Rabu, 31 Oktober 2012

Suara Cinta - Bab 19



BAB 19

“DAYAH! Dayah! Jangan tinggalkan abang! Dayah!” racau Edzuary sambil tergeleng-geleng. Peluh sudah membasahi baju. Berkerut-kerut dahinya mengalami mimpi tersebut.
“Hidayah! Hidayah!” ulang Edzuary dan masih menggeleng.
Nur Edleen hanya memandang. Tiada keyakinan untuk mengejutkan Edzuary. Sebu dirasakan ketika ini. Nama yang sentiasa berlegar-legar di kepalanya selama beberapa minggu ini meniti di bibir Edzuary. Siapa Hidayah?
“Hidayah!” jerit kecil Edzuary dan membuka mata. “Astaghfirulallah-al’azim,” ucapnya dan mengusap lembut dada yang bergetar laju. Bingkas, dia bangun dari pembaringan dan cuba bersandar di kepala katil. Namun, tingkahnya terhenti tatkala wajah Nur Edleen menyapa mata.
“Leeennn…” terketar-ketar dia menyebut nama Nur Edleen. Disapu peluh yang sudah membasahi dahi.
Nur Edleen hanya membisu. Matanya memandang tepat ke wajah Edzuary. Kenapa aku berkahwin dengan dia? Adakah dia sama seperti ‘orang tu’ yang telah mengecewakan serta memperbodohkan aku dahulu, bisik hatinya.
“Kenapa tak tidur lagi?” tanya Edzuary sambil cuba membetulkan suara.
Nur Edleen tidak menjawab. Hatinya masih lagi terasa dengan kata-kata Edzuary siang tadi. Tanpa membalas, bingkas, dia bangun untuk turun dari katil. Jam di dinding dikerling buat seketika. Masa sudah merangkak ke dua pagi. Dia perlu ke bilik air untuk berwudhuk. Hatinya benar-benar tidak tenteram. Jiwanya terasa kosong dan dia perlu meredakan perasaannya dengan bersholat dan mengaji. Hanya dengan cara itu sahaja yang dapat mententeramkan hati dan perasaannya ketika ini.
“Leen!” seru Edzuary, seraya memegang lengan Nur Edleen. “Aku… aku minta maaf atas kata-kata aku siang tadi. Aku…”
“Saya nak ke bilik air,” pintas Nur Edleen dan menarik lembut lengannya. Tanpa menunggu, dia menapak menuju ke bilik air.
Edzuary mengeluh berat. Pasti, Nur Edleen marah dan terasa dengan kata-katanya siang tadi. Jika tidak, mustahil Nur Edleen akan bersikap dingin dengannya.
Nur Edleen menghamburkan air matanya di hadapan cermin di dalam bilik air. Air mata yang telah sekian lama tidak tumpah membasahi pipi, akhirnya gugur. Selama lima tahun dia menyimpan air matanya di hadapan keluarga serta kenalan. Selama lima tahun juga dia berjanji tidak akan menitiskan air mata kerana lelaki. Tetapi tidak pada hari ini. Edzuary, suaminya telah membuatkan air mata itu gugur. Edzuary, suaminya telah membuatkan hatinya menjadi sebak dan pilu. Edzuary, suaminya juga yang telah menggores serta membuatkan hatinya terasa. Apa yang perlu dilakukannya sekarang ini? Perlukah dia memaafkan Edzuary?


“BETUL?” tanya Nur Edleen, ceria.
“Betullah. Takkan kitaorang nak tipu kau pulak,” yakin Ezzura.
“Wah! Terujanya aku. Dah lama aku tak bercuti. Eh, bukan aku.. kita semua,” girang Nur Edleen dan tersenyum.
“Yalah, paling last pun, setahun yang lepas. Itupun lepas kena paksa dengan Eka,” balas Ezzura turut sama teruja.
Nur Edleen mengangguk. Sungguh, dia teruja selepas mendapat tahu tentang rancangan mereka. Sudah agak lama dia tidak bercuti. Ada baiknya dia bercuti. Sekurang-kurangnya dapat menenangkan fikirannya yang sedang berserabut.
“Kau kena minta izin dari Edzuary dulu, Leen. Takut Edzuary tak izinkan kau pergi,” beritahu Ezzura sekadar mengingatkan status Nur Edleen.
Mati senyuman di bibir Nur Edleen sebaik sahaja nama Edzuary di sebut. Dengan tiba-tiba hatinya menjadi sebak dan hiba. Dapat dirasakan juga matanya mulai berkaca. Dilarikan pandangan ke luar jendela agar Ezzura tidak dapat mengesaninya.
“Leen, kau okey ke?” tanya Ezzura tatkala menyedari kebisuan Nur Edleen.
“Kau lapar tak? Aku lapar la. Jom kita lunch!” kata Nur Edleen dan mengerling jam di tangan. Masa sudah merangkak ke angka satu.
“Kan awal lagi,” kata Ezzura.
“Pukul satu dah cik adik oii. Jom!” ajak Nur Edleen dan membawa langkah ke muka pintu bilik.
Ezzura menepuk dahi. Terlalu lama mereka berbual sehinggakan tidak sedar masa sudah masuk ke waktu rehat. Bingkas, dia bangun dari duduk dan mengekori dari belakang.
“Nak ke mana?” tegur Edzuary menghentikan langkah mereka berdua.
Serentak Nur Edleen dan Ezzura menoleh. Wajah Edzuary menyapa mata mereka berdua.
“Leen, nak ke mana?” ulang Edzuary.
Nur Edleen hanya membisu. Tanpa membalas, dia menyambung langkah beredar dari situ. Malas untuk melayan Edzuary.
Ezzura terpinga-pinga. Apa yang dah berlaku ni? Hatinya bertanya. Kenapa dengan Nur Edleen? Kenapa Nur Edleen pergi begitu sahaja? Kenapa Nur Edleen tidak menjawab pertanyaan Edzuary? Pelbagai persoalan menerjah kotak fikiran Ezzura.
“Kami nak pergi lunch, Encik Ary,” jawab Ezzura bagi pihak Nur Edleen.
“Oh, baiklah!” balas Edzuary, lemah.
“Saya minta diri dulu Encik Ary,” pamit Ezzura dan berlalu pergi.
Edzuary hanya memandang. Jauh di sudut hati, dia terasa malu tatkala pertanyaannya tadi tidak dibalas oleh Nur Edleen. Keluhan terlepas dari bibir. Bagaimana hendak memujuk Nur Edleen? Hatinya bertanya, sayu.


“KAU bergaduh dengan dia ke?” tanya Ezzura, sebaik sahaja duduk di kerusi.
Nur Edleen sekadar menggeleng.
“Habis tu?”
Nothing!”
“Kau jangan nak tipu aku Leen. Aku tahu kau ada masalah dengan dia, kan?”
“Kalau ada, kenapa?”
“Leen, cuba jangan bersikap acuh tak acuh,” tegur Ezzura, tegas.
“Habis tu, kau nak aku buat apa? Kau tahu tak hati aku sakit disebabkan dia,” luah Nur Edleen, tidak tertahan. “Dia sama macam lelaki tu,” ujarnya pula.
Tersentak Ezzura mendengarnya. Matanya menatap wajah Nur Edleen. Ada riak kesedihan pada wajah itu.
“Dia ada perempuan lain,” ujar Nur Edleen, lemah.
“Perempuan lain? Maksud kau?” tanya Ezzura, kurang mengerti.
“Sepertimana aku rasai lima tahun yang lepas, begitulah juga aku rasainya sekarang.”
“Leen, kau tak boleh nak tuduh dia sesuka hati. Kau kena tanya siapa perempuan tu. Jangan terus membuat kesimpulan pada yang kau sendiri tidak pasti. Manalah tahu kan perempuan tu, saudara mara dia ke, sepupu dia ke atau kenalan rapat dia,” nasihat Ezzura, seraya menggenggam tangan Nur Edleen.
“Aku terasa dengan kata-kata dia hari tu. Susah untuk aku maafkan dia,” ujar Nur Edleen. Selera makannya mati tatkala isu itu dibangkitkan. “Aku nak balik rumah la, Zura. Rasa tak sihat badan. Kau tolong bagitau dia,” sambungnya dan bangun.
“Leen, kau mana boleh buat macam ni? Sampai bila kau nak lari daripada masalah?” tegur Ezzura. Berharap, Nur Edleen memikirkan kata-katanya itu.
Nur Edleen hanya membisu. Tanpa menunggu, segera dia beredar dari situ. Mood untuk bekerja, hilang begitu sahaja. Jika Edzuary ingin memecatnya, dia tidak peduli. Lebih baik dia dipecat daripada bekerja di bawah pengurusan Edzuary.
Ezzura mengeluh berat. Seleranya juga mati melihatkan keadaan Nur Edleen. Tidak meyangka begitu sekali masalah yang dihadapi oleh Nur Edleen. Bagaimana untuk membantu Nur Edleen? Perlukah dia memberitahu abah dan ummi tentang Nur Edleen?


AIMANUDDIN memandang tepat ke wajah kawan baiknya. Dia menggelengkan kepala tatkala terdengar Edzuary mengeluh. Kenapa kawannya berkeadaan begitu? Apa yang membuatkan kawan baiknya kusut?
“Kau ni kenapa, Ary? Dari tadi aku tengok macam orang mati bini aje. Kau ada masalah ke?” tanya Aimanuddin, prihatin.
Edzuary mengeluh untuk kesekian kali.
“Masalah rumah tangga ke?”
Edzuary mengangguk lemah.
“Cuba kau ceritakan pada aku. Apa sebenarnya yang terjadi?” asak Aimanuddin.
“Aku terlepas cakap. Aku tak sedar apa yang aku cakapkan pada Leen,” luah Edzuary bernada kesal.
“Itu la kau, dari dulu lagi aku nasihatkan kau. Kalau nak bercakap tu, berpada-pada sikit. Jangan pakai hentam saja,” komplen Aimanuddin dan menggeleng.
“Aku tak sengaja la Aiman. Yang dia nak terasa hati tu, kenapa?” bentak Edzuary, keras.
“Tengok, aku baru saja cakap, kau dah ulangnya balik. Kau tu terlalu ego, Ary. Tak nak mengaku kesalahan kau sendiri,” tegur Aimanuddin lagi.
“Bila masa pulak aku ego?” geram Edzuary.
Aimanuddin menghela nafas ringan. Wajah kusut kawannya itu ditatap mesra.
“Kau ego Ary. Aku tahu, hati kau masih kuat pada Hidayah. Sudahlah Ary. Hidayah dah lama pergi. Lepaskanlah dia dari hati kau. Kau kena jaga sekeping hati yang telah diamanahkan pada kau oleh kedua-dua orang tuanya. Tempatkan dia di dalam hati kau,” nasihat Aimanuddin.
Sudah berkali-kali dia menasihati Edzuary. Naik muak dia bercakap apatah lagi yang mendengarnya. Sampai bila Edzuary akan bersikap begitu? Sampai bila Edzuary akan hidup dalam kenangan Hidayah? Yang pergi biarlah pergi. Kita yang hidup ini perlu meneruskan perjalanan yang masih jauh.
“Aku tak boleh, Aiman. Aku selalu mimpikan Dayah. Peristiwa lima tahun yang lepas, mengganggu tidur aku semula. Aku masih nampak apa yang berlaku terhadap Dayah. Aku menyesal kerana tinggalkan dia masa tu,” luah Edzuary dan menunduk.
“Semua tu dah takdir Allah, Ary. Kau tak boleh nak salahkan takdir. Dah tertulis yang Dayah pergi awal dari kita. Sebagai umat Islam, kita kena redha dan ikhlas menerimanya,” kata Aimanuddin dan menghela nafas lembut.
“Aku…” Sukar untuknya berkata-kata. Ingatannya ligat mengingati peristiwa lima tahun yang lepas. Terlalu sukar untuk menerima takdir bahawa Hidayah pergi buat selama-lamanya. Dia terlalu sayangkan Hidayah. Hanya Hidayah yang bertahta di hatinya sehingga ke hari ini. Mana mungkin tempat itu digantikan dengan orang lain.
“Kalau kau tak boleh nak terima Leen dalam hidup kau, ada baiknya kau lepaskan dia. Mungkin dengan cara itu, hatinya takkan terluka dan sakit. Kau dan dia berkahwin atas dasar keluarga. Papa dan mama kau nak kau lupakan kisah yang lalu. Sebab itulah mereka menjodohkan kau dengan Nur Edleen. Mereka berharap kau boleh lupakan semua kenangan bersama Hidayah. Tapi, nampak gayanya usaha mereka sia-sia sahaja. Sebabnya, anak mereka masih hidup di dalam dunia khayalan dan bukan realiti,” luah Aimanuddin, panjang lebar. “Kau fikirkanlah Ary. Mana yang baik dan mana yang buruk. Aku sekadar menasihatkan kau sahaja”
Edzuary tunduk membisu. Kata-kata nasihat Aimanuddin menusuk terus ke tangkai hati. Sedikit sebanyak, ada benarnya kata-kata Aimanuddin. Cuma hatinya sahaja menolak terus kata-kata nasihat itu. Sukar untuk melepaskan Hidayah pergi dari dalam hidupnya. Kenangan bersama Hidayah, terpahat kemas di dalam kamus hidupnya.
“Eh, Encik Ary pun makan kat sini?” tegur Ezzura menyentakkan Aimanuddin dan Edzuary. Serentak Aimanuddin dan Edzuary menoleh.
“Ezzura,” balas Edzuary, sepatah.
Aimanuddin hanya melemparkan senyuman. Gadis di hadapannya seperti pernah dilihat sebelum ini. Jika dia tidak silap, dia berjumpa dengan gadis itu ketika Nur Edleen pengsan tidak lama dulu di sebuah restoran.
Ezzura membalas senyuman Aimanuddin. Dianggukkan kepala sebagai tanda hormat.
“Zura, mana Leen?” tanya Edzuary tatkala menyedari ketiadaan Nur Edleen. Bukankah mereka berdua keluar makan bersama-sama sebentar tadi?
“Err…”  Aduh! Kena lagi, rungutnya.
“Mana Leen?” ulang Edzuary sedikit menekan.
“Leen… Leen.. dia kata tak sihat. Jadi dia balik rumah terus. Dia suruh saya bagitau pada Encik Ary,” jelas Ezzura sedikit bergetar.
“Tak sihat?” ulang Edzuary pantas berdiri. “Kenapa dia tak bagitau pada saya? Saya kan suami dia,” rengus Edzuary dan beredar dari situ.
“Ary!” panggil Aimanuddin. Terkejut dengan tindakan Edzuary itu. “Ego!” komennya dan tertawa kecil.
Ezzura turut sama tertawa. Tanpa membuang masa, dia beredar dari situ selepas berbicara dengan Aimanuddin sebentar. Semoga ada jalan penyelesaian buat Nur Edleen dan juga Edzuary.


“MAAF abang, Leen terlupa. Nanti kita jumpa ya, bang,” kata Nur Edleen.
“Tak apalah. Abang pun kebetulan ada hal yang nak diuruskan. Nasib baik Leen pun terlupa tentang tu,” jelas Eddry dan tertawa kecil.
“Yang abang ketawa ni, kenapa?” tanya Nur Edleen. Langkah diatur menuju ke dapur rumah. Terasa kering tekaknya ketika ini dan minta dibasahkan. Matanya terpandangkan sebuah bilik yang sedikit terbuka. Lantas, dibawa langkah menuju ke bilik tersebut.
“Leen kat mana?” tanya Eddry sekadar ingin tahu.
“Leen kat rumah. Tak sedap badan. Sebab itulah Leen balik,” jawab Nur Edleen. Tangannya menolak daun pintu seluas yang boleh dan menapak masuk ke dalam bilik. Diperhatikan bilik tersebut. Cantik susun atur yang ada di dalam bilik tersebut. Kenapa bilik ini dihias cantik? Tanya hatinya.
“Tak sedap badan? Leen dah jumpa doktor?” tanya Eddry lagi, prihatin.
“Lepas makan panadol, baiklah. Abang, Leen ada benda nak buat ni. Nanti Leen call abang balik. Maaf, sebab batalkan pertemuan kita,” ujar Nur Edleen bernada kesal.
“Eh, tak mengapa. Abang pun nak minta maaf juga. Apa-apa nanti, abang call atau sms Leen,” balas Eddry.
“Insya-Allah. Assalamualaikum,” balas Nur Edleen dan mematikan talian. Matanya meliar melihat keadaan bilik tersebut. Kagum dan teruja Nur Edleen melihatnya. Seperti hidup di alam kayangan Nur Edleen rasakan. Jika selama ini, pintu bilik itu sentiasa tertutup, tetapi, tidak pada hari ini. Mungkinkah Edzuary terlupa untuk menutupnya atau sememangnya selama ini pintu bilik itu tidak pernah berkunci.
“Cantik! Bilik siapa ni?” kagum Nur Edleen. “Bestnya kalau aku dapat duduk dalam bilik ni,” ujarnya dan tersengih. Bingkas, dia naik ke atas katil dan melompat-lompat di atasnya dengan perasaan yang teruja.
“Kenapa aku tak tahu ada bilik secantik ni?” tanyanya lagi berserta kerutan di dahi. “Mungkin, Ary nak surprisekan aku,” duganya dan tersenyum malu. Dibaringkan badan di atas katil. Pelbagai aksi dibuatnya. Sekejap mengiring, sekejap terlentang, sekejap melompat dan sekejap meniarap. Lagak seperti kanak-kanak riang beraksi Nur Edleen itu sehinggalah dia keletihan. Rasa seronok dan selesa berada di atas katil tersebut.
“Wah! Siap ada kad lagi ni. Memang special betul,” katanya, teruja. Dicapai kad yang berada di meja lalu dibuka. Bait-bait yang tertulis di dalam kad tersebut dibaca penuh khusyuk.

Kau tercipta untukku dan aku tercipta untukmu. Hanya maut yang bisa memisahkan kita berdua. Abang sayang dan cintakan Hidayah sepenuh hati abang. Tiada sesiapa pun yang dapat menggantikan Hidayah dalam hati abang ini. Terimalah hadiah tak seberapa dari abang. Bilik yang abang sediakan khas untuk Hidayah sempena perkahwinan kita nanti.

Tersentap Nur Edleen membacanya. Hatinya menjadi sebak dan pilu. Bagaikan direntap sesuatu Nur Edleen rasakan ketika ini. Tidak semena-mena, air matanya mengalir perlahan membasahi pipi.
“Ya Allah, kenapa aku berperasaan seperti ni? Aku tak punya apa-apa perasaan pada dia. Kenapa hati aku terasa sakit yang amat?” bisik Nur Edleen, sendirian.
“Kau buat apa dalam bilik ni? Siapa yang benarkan kau masuk ke sini?” tanya Edzuary, keras. Direntap kasar kad dari pegangan Nur Edleen.
Tersentak Nur Edleen dengan rentapan kasar itu. Bingkas, dia turun dari katil dan memandang ke wajah tegang Edzuary.
“Kenapa kau duduk atas katil tu? Aku tak benarkan sesiapa pun duduk melainkan Hidayah,” marah Edzuary pula.
“Leen… Leen…”
“Pergi kau dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Pergi!” tengking Edzuary, meninggi. Jarinya diluruskan ke arah muka pintu bilik.
Terhenjut tubuh Nur Edleen akibat tengkingan Edzuary. Matanya masih memandang ke wajah Edzuary.
“Kau tunggu apa lagi, keluar kau dari sini. Keluar!” halau Edzuary pula.
Nur Edleen masih tidak berganjak. Hatinya semakin sakit tatkala Edzuary memarahinya sebegitu sekali. Apa kesalahan yang telah dilakukannya? Jika kemarahan Edzuary disebabkan kesalahannya menceroboh masuk ke dalam bilik itu, tidak masuk dek akalnya yang waras.
“Apasal degil sangat ni? Aku kata keluar.. keluarlah!” marah Edzuary tidak tertahan. Ditarik kasar tubuh Nur Edleen dan membawanya keluar. Kemudian, ditolak kasar tubuh Nur Edleen sehingga membuatkan Nur Edleen tersungkur jatuh. Tidak semena-mena, dahi Nur Edleen terhantuk kuat ke pasu bunga yang berada tidak jauh dari bilik tersebut.
Dumn!! Hempasan pintu bilik mengejutkan Nur Edleen. Diusap lembut dadanya yang berombak laju menahan ketakutan. Dengan sedaya upaya, Nur Edleen cuba bangun dari duduknya, namun tidak berdaya.
“Ouch!!” rengek Nur Edleen. Tangannya meraba-raba dahi yang terasa berdenyut dan sakit. “Ya Allah, darah!” luahnya pula. Digagahkan juga agar berdiri sehingga membuatkan pasu bunga itu terbaring. Matanya memerhatikan pasu tersebut. Bagaimana dahinya boleh berdarah sedangkan pasu tersebut tidak mempunyai bucu yang tajam? Diperhatikan segenap ruang pasu bunga tersebut. Terkejut matanya tatkala terlihat hujung pasu bunga tersebut.
Tanpa menunggu, segera dicapai beg tangan dan keluar dari rumah itu. Ke mana harus dibawa dirinya ketika ini? Tidak mungkin dia akan pulang ke rumah abah dan ummi. Tidak mungkin juga ke rumah kak long dan abang long. Hanya rumah Ezzura yang paling sesuai buat dirinya kala ini. Tanpa disedari, laju air matanya mengalir membasahi pipi. Dibiarkan sahaja tanpa berniat untuk menyeka air  mata itu.
 
 Jangan marah kat hero saya ya. Lepas ni ES pujuk NE and kisah lima tahun yg lepas bakal terbongkar. 
Terima kasih kerana membaca SC. Andai ada kekurangan dlm SC, hrp dimaafkan. Kalau ada yg tak betul, minta ditegur jg.
(^____*)

32 ulasan:

  1. Bab nilah yang paling buat sue geram dengan ES.. kesian sgt2 kat NE...huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. relaks sue.. lps ni ES pujuk blk NE.. :)

      Padam
  2. alaaaa..sedihnye..cian..NE..
    ES pat2 la pujuk..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. jgn risau, nti ES pujuk NE balik..

      Padam
  3. aduhhh... sakit ye hati nie... ES sampai hati awak halau leen ... baik awak pujuk dia...uwaaaaaaa cian leen

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. hr ni mood geram n sakit hati dgn ES.. xpe, lps ni kita tgk mcm mana ES pujuk NE.. :)

      Padam
  4. sakit hati & geram sgt dgn ES...bila part NE, sedih, mcm nk nangis..kenapa ES mcm tuh, sian NE tau..biar leen merajuk kuat2 skit,jgn bg ES pujuk senang2 jek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. rajuk NE tu ssh ES nk pujuk.. smpe bw diri NE tu.. kita tgk mcm mana ES pujuk NE dlm bab slps ini..

      Padam
  5. ishhhh, begitu skali tahap kemarahan si ES ni...huhuhuuu
    ok kiter tgk cam ner ES pujuk NE...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kihkih.. jgn x caya.. tahap kemarahan ES mcm tu.. tggu bab strsnya..

      Padam
  6. Cepat la samb.. Sesak nafas ni..
    Abel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abel..

      Insya-Allah, Jumaat ni ada n3 bab 20.. :)

      Padam
  7. bile nk update new n3 ek...hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, Jumaat ni n3 bab 20.. terima kasih krn membc SC.. (^__^)

      Padam
  8. kak elizzzzzz esok nak bab 20 plssssssss

    BalasPadam
    Balasan
    1. My dear Kiki.. Jumaat ni kita jmpe ya.. ^^

      Padam
  9. jumaat ?? lamanya kak..
    tseksa rsenya nak mnunggu...hehe
    esok le kak eliza...plsssss... :D

    BalasPadam
  10. teruja tggu next n3

    BalasPadam
  11. Kak Aziela..

    sorry sgt2, sy 'ter removed' komen akak.. sy sempat copy paste komen akak..


    'Tarik Leen, tolak Leen, sampai tersungkur, sampai berdarah...? Perghh..! Jatuh cerai takliq tu... Mengasari isteri... ' (quote Aziela)


    Di sini sy letakkan link mengenai cerai takliq tu..

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Perceraian_dalam_Islam

    http://intim.wordpress.com/2007/03/08/lafaz-taklik-wajar-diseragamkan/


    'Taklik adalah perjanjian yang ditandatangani semasa pernikahan. Ia membenarkan si isteri memohon perceraian sekiranya si suami melanggar mana-mana syarat yang terdapat dalam taklik tersebut, misalnya, jika dia tidak membayar nafkah, atau si suami menyebabkan kemudaratan dengan mencederakan isteri. Mahkamah akan membuat siasatan akan kesahihan kenyataan dan sekiranya berpuas hati mahkamah akan mengesahkan dan merekodkan perceraian tersebut. Bukti seperti laporan polis dan laporan hospital boleh membantu dalam hal ini'..


    ok, menurut petikan tu, akn jatuh takliq sekiranya mengasari isteri dan isteri mengadu pd pihak berwajib.


    tp, dlm kes ni, NE x mengadu pd sesiapa akn kecederaan dia..


    maaf kak, sy x pandai sgt dlm bab2 ni.. nti sy rujuk pd org yg lbh arif ttg ni.. klu salah, sy perbaiki balik jln cerita dlm SC ni..



    maaf sekali lg sbb 'ter removed' komen akak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Ros, betul la tu... cerai takliq tu hanya akan jatuh bila si isteri mengadu pada pihak yang berwajib dan membayar.....(sila baca dibawah)

      'ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya sepuluh ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”

      Padam
  12. Kesiankan NE....kalau begitu lebih baik ES tu buat rumah dekat kubur supaya dia selalu dekat dengan HIDAYAHnya...dan lepaskan NE.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aduh!! kat kubur tu.. kenangan Hidayah tu terlalu kuat.. sukar utk ES lupakan.. dsbbkan itu jg, ES terpaksa alami saat2 yg sukar dlm hidup dia.. Insya-Allah, dlm satu ms nti, ES akn sedar n menyayangi NE..

      Padam
    2. ES akan sedar juga dri lamunannya ttg Hidayah satu hari nnt...

      Padam
    3. kihkih.. lama lg tu nk smpe ke tahap tu.. lps kena basuh, baru dia sedar..

      Padam
  13. salam dik..

    boleh kita beramai ramai lempang mamat stone ni laju laju..apahal lah pulak hendak meneruskan perkawenan dengan NE kalau hati masih ada hidayah..walaupun hidayah telah lama pergi.. seorg isteri pada suami sperti ES tak guna nak tinggal bersama..melayan dan meletakkan diri isterinya dibawah tapak kakinya.. bagi akak NE tak rugi apa apa kalau dia minta fasakh..boleh lah dia kawen dengan Edry..kan..
    Biarkan sahaja si Es dengan dunianya..nak sgt hidup dengan hidayah kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Kak Ida..

      Aduh!! hangat btl hr ni.. msg2 melepaskan geram pd ES... kat group pn sama jg..

      Sy ok saja klu akak nk lempang ES a.k.a mamat stone tu..

      btl apa yg akak ckp tu.. NE blh minta fasakh, x guna klu hidup dgn suami mcm ES tu.. hidup dlm dunia sndr n dlm kenangan Hidayah.. tp, hati NE dh mulai suka n syg pd ES.. klu NE x ada perasaan, x kan dia blh terasa n sakit hati lps bc kad tu..

      apa2 pn, kita tgk perkembangan ES lps ni.. msh blh diberi peluang.. maafkan dia ya kak..

      (^__*)

      Padam
  14. Siapa Hidayah tu? Kesian Leen ;( Sampai hati ES buat dia macam tu. Kalaulah terjumpa si ES tu, nak tumbuk-tumbuk muka dia. *eh, melebih pulak* Hehehehe,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hamboi adik akak sorg ni.. smpe nk tumbuk2 muka ES.. x handsome la nti.. hehehe.. tp, klu nk tumbuk dia.. jgn lupa ajak akak sekali ya.. hahaha..

      Padam
    2. Handsome ke, tak handsome ke, biar dia rasa SIKIT. Hahahaha, akak nak join sekali ke? Boleh je..

      Padam
    3. hahahaha.. kelakar la adik ni..

      Padam