Khamis, 1 November 2012

Suara Cinta - Bab 20


BAB 20

EZZURA memerhatikan Nur Edleen yang sedang tidur. Kasihan dia melihat Nur Edleen. Kemudian, dijatuhkan matanya kepada luka yang berbalut di dahi Nur Edleen. Mujurlah hanya luka dan lebam kecil sahaja. Jika tidak, bagaimana Nur Edleen dapat menerimanya? Sedari tadi hatinya bertanya. Apa yang berlaku sebenarnya? Bila ditanya, Nur Edleen hanya tersenyum hambar. Seakan ada sesuatu yang cuba dirahsiakan oleh Nur Edleen darinya. Adakah semuanya bersangkut paut dengan Edzuary? Hatinya menduga.
Ezzura mengeluh berat. Tangannya mencapai telefon bimbit dan mendail nombor telefon Azie. Nampak gayanya, mereka terpaksa membatalkan percutian mereka pada hujung minggu depan. Tidak sampai hati membiarkan Nur Edleen bersendirian menghadapi masalah. Sebagai kawan yang paling rapat, dia perlu berada di sisi Nur Edleen, tidak kira susah ataupun senang. Berkongsi dan menyelesaikan masalah bersama.
“Kenapa Zura?” tanya Azie sebaik sahaja talian berjawab.
“Aku rasa, ada baiknya kita cancel rancangan kita tu la Azie. Leen sedang hadapi masalah besar ni,” beritahu Ezzura, tenang.
“Masalah? Masalah apa, Zura?”
“Aku sendiri tak tahu Azie. Tapi aku pasti, masalah ni hanya dia sahaja yang boleh selesaikannya.”
“Hurm, kalau macam tu, baiklah. Nanti aku bagitau pada Eka pasal ni,”
Thanks Azie. Sampaikan salam aku pada Eka. Kalau semuanya dah settle, kita teruskan rancangan kita tu balik.”
“Insya-Allah, baiklah!” balas Azie dan mematikan talian.
Ezzura meletakkan telefon bimbit di atas meja. Dia membawa langkah keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Dia perlu menyediakan bubur nasi buat Nur Edleen. Hatinya masih lagi tertanya-tanya. Setiap persoalan memerlukan jawapan daripada Nur Edleen.


“TOLONG! Tolong selamatkan aku! Tolong!” jerit Nur Edleen. “Ya Allah, selamatkan aku!” rintihnya pula.
“Cik… cik…” panggil seseorang menyentakkan Nur Edleen. Pantas, dia menoleh ke sisi kanan. Terlihat seseorang sedang mengetuk cermin keretanya.
“Tolong saya! Tolong saya!” pintanya, mengharap. Tangannya cuba untuk menanggalkan tali pinggang keledar, namun tidak berjaya. Terasa lemah badannya ketika itu. Hanya pada Allah, Nur Edleen memohon perlindungan.
“Sekejap cik, saya cari apa-apa benda yang boleh membantu,” kata suara itu.
Nur Edleen mengangguk. Syukur, masih ada yang sudi menolongnya. Dalam masa yang sama, dia cuba untuk keluar dari dalam kereta sebaik sahaja berjaya menanggalkan tali pinggang keledar. Disebabkan kakinya tersepit di celah antara pedal brek dan minyak, menyukarkannya untuk keluar.
“Ya Allah, api!” sebut Nur Edleen tatkala matanya terpandangkan api yang sudah membakar badan kereta. “Tolong! Tolong!” jeritnya lagi. Matanya meliar mencari kelibat yang ingin menolongnya sebentar tadi.
“Ya Allah! Cik, api. Macam mana saya nak selamatkan cik?” kata suara itu.
“Tolong! Tolong selamatkan saya! Ya Allah!” pinta Nur Edleen tatkala api membakar separuh tudung dan baju yang dipakainya.
“Sekejap cik, saya cuba,” beritahu suara itu pula. Tanpa berlengah, segera, dia membuka baju dan cuba untuk memadamkan api yang sudah mulai merebak ke tempat pemandu. Sedaya upaya dia cuba untuk membuka pintu kereta, namun, disebabkan api terlalu marak, sukar untuknya bertindak. Kepulan asap yang masuk ke dalam kereta turut sama menyukarkan tindakannya juga.
“Uhuk! Uhuk!” Nur Edleen terbatuk. “Ya Allah, panas!” rintihnya pula. Matanya memandang kesungguhan insan yang cuba menyelamatkannya. Air mata sudah pun membasahi pipi. Berdoa agar insan itu berjaya menyelamatkannya.
“Cik, bersabar. Saya akan cuba keluarkan cik,” kata insan itu pula. Ya Allah, selamatkanlah dia, doanya di dalam hati.
Sedaya upaya dia cuba untuk membuka pintu kereta. Sebaik sahaja berjaya, segera dipadamkan api yang sudah membakar baju dan tudung gadis tersebut dengan menggunakan bajunya sendiri. Separuh badan gadis itu melecur. Satu lagi kesukaran yang dialaminya apabila kaki gadis itu tersepit di antara pedal brek dan minyak. Dengan lafaz bismillah, dia cuba menarik keluar kaki gadis tersebut. Ucapan syukur meniti di benak hati sebaik sahaja berjaya mengeluarkan kaki gadis itu. Tanpa berlengah, dipangku tubuh gadis itu keluar dari dalam kereta. Khuatir kereta tersebut akan meletup dan membahayakan gadis itu dan juga dirinya.
“Cik! Cik!” panggil suara itu.
Nur Edleen membuka matanya perlahan. Wajah insan yang menyelamatkannya menyapa mata. Kabur! Adakah disebabkan asap, membuatkan matanya pedih dan menjadi kabur?
“Ya Allah, syukur alhamdulillah,” ucap Nur Edleen, tersekat-sekat. “Ya Allah, sakitnya badan aku,” rintihnya, perlahan.
“Cik, saya dah call ambulans. Tak lama lagi, sampailah!” beritahu suara itu.
Nur Edleen mengangguk lemah. Kesakitan yang dialami melumpuhkan pergerakannya. Sedaya upaya dia cuba untuk melihat insan yang telah menyelamatkannya. Namun, dia hampa, pandangannya semakin kabur. Hanya sinar anak mata yang Nur Edleen nampak. Itu pun masih dalam keadaan kabur. Badannya pula melecur akibat terbakar. Dapat dirasakan kesakitan di kaki dan tangannya juga.
Bunyi bingit hon kereta mengejutkan Nur Edleen.
“Hidayah!!!” jerit suara itu.
“Ya Allah!” sebut Nur Edleen dan terjaga.
“Leen, kau dah sedar. Syukur alhamdulillah,” ucap Ezzura. Dulang yang berada di tangan diletakkan di atas meja di sisi katil. Bingkas, dia duduk di birai katil dan memeluk erat tubuh Nur Edleen. “Aku risaukan kau, Leen.”
“Aku mimpi, Zura. Aku nampak apa yang berlaku pada aku lima tahun yang lepas,” luah Nur Edleen sambil cuba menstabilkan pernafasan.
Ezzura mengerutkan dahi. Pelukan dileraikan dan menatap wajah Nur Edleen.
“Ada insan yang selamatkan aku. Dia bertungkus-lumus cuba selamatkan aku. Zura, kau tahu tak siapa dia?” terang Nur Edleen.
“Leen, mimpi tu kan mainan tidur. Tak semestinya betul,” kata Ezzura sekadar menutup perasaan gelisah Nur Edleen.
“Tak Zura. Aku yakin, apa yang aku mimpikan tadi, memang terjadi pada aku. Zura… aku nak tahu, siapa yang selamatkan aku dari kemalangan tu. Please Zura. Aku terhutang budi dengan dia,” tegas Nur Edleen.
Ezzura menarik nafas lembut.
“Mesti kau tahu, kan Zura?” duga Nur Edleen. Kesakitan di dahi tidak diendahkan. Kesakitan di hati dibiarkan sahaja. Apa yang penting, Nur Edleen perlu tahu siapa yang menyelamatkannya ketika kemalangan itu berlaku?
“Aku tak tahu Leen. Aku pun dengar dari orang-orang yang berada di kawasan tu,” jelas Ezzura, terang dan nyata.
“Mustahil kau tak tahu, Zura. Aku pasti kau tahu. Kenapa kau tak nak bagitau aku siapa? Aku ada hak untuk tahu dan aku nak ucapkan terima kasih pada dia.”
Serba salah Ezzura mendengarnya. Bukannya dia sengaja tidak mahu menjawab, kerana dia sendiri tidak punya jawapan pada persoalan Nur Edleen itu. Di mana harus dicari gerangan yang menyelamatkan Nur Edleen lima tahun yang lepas?
“Zura…” seru Nur Edleen, lembut.
“Aku akan cuba, Leen,” balas Ezzura. “Aku ada masakkan bubur nasi untuk kau. Kau makanlah. Mesti kau lapar,” beritahu Ezzura, seraya mencapai bubur nasi dari atas meja. Dihulurkan kepada Nur Edleen.
Nur Edleen mencapai huluran Ezzura. Ditenung bubur nasi tersebut. Fikiran masih menerewang mengingati peristiwa lima tahun yang lepas. Siapa yang menyelamatkannya? Siapa yang sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkannya ketika itu? Sungguh, hatinya tertanya-tanya. Bagaimana untuk mencari jawapan pada kesemua pertanyaannya itu?
“Hidayah!” ujar Nur Edleen, perlahan.
“Hidayah?” ulang Ezzura. “Siapa Hidayah?”
Nur Edleen menggeleng. Dicapai sudu dan mengaut sedikit bubur dari dalam mangkuk lalu disuakan ke mulutnya sendiri. Perlahan-lahan dikunyah bubur nasi tersebut. Seakan tidak memberi kesan pada anak tekaknya itu. Hatinya sebak dan pilu ketika ini. Dapat dirasakan matanya mulai berkaca-kaca. Pantas, dikerdipkan mata agar tidak gugur di hadapan Ezzura.
“Aku tak ada selera la, Zura. Aku penat,” beritahu Nur Edleen dan menghulurkan semula mangkuk bubur kepada Ezzura.
“Leen, sikit saja kau makan ni. Nanti kau lapar,” tegur Ezzura, tidak berpuas hati.
Nur Edleen tidak menjawab. Dibaringkan semula tubuhnya dan menarik selimut ke paras dada. Otaknya tidak mampu untuk berfikir. Fikirannya juga kusut ketika ini. Siapa Hidayah? Persoalan itu selalu bermain-main di minda sehingga ke hari ini. Matanya mulai berkaca-kaca. Kenapa Edzuary tega memarahinya sebegitu sekali? Kenapa Edzuary sanggup menolak tubuhnya sehingga menyebabkan dirinya terluka? Sesak nafas Nur Edleen memikirkan semua itu. Tangannya menyentuh lembut dahi yang berbalut. Perlukah dia memaafkan Edzuary?


EDZUARY membuka mata dan bangun dari pembaringan. Tangannya mengurut kecil tengkuk yang terasa sakit. Matanya meliar melihat keadaan bilik yang bergelap. Bingkas, dia bangun dan turun dari katil. Suis lampu dipetik dan keindahan bilik menyapa mata. Dia tersenyum tatkala bilik yang direka khas buat Hidayah masih tampak cantik dan indah.
“Abang takkan benarkan sesiapa pun masuk ke dalam bilik ni lagi. Maafkan abang, Dayah,” bisik Edzuary, sendirian. Setelah berpuas hati, segera dibawa langkah keluar dari bilik tersebut. Dia mencari suis lampu rumah lalu memetiknya.
“Dah malam rupanya,” kata Edzuary dan melabuhkan duduk di sofa. “Penatnya hari ini,” keluhnya dan mengerling jam di dinding. Masa sudah merangkak ke pukul sembilan tiga puluh minit malam. Terlalu lama dia tidur sehingga tidak menyedari masa sudah pun merangkak ke malam hari.
Tanpa membuang masa, bingkas, dia bangun dari duduk dan menapak ke anak tangga untuk ke tingkat atas. Dia perlu membersihkan diri terlebih dahulu sebelum mengisi perutnya yang sudah berkeroncong hebat.
“Leen!” panggil Edzuary sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. “Kenapa gelap saja ni? Mana pulak minah ni pergi?” rungutnya dan membuka suis lampu. Melilau matanya mencari kelibat Nur Edleen, namun tidak kelihatan. “Ah! Lantak dia la. Baik aku mandi dulu,” katanya lagi dan mencapai tuala di ampaian. Laju langkahnya menuju ke bilik air.
Usai menunaikan sholat, Edzuary melabuhkan duduk di meja kerja. Laptop dibuka sekadar menyambung kerjanya yang tertangguh disebabkan Nur Edleen siang tadi. Matanya mengerling sekilas jam di dinding.
“Sebelas malam. Mana minah ni pergi? Tak reti-reti nak balik rumah ke?” rungut Edzuary sendirian berserta dengusan kecil. “Jangan-jangan, dia keluar dengan Eddry tak?” duganya pula. Lantas, telefon bimbit dicapai. Nombor telefon Eddry didail dan menanti panggilan berjawab. Segera, dia bangun dari duduk dan menapak keluar dari bilik. Tekaknya terasa kering dan perlu dibasahkan.
“Abang!” sapa Edzuary sebaik sahaja panggilan berjawab.
“Ada apa, Ary?” tanya Eddry.
“Leen ada dengan abang ke?”
“Leen?” ulang Eddry, berkerut.
“Bukan ke abang call semalam nak jumpa dengan Leen?” tanya Edzuary lagi.
“A’ah la. Tapi tak jadi sebab Leen kata tak sedap badan. Kebetulan abang pun ada hal yang nak diuruskan,” jelas Eddry.
“Habis tu, mana Leen pergi?” tanya Edzuary seakan orang bodoh.
“Hai, bini sendiri pun tak tahu ke mana pergi. Suami apa Ary ni?” sindir Eddry, pedas.
“Abang jangan nak sindir Ary. Ary ingat dia keluar dengan abang,” bidas Edzuary, keras.
Tergelak Eddry mendengarnya.
“Yang abang gelak, kenapa?”
“Okeylah Ary, abang ada kerja ni. Assalamualaikum,” balas Eddry dan mematikan talian.
Edzuary berkerut. Kepala yang tidak gatal digaru beberapa kali. Ke mana Nur Edleen pergi? Keluar tanpa minta izin darinya. Dengusan kasar terlepas dari bibir. Panas hatinya di waktu ini. Degil!
“Hisy, siapa pulak yang usik pasu ni?” marahnya sambil menunduk membetulkan  pasu yang terbaring. “Ni mesti kerja minah tu,” rengusnya pula. Tangannya lincah menegakkan semula pasu bunga tersebut. Tingkahnya terhenti tatkala matanya terpandangkan sesuatu. Berkerut dahinya sambil cuba memikirkan benda yang dilihatnya itu. Darah! Darah siapa pulak ni? Tanya hatinya. Kemudian, dijatuhkan matanya ke pintu bilik. Ingatannya memutarkan semula kejadian siang tadi.
“Ya Allah, apa aku dah buat?” ucapnya dan terduduk. Mukanya diraup beberapa kali. Menyesali dengan apa yang telah dilakukannya terhadap Nur Edleen siang tadi. Tanpa membuang masa, telefon bimbit dicapai dan mendail nombor telefon Nur Edleen. Berkali-kali dicuba, namun panggilannya tidak berjawab. Keluhan berat terlepas dari bibir. Pada siapa dia harus bertanya tentang Nur Edleen? Perlukah dia bertanya pada mentuanya?
“Assalamualaikum, abah. Maaf, kalau Ary mengganggu abah,” sapanya.
“Waalaikumussalam. Ada apa Ary?” tanya Haji Marwan.
“Err.. Leen.. Leen ada kat rumah abah tak?” tanya Edzuary, tersekat-sekat.
“Leen?” ulang Haji Marwan, berkerut. “Tak ada Ary. Kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Leen kata nak ke rumah abah malam ni. Jadi, Ary ingat Leen tidur kat rumah abah,” bohong Edzuary.
Berkerut dahi Haji Marwan mendengarnya. Hatinya diburu keresahan dan kerisauan. Dari nada suara Edzuary, dia dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku terhadap Nur Edleen.
“Tak apa la kalau macam tu abah. Ary letak dulu. Assalamualaikum,” kata Edzuary dan mematikan talian. Keluhan berat terlepas buat sekian kalinya.
“Zura. Aku pasti Zura tahu ke mana Leen,” yakin Edzuary dan mendail nombor Ezzura. “Zura!” panggilnya, lembut.
“Ada apa Encik Ary?” tanya Ezzura, acuh tak acuh. Dia tahu, pasti Edzuary menelefonnya sebaik sahaja menyedari ketiadaan Nur Edleen. Kenapa baru tengah malam begini mencari Nur Edleen? Kenapa tidak dari siang tadi, sebaik sahaja Nur Edleen sampai di rumahnya?
“Leen.. Nur Edleen ada kat rumah awak ke?” tanya Edzuary, penuh cermat.
“Nur Edleen? Kenapa Encik Ary? Nur Edleen hilang ke? Nur Edleen kena culik ke?” Sengaja Ezzura bertanya begitu. Sekadar menduga perasaan Edzuary.
“Eh.. tak. Bukan kena culik atau hilang. Saya cuma nak tahu, kalau-kalau Leen ada kat rumah awak, Zura,” bidas Edzuary, lembut.
“Kenapa baru sekarang Encik Ary nak cari Leen? Kenapa tak dari siang tadi sewaktu Leen sampai kat rumah saya?” keluh Ezzura, lemah.
“Zura…”
“Buat masa sekarang ni, biarlah Leen kat rumah saya. Mungkin itu yang Leen perlukan,” pintas Ezzura.
“Tapi Zura…”
“Sehingga luka di dahi Leen sembuh dan luka di hatinya juga,” potong Ezzura lagi. Walaupun dia tidak tahu hujung pangkal apa yang terjadi terhadap Nur Edleen, tetapi dia yakin semua itu berlaku disebabkan Edzuary. Pasti Edzuary bertindak kasar terhadap Nur Edleen sehinggakan mendatangkan kecederaan. Malah nama yang meniti di bibir Nur Edleen, mungkin juga punca pada masalah mereka berdua.
“Saya minta maaf Zura. Saya tak sengaja,” ujar Edzuary, kesal.
“Bukan dengan saya, encik perlu minta maaf, tapi dengan Leen. Okeylah encik, saya nak letak ni. Nampaknya macam Leen mengigau lagi. Pasti mimpinya datang kembali. Assalamualaikum,” balas Ezzura dan mematikan talian. Tidak mahu berlama berbual dengan Edzuary. Khuatir dia akan melepaskan segala kemarahan terhadap lelaki itu.
Edzuary mengeluh berat. Sungguh, dia merasa kesal di waktu ini. Apa yang harus dilakukannya sekarang? Perlukah dia berjumpa dengan Nur Edleen ketika ini? Otaknya dikerah berfikir. Seminit kemudian, laju dibawa langkah ke tingkat atas. Memikirkan apa yang perlu dilakukannya sekarang.


Mesti semua dah dpt agak siapa yg menyelamatkan NE ms kemalangan tu. Berjaya atau tdk ES memujuk NE, akn terjwb di dlm bab seterusnya.
Jumpa minggu hdpn.

35 ulasan:

  1. Awat la pendek sgt n3 Ros...tgh suspen ni....hehehe...tambahlah lagi...plezzzz

    BalasPadam
    Balasan
    1. erk, pendek ke Kak Eijan?? maybe la kut sbb 8 pages saja.. hehehe.. :)

      Padam
  2. terase sesak nafas bila membace n3 nie... uwaaaa pendek bebenorrr..hahahahah adhai ES rupanya.... apa lagi kisah mereka yang belum tersingkap ..huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. pendek benar ya.. alahai, nk kasi pnjg pn dh x da idea.. huhu.. x lama lg tau la kisah diaorg tu.. :)

      Padam
  3. sape yg selamatkan leen???

    ingtkan ES pujuk NE harinie...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. minggu dpn bru ES pujuk NE..

      Padam
  4. ermm, tau dahhh.. dan HIDAYAH lak saper bg ES..
    sian ngan NE skrg ni...
    adkh abg ES pun ade hati ngan NE...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, dlm bab 23.. tahulah siapa Hidayah yg sbnrnya.. erk, Eddry?? maybe ya n maybe tdk.. :D

      Padam
  5. Sakitnye hati.... Sesak nafas dgn n3 arini... Eeeee... Rase nk cepuk2 je si ES ni.. Gerammmmm...

    BalasPadam
  6. mesti ES yg selamatkn leen..xkan dia x perasankn NE kot..mst leen xcdent dgn hidayah kn...mmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dlm bab 23, akn terjwb semua persoalan itu.. sbb kenapa ES x perasankan NE.. ada jwpnnya jg.. :)

      Padam
  7. salam dik..

    pergh..menirap darah akak..baca E3 ni..boleh mamat sengal tu tidur..sengal betui...apa kata kita hempuk otak dia sekejap..biaq betui sikit fungsinya..

    Ada ke patut..dia boleh lupa..apa yg dia dah buat kat bini dia..adeh...jenis apa ek..laki ni..tangan tak boleh nak duk diam..marah dia je ...yg dia tahu..bila baca part yg dia bercakap sendirian tu..as tho dia bercakap dengan minah yg bernama hidayah..memyebabkan terdetak dihati akak..adakah mamat ni..weng..!!!da tak betui kerana tekanan perasaan yg membukit..kerana bersalah terhadap hidayah kekasih lamanya..aduhai macam akak nak kasi takzirah saja kat mamat poyo ni.. Kalau lah tiada kasih dihati buat NE lepaskan lah sahaja diri dia..nak buat apa sesak kan hati dan perasaan diri NE dan tak secara langsung ia juga membuatkan dirimu menderita dan rasa bersalah terhadap isterimu tu..

    Akak rasa biarkan saja Edry bersama ngan NE kerana bagi akak Edry lebih rasional dan romantik orangnya dari mamat stone ni..dan adakah yg menyelamatkan NE itu ES dan adakah nama NE dulu adalah hidayah..

    Adakah NE akan tinggal bersama dgn zura dan enggan balik hidup bersama dengan ES..kalau lah itu berlaku..akak rasa ES patut menilik dirinya sendiri dan tanya dirinya sendiri..mau kemana perkawenan yg didirikan oleh mereka..bagi akak ...cukup cukuplah mendera perasaan NE dan jgn jadi dayus..

    teruja pulak nak tahu apa tindakan NE selepas ini ek terhadap mamat poyo stone tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Kak Ida..

      Aduh!! smlm nk lempang ramai2.. hari ni nk hempuk otak ES lak.. kesiannya kat hero sy tu.. huhu..

      Tak blh pakai dh tazkirah tu kak.. hati dia mmg dah terlbh stone.. dsbbkan NE dh ada perasaan pd ES la buatkan ssh NE nk lpskan ES.. klu x ada perasaan, NE x kan rs sakit mcm tu..

      Persoalan akak mungkinkah NE tu adalah Hidayah... dlm bab 23.. akak akn tahu.. siapa Hidayah.. tggl 2 bab saja nk tggu..

      Tinggal bersama Zura?? Hurm, lama jg rajuk NE tu smpe ES meroyan cari NE.. erk, meroyan ke?? yalah kut.. hehe..

      Nantikan bab seterusnya utk tahu tindakan NE terhdp ES.. and 'org tu' dlm hidup NE akn muncul dlm bab 20..

      (^___^)

      Padam
    2. alamak, terslh bab.. bab 21.. :)

      Padam
  8. xsabar nk tggu mggu dpn..lmbt lg nk tggu..2 or 3 hari lg..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. sabar ya.. kasi rehatkan minda tu dlm beberapa hr.. nti bertmbh sakit hati ngan ES tu.. hehe..

      Padam
  9. Hai ros:-)

    Cepat sambung ros.....
    Best3:-)
    Kesian ngan NE:-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Kak Ani Man..

      Rindu la kat akak.. Insya-Allah, minggu dpn sy smbg ya.. :)

      Padam
  10. eeee geramnya ES...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. jgn geram2.. lps ni ES jd baik.. erk, baik ke?? kena check blk ni.. hehe..

      Padam
  11. cuma nak ckp sikiiiiit ja...padan muka ES. NE, kasi kaw2 pnya. Jgn cpt mengalah!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. kesiannya ES.. dua hr kena marah.. :D

      Padam
  12. Eeee, sabar jelah dengan si ES tu. Boleh pulak tidur masatu. Kesian NE.. Tak patut ES berkasar dengan NE. Fikir NE tu patung ke? Aiii, takleh jadi ni. Nak pergi saman ES sekarang jugak. Hahahaha :D

    Permintaan; Akak, boleh tak lepas ni post 3 kali seminggu? Baru syokk! Confirm tak bosan punya. Tau-tau. Pleaseeee :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh!! ada yg nk lempang, nk cepuk, nak hempuk otak, nak saman pn ada jg.. akak follow aje.. hahaha...

      erk, 3 kali?? bkn ke 3 kali dh ni.. minggu dpn 2 kali akak n3.. ok x?? hehehe.. :D

      Padam
  13. apakh kmarahan ary akn bertmbah dan dptkah ary memaafkn leen bila dia tahu hidayah mati krn menyelamtkn leen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahaa... soalan akak tu lama lg blh dijwb.. klu x silap sy.. dlm bab 40 ke atas.. jauh lg perjln tu.. :)

      Padam
  14. memang sengal sungguh, dah la tak ingat pulak tu apa yang dia dah buat. mesti ary pun tak perasan perempuan yg dia tolong tu adalah leen. dan apakah kemalangan yg menimpa hidayah berlaku masa tu jugak? oh, oh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mgkn perasan.. mgkn jg tdk.. klu perasan pn.. benda dh lima tahun. mgkn dia dh lupa ttg tu..

      Padam
  15. Akak ! Akak memang dah tak update eh cerita suara cinta. Sweet sangat, Bila nak keluar ni. Kita tak sempat nak baca bab seterusnya. RUGINYAAA T.T

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, t akak update blk SC ni.. tp, lps dpt news ttg AJID.. sabar menanti.. :)

      Padam
  16. Salam. baru pertama kali singgah blog ni saya dah jatuh cinta.hee. Ermm,dah dibukukan ke cerita ni? Best la..banyak persoalan yang buat saya tak sabar nak tau cerita sebenar dan kesudahan perkahwinan diorang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. terima kasih ixora coz sudi singgah blog akak.. terima kasih jg coz sudi membaca SC.

      sbnrnya SC dh din3 sehingga bab 40.. tp, dh diprivatekan atas sbb2 tertentu.. akak akn n3 semula lps akak dpt news ttg karya ketiga akak iaitu AJID.

      bukukan? blm lg.. maybe lps AJID keluar br diusahakan SC ke arah itu.. InsyaAllah..

      Padam
  17. Dari AJID saya tersesat ke sini sebenarnya. cerita tu pun best. Pertama kali baca jugak sebenarnya.heh. Terus dah bookmark blog ni as one my fav blog list.. :)

    If SC dah disambung or dibukukan,bagitau ye. Lebih tertarik pada SC compare to AJID sebab saya belum baca AJID dari mula..so,tak berapa tau jalan cerita.haha. Tapi tak mustahil esok lusa saya dah habis baca semua entri dalam blog ni.hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks again Ixora..

      InsyaAllah, akn dsmbg semula SC.. tp, kena tggu AJID..

      alhamdulillah, klu karya2 akak dpt menarik minat ixora.. hope HM, GB n AJID dpt menarik minat ixora jg..




      Padam