya tidak akan kekal lama?


SUASANA sunyi menemani mereka berdua di dalam kereta. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah, Nur Edleen banyak membuang pandang ke luar tingkap daripada menghadap muka Edzuary. Begitu juga di meja makan di rumah ummi dan abah. Seleranya mati tatkala terkenangkan kata-kata Edzuary petang tadi. Apabila ditegur ummi dan abahnya, barulah dia menjamah sedikit makanan.
Nur Edleen mengeluh dalam hati. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah mereka? Selama mereka bergelar suami isteri, hanya dia yang berusaha sedangkan Edzuary tidak. Apa gunanya hidup bersama jika masing-masing membuat hal sendiri. Pening Nur Edleen memikirkannya. Pada siapa harus diluahkan semua masalah itu? Ezzura, Eka Farisha, Azie, kak long atau umminya sendiri.
Bunyian dari arah telefon menyentak lamunannya. Segera digagau beg tangan dan mengeluarkan telefon bimbit. Abang Eddry! Bisiknya. Senyuman terukir di bibir tatkala nama Eddry meniti di benak hati.
“Assalamualaikum,” sapa Nur Edleen.
“Waalaikumussalam. Leen kat mana?” balas Eddry.
“Leen dalam kereta, nak balik rumah. Ada apa, abang?” beritahu Nur Edleen.
Edzuary menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduan. Telinganya menangkap bait-bait kata yang dituturkan oleh Nur Edleen. Siapa yang menelefon Nur Edleen?
“Esok? Insya-Allah, boleh. Abang Eddry nak Leen tunggu abang kat mana?” tanya Nur Edleen.
Berderau Edzuary mendengar nama tersebut. Eddry? Kenapa Eddry menelefon Nur Edleen? Kenapa abangnya mencari Nur Edleen? Apa yang sedang dirancangkan oleh mereka berdua? Pelbagai persoalan menerjah kotak fikiran. Dikerling sekilas ke arah Nur Edleen yang sedang ralit berbual bersama Eddry. Apa yang dibualkan mereka berdua?
“Baiklah! Esok kita jumpa. Apa-apa nanti, Leen sms abang. Harap-harap menjadilah,” beritahu Nur Edleen dan mematikan talian. Senyuman terukir di bibirnya.
“Siapa?” tanya Edzuary sekadar ingin tahu.
Nur Edleen tidak menjawab. Dia membuang pandang ke luar tingkap dan menatap langit malam. Kenapa lama dirasakan perjalanan mereka itu? Semakin lama semakin sebak Nur Edleen rasakan. Walaupun Eddry baru menelefonnya, namun itu tidak dapat melegakan hati dan perasaannya yang sedang meruntun hiba. Terlalu bisa kata-kata yang dilemparkan oleh Edzuary siang tadi sehingga menusuk terus ke tangkai hati.


“YANG kau mengeluh ni, kenapa, Zura?” tanya Azie sehabis minuman diteguk.
Ezzura mengeluh untuk kesekian kali. Fikirannya menerewang memikirkan Nur Edleen. Sedari siang tadi hinggalah ke malam hari, hatinya tidak tenang. Seakan ada sesuatu yang berlaku pada Nur Edleen. Tapi, apa dia?
“Kau ada masalah ke, Zura?” tanya Eka Farisha pula.
“Aku tengah fikirkan pasal Leen. Siang tadi aku tengok dia macam orang bermasalah saja,” luah Ezzura, lemah.
“Kau tak perlulah risau. Kalau Leen ada masalah, dia boleh luahkan pada suami dia. Kan dia dah ada tempat untuk berkongsi masalah. Lain la dulu, masa Leen tak kahwin lagi. Kita sajalah teman untuk dia meluahkan segala masalah,” kata Azie, cuba menenangkan perasaan Ezzura.
“Aku tahu Azie. Tapi, semenjak Leen berkahwin, perangai dia dah berubah. Jauh berbeza dari yang dulu. Aku risau kalau Leen…”
“Hisy, kau ni Zura. Janganlah fikir sampai macam tu sekali,” pintas Eka Farisha, laju.
“Aku tak pernah berfikir sampai macam tu sekali. Aku takut kalau Leen alami tekanan dengan masalah dia tu. Korang sendiri tahu, kan apa yang terjadi pada Leen lima tahun yang lepas. Disebabkan ‘orang tu’, Leen terpaksa alami peristiwa yang memalukan tu. Aku tak nak perkara tu berulang kembali. Aku yakin, Leen tak bahagia bersama Edzuary,” luah Ezzura, panjang lebar akan kegusaran di hatinya selama ini.
Azie dan Eka Farisha terdiam. Ada benarnya luahan Ezzura itu. Sejenak mereka berfikir dan mengimbas semula memori kenangan lama lima tahun yang lepas. Sungguh, mereka takut jika perkara yang sama berulang kembali. Jika perkara itu berlaku, pasti Nur Edleen akan menerima tamparan yang paling hebat dalam hidupnya.
“Kita doakan yang terbaik buat Leen. Kita sebagai kawan, perlu sentiasa menyokong dan memberi semangat pada dia,” suara Eka Farisha.
“Korang rasa… kat mana ‘orang tu’ sekarang?” tanya Azie membuatkan Ezzura dan Eka Farisha tersentak.
“Paling akhir, aku dengar… ‘orang tu’ dah berkahwin,” jawab Eka Farisha.
“Dengan siapa?” tanya Ezzura, ingin tahu.
“Siapa lagi, kalau bukan…”
“Okey!” Serentak Ezzura dan Azie bersuara. Terangguk-angguk mereka berdua. Mengerti akan maksud Eka Farisha itu.
“Disebabkan itulah Leen sampai sekarang tak percayakan sesiapa. Bukan tak percaya, kurang yakin. Sebelum Leen nak berkahwin hari tu pun, jenuh juga aku pujuk Leen suruh percaya pada takdir. Leen takut pisang berbuah dua kali,” cerita Ezzura, tenang.
Ingatannya mengimbas semula pertemuannya dengan Nur Edleen sehari sebelum perkahwinan Nur Edleen. Bersusah payah dia memujuk Nur Edleen menerima Edzuary dan menerima semua itu sebagai takdir dari Allah. Jika tidak, mustahil Nur Edleen akan memegang gelaran ‘isteri’ sekarang ini. Namun di sebalik itu, Ezzura yakin, Nur Edleen menghadapi masalah dengan Edzuary. Perkahwinan yang dirancang tanpa rasa cinta, begitu sukar untuk membentuknya. Berharap, Nur Edleen dapat menghadapinya dengan redha dan tabah.
“Insya-Allah, kita doakan yang terbaik buat Leen. Semoga perkahwinan Leen kekal hingga ke akhir hayat,” suara Azie memecahkan kesunyian.
“Eh, korang perasan tak?” kata Eka Farisha tiba-tiba.
“Perasan apa?” tanya Ezzura.
“Dah lama kita tak bercuti. Apa kata, hujung minggu depan kita bercuti kat pantai, nak tak?” cadang Eka Farisha.
“A’ah la. Memang dah lama kita tak bercuti,” sokong Azie. “So, kita nak ke mana?”
“Kita ke Morib nak? Dengar cerita, tempat tu dah cantik!” kata Ezzura dan tersenyum.
“Bagus juga tu. Tak payah la kita pergi jauh-jauh sangat. Apa kata kita ajak Leen sekali, nak tak?”
“Leen? Nak ke Leen ikut kita?”
“Kenapa pula?” tanya Eka Farisha, berkerut.
“Yalah, dulu Leen solo, sekarang Leen berdua. Nak tak nak, Leen kena minta izin suami dia kalau nak ke mana-mana. Persoalan sekarang ni, Edzuary tu, izinkan ke Leen ikut kita nanti?” terang Azie, jelas dan nyata.
“Kita ajak la dia sekali,” cadang Eka Farisha dan tersengih.
“Hisy, mengarut. Buat kacau daun kita nak happy-happy saja nanti. Macam ni, kita tanya Leen dulu. Biar Leen minta izin dengan Edzuary. Kalau Edzuary tak bagi, barulah kita ajak dia sekali,” cadang Ezzura dan tersenyum.
“Bagus tu. Hope Edzuary izinkan,” sokong Azie turut sama tersenyum.
Eka Farisha turut sama mengangguk faham. Senyuman terbit di bibirnya juga. Semoga apa yang dirancangkan mereka berjaya. Mungkin dengan cara ini dapat membantu Nur Edleen lari dari masalahnya buat seketika waktu.

Siapa 'orang tu' dlm hidup NE??

30 ulasan:

  1. Aduhh...akak makin bingung nie sih...!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. jgn bingung kak.. x lama lg, terjwb la semua tu.. (^__^)

      Padam
  2. Masalah yg selalu timbul antara pasangan adalah communication breakdown...psgan suka pendam dan cari org lain utk luahkan perasaan. Ini yg menyebabkan psgan akan salah sangka dan hubungan makin hambar. Leen patutnya luahkan dan tanya sendiri pada Ary pasal Hidayah yg disebut2 dlm mimpi Ary.
    Ibu bapa pun kena main peranan sebelum nak menyatukan anak2 yg tanpa cinta ni...kedua2 keluarga kena berterus-terang tentang masa silam anak2 tu supaya tak timbul salah faham.
    Jangan cepat ambil keputusan utk terus kahwinkan anak sebelum masing2 belum kenal betul2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup!! betul tu Kak Eijan.. mmg sy x nafikan.. family msg2 kena berterus-trg.. tp, kat sini sy nk kaitkan kisah lampau mereka berdua.. kisah lima tahun yg lps.. siapa Hidayah? apa kaitan Hidayah dgn ES.. apa kaitan ES n NE.. semua tu ada bersangkut-paut antara satu sama lain.. lgpn family NE x tahu ES ada sejarah dlu.. begitu la sbliknya.. NE x nk sshkan hati keluarganya sbb dia dh byk sshkan family dia dgn kes lima thn yg lps.. Insya-Allah, kak.. semua tu ada penyelesaiannya.. NE akn ambil tindakan menyiasat sndr n sedikit sbyk dia tahu siapa Hidayah yg sbnrnya melalui seseorg.. klu dia bertanya sndr pd ES.. adakah ES nk bgtau siapa Hidayah yg sbnrnya??

      erk, pnjg la sy balas.. hope blh diterima ngan apa yg sy komenkan ini.. hehehe.

      apa2 pn, terima kasih Kak Eijan utk keprihatinan akak dlm SC ni.. Insya-Allah, kelemahan itu akn sy perbaikinya.. (^__^)

      Padam
    2. But somehow, tahniah sbb buat kita rasa geram dan teruja serta tertunggu2 apa peristiwa 5 tahun dulu tu sebenarnya... Yg selalu diwar2kan dlm setiap n3....Ros mmg buat jantung kita ni berdebar2 la....hehehe

      Padam
    3. Thanks Kak Eijan utk komennya.. terima kasih jg kerana sudi membaca karya2 sy yg x seberapa ni.. kalau ada kekurangan dlm karya2 sy.. minta ditegur.. Insya-Allah, sy akn perbaikinya.. dan syukur alhamdulillah, apa yg cuba sy luahkan dlm karya2 sy sampai pd semua pembaca.. (^__*)

      Padam
  3. betul kata eijan..communication problem..huhu..cubala luahkan apa yang terpendam dalam hati tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, NE akn luahkan semua tu.. cuma kena step by step..

      Padam
    2. terdera i tau kak eliz

      Padam
    3. erk, terdera?? alahai, x lama lg tu tahu la.. skt saja lg nk smpainya..

      Padam
  4. Saper...?

    awat n3 kali ketot je rase biler membacanyerrr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. erk, pendek ke Eppy?? rsnya mcm dh pnjg saja bab ni..

      Padam
  5. pendek nyr n3 ni....huhuhuhu...org tu mgkn edzuary yg da kawen dgn hidayah kut...mb la..hehehe..akk,nk next n3 cpt2..mggu ni up ckit,kasi bnyk n3,sbb yg ni pendek dr biase...hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg pendek ya.. Insya-Allah, minggu ni akak n3 lg satu or dua bab.. terima kasih kerana membaca SC.. :)

      Padam
  6. eh eh..main rahsia2 lak kenkawan edleen nih...apsal ES eksen sgt, buat2 la baik dgn edleen..lupakan kisah lama, msg2 ada sejarah sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wida.. itu baru sikit.. lps ni lg byk yg ES buat pd NE.. jgn geram n marah kat ES ya.. hehehe.. :D

      Padam
  7. salam dik..

    Membaca E3 ni..betapa kita terasa yg Edzuary mmg mempunyai hati batu ..cold hearted kan..bagaimana mungkin ijab dan qabul dipermainkan oleh seorg suami..sepatutnya dia kena berubah dan menerima takdirnya dengan dada dan hati yg terbuka..tidak kah dia tahu..bahawa Edleen tu merupakan isterinya yg sah..mempunyai hati dan perasaan..bukan dirinya sahaja yg terpaksa melalui fasa fasa untuk memulakan hidup bersama pasangan yg tidak dicintai dan dikenalinya kerana perkawenan mereka berdua adalah aturan keluarga dan kalau tidak kerana qadak dan qadar..tidak mungkin mereka akan bersatu..tidak kah jodoh itu rahsia allah.. Edzuary semestinya kena melupakan masa lalu yg tidak membawa apa faedah pun pada dirinya kan.. Kata kata cynical yg dilontarkan oleh Edzuary akan lagi membuatkan Edleen semakin dingin dan semakin jauh darinya..
    Akak rasa sepatutnya famili Edzuary menceritakan sejarah silamnya pada Edleen ..agar Edleen akan lebih memahami diri mamat stone tu dan sekaligus tiada prasangka dalam dirinya pada suaminya..dan siapa pulak Hidayah ni..ek..

    Nasib baik Edleen mempunyai keluarga yg memahami dan kawan yg baik yg selalu berada disampingnya..kan...dengan penyakit yg dihidapinya..dan dengan stress yg dilaluinya..hidup bersama dengan mamat poyo tu..akan memungkin kan lagi mimpi mimpi ngeri yg dialami oleh Edleen akan semakin kerap menyerangnya ..dan adakah Edzuary akan bersimpati dengan igauan igaun ngeri yg setiap malam dilalui oleh isterinya..tidak adakah kasih dan cinta yg semakin mendalam dalam dirinya bila melihat wajah polos dan ketakutan isterinya setiap kali dia tidur malam..

    Adakah Edry akan dicemburui oleh Edzuary kerana keintiman mereka..dan apakah yg akan dilakukan oleh mamat tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Kak Ida..

      1st time sy terima komen yg plg pnjg mcm ni spnjg sy n3 karya2 sy dlm blog ni.. apa2 pn terima kasih Kak Ida coz sudi komen cerita sy ni..

      klu diikutkan mmg x septtnya ES bersikap bgtu terhdp NE.. ES kena redha menerima NE sbg isteri yg tlh diamanahkan oleh Allah n keluarga.. mmg mereka berkahwin atas permintaan keluarga.. tp, ES cuba buat yg terbaik utk NE.. cuba jd seorg suami yg baik n bertggjwb buat NE.. dia perlukan ms utk melakukan serta menyesuaikannya.. yg sbnrnya.. ES msh dibayangi dgn kisah silam yg lalu.. Hidayah, insan yg ptg dlm hidup ES lima thn yg lps.. malah, dsbbkan Hidayah, ES mengalami saat2 yg sukar dlm hidup dia sehingga membuatkan dia tak kenal siapa diri dia yg sbnrnya.. hidup dlm dunia dia yg sndiri.. sama jg spt NE.. pernah alami saat2 sukar.. semua tu akn terjwb dlm bab2 ke atas..

      klu iktkan, mmg spttnya family mereka berdua bertrs-trg ttg anak msg2.. tp, mereka ada sbb kenapa tdk berterus-trg n mereka ada tujuan sndr kenapa mereka berbuat begitu jg..

      Insya-Allah, smpai satu saat nti, ES akn tersedar dr dunianya dan akan mulai menyayangi NE setulus hati dia.. utk smpe ke tahap tu.. akak kena tunggu bab2 seterusnya..

      Eddry pulak.. sbg perencah shj n ada satu lg watak yg akan menggugat ES..

      hope penjelasan sy ni dpt mengurangkan keraguan Kak Ida dan pembaca yg lain.. utk mengetahui lbh lanjut.. kena tunggu bab2 seterusnya..

      (^___^)

      Padam
    2. Thanks for the info..teruja nak tahu kesinambungan kehidupan mereka..adakah rajuk NE akan dibiar kan sepi oleh mamat stone tu..kerana akal dan perasaan mamat tu seringkali bertelagah..kan..

      Padam
    3. hehehe... dh ada gelaran buat ES a.k.a mamat stone.. btl kata Kak Ida tu.. perasaan n akal ES sering bertelagah.. lps ni apa lg yg ES buat pd NE.. sabar menanti utk bab strsnya.. (^__^)

      Padam
  8. Makin tertanya-tanya siapa Hidayah dan kisah 5 tahun yang lepas. Akak ni pandai je buat suspen. Kalau jantung saya lemah, agaknya dah lama masuk IJN. Hehehehe, tambah lagi 2 bab tau minggu ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. jgn la smpe msk IJN.. tu dh kes parah.. 2 bab dlm minggu ni?? Insya-Allah, akan dpkrkan.. :)

      Padam
  9. communication breakdown - masalah pasti timbul kalau ada communication breakdown antara pasangan. so, satu ingatan kat sini kpd yg suka membaca ni, baiki communication skill dgn partner masing-masing supaya boleh dielakkan masalah menjadi besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks Ainulrida utk peringatannya.. ^^

      Padam
  10. Mr.Bear ni tak comel la bila marah2...huhuhu, geram betul dgn ES time ni..tpi lg geram masa.........??

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. nk akak smbgkan ke sue?? geram masa... bab slps ni, kan?? haha

      Padam
    2. hahaha... tau tak pe, bab19 tu mmg kasi sue geram giler2 dgn ES...

      Padam
  11. teruk la edzuary tu yg lepas tu lepas la ush dikenang2 gitu he he he....................buat pa ingat kt hidayah kn kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. btl tu.. tp, nk wat mcm mana.. memori hidayah tu kuat kat fikiran ES.. sbb tu la ES ssh nk lupakan hidayah..

      Padam