Sabtu, 12 Mei 2012

Tempahan Hatimu Milikku







Sinopsis:

“Abang tahu, abang bersalah dengan Aisya. Tapi, tolonglah… kali ini abang benar-benar minta maaf dan abang nak rujuk semula dengan Aisya. Abang masih sayangkan Aisya.”
– Tengku Azizul Iskandar Tengku Azman.


“Jika Tengku nak membenci saya… bencilah. Saya reda dan ikhlas menerimanya. Tapi, tolong jangan benci anak ini, dia tidak bersalah.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.


“Kau tu aje yang tak nak bagi peluang pada diri kau sendiri, Aisya. Cuba kau buka pintu hati kau tu untuk insan yang bernama lelaki. Aku yakin jika kau membukanya, kau pasti akan berjumpa dengan pemilik kunci hati kau yang sebenarnya.” – Nadia.


“Ya, memang I berdendam dengan you, Azizul. You dah jatuhkan maruah I. You batalkan perkahwinan kita semata-mata kerana Aisya Lyana Sofea. Beberapa bulan I menanggung malu dan hampir gila disebabkan you, Azizul. Dan hari ini I puas sebab I dapat membalas dendam terhadap you sekeluarga!” – Sharifah Aleeya Syed Mukriz.


“Esok aku nak kau ikut aku ke pejabat peguam. Aku akan bagi apa yang kau nak. Dan selepas itu, aku takkan ambil peduli pasal kau lagi, nak mampus ke nak hidup ke… itu kau punya pasal. Aku takkan masuk campur dalam urusan kau. Begitu juga dengan kau. Takkan masuk campur dalam urusan aku. Jangan sesekali kau menuntut cerai dari aku dan kau jangan nak bermimpi yang aku akan ceraikan kau. Aku nak hidup kau terseksa, Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Ini pembalasan setiap apa yang telah kau lakukan selama ini dan ini juga syarat yang aku kenakan pada kau pompuan!” – Tengku Hariz Iskandar Tengku Azman.



Kehadiran Tengku Hariz Iskandar dalam hidup Aisya Lyana Sofea memberi seribu pengertian buat dirinya. Pintu hati yang telah lama tertutup, perlahan-lahan dibuka buat lelaki itu. Begitu juga dengan Tengku Hariz Iskandar turut sama merasai dengan apa yang dirasai oleh Aisya Lyana Sofea.


Dalam situasi yang tidak diduga, mereka berdua diijabkabulkan sebagai suami isteri di atas kehendak dan kerelaan hati masing-masing. Langit tidak selalunya cerah, mendung tidak selalunya hujan. Kasih yang diharap rupa-rupanya racun yang berbisa. Tengku Hariz Iskandar punya tujuan tersendiri. Aisya Lyana Sofea hidup dalam kepura-puraan. Dendam dan benci melebarkan jurang di antara mereka berdua di samping syarat yang menjeruk hati. Rahsia yang selama ini disimpan kemas terbongkar juga. Namun segala-galanya sudah terlambat buat Tengku Hariz Iskandar. Aisya Lyana Sofea menghilang membawa hatinya yang terluka. Membawa bersama derita yang tidak mudah untuk dilupakan seumur hidupnya.



Adakah Tengku Hariz Iskandar dapat menerima kenyataan bahawa dia akan kehilangan Aisya Lyana Sofea buat selama-lamanya? Adakah sinar kebahagiaan buat Aisya Lyana Sofea? Bagaimana pula dengan kehadiran Tengku Azizul Iskandar, Amirul, Iqbal dan Fahem Daniel? Adakah kehadiran mereka memberi cabaran buat Tengku Hariz Iskandar untuk menagih kasih semula daripada Aisya Lyana Sofea? Siapa pula Sharifah Aleeya, Fatin Nabilla dan Marlisa?


“Seratus kali kau benci padaku, seribu kali kusuka padamu. Seratus kali kau marah padaku, seribu kali kusabar dengan sikapmu. Seratus kali kau sayang padaku, seribu kali aku cinta kepadamu. Seratus kali kau setia padaku, seribu tahun akan kutunggu. Hatimu milikku dan hatiku milikmu.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.


Tempahan akan dibuka pd hari Isnin ini. Pada sesiapa yg berminat, boleh layari laman web Kaki Novel untuk tempahan.
Pada sesiapa yg nak order direct dr sy.. blhlah pm sy di FB sy Ros Ab atau di group sy Group HM.. harga dan postage akn sy bagitahu kemudian.. 50 terawal shj.. ^_^

Terima kasih semua. Tanpa anda semua, HM tak mungkin diterbitkan..

Jumaat, 11 Mei 2012

Hatimu Milikku



Hai semua.. buat yg menanti karya pertama saya.. taraaa... inilah dia cover HM.. anda semua boleh order pada Kaki Novel mulai hari Isnin ni.. Kaki Novel

Terima kasih kerana menyokong saya selama ini.. saya sayang anda semua.. 



Selasa, 8 Mei 2012

Aku Juga Ingin Dicintai - Special


Sedikit teaser bab 41



Nur Ain mengerling wajah tegang Hazrel buat seketika. Kecut perutnya melihat wajah tegang itu. Adakah disebabkan perkara tadi, Hazrel beriak begitu? Bukankah Hazrel merajuk dengannya sebentar tadi. Disebabkan itulah dia membawa haluan sendiri. Sekadar memberi ruang pada Hazrel mententeramkan hati dan perasaan. Sungguh Nur Ain tidak menyangka tindakannya tadi menimbulkan kemarahan Hazrel. Apa yang perlu dilakukan Nur Ain ketika ini? Perlukah Nur Ain memujuk Hazrel?
“Abang,” panggil Nur Ain perlahan.
“Hmm…” balas Hazrel.
“Abang marah ke?”
“Marah!”
Nur Ain menelan liur. Kelat dirasakan ketika ini.
“Siapa tadi?” tanya Hazrel sekadar ingin tahu.
“Siapa?” ulang Nur Ain berkerut. “Oh, yang tadi tu ke? Itu kawan baik Ain, satu kampung dengan Ain. Nama dia Haslinda,” beritahu Nur Ain jujur.
Hazrel mengangguk. Otaknya ligat memutarkan semula pertemuannya dengan Haslinda. Apa yang membuatkan Hazrel pelik, pandangan Haslinda terhadapnya tadi.
“Abang marah lagi ke? Bukan niat Ain nak risaukan abang,” ucap Nur Ain pula.
“Bukan niat ke tu?” balas Hazrel sinis.
“Ain… Ain… abang yang merajuk siapa suruh,” bidas Nur Ain laju.
“Oh nak salahkan abanglah ni,” kata Hazrel dan menoleh sekilas ke arah Nur Ain.
“Tak… tak… bukan maksud Ain macam tu.”
“Dah tahu abang merajuk, kenapa tak pujuk?”
Nur Ain menoleh. Berkerut dahinya melihat wajah tenang Hazrel. Seminit kemudian, dia mengangguk faham. Mengerti akan kata-kata Hazrel. Tanpa membuang masa, diangkat tubuhnya menghampiri Hazrel. Kucupan kasih dihadiahkan pada Hazrel.
“Merajuk lagi tak?” tanya Nur Ain dan tersenyum.
Hazrel menyimpan senyuman di dalam hati. Ternyata Nur Ain pandai memujuknya. Jika selama ini Nur Ain banyak merajuk dengannya, apa salahnya dia pula yang merajuk. Sekurang-kurangnya dapatlah dia bermanja dengan Nur Ain.
“Merajuk lagi tak?” ulang Nur Ain dan menatap wajah Hazrel.
“Lagi satu!” arah Hazrel.
Nur Ain menghela nafas lembut. Diangkat tubuhnya sekali lagi dan mengucup pipi Hazrel. Dia tersenyum melihat rona merah di pipi Hazrel.
“Merajuk lagi tak?” tanya Nur Ain buat kali yang ketiga.
Hazrel mengangguk. Matanya masih lagi lurus ke hadapan.
“Abang nak suruh Ain buat apa lagi? Kan Ain dah minta maaf dengan abang. Ain dah mengaku salah Ain,” ujar Nur Ain lemah.
“Kalau Ain cium abang lagi satu, baru abang tak merajuk dengan Ain. Abang maafkan Ain,” kata Hazrel dan tersenyum.
“Ha… kan Ain dah cium abang dua kali. Takkan…”
“Kalau macam tu, abang tak nak maafkan Ain,” pintas Hazrel bernada ugutan.
“Tak acilah abang ni, main ugut-ugut dengan Ain,” rungut Nur Ain.
Dalam keterpaksaan, diangkat juga tubuhnya dan menghampiri wajah Hazrel. Belum sempat bibirnya mendarat ke pipi Hazrel, bibir Hazrel sudah pun mendarat di bibirnya. Terkejut dirasakan ketika itu. Tidak menyangka dengan tindakan Hazrel. Begitu pantas Hazrel melakukannya. Mujurlah jalan yang dilalui mereka, kurang dengan kenderaan. Jika tidak mahu berlanggar mereka dengan kenderaan lain.
“Abang tipu!” geram Nur Ain dan menundukkan wajah.
Hazrel meledakkan ketawa. Geli hati mendengar kemarahan Nur Ain.
“Abang!” panggil Nur Ain sedikit menekan.
“Okey… okey… abang minta maaf. Jangan marah ya sayang,” pujuk Hazrel seraya menarik tangan Nur Ain. Digenggam erat tangan itu.
“Nak marah juga!”
“Marah? Nak  abang cium tak baru sayang tak marah,” sakat Hazrel dan tersengih.
“Tak… tak marah dah,” sambil menekup mulut. “Abang kata papa nak datang malam ni, jadi ke?” tanya Nur Ain.
Ada baiknya dia menukar topik perbualan. Tidak mahu terus-terusan membincangkan tentang itu lagi. Malu dirasakan waktu ini.
“Jadi, kenapa?”
“Ain nak masak sedap-sedap untuk papa. Abang ada beli tak barang yang Ain pesan tadi?” tanya Nur Ain.
“Barang? Barang apa?” tanya Hazrel pula.
“Barang untuk masaklah!”
“Oh, ada. Ingatkan barang apa tadi,” sahut Hazrel. Seminit kemudian, dahinya berkerut. “Sayang suruh abang beli apa tadi?” tanyanya. “Ya ALLAH, abang tertinggal barang-barang tu semua kat troli. Abang lupa nak masukkannya ke dalam bonet,” tambah Hazrel dan menepuk dahi.
Terjegil mata Nur Ain mendengarnya. Pecah ketawanya dengan tiba-tiba. Gelengan kecil diberikan pada Hazrel.
“Macam orang tua!” komen Nur Ain dan masih ketawa.
Hazrel turut sama tertawa. Geli hati dengan apa yang terjadi. Jauh di sudut hati, dia merasa gembira dan bahagia tatkala berada di sisi Nur Ain. Semoga hubungan mereka kekal ke akhir hayat nanti.

p/s : hope dpt lpskan rindu anda semua pd HH & NAZ...
bl nk n3?? harap semuanya bersabar...
sy akn post teaser setiap bab dlm group fb sy shj slps ini...
terima kasih krn membc kisah HH & NAZ..
chaiyokkk!!
(^___^)

Isnin, 7 Mei 2012

Extra Gurauan Berkasih


Sekadar melepaskan rindu pd Amirul & Liyana


“Kenapa ni?” tanya Amirul tatkala menyedari langkah Liyana semakin perlahan.
“Penat!” jawab Liyana pendek. Cuba menutup perkara yang sebenarnya.
“Hai, tak jauh mana pun kita berjalan, takkan dah penat kot. Ini mesti banyak sangat lemak kat badan tu, sebab itu cepat penat,” kutuk Amirul selamba. Kemudian dia tergelak melihat raut wajah mencuka Liyana.
“Mana adalah. Suka hati aje nak kutuk orang,” marah Liyana dan berpeluk tubuh.
Kau punya pasallah kasut. Tak pasal-pasal dia kutuk aku kata aku ada lemak. Eee.. geram betullah. Kalau ikutkan hati nak aje aku campak kau ke pantai tu, marah Liyana di dalam hati. Di perhatikan kasut sukannya itu. Kasut yang baru dibelinya kelmarin sebelum tiba di Pulau Redang itu. Jika bukan disebabkan niatnya untuk berjogging di pantai pagi ini, tidaklah dia terpaksa mengalami kesakitan di kaki gara-gara kasut sukannya itu.
“Yalah… sorry. Janganlah marah sayang. Abang gurau aje. Abang pujuk ya,” usik Amirul dan tertawa kecil. Tangannya mencuit hidung Liyana dan ditepis lembut oleh Liyana.
“Ee… meluat la dengarnya,” kutuk Liyana pula.
“Mulut aje kata meluat, dalam hati kata suka. Betul tak?” usik Amirul lagi sambil menjongketkan kening.
“Malaslah nak layan,” bentak Liyana dan melangkah jalan mendahului Amirul. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit di kaki.
“Merajuklah pulak cik adik abang ni. Nak coklat tak?” tanya Amirul sambil cuba menyaingi langkah Liyana.
“Tak nak!”
“Habis tu nak apa?”
“Tak nak apa-apa!”
“Amirul nak?”
“Nak!”
Terburai ketawa Amirul. Matanya memandang Liyana yang sedang menekup mulutnya sendiri. Jelas rona merah di kedua-dua belah pipi Liyana.
“Hurm… kalau nak Amirul, kenalah kahwin dulu, betul tak?” usik Amirul dan melangkah jalan meninggalkan Liyana yang sedang menahan malu.
Geram betul aku dengan dia nilah. Boleh pulak dia main-mainkan aku. Rasa nak sepak ajelah mamat hingus tu, geram Liyana di dalam hati.
“Aduh! Macam mana nak jalan ni. Mesti dah melecet kaki aku ni,” rungut Liyana sendirian. Dia melabuhkan duduk di atas pasir untuk melihat kakinya. Bulat matanya melihat keadaan kakinya yang sudah melecet sebaik sahaja dia menarik kasut sukannya itu.
“Kenapalah aku boleh terlupa nak pakai stoking? Nak cepat punya pasal, semuanya lupa,” keluh Liyana pula.
“Lia... kenapa ni?” tanya Amirul risau.
Sebaik sahaja dia menyambung langkahnya tadi, dia perasan akan ketiadaan Liyana di sisi. Lantas dia menoleh dan terlihat Liyana sudah pun terduduk di atas pasir pantai.
“Kaki Lia sakit,” jawab Liyana perlahan.
“Macam mana boleh sakit. Mari sini Rul tengok,” ujar Amirul seraya menarik kaki kanan Liyana. "Kenapa tak pakai stoking? Kan dah melecet,” komen Amirul pula.
“Lupa!” balas Liyana sepatah.
“Lupa?” ulang Amirul berserta kerutan di dahi. “Lia ingatkan Rul ke sampai terlupa nak pakai stoking,” usik Amirul dan tersengih.
“Jangan nak perasanlah! Siapa entah ingat kat dia?” bidas Liyana laju.
Amirul menarik nafas dan melepaskannya. Matanya menatap wajah kerutan Liyana. Mungkin Liyana sedang menahan kesakitan akibat kakinya yang melecet itu. Kasihan pula Amirul melihatnya.
“Boleh jalan tak ni?” tanya Amirul prihatin.
Liyana sekadar mengangguk. Tidak mampu untuk bersuara.
“Mari Rul pimpinkan. Tapi kalau sakit, Rul boleh dukungkan Lia. Itupun kalau Lia nak la,” pelawa Amirul dan tersengih. Dia membangunkan Liyana dari duduknya.
“Tak pe. Lia boleh jalan sendiri,” tolak Liyana lembut.
“Degil!” balas Amirul dan melangkah jalan mendahului Liyana.
Jual mahal. Orang nak tolong tak nak. Pandai-pandailah bawa diri, kutuk Amirul di dalam hati.

(^____^)