Selasa, 6 Disember 2011

Hatimu Milikku - Bab 10


BAB 10

“Come on Aisya, kita pergi sekejap aje… pastu kita balik la,” ajak Nadia separuh merayu. Berharap agar Aisya mengikutinya menonton wayang pada petang itu.
“Nadia, kau pergi sajalah dengan Adham, aku nak siapkan assignment aku yang berlambak ni,” tolak Aisya lembut. Tidak mahu Nadia memaksanya untuk pergi menonton wayang bersama. Dia perlu menyiapkan beberapa assignment memandangkan tarikh akhirnya cuma tinggal seminggu saja lagi.
Nadia menghampiri Aisya yang masih lagi ralit menaip sesuatu di depan laptop. Pantas dia mencapai mouse dan menekan butang save dan menyimpan maklumat yang sedang ditaip oleh Aisya ke dalam satu fail. Seminit kemudian laptop Aisya sudah pun di shut down kan oleh Nadia.
“Apa ni Nadia. Aku belum siap lagilah assign….” Belum sempat Aisya menghabiskan kata-katanya, Nadia sudah pun menarik tangannya supaya beredar dari bilik itu. Aisya terpaksa akur mengikutinya walaupun ketika itu hatinya marah dan geram dengan tindakan Nadia.
“Aku janji takkan lama Aisya. Percayalah pada aku okey!” janji Nadia sambil tangannya melambai-lambai ke arah Adham Ikmal yang setia menunggu di luar pagar kolej.
“Kau ni memang menyusahkan akulah Nadia. Sekejap aje tau. Tapi kalau kau lambat, aku balik sendiri okey!” ugut Aisya sambil menunjukkan jari kelingkingnya kepada Nadia sebagai tanda janji di antara mereka berdua.
“Ya, ya aku janji. Kecoh betul la kau ni Aisya!” getus Nadia sambil membalas jari kelingking Aisya dan kemudian itu dia berlari anak menuju ke arah Adham Ikmal.
“Sorry lambat. Dah lama tunggu?” soal Nadia setibanya mereka berdua di hadapan Adham Ikmal. Adham Ikmal hanya tersenyum dan menggeleng. “So, kita nak pergi tengok kat mana?” sambung Nadia sambil tangannya memaut lengan Adham Ikmal. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Aisya bosan memerhatikan tingkah laku gedik kawan baiknya itu. Bagi Aisya, Nadia akan bersikap gedik seperti itu apabila berhadapan dengan lelaki yang disukainya dalam diam. Walaupun Nadia tidak pernah meluahkan perasaannya terhadap Adham Ikmal, tetapi tingkah laku Nadia sudah menjelaskan segala-galanya betapa Nadia amat menyukai dan menyintai Adham Ikmal. Begitu juga dengan Adham Ikmal. Dalam diam Adham Ikmal juga menyimpan perasaan yang sama terhadap Nadia.


Kereta meluncur laju menuju ke Mid Valley Megamall yang terletak di pinggir Kuala Lumpur. Aisya lebih selesa memdiamkan diri daripada berbual-bual dengan Adham Ikmal dan Nadia. Fikirannya jauh melayang. Teringatkan assignment yang masih belum lagi disiapkan. Entah mengapa dia boleh berlembut dengan Nadia. Mengikuti segala kemahuan Nadia. Tidak pernah membantah kemahuan Nadia. Bagi Aisya, Nadia adalah segala-galanya. Semenjak berkawan dengan Nadia, hanya pada Nadia sahajalah tempatnya meluahkan perasaan. Susah dan senang mereka sentiasa bersama.
Adham Ikmal memarkirkan kereta di petak yang baru dikosongkan. Setelah mengunci kereta, mereka segera melangkah jalan menuju ke tingkat atas untuk membeli tiket. Aisya hanya mengekori dari belakang. Sungguh dia tidak suka akan keadaan itu. Tidak suka berada di antara pasangan yang sedang bercinta. Rimas dan bosan apabila berada dalam keadaan begitu.
Setelah membeli tiket, mereka menuju ke sebuah restoran yang terletak di tingkat atas sekadar untuk mengalas perut sebelum menonton. Sedang mereka sibuk melayan makanan masing-masing, mereka dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang Aisya sendiri tidak menduganya. Tengku Azizul! Ya Tengku Azizul. Apa dia buat kat sini? Soal Aisya sendirian namun dia pandai mengawal riak wajahnya yang agak terkejut dengan kehadiran Tengku Azizul.
“Sorry Adham, aku lambat. Jalan jam la,” suara Tengku Azizul seraya melabuhkan duduk bersebelahan Aisya.
Kehadiran Tengku Azizul yang tidak diduga membuatkan Aisya rasa ingin beredar segera dari situ. Tetapi memandangkan kesungguhan Nadia mengajaknya menonton bersama, digagahkan juga dirinya untuk terus berada di situ.
“It’s okey Azizul. Wayang kita pukul 4 petang,” balas Adham Ikmal sambil tersenyum kepada Nadia.
Nadia mengerutkan dahi sambil memandang tepat ke muka Adham Ikmal, inginkan penjelasan. Adham Ikmal yang tidak selesa dengan pandangan Nadia lantas bersuara.
“Sorry, lupa nak inform you all berdua tadi yang Azizul nak join sekali tengok wayang.”
Nadia menoleh sekilas ke arah Aisya yang masih lagi tunduk meneguk air dari dalam gelas. Nadia perasaan akan perubahan wajah Aisya. Hatinya tidak tenteram melihat kemuraman Aisya. Dia benar-benar dipagut rasa bersalah.
“Awak apa khabar Aisya?” soal Tengku Azizul sedari tadi memerhatikan Aisya yang kurang selesa akan kehadirannya di situ.
Aisya mengangkat muka dan hanya mengangguk. Dia kurang selesa akan kehadiran Tengku Azizul, lelaki yang sudah memalukan dia di khalayak ramai disebabkan dia dituduh kerana memberi surat cinta kepada Tengku Azizul. Bagi Aisya, kesemua perempuan yang tergila-gilakan akan Tengku Azizul adalah perempuan yang paling bodoh pernah dia jumpa. Eh! Termasuk aku sekali la bodoh sebab dalam diam aku pun tergila-gilakan dia. Siapa tak nak kalau dapat boyfriend handsome macam Tengku Azizul ni, monolog Aisya sendirian.
“Awak macam tak suka aje saya datang,” ujar Tengku Azizul apabila menyedari akan perubahan di wajah Aisya yang berubah menjadi mendung dengan tiba-tiba.
“Eh, tak adalah. Bukan saya yang tak suka, ntah-ntah awak tu yang tak suka nak berjalan ngan kitorang. Yalah awak kan terkenal kat kampus, menangis awek-awek awak nanti bila mereka tahu atau nampak yang awak berjalan dengan kitorang,” sanggah Aisya seperti menyindir.
Tengku Azizul tersentak dengan kata-kata Aisya. Ada sedikit perubahan pada wajahnya yang disedari oleh Adham Ikmal. Wajah Tengku Azizul berubah tegang sebaik mendengar kata-kata Aisya.
“Eh, dah lah. Jom kita masuk!” ajak Adham Ikmal mematikan tenungan Tengku Azizul terhadap Aisya sedari tadi. Bingkas dia bangun dari duduknya.
“A’ahlah dah nak pukul 4 ni, jom kita masuk!” sokong Nadia sambil menarik lengan Aisya agar bangun dan beredar dari situ. Nadia juga perasan akan perubahan wajah Tengku Azizul di kala itu.
Mereka menyusuri deretan kedai-kedai sebelum ke panggung wayang. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Nadia masih memaut lengan Aisya. Tengku Azizul masih berwajah tegang dan disedari oleh Adham Ikmal dan Nadia. Aisya hanya selamba.
“Aisya, yang kau pergi hentam dia apasal. Kang bergaduh pulak. Korang berdua ni kan tak boleh bersama, ada aje yang nak digaduhkan. Kalau korang bergaduh, habislah plan aku nak tengok wayang ngan Adham. Dah lama aku impikannya tau. Kau jangan buat-buat tak faham ya Aisya,” tegas Nadia sambil matanya melirik ke arah Aisya. Sedari tadi dia memerhatikan Aisya yang menjeling tajam ke arah Tengku Azizul. Aisya masih tidak berpuas hati dengan kehadiran Tengku Azizul.
“Habis tu buat apa bawa aku sekali kalau kau teringin sangat nak dating ngan dia. Tak pasal-pasal aku nak kena mengadap muka mamat perasan bagus tu,” bentak Aisya dan melangkah laju menuju ke ladies room. Nadia setia mengekori langkah Aisya.
“Okey… okey… aku minta maaf. Memang aku yang bersalah dalam hal ni. Tapi, bab Tengku Azizul… aku tak ada kena-mengena. Aku sendiri tak tahu kenapa Adham ajak dia sekali sama,” bela Nadia sambil menguak rambutnya ke belakang.
Aisya menjeling geram ke arah Nadia. Hatinya benar-benar sakit dengan kenyataan dari kawan baiknya itu. Terasa dirinya menjadi halangan untuk Nadia dan Adham berdating gara-gara sikapnya yang tidak menyenangi akan kehadiran Tengku Azizul.
“Dahlah Aisya, diorang dah tunggu kat luar tu, jom!” ajak Nadia sambil menarik tangan Aisya keluar dari ladies room. Aisya terpaksa akur dalam masa hatinya memberontak hebat.
“Kalau kau bukan kawan baik aku Nadia, dah lama aku blah!” Marah Aisya namun masih mengekori Nadia dari belakang.
Nadia hanya tersenyum melihat gelagat Aisya yang difikirkan seperti keanak-anakkan.


Selesai menonton, Aisya pantas menarik tangan Nadia untuk berbicara. Dia menolak cadangan Adham Ikmal untuk turut serta berjalan-jalan di shopping complex Mid Valley itu. Dia berharap agar Nadia turut sama mengikutnya balik ke kolej kerana memikirkan assignment yang belum disiapkan lagi. Tetapi dia hampa kerana Nadia berkeras untuk mengikuti Adham Ikmal untuk berjalan-jalan. Aisya memohon untuk balik ke kolej sahaja. Belum sempat kakinya melangkah pergi, Tengku Azizul tiba-tiba bersuara.
“Saya hantarkan awak balik Aisya.”
Aisya menoleh ke arah Tengku Azizul dengan seribu pertanyaan di kepala. Matanya terkebil-kebil mendengar pelawaan Tengku Azizul yang ingin menghantarnya balik ke kolej.
“Eh, tak mengapalah. Buat apa susah-susahkan diri untuk hantar saya. Nanti cemburu pulak awek-awek awak tu bila nampak awak turunkan saya di depan kolej nanti,” tolak Aisya dengan nada yang tegas. Dia lebih rela balik sendiri daripada menumpang lelaki itu.
Tengku Azizul mengangkat kening dan memandang tajam ke arah Aisya. Terasa pelawaannya sebentar tadi diperlekeh-lekehkan oleh Aisya. Terasa dirinya dimalukan di hadapan Adham Ikmal dan Nadia. Belum pernah ada perempuan yang berani menolak pelawaannya memandangkan dia digilai perempuan di kampus.
“Aisya, apa salahnya kalau Azizul tolong hantarkan awak balik. Lagipun awak tentu nak siapkan assignment awak cepatkan? Kalau awak tunggu public transport, entah pukul berapa awak akan sampai ke kolej nanti,” cadang Adham Ikmal apabila menyedari akan tenungan Tengku Azizul terhadap Aisya. Tenungan yang sukar untuk ditafsirkan.
Aisya menjeling ke arah Tengku Azizul. Jelas riak kepuasan di wajah itu. Kepuasan kerana dia dipersalahkan gara-gara menolak ajakan lelaki itu tadi. Senyuman sinis terbias di bibir Tengku Azizul. Rasa meluat melihat senyuman itu. Kemudian, dia menoleh ke arah Nadia untuk mendapatkan pembelaan.
“Yalah Aisya, betul tu. Tadikan kau kata nak siapkan assignment. Apa salahnya kalau Tengku Azizul tolong hantarkan kau ke kolej, cepat sikit sampainya,” sokong Nadia sambil menoleh ke arah Adham Ikmal. Adham Ikmal tersenyum mendengar kata-kata sokongan dari perempuan yang sudah lama bertahta di dalam hatinya.
Berdesing telinga Aisya mendengarnya. Hatinya bagaikan disiat-siat pisau belati selepas mendengar kata-kata Nadia. Benarlah cinta itu memang buta. Setiap apa yang diperkatakan oleh Adham Ikmal, jarang sekali Nadia membantah mahupun menolak, tetapi disokong membuta tuli oleh Nadia tanpa melihat impak kesannya ke atas dirinya mahupun orang lain. Rasa simpati yang dipamerkan kepada Nadia sebentar tadi tidak memberi kesan apa-apa malah dirinya dijadikan bahan sindiran.
Mahu tidak mahu, Aisya melangkah mengekori Tengku Azizul ke parking kereta untuk balik ke kolej. Walaupun ketika itu, hatinya amat memberontak namun dia terpaksa akur dengan tuntutan Nadia yang menginginkan dia selamat tiba di kolej. Apakah jaminan dia akan selamat jika dia bersama dengan insan yang paling dia menyampah dalam dunia ini? ‘Mamat perasan bagus’ gelaran yang diberikan oleh Aisya kepada Tengku Azizul. Peristiwa dia bertengkar dengan Tengku Azizul di hadapan library seminggu yang lalu kembali bertaut di fikirannya ketika itu.
“Hey pompuan. Ambil balik surat cinta hapak kau ni. Geli aku membacanya,” jerkah Tengku Azizul tiba-tiba. Dia melemparkan sehelai surat ke muka Aisya.
Aisya terkedu. Sungguh terkejut dengan jerkahan Tengku Azizul itu. Lantas dia mencapai surat tersebut dan membacanya. Tengku Azizul hanya memerhati di samping Helmi yang tersenyum sinis melihat Aisya. Riak di wajah Helmi sukar untuk ditafsirkan.
“Aisya… kau ke yang tulis surat ni?” tanya Nadia seakan berbisik.
“Kau gila Nadia. Tak kuasa aku nak bagi surat cinta kat dia. Apa hebat sangat ke dia ni sampai aku terhegeh-hegeh nak bagi dia surat. Come on Nadia, takkan kau tak kenal dengan aku lagi,” bidas Aisya keras. Dia melipat semula surat tersebut dan menjamah wajah tegang Tengku Azizul.
“Kalau setakat muka kau ni… berlambak aku boleh cari kat Chaw Kit tu lah,” sindir Tengku Azizul dan tertawa sinis. Helmi tersengih. “Kau jangan ingat aku akan suka pompuan macam kau ni. Tak sedar diri, ada hati nak tackle aku. Sedarlah diri tu sikit, rupa pun dah macam minah Indon aku tengoknya,” sambung Tengku Azizul. Kemudian itu dia ketawa terbahak-bahak.
 “Kalau dah macam rupa minah Indon, kau amiklah dia jadi orang gaji kat rumah kau tu Azizul,” tambah Helmi yang sedari tadi membisu. Semakin galak Tengku Azizul dan Helmi ketawa. Rasa nak tercabut mulut tu disebabkan ketawa galak mereka berdua.
Menyirap darah Aisya mendengar sindiran Tengku Azizul dan kata-kata Helmi itu. Pantas dia berdiri dan satu tamparan hinggap di pipi Tengku Azizul. Pasang-pasang mata yang memerhati gelagat mereka sedari tadi, tidak diendahkan oleh Aisya. Apa yang pasti dia benar-benar terasa dengan kata-kata Tengku Azizul dan Helmi itu.
Nadia turut berdiri. Terkejut dengan tindakan Aisya yang menampar Tengku Azizul. Dia turut merasa bahang kemarahan Aisya ketika itu. Lantas dia menarik lengan Aisya agar beredar dari situ. Dikhuatiri akan memudaratkan lagi keadaan. Namun Aisya mengeraskan badannya.
“Kau ingat muka kau tu handsome sangat ke? Kucing kat rumah aku lagi handsome dan cutelah dari kau. Daripada aku suka kat kau, ada baiknya aku suka kat kucing-kucing tu, dapat jugak pahala daripada kau buat tambah dosa saja,” tempelak Aisya tegas.
Kemudian itu, dia meninggalkan Tengku Azizul terpinga-pinga dan malu keseorangan. Nadia mengekori dari belakang. Sempat dia menoleh ke belakang dan terlihat Helmi sedang cuba untuk menenangkan Tengku Azizul.
“Termenung jauh nampak,” tegur Tengku Azizul mematikan lamunan Aisya sekali gus mengembalikannya ke alam realiti. Aisya menoleh sekilas dan tersenyum hambar.
“Aisya, saya minta maaf pasal insiden di depan library minggu lepas. Saya tak berniat nak memarahi awak. Saya…” terhenti apabila Aisya memotong kata-katanya.
It’s okey. Saya tak amik port pun pasal tu. Lagipun bukannya dapat apa pun kalau isu ni diperbesarkan lagi. Tak luak mana pun.” Sindir Aisya sinis.
Tengku Azizul terasa tersindir dengan kata-kata Aisya. Dia memerling ke arah Aisya yang sedari tadi memandang keluar tingkap. Terasa ucapan maaf yang keluar dari bibirnya tidak memberi kesan yang mendalam kepada Aisya.
Angkuh benar kau Aisya. Siap kau sebentar nanti, kau tahulah langit tu tinggi atau rendah. Berani benar kau malukan aku depan orang ramai. Berani benar kau perlekeh-lekehkan aku. Berani benar kau tampar aku hari tu. Kau benar-benar mencabar ego aku Aisya, marah Tengku Azizul di dalam hati. Seperti ada yang membuatkan Tengku Azizul tidak berpuas hati dengan Aisya selama ini.
“Eh, awak nak ke mana ni? Kita tak janji nak ke mana-manakan!” suara Aisya tiba-tiba apabila menyedari Tengku Azizul membelok ke simpang jalan yang asing baginya sama sekali.
Tengku Azizul hanya tersenyum sinis tanpa menghiraukan kata-kata Aisya.
“Azizul, awak nak bawa saya ke mana ni?” tanya Aisya dalam nada yang cemas. Dia berasa tidak senang duduk apatah lagi melihat riak wajah Tengku Azizul yang bersahaja.
“Please Azizul, saya nak balik!” rayu Aisya sambil memegang lengan Tengku Azizul yang masih lagi berlagak biasa.
Tengku Azizul memberhentikan keretanya di hadapan sebuah banglo 2 tingkat yang tidak berpenghuni. Dia memandang ke arah Aisya yang setia duduk bersebelahan pemandu dengan wajah cemas jelas terpancar ketika itu. Dia mendengus geram.
“Please Azizul, saya nak balik. Saya…” terketar-ketar Aisya menuturkan kata-kata. Namun ianya tidak memberi kesan kepada lelaki yang sedang memandangnya dengan pandangan yang bengis dan marah. Seperti singa menunggu masa untuk menerkam mangsanya.
“Balik?” ulang Tengku Azizul mengejek. “Kau ingat aku suka sangatlah nak tumpangkan kau balik. Kau sendiri yang perlekehkan aku bila aku volunteer nak hantar kau balik tadi, sekarang kau nak rayu aku pulak. Hey, apa jenis pompuanlah kau ni. Kau ingat kau tu lawa sangat ke. Poraah!!!” sambung Tengku Azizul garang dan meninggi.
Aisya tersentak disergah sebegitu. Air mata sudah mula membasahi pipinya yang putih lagi gebu. Mukanya ditundukkan dari memandang Tengku Azizul. Gerun!!
“Saya minta maaf atas kata-kata saya tadi. Saya tidak berniat untuk memperlekeh-lekehkan awak depan Adham dan Nadia. Saya minta maaf.” Sayu kedengaran suara Aisya memohon maaf diselangi dengan esakan tangisan.
“Kau ingat dengan perkataan maaf boleh ubah kesemuanya. Kau jangan ingat aku dah lupa dengan apa yang kau katakan pada aku minggu lepas. Kau tampar dan malukan aku depan orang ramai. Kau jatuhkan maruah aku depan mereka semua sehinggakan aku rasa seperti mereka mengejek-ejek aku dari belakang, kau tahu tak!” tengking Tengku Azizul mengejutkan Aisya yang masih lagi menahan esakan. Dadanya berombak kencang.
“Ya ALLAH! Tidak terlintas di fikiran saya untuk memalukan serta menjatuhkan maruah awak di khalayak ramai. Apa yang saya katakan hari tu adalah lahir dari dalam hati saya. Jika kata-kata itu berbekas di dalam hati awak, saya minta maaf sangat-sangat. Tolong, saya nak balik!” rayu Aisya seraya memulas daun pintu kereta untuk keluar dari situ. Belum sempat dia keluar dari perut kereta, Tengku Azizul sudah pun menariknya semula ke dalam kereta.
“Apa ni Azizul, lepaskan saya… lepaskan saya….” Ronta Aisya. Namun rontaan itu tidak mendapat belas kasihan dari Tengku Azizul yang ketika itu seperti dirasuk syaitan. Mahkota yang selama ini dijaga baik akhirnya diragut oleh lelaki yang menyimpan dendam terhadapnya di sebabkan kesilapan yang kecil. Pepatah orang menyatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya dan sekarang Aisya menerima padah diatas kata-kata yang dihamburkan kepada Tengku Azizul walaupun pada mulanya dia tidak berniat untuk berbuat begitu.


“Lepaskan aku… lepaskan aku…” jerit Aisya mengejutkan Nadia yang sedang lena disebelah.
Astaghafirullahalazim!! Aisya mengucap Aisya, mengucap,” panggil Nadia sambil mengoncang-goncang badan Aisya agar terjaga dari mimpi yang ngeri.
Aisya membuka mata. Pantas dia memeluk erat Nadia. Peristiwa silam menggamit dirinya semula.
“Maafkan aku Aisya. Aku bersalah pada kau. Jika bukan kerana aku, kau takkan terima hukuman ini. Ya ALLAH, aku bersalah pada kawan baikku sendiri. Aku terlalu ikutkan nafsu. Maafkan aku Ya ALLAH!” doa Nadia di dalam hati sambil memandang sayu ke wajah Aisya yang kembali lena setelah ditenteramkan olehnya sebentar tadi.
“Dah lama ke kau balik Aisya?” tanya Nadia sebaik sahaja memasuki bilik. Dia melabuhkan duduknya di birai katil. Senyuman manis masih bergayut di bibir. Riang di hati hanya tuhan saja yang tahu.
“Adalah dalam satu jam,” ujar Aisya perlahan. Keluhan ringan dilepaskan. “Kau happy hari ni Nadia?’’ sambung Aisya. Ingin menyelami hati Nadia. Wajah bahagia Nadia ditenung kasih.
Nadia tersenyum mendengar soalan yang diajukan oleh Aisya itu. Bingkas dia bangun dan duduk bersebelahan Aisya yang masih lagi tidak berkelip memandangnya.
“Mestilah aku happy sebab dapat keluar dengan lelaki pujaan aku, lelaki yang aku suka,” balas Nadia dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
Aisya mengangguk dan tersenyum hambar. Dia turut sama gembira melihat kegembiraan yang dikecapi oleh kawan baiknya ketika ini. Dia rela berkorban asalkan Nadia dapat bersama-sama dengan lelaki pujaannya, Adham Ikmal. Pengorbanan sehingga menyebabkan kesuciannya diragut oleh lelaki durjana seperti Tengku Azizul. Mujurlah dia balik terlebih dahulu daripada Nadia. Jika tidak, bagaimana untuk menyembunyikan keadaannya yang berserabut ketika itu daripada Nadia. Dan tidak mustahil Nadia akan bertanya padanya jika melihat keadaannya itu.
Sesampai sahaja di bilik tadi, Aisya terus menuju ke bilik air. Ditilik dan dibelek keadaannya di hadapan cermin. Kesan kotoran yang ditinggalkan oleh Tengku Azizul amat menjijikkan. Dia menggosok kasar badannya agar kesan itu tanggal dari badannya. Namun semuanya hanya sia-sia, kesan jijik itu tetap akan melekat di badannya sampai bila-bila. Lantas dia membuka shower dan menangis sepuas-puas hatinya, melepaskan tekanan yang dialaminya waktu itu.
“Kau pergi mana dengan Azizul tadi?” tanya Nadia mematikan lamunan Aisya. Serta merta Aisya menoleh ke arah Nadia.
“Tak pergi mana-mana pun. Dia terus hantar aku balik,” jawab Aisya lemah. Cuba menyembunyikan kebenaran.
“Ha… kan aku dah cakap tadi. Azizul tu boleh dipercayai. Tengok, dia hantar kau balik dengan selamat,” puji Nadia terhadap Tengku Azizul.
Tersentap Aisya mendengarnya. Terasa hiba di hatinya kala itu. Kata-kata pujian Nadia terhadap Tengku Azizul menyentap jiwanya. Dirasakan matanya mulai berkaca. Pantas dia mengerdip-ngerdipkan matanya agar air mata tidak gugur membasahi pipi.
 “Aku doakan kau bahagia Nadia.” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Aisya. Cuba untuk mengalih topik perbualan. Tidak mahu terus-terusan membincangkan tentang Tengku Azizul lagi. Jika dibincang, hatinya akan bertambah sakit. Hatinya akan sedih dan tidak mustahil air matanya akan merembes keluar.
“Mestilah kau kena doakan aku bahagia sebab kau kawan baik aku. Aku pun doakan kebahagiaan kau Aisya,” jawab Nadia sambil memeluk erat Aisya.
“Aku nak ke bilik Hani kejap. Nak siapkan assignment aku yang tertangguh tadi,” jelas Aisya dan menapak keluar bilik. Dia perlu beredar dari situ untuk menyembunyikan perasaannya. Tidak mahu Nadia menyesakinya  yang bukan-bukan melihatkan keadaannya yang lemah dan tidak bersemangat.
Nadia hanya mengangguk. Ekor matanya sahaja yang menghantar langkah Aisya hingga langkah itu hilang dari balik pintu bilik mereka. Fikirannya mengimbau semula peristiwa petang tadi. Berjalan bersama dengan lelaki idamannya sudah lama diimpikan sejak dia mula mengenali Adham Ikmal. Jantungnya sentiasa berdegup kencang apabila terpandang mahupun berhadapan dengan Adham Ikmal. Nadia tersenyum sendirian. Tidak mungkin dia akan melupakan hari bersejarah ini dalam hidupnya. Dan Aisya juga tidak akan melupakan hari di mana maruahnya diragut oleh Tengku Azizul.


19 ulasan:

  1. oh nak tau lagi pasal macam mana dia kawin gan azizul tu. dia pregnant ke? cm best je kisah silam dia ni, tak plk dia marah gan nadia tu. so nadia dah putus gan adham, adham tak muncul dah ke, rebut nadia blk?

    BalasPadam
  2. Yong Jiao Xiu... segala persoalan akn terjawab dlm bab seterusnya... nantikannya.. apa2 pn thanks mengikuti HM.. :D

    BalasPadam
  3. emm...nk dgn azizul jgk...xbest la hariz plak amik bekas abg dia..lain la kalau watak ke3 bukan berkaitan dgn ikatan kekeluargaan(mean y tdekat)..
    biar la azizul insaf ke...rujuk balik n then tebus balik dosa azizul kt aisya..

    ****luahan pendapat je****

    BalasPadam
  4. thanks di atas komen n luahan pendapat anda..semasa menulis cete ni, ada jg terpkr mcm tu..tp, sy nk createkan perasaan dendam tg hariz terhdp bekas kakak iparnya n konflik dlm keluarga mereka..semua tu akn terjawb dlm bab 20 ke atas.. bukan mudah utk aisya berhadpn dgn kedua2 tengku ini... nantikan bab seterusnya..

    terima kasih kerana membaca HM.. ;)

    BalasPadam
  5. Bnyk timbul tanda tanya niiii...
    N bnyk konflik yg akan dihadapi oleh aisya niii..
    Semakin besttt..
    X sabar nk tunggu nii.
    Gud job writer...

    BalasPadam
  6. My Baby World...
    terima kasih di atas komennya..
    yup!! byk tanda tanya n konflik y akn Aisya hadapinya.. berhadapan dgn cinta, dendam, pn sharifah rohana n bekas suami..
    Insya-ALLAH...bab seterusnya akan di upload jika permintaannya ramai..hehehe... :D

    thanks kerana mengikuti HM..

    BalasPadam
  7. novel ni best!! byk konflik.. tak sabar nak baca sampai akhir.. sila teruskan menulis.. good job writer..

    BalasPadam
  8. terima kasih di atas komennya.. Insya-ALLAH sy akn terus menulisnya.. nantikan konflik y akan terjd di antara Aisya dan keluarga Tg Azman.. ;)

    BalasPadam
  9. Jahatnya azizul....takutnya citer nie....tp semoga bahagia di tangan aisya

    BalasPadam
  10. x sabar nak baca lagi..heheh...Best la..Chayuk chayuk

    BalasPadam
  11. tak sabar 2 wait for the next entry ... i hope u will upload all the chapters in ur blog cos kalau dicetakkan i tak tahu bila boleh beli ... almaklum i tak stay di kl or singapore ... i lived in down under kalau balik negeri pum nxt yr during hari raya .... anyway the sotry line so far so good ... keep up the good work ...patiently waiting for the next entry .. all the best to u n don't stop writing ok..

    from aida "Perth"

    BalasPadam
  12. shuhada..

    thanks 4 the comment... Insya-ALLAH akan ada kebahagiaan buat Aisya Lyana Sofea

    Aida..

    Insya-ALLAH sy akn upload bab terbaru jika permintaannya ramai.. hehehe... sy dh lama siapkan HM.. sumenya 60 bab...hope setia bersama HM dulu, kini dan selamanya.. ;)

    BalasPadam
  13. besttnye...nk azizul dgn aisya..byk conflik la kak...ke hariz 2 sebenarnye azizul???xsbar nk bc next entry...cpt la kak upload ya...hihihihi...

    BalasPadam
  14. Juju

    thanks coz menyukai HM...
    Tg Hariz bukannya Tg Azizul...diorang sebenarnya adik-beradik... ;)

    BalasPadam
  15. br nak start feeling, dah xleh nak baca... rs2 lmbt lg ker ktorg kena tunggu?? coz slalunya kalo nak di terbitkn dlm versi cetak maunya nak kena tunggu smp 2 bln... kalo blh cepat2lah kluar ye.. hehehee... nice work!!..

    BalasPadam
  16. fiza.. still blh bc smpe bab 20.. akak n3 semula coz tak nak kecewakan pembaca HM.. Insya-ALLAH, doakan HM versi cetak cepat dikeluarkan.. thanks coz sudi membaca HM.. :)

    BalasPadam
  17. wow menarik cerita nih plot yg kemas bersahaja dam selamba unsur suspen pun byk dlm bab nih tak sabar utk terus membaca syabas penulis saya suka karya anda :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana membaca dan sukakan karya2 sy.. semoga HM dpt menarik minat anda utk membacanya sehingga ke penghujung cerita.. :)

      Padam