DALIA menguis-nguis kaki di lantai.
Berdebar-debar ketika ini. Sudah terbayang hukuman yang bakal ditanggung atas
sikapnya sebentar tadi. Jika dia tahu siapa Ziqri yang sebenarnya, pasti dia
tidak akan bertindak kurang ajar seperti tadi.
Dalia
mengeluh berat. Jam di pergelangan tangan terus dipandang. Masa sudah melepasi
waktu bekerja. Hampir setengah jam dia menanti Ziqri di dalam bilik itu. Namun,
batang hidung bosnya itu tidak juga muncul-muncul.
“Hish!
Mana pula mamat ni?” rengus Dalia. Dia berkira-kira untuk beredar dari situ.
“Kalau
5 minit lagi dia tak sampai, aku blah
terus,” putus Dahlia. Dia bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh.
“Done!
Aku blah!” Dalia memulas tombol
pintu. Bersedia untuk keluar.
“Nak
ke mana?” tegur Ziqri sebaik sahaja pintu bilik dibuka.
Terkejut
Dalia dengan teguran itu. Serta-merta dia menjauhi pintu bilik dan memberi
ruang kepada Ziqri untuk masuk ke dalam bilik.
“Nak
balik?” tebak Ziqri. Dia melangkah menuju ke meja kerja lalu melabuhkan duduk
di atas kerusi.
“Kau
tahu tak dah pukul berapa sekarang?” tanya Dalia sambil melangkah menghampiri
Ziqri di meja kerja.
“Kau?”
ulang Ziqri dalam nada sinis. Dia menyandarkan tubuh ke kerusi lalu memandang
ke wajah Dalia di hadapan.
“Ya!
Kau! Kenapa? Ada masalah dengan panggilan aku tu ke?” Dalia berkata selamba.
“Aku
bos kau. Kau patut panggil aku…”
“Kau
pandai tengok jam tak? Sekarang waktu bekerja dah tamat. So, kau bukan bos aku dan aku bukan pekerja kau.” Dalia memintas.
Dia perlu beredar dari situ seberapa segera.
Ziqri
tersenyum sinis.
“Kau
nak apa daripada aku? Kalau tak ada, aku nak balik,” sambung Dalia lagi. Dia
mengintai jam di dinding. Hampir 1 jam dia terlewat ke tempat kerja.
“Kau
memang kurang ajar,” kata Ziqri, selamba.
Dalia
yang mendengar ketawa. Dia beredar dari situ. Malas untuk melayan Ziqri.
Ziqri
tidak menghalang. Dia menggenggam erat tangan menahan kemarahan dalam hati.
Gadis itu bukan calang-calang orang. Gadis itu seorang yang kurang ajar dan
degil.
“Haa…
lupa aku nak beritahu pada kau,” ujar Dalia dari arah muka pintu bilik.
Ziqri
yang mendengar terkejut. Dia menghalakan mata ke arah pintu bilik. Terjengul
muka Dalia di situ.
“Kau
jangan balik lewat sangat. Nanti ada yang teman kau kat sini,” beritahu Dalia
dalam nada serius.
“Apa
maksud kau?”
“Kat
bangunan pejabat ni, pernah ada kes perempuan bunuh diri. Kalau kau…”
“Kau
jangan nak merepek. Kau ingat aku takut?”
“Terpulang!
Aku sekadar memberitahu sahaja.” Dalia menjungkitkan bahu. Dia beredar dari
situ.
Ziqri
hanya memandang. Kata-kata Dalia terngiang-ngiang di pendengaran.
“Encik
Ziqri!” tegur Dalia dengan tiba-tiba.
“Oi
mak kau jatuh tergolek!” latah Ziqri sambil meloncat bangun dari duduk.
Terkejut dengan teguran itu.
Dalia
yang melihat melepaskan ketawa besar. Geli hati dengan tingkah laku Ziqri
sebentar tadi.
“Kau!”
Ziqri mengurut dada yang sedang berdetak laju.
Dalia
masih lagi ketawa. Dia segera beredar dari situ.
Ziqri
merengus kasar. Kurang ajar!
“ENCIK RAFIQ tak balik lagi?” tegur Azie, ramah
dari arah muka pintu bilik.
“Ada
kerja sikit. Kalau awak nak balik, awak boleh balik,” sahut Rafiq seraya
mengangkat wajah. Dia memandang Azie yang sedang berdiri di muka pintu bilik.
“Hmm…
kalau macam tu, saya minta diri dulu, Encik Rafiq. Jangan balik lewat tau,”
kata Azie sekadar pesanan. Dia beredar dari situ.
Rafiq
sekadar tersenyum. Dia melepaskan nafas berat lalu bersandar ke kerusi. Kerja
yang menimbun di hadapan ditolak ke tepi.
“Sampai
bila aku nak hadap semua ni?” keluh Rafiq sendirian. Dia meraup wajah.
Rafiq
memejamkan mata buat seketika. Pertemuan dengan gadis bernama Dalia meniti
dalam minda. Peristiwa malam tadi turut sama bermain-main di ingatan. Entah
kenapa dia mengekori Dalia sehingga ke rumah. Ada persoalan tentang Dalia yang
memerlukan jawapan.
“Shafiq
dan Dalia adik-beradik,” sebut Rafiq selepas itu. Dia menggeleng kecil. Firasat
hatinya menyimpang sama sekali.
Difikirnya
Shafiq dan Dalia sepasang kekasih atau suami isteri melihatkan kemesraan serta
hubungan mereka berdua. Tidak menyangka bahawa mereka berdua adalah
adik-beradik.
“Ada
yang istimewa pada mereka berdua,” suara Rafiq lagi. Berminat untuk mengenali
Shafiq dan Dalia datang dengan tiba-tiba.
Deringan
telefon mematikan lamunan pendek Rafiq. Dia mencapai telefon bimbit lalu
menatap nama di skrin. Keluhan berat dilepaskan.
“Haa…
ada apa?” tanya Rafiq sebaik sahaja talian bersambung.
“Encik
ni kenalan Encik Ziqri ke?” soal Dalia dari hujung talian.
Rafiq
berkerut dahi. Suara perempuan menyapa gegendang telinga. Lantas, dia membawa
telefon bimbit ke hadapan. Melihat semula nama yang tertera di skrin telefon.
Ziqri! Tetapi, kenapa suara perempuan? Rafiq bersoal sendirian.
“Encik?”
tegur Dalia pula.
“Saya
abang Ziqri. Cik ni siapa? Macam mana phone
Ziqri…”
“Encik
tahu di mana dia bekerja, kan?” Dalia memintas. Dia tidak ada masa untuk bersoal
jawab dengan lelaki itu.
“Tahu.
Tapi, kenapa?” Rafiq masih berkerut dahi. Hatinya tertanya-tanya gerangan
perempuan di hujung talian.
“Encik
Ziqri pengsan. Encik…” beritahu Dalia berserta nafas lega.
“Pengsan?”
Rafiq pantas bangun dari duduk. Terkejut mendengarnya.
“HAISH! Nasib baik aku tak ada sakit jantung.
Kalau ada, mahu mati katak aku dibuatnya mamat tu tadi,” rengus Dalia lalu
mematikan talian. Dia memandang Ziqri yang berbaring di atas lantai.
“Kau
ni pun satu. Time ni juga la kau nak
pengsan. Cuba la cari time lain. Kau
tahu tak aku dah rugi RM50.00 disebabkan kau?” sambung Dalia lagi. Dia duduk
mencangkung di hadapan Ziqri. Dipandang wajah Ziqri buat seketika.
“Hish!
Kau ni, Dalia. Yang kau pandang dia lama-lama buat apa? Bukan handsome pun,” kata Dalia berserta
kutukan buat Ziqri. Dia mengerling jam di dinding. Masa sudah menghampiri ke
pukul 7.00 malam.
“Mana
pulak mamat ni? Takkan lama sangat
nak ke sini?” bebel Dalia pula. Dia sudah pun duduk bersila di atas lantai.
Rasa menyesal menyelinap masuk ke dalam hati ketika ini.
“KAU!
Tunggu!” panggil Ziqri dari arah belakang.
Dalia
tidak menghiraukan panggilan Ziqri. Dia melangkah keluar dari ruangan pejabat.
Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas. Dia sudah terlewat untuk ke tempat
kerja.
“Nanti
dulu!” sergah Ziqri seraya merentap lengan Dalia.
Terhenti
langkah Dalia akibat rentapan itu. Hampir dia terjatuh namun sempat ditarik
oleh Ziqri.
“Kau
nak apa?” tanya Dalia bernada geram.
“Aku
nak apa?” ulang Ziqri pula.
“Habis?
Yang kau tahan aku ni, kenapa?”
“Kau
kena bertanggungjawab pada aku.”
“Bertanggungjawab?”
“Ya.
Bertanggungjawab.”
Dalia
yang mendengar berkerut dahi.
“Kau
jangan nak lepas tangan pulak.”
“Aku
buntingkan kau ke sampai kau minta aku bertanggungjawab,” kata Dalia dalam nada
serius. Ziqri di hadapan dipandang dari atas ke bawah.
“Apa
yang kau merepek ni?” marah Ziqri sedikit meninggi.
“Dah
tu, kau suruh aku bertanggungjawab. Aku fikirlah macam tu.”
“Yang
kau buat cerita bukan-bukan, apasal?”
“Cerita
apa pulak?”
“Pasal…
pasal…” Ziqri teragak-agak.
“Pasal
apa?” Dalia sudah tidak sabar. Rasa nak sepak pemuda itu pun ada juga.
“Perempuan
bunuh diri tu.” Ziqri pantas menjawab.
Dalia
yang mendengar lantas ketawa.
“Kau…”
Ziqri menggenggam erat tangan. Sakit hatinya mendengar suara ketawa Dalia.
“Kau
takut?” Dalia mematikan ketawa.
“Aku?
Takut? Tengok kaki la,” balas Ziqri dengan bangga.
“So? Apa masalah kau tahan aku daripada
pergi?” Dalia berpeluk tubuh. Dia menanti jawapan daripada Ziqri.
“Aku…
aku…”
“Kau
takut, kan?”
“Mana
aaa…”
Belum
sempat Ziqri membalas, telinganya menangkap suara perempuan menangis. Pantas,
dia menghampiri Dalia yang sedang berdiri di hadapan. Jantungnya mengepam laju.
“Kau
ni dah, kenapa?” Dalia ketawa melihat tingkah laku Ziqri.
“Kau
dengar tak?” tanya Ziqri dalam nada bergetar.
“Dengar?
Dengar apa?” Dalia berkerut dahi.
“Suara…
suara…” Ziqri melilaukan mata melihat sekeliling.
“Suara
apa? Dahlah! Malas aku nak layan kau. Aku dah lambat ni,” kata Dalia lalu
beredar dari situ.
“Dalia!”
tegur seseorang dengan tiba-tiba dari arah belakang.
Ziqri
yang mendengar terkejut. Serta-merta dia pengsan di situ.
“ZIQ! ZIQRI!” panggil Rafiq seraya meluru
masuk ke dalam bilik pejabat.
Dalia
yang sedang leka termenung terkejut. Pantas, dia menoleh ke arah yang memanggil.
“Ziqri!
Ziqri!” Rafiq memukul lembut pipi Ziqri. Berharap Ziqri sedar dari pengsan.
“Encik
Rafiq?” tegur Dalia sebaik sahaja mengecam wajah pemuda itu.
Rafiq
menoleh ke arah yang menegur. Terkejut dia melihat Dalia di situ.
“Encik
Rafiq kenal dengan Encik Ziqri?” soal Dalia ingin tahu.
“Ziqri
adik saya,” balas Rafiq. Dia mengangkat Ziqri lalu dibawa ke sofa. Disandarkan
tubuh Ziqri ke sofa.
“Oh!”
Dalia mengangguk perlahan.
“Macam
mana Ziqri boleh pengsan?” Rafiq bertanya. Ingin tahu.
“Dia
takut hantu,” jawab Dalia, selamba.
“Hantu?”
ulang Rafiq berserta kerutan di dahi.
“Saya
minta diri dulu. Dah lambat.” Dalia segera beredar dari situ. Dia perlu ke
tempat kerja. Berdoa agar Puan Anum tidak memarahinya atas kelewatan itu.
“Cik
Dalia… Dalia…” panggil Rafiq. Namun, panggilannya tidak bersambut. Kelibat
Dahlia hilang di sebalik pintu.
“KAU
okey?” tanya Rafiq sambil memandang Ziqri yang sedang menelan ubat. Perasaan
risau masih menghuni dalam hati.
“Okey!
Kenapa?” balas Ziqri sehabis sahaja meminum air. Dia menyandarkan tubuh ke
kepala katil. Wajah Rafiq di hadapan dipandang sekilas.
“Kau
pengsan di pejabat. So, aku…”
“Kau
tak perlu risau. Aku belum nak mati lagi,” pintas Ziqri, sinis.
Rafiq
yang mendengar sedikit tergamam.
“Aku
tak perlukan simpati kau,” sambung Ziqri.
“Kalau
kau tak sihat lagi, kau tak perlulah kerja. Kau berehat saja di rumah,” kata
Rafiq sekadar nasihat.
Ziqri
yang mendengar tersenyum sinis.
“Aku
beritahu…”
“Kenapa?
Kau takut aku rampas jawatan kau kat syarikat arwah papa tu, kan?” Ziqri
memandang tajam ke wajah Rafiq.
“Apa
yang kau merepekkan ni?”
“Aku
tak merepek. Kau memang takut aku ambil alih syarikat tu, kan?”
“Aku
tak pernah takut, Ziq. Kalau kau betul-betul nakkan syarikat tu, kau buktikan
yang kau layak untuk uruskannya.” Rafiq beredar dari situ. Dia menyentuh lembut
dadanya yang berasa sakit dengan tiba-tiba.
“Aku
akan buktikannya, Rafiq,” kata Ziqri sedikit meninggi.
Rafiq
yang mendengar menghentikan langkah. Dia melepaskan nafas berat buat seketika.
Ada baiknya dia tidak meneruskan perbualan. Khuatir hatinya tidak kuat untuk
mendengar kata-kata berbisa daripada Ziqri.
“Aku
tunggu,” bisik Rafiq lalu beredar dari bilik itu.
Ziqri
hanya memandang. Dia menggenggam erat tangan.
“Aku
tak akan kalah, Rafiq. Aku akan buktikannya,” azam Ziqri seraya mengeratkan
lagi genggaman di tangan. Dia pasti akan membuktikan yang dia layak untuk
menguruskan syarikat peninggalan arwah papa mereka.
“Dalia!”
Terpancul nama itu daripada bibirnya. Serta-merta peristiwa siang tadi meniti
dalam minda. Dia cuba untuk mengingatinya.
“Tak
guna!” kata Ziqri dalam nada geram sebaik sahaja mengingatinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan