Rabu, 9 November 2011

Sinopsis - Hatimu Milikku


“Abang tahu, abang bersalah dengan Aisya. Tapi, tolonglah kali ini abang benar-benar minta maaf dan abang nak rujuk semula dengan Aisya. Abang masih sayangkan Aisya,” – Tengku Azizul Iskandar Tengku Azman


“Jika Tengku nak membenci saya… bencilah. Saya redha dan ikhlas menerimanya. Tapi, tolong jangan benci anak ini, dia tidak bersalah,” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin


“Kau tu aje yang tak nak bagi peluang pada diri kau sendiri Aisya. Cuba kau buka pintu hati kau tu untuk insan yang bernama lelaki. Aku yakin jika kau membukanya, kau pasti akan berjumpa dengan pemilik kunci hati kau yang sebenarnya,” – Nadia


“Ya, memang I berdendam dengan you Azizul. You dah jatuhkan maruah I. You batalkan perkahwinan kita semata-mata kerana perempuan yang bernama Aisya Lyana Sofea. Berbulan-bulan I menanggung malu dan hampir gila disebabkan you, Azizul. Dan hari ini I puas sebab I dapat membalas dendam terhadap you sekeluarga,” – Sharifah Aleeya Syed Mukriz


“Esok aku nak kau ikut aku ke pejabat peguam. Aku akan bagi apa yang kau nak. Dan selepas itu, aku takkan ambil peduli pasal kau lagi, nak mampus ke nak hidup ke, itu kau punya pasal. Aku takkan masuk campur dalam urusan kau begitu juga kau takkan masuk campur dalam urusan aku. Jangan sesekali kau menuntut cerai dari aku dan kau jangan nak bermimpi yang aku akan ceraikan kau. Aku nak hidup kau terseksa Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Ini pembalasan setiap apa yang telah kau lakukan selama ini dan ini juga syarat yang aku kenakan pada kau pompuan!”  – Tengku Hariz Iskandar Tengku Azman


Kehadiran Tengku Hariz Iskandar dalam hidup Aisya Lyana Sofea memberi seribu pengertian buat dirinya. Pintu hati yang telah lama tertutup, perlahan-lahan dibuka buat lelaki itu. Begitu juga dengan Tengku Hariz Iskandar turut sama merasai dengan apa yang dirasai oleh Aisya Lyana Sofea. Dalam situasi yang tidak diduga, mereka berdua diijab kabulkan sebagai suami isteri di atas kehendak dan kerelaan hati masing-masing. Langit tidak selalunya cerah, mendung tidak selalunya hujan, kasih yang diharap rupa-rupanya racun yang berbisa. Tengku Hariz Iskandar punya tujuan sendiri. Aisya Lyana Sofea hidup dalam kepura-puraan. Dendam dan kebencian menjurangkan mereka berdua di samping syarat yang menjeruk hati. Rahsia yang selama ini disimpan kemas terbongkar juga. Namun segala-galanya sudah terlambat buat Tengku Hariz Iskandar. Aisya Lyana Sofea menghilang membawa hatinya yang terluka. Membawa bersama derita yang tidak mudah untuk dilupakan seumur hidupnya. Adakah Tengku Hariz Iskandar dapat menerima kenyataan bahawa dia akan kehilangan Aisya Lyana Sofea buat selama-lamanya? Adakah sinar kebahagiaan buat perempuan bernama Aisya Lyana Sofea? Bagaimana pula dengan kehadiran Tengku Azizul Iskandar, Iqbal dan Fahem Daniel? Adakah kehadiran mereka memberi cabaran  buat Tengku Hariz Iskandar untuk menagih kasih semula dari Aisya Lyana Sofea? Siapa pula Sharifah Aleeya? Takdir cinta memisahkan mereka, takdir cinta juga menyatukan mereka.


Seratus kali kau benci padaku, seribu kali ku suka kepadamu, seratus kali kau marah padaku, seribu kali ku sabar sikapmu. Seratus kali kau sayang padaku, seribu kali aku cinta kepadamu, seratus kali kau setia padaku, seribu tahun kan ku tunggu. Hatimu milikku dan hatiku milikmu. – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin

16 ulasan:

  1. aku bayangkan ayu jadi aisya dan awal tengku hariz terus takade mood nak baca.tp aku buat imaginasiku sendiri.aisya adalah fazura.tengku hariz adalah aqasha.tengku azizul jehan miskin dan amirul fezrul khan.sh aleeya adalah jue aziz.tg hanis suraya adalah intan ladyana.nadia adalah nora danish.apaun fazura tetap aisya dihatiku.tak tengok gemersik kalbu sebab tak suka ayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaflah kalau watak2 tu x sesuai.. just imaginasi sy sje.. apa2 pn thanks coz still membaca HM.. :)

      Padam
    2. Cik Tanpa Nama: bg kami peminat2 awal HM, mmg pelakon2 yg dah dipilih tu sesuai sgt2 dgn watak2 dlm HM.. tpi tak de la, sampai memaksa pembace2 lain pun ikut same kami membayangkan pelakon2 tu.. semuanye terpulang pada kehendak masing, still boleh byg kan sape2 pun.. hehehe

      Padam
    3. hehe.. btl tu Nadieyya.. msg2 punya hak utk imaginasi watak2 dlm HM.. ;)

      Padam
    4. good imagination... hehehe

      Padam
    5. yup!! good imagination.. (^__^)

      Padam
    6. Aaa...akak,hero die hariz ke azizul??

      Padam
    7. Hai Suhaiyla.. terima kasih coz sudi singgah.. hero HM adalah Tengku Hariz Iskandar

      Padam
  2. salam akak.. apsal tengku azizul iskandar yg mntak pluang dkt aisya?? bkn tengku hariz iskandar ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm adik nurul najwa..
      peluang y adik maksudkan 2, rujuk or others??
      Tg Azizul bekas suami Aisya n lps 2 Aisya berkahwin dgn Tg Hariz..

      Padam
  3. aku setuju dengan tanpa nama kat atas.kalau ayu raudhah yang pegang watak aisya memang susah nak masuk..tapi aku bayang yang si aisya ni yana samsudin.love her so much..aku dah beli dari kaki novel.novel pun dah sampai..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. blh klu nk bygkan sesiapa utk watak aisya..
      terima kasih kerana sudi membeli HM..
      selamat membaca kisah Tg Hariz & Aisya... ^_^

      Padam
    2. dah abis bace..:)
      lame dah abis tapi baru ai ni sempat nak komen..hehehe...cerita boleh tahan tapi terlalu banyak konflik..sampai naik bosan dengan perangai macam budak2 si hariz ngan si aisya tu.rase cam nak masuk dlm novel tu je nak bagi tahu kisah sebenar kat diorang..hahahhah..kalau siti rosmizah sebagai idola memang bagus..suke ngan karya die..:)

      Padam
    3. Tanpa Nama..

      terima kasih utk komennya.. sgt2 hargainya.. InsyaAllah, segala kekurangan akan sy perbaiki... hope msh percaya dgn karya2 sy.. terima kasih sekali lg.. ^__^

      Padam
  4. Hi sis eliza, saya nk tnya ada lagi tak novel hatiku milikmu... saya nk sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Jannatul,

      Novel tu dah lama. Kena google baru boleh jumpa. Yg preloved maybe banyak dijual.

      Padam