Khamis, 18 September 2014

Calon Suami Buat Novelis - Bab 7








“AWAK dah gila ke? Buat keputusan tak fikir otak,” tegur Qaira bernada geram.
“Aku tak gila lagi dan aku buat keputusan guna akal. Faham!” tegas Hadif.
“Awak ingat kahwin tu macam daftar masuk universiti ke? Daftar lepas tu terus belajar. Semudah tu.”
“Beza! Kalau masuk universiti, kena belajar. Masuk kelas. Ambil periksa. Yang ni lain. Lepas daftar, kahwin dan kita duduk serumah. Hidup berumah tangga.”
Qaira terkedu. Hadif pandai membidas kata-katanya.
“Guna otak tu sikit. Nama aje penulis novel. Tak boleh nak fikir,” kutuk Hadif selamba. Cebikan diberikan kepada Qaira.
“Sedapnya mulut mengata aku,” geram Qaira berbisik.
Tajam matanya ke wajah selamba Hadif. Ikutkan hati, mahu ditenyeh mulut Hadif dengan cili padi. Baru puas hatinya itu.
“Kau setuju ke tidak?” tanya Hadif kemudian.
“Kita ikut perancangan awal. Kenal dulu. Kemudian jumpa parents. Then, kahwin. Itupun kalau awak nak kahwin dengan saya la,” cadang Qaira.
Hadif menghela nafas ringan. Wajah Qaira ditatap buat seketika. Perlukah dia mengikut perancangan asal?
Actually, saya tak ready nak kahwin lagi. Sebab tu la saya tolak kesemua calon ibu saya. Kalau kita ikut perancangan asal, mana la tahukan dalam masa tu pintu hati saya terbuka dan bersedia untuk berkahwin.”
Qaira menjelaskan kedudukan sebenar. Itulah yang sebenarnya. Dia belum bersedia untuk berumah tangga. Pintu hatinya belum terbuka untuk ke arah itu. Adakah disebabkan kenangan lama membuatkan pintu hatinya tertutup buat lelaki?
Hadif tidak membalas. Otaknya sedang ligat berfikir.
So, macam mana?” tanya Qaira seraya memandang wajah Hadif.
“Aku tetap dengan keputusan aku,” tegas Hadif dan beredar dari situ.
No way!” bidas Qaira.
Tanpa berlengah, laju dibawa langkah mengekori Hadif. Cuba untuk menyaingi langkah pemuda itu. Dia perlu merayu Hadif. Jika Hadif tidak bersetuju, dia perlu mencari jalan lain asalkan Hadif setuju.
“Awak, please! Kita ikut perancangan asal,” kata Qaira sedikit merayu.
“Aku tetap dengan keputusan aku.” Hadif masih lagi bertegas.
“Okey! Macam ni. Kita ikut perancangan asal selama tiga bulan. Lepas tu kita fikir step seterusnya,” cadang Qaira.
Hadif mematikan langkah. Dia menoleh ke wajah Qaira.
“Boleh tak? Tiga bulan!” pinta Qaira sambil mengerlipkan mata.
No!” jawab Hadif berlalu pergi.     
“Haisshhh!!! Sakit hati aku dengan mamat ni. Kalau macam tu, baik aku cancel aje rancangan ni. Tak kahwin lagi bagus. Senang hati aku. Tak pun aku terima aje calon ibu aku tu. Tak payah nak peningkan kepala fikirkan soal jodoh,” bebel Qaira kepada dirinya sendiri.
“Kalau awak tak setuju, kita cancel! Saya tak berminat dengan rancangan awak tu,” laung Qaira sedikit meninggi. Puas hatinya ketika ini.
Termati langkah Hadif mendengar kata-kata Qaira. Dipusingkan tubuh dan memandang ke arah Qaira yang sudah pun melangkah pergi dari tempat itu.
“Aduh! Minah ni memang nak kena betul. Punya baik aku rancang, dia nak spoilkan rancangan aku,” geram Hadif sambil mengepal tangan. Dia merengus dan meraup kasar wajah.
Come on Hadif! Takkan kau nak pergi merayu minah tu pulak? Hadif Ashraf merayu perempuan? No way!” kata Hadif menggeleng laju.
Matanya memandang langkah Qaira yang semakin menjauh.
“Kalau aku tak pujuk dia, aku terpaksa cari perempuan lain. Ada ke perempuan yang nak buat benda ni semua? Kalau dapat yang okey.. okey la. Kalau yang tak okey… mati aku. Sebelum umi dan ayah aku cari perempuan untuk berlakon berkenalan dengan aku, baik aku buat benda ni dulu.”
“Memang la hati aku sakit dengan apa yang terjadi kepada Hazleen. Aku tak nak tempias tu kena dengan aku. Dan aku takkan terima perkahwinan yang dirancang oleh keluarga. Sebelum ayah dan umi tetapkan untuk aku, baik aku tetapkan sendiri jodoh aku.”
Hadif membebel sendirian. Keluhan berat terlepas dari bibir. Ada baiknya dia mengikut perancangan asal. Tanpa menunggu, laju dibawa langkah mengejar Qaira. Berharap dia dapat mengejar sekali gus memujuk Qaira.


“HUH! Dia ingat aku ni apa? Terdesak sangat ke?” bebel Qaira sendirian.
Disandarkan tubuh sambil menahan kemarahan. Kata-kata Hadif begitu menyakitkan hati. Sengaja mengugutnya sebegitu.
“Haishhh!!! Hangin aku dengan mamat tu,” geram Qaira lagi.
Dicapai beberapa helai kertas lalu mengipas dirinya sendiri. Sekadar menghalau rasa panas di hati.
“Kalau kau tak setuju, aku beritahu satu Malaysia pasal kau,” kata Hadif bernada ugutan. Senyuman kemenangan terbias di wajah.
“Apa maksud awak?” tanya Qaira kurang faham.
“Kau ni memang bodoh.”
“Amboi, sedapnya mulut mengata saya bodoh. Saya cili mulut awak tu baru awak tau. Awak ingat awak tu bijak sangat ke?”
Well! Aku memang seorang yang bijak.”
Qaira mencebikkan bibir. Meluat!
“Kalau kau tak setuju, aku akan beritahu satu Malaysia yang kau ni terdesak nak cari calon suami. Semua surat khabar akan cerita tentang kau.”
Bulat mata Qaira mendengarnya. Apa maksud Hadif berkata begitu?
“Kau tu kan novelis. Semua peminat novel mesti kenal dengan kau. So, kalau cerita kau keluar kat media sosial. Dengan tajuk ‘Novelis Tia Alisya terdesak nak berkahwin’. Siapa yang malu? Kau juga kan?” terang Hadif berserta gelak jahat.
Qaira yang mendengar mengepal tangan. Sakit hatinya mendengar kata-kata Hadif.
“Tia Alisya! Sedap juga nama pena kau tu. Jauh dari nama asal kau. Qaira Nur Imani Binti Qamil,” sambung Hadif sambil bersandar di dinding.
Sejak mereka berdua mengikat kata putus, dia sudah pun menyiasat tentang Qaira. Rupa-rupanya gadis itu sudah mempunyai tiga buah novel dan kesemua novel Qaira bestseller di kedai-kedai buku. Kagum dengan pencapaian Qaira.
So? Apa kata anda?” tanya Hadif bernada usikan.
“Kalau saya ada senapang sekarang ni, saya tembak awak sampai mati, Hadif Asyraf Bin Saiful!” geram Qaira dan beredar dari situ.
Hadif yang mendengar ketawa besar.
“Sayang, malam nanti kita dinner sama-sama,” laung Hadif dan masih ketawa.


“AIRA!” panggil Ainul tiba-tiba.
Terkejut Qaira dengan panggilan itu. Lamunannya yang panjang berterbangan entah ke mana. Dibetulkan duduk dan memandang ke wajah Ainul.
“Dari tadi aku panggil kau. Buat bodoh aje,” geram Ainul.
Qaira tidak membalas. Matanya memandang tingkah laku Ainul yang sedang duduk.
“Kau apasal? Tegang semacam aje muka tu aku tengok.”
“Aku rasa nak bunuh orang.”
“Bunuh orang? Kau dah gila, Aira?”
“Memang aku dah gila. Aku sakit hati dengan mamat seorang tu.”
“Mamat? Mamat mana pulak ni?”
“Huh! Sebut pasal mamat tu, rasa nak tercabut jantung aku ni dari tangkainya kau tahu tak?” rengus Qaira sambil mengepal tangan.
“Sekejap! Mamat mana pulak ni? Aku tak tahu pun. Calon ibu kau lagi ke?” tanya Ainul kurang faham. Wajah Qaira ditatap berkerut.
“Ada ke mamat tu ugut aku nak sebarkan pasal aku pada media sosial? Memang nak kena tembak betul mamat tu.”
“Media sosial? Aku tak faham.”
“Dia nak beritahu satu dunia yang novelis Tia Alisya terdesak nak berkahwin. Ada ke patut? Kau rasa patut tak?” jelas Qaira mendengus kasar.
Ainul cuba merencanakan penjelasan Qaira. Seminit kemudian, dia ketawa besar.
“Apasal kau gelak?” tanya Qaira bernada keras.
“Opss!!! Sorry!” ucap Ainul sambil menekup mulut.
“Orang tengah stress dia boleh gelak pulak. Ingat ini Maharaja Lawak Mega ke? Kumpulan Shiro? Kumpulan Bocey?”
Ainul menyambung ketawa. Geli hati mendengar kata-kata Qaira.
“Haishhh!!! Sakit hati aku memikirkan pasal mamat tu,” geram Qaira lagi.
“Relax la. Yang kau nak hangin satu badan ni kenapa?” tegur Ainul menggeleng.
“Mana boleh relax. Dia dah melebihi batas kau tahu tak?”
“Okey! Aku tak tahu apa masalah kau dengan mamat tu. Tapi sekarang, Encik Borhan nak jumpa dengan kau. Ada perkara dia nak bincangdengan kau.”
“Encik Borhan? Perkara apa?”
“Aku tak tahu. Baik kau pergi sekarang sebelum dia bom satu opis ni.”
Tergelak Qaira mendengarnya.
“Dah lega?” tanya Ainul.
Sengaja dia membuat lawak. Sekadar meredakan perasaan Qaira. 
“Dah kurang sikit. Sekejap lagi aku jumpa dengan dia,” balas Qaira tersenyum paksa.
Ainul sekadar tersenyum. Tanpa menunggu, dia menapak keluar dari dalam bilik. Menggeleng dia memikirkan tentang Qaira.
“Aku kena rancang betul-betul. Dia ingat dia boleh ugut aku macam tu. Dia belum kenal dengan aku lagi. Ini Qaira Nur Imani a.k.a Tia Alisya. Tak mudah dipermain-mainkan,” azam Qaira sambil mengepal tangan.
Seminit kemudian, dia keluar dari dalam bilik menuju ke bilik Encik Borhan. Namun, langkahnya terhenti tatkala teringatkan sesuatu.
“Kahwin?” sebut Qaira laju.


“KENAPA tak makan?” tanya Hadif berkerut dahi.
“Tak ada selera!” balas Qaira bernada geram.
Hadif ketawa kecil. Air minuman diteguk perlahan.
“Awak nak apa sebenarnya ni?” tanya Qaira seraya memandang wajah Hadif.
“Kan kita dalam proses kenal mengenali antara satu sama lain. So, tak salah kalau aku ajak kau makan bersama,” jawab Hadif tenang.
“Oh, proses kenal mengenali. Kalau orang macam awak ni, tak kenal lagi bagus la.”
“Tak baik marah kat bakal suami.”
Qaira yang mendengar mencebikkan bibir. Meluat!
“Comel juga kau ni. Semua penulis novel dalam Malaysia ni macam kau ke? Cepat melenting!” soal Hadif sekadar ingin tahu.
Qaira tidak membalas. Tajam matanya ke wajah Hadif.
“Mungkin aku perlu mengenali lebih ramai lagi penulis novel. Mana la tahu kan, ada yang berminat nak tulis kisah aku dalam novel dia orang.”
“Jangan nak perasan! Awak ingat awak tu hebat macam Dato’ Lee Chong Wei ke?” kutuk Qaira selamba. Dia bersandar  lalu berpeluk tubuh di kerusi.
“Eh.. hebat apa. Aku berjaya menundukkan seorang novelis Malaysia,” bidas Hadif tidak mahu mengalah. Kemudian, dia ketawa dengan ayatnya itu.
“Awak ni…”
“Senyumlah sikit! Kau tu gadis. Tak baik marah-marah macam ni.”
Qaira merengus.
“Okey, serius! Kita bincang apa yang telah dirancang dulu.”
“Tak payah nak bincang-bincang lagi. Awak kan dah buat keputusan. Sampai main ugut saya,” sindir Qaira sinis.
Hadif tergelak. Wajah mencebik Qaira ditatap berserta gelengan di kepala.
“Saya nak tegaskan sekali lagi. Kita ikut perancangan asal.”
“Yang kau takut sangat ni, kenapa?”
“Takut? Mana ada saya takut?”
“Habis tu? Yang kau gelabah semacam kenapa? Yang kau bangkang sangat dengan rancangan aku ni kenapa?”
“Sebab saya belum bersedia lagi nak berkahwin.”
“Tak! Aku rasa bukan sebab tu.”
Qaira berkerut dahi.
“Kau takut jatuh cinta dengan aku, kan?” tebak Hadif sekadar mengusik.
Nonsense!” tukas Qaira keras.
“Aku tahu la yang aku ni handsome. Ada ciri-ciri hero dalam kesemua novel kau tu.”
Qaira mempamerkan riak meluat.
“Kau takut jatuh cinta dengan aku, kan?”
“Eeee… tolonglah. Perasan betul awak ni.”
Hadif melepaskan ketawa. Geli hati melihat riak di wajah Qaira.
“Awak jangan ingat yang saya ni terdesak sangat ya. Entah-entah awak tu yang sememangnya terdesak.”
“Kau ni memang comel. Rugi kalau aku tak jadikan kau isteri aku. Boleh aku buli kau hari-hari,” gelak Hadif.
“Okey… okey. Saya dah malas nak dengar awak membebel dan merepek. So, kalau awak tak setuju dengan permintaan saya, kita cancel!” Qaira berkata serius.
“Kau nak aku beritahu satu Malaysia yang kau novelis terlampau?” ugut Hadif.
“Terlampau? Apa maksud awak?” soal Qaira sedikit terkejut.
“Terlampau. Sampai daftarkan diri di laman web mencari jodoh.”
Qaira terkedu. Bagaimana Hadif tahu itu semua? Ya Allah, betapa malunya dia ketika ini. Adakah lelaki itu menyiasat tentang latar belakangnya?
“Aku dah siasat siapa kau yang sebenar, Qaira Nur Imani Binti Qamil,” ujar Hadif tersenyum kemenangan.
Spontan dia berkata begitu. Manalah dia tahu Qaira mendaftarkan diri di laman web mencari jodoh. Dia sekadar mengagak sahaja. Sebagai senjata untuk mengugut dan mengenakan Qaira memandangkan gadis itu seorang penulis novel.
Qaira mengepal tangan. Semakin sakit hatinya mendengar kata-kata Hadif. Rasa nak meletup pun ada juga. Ikutkan hati, dah lama Hadif dikerjakan. Disabarkan hati agar tidak berbuat begitu. Ada baiknya dia berfikir secara tenang. Mencari jalan penyelesaian pada masalah yang sedang dihadapinya itu.


“JANGAN lupa mimpikan aku malam ni,” ujar Hadif.
Qaira berkerut dahi.
“Daripada kau mimpikan hero-hero novel kau tu, baik kau mimpikan aku. Kan kita nak jadi suami isteri tak lama lagi,” usik Hadif pula.
Seminit kemudian, dia ketawa tatkala melihat wajah berkerut Qaira. Sengaja mengusik Qaira. Gadis itu nampak comel tatkala marah. Comel! Hadif mengulangi ayat itu.
“Saya tak sangka awak macam ni orangnya,” balas Qaira sinis.
“Tak sangka? Maksud kau?”
“Yalah, masa kita mula-mula kenal dulu. Mulut awak tu celupar sangat. Rasa nak cili aje mulut awak tu.”
“Daripada kau cilikan mulut aku ni, baik kau kiss aku aje,” usik Hadif lagi.
What?!!!” Qaira terjerit kecil.
Good night dan assalamualaikum,” ucap Hadif lalu ketawa.
Dia menapak masuk ke dalam perut kereta dan memandu keluar dari kawasan perumahan Qaira.
Qaira sedikit tersentak. Matanya memandang kereta Hadif yang sudah pun beredar dari situ. Dengusan ringan terlepas dari bibir.
“Macam mana la aku boleh terjebak dengan mamat tu,” keluh Qaira sendirian.
Tanpa menunggu, dia melangkah masuk ke dalam bilik. Hanya kepada Allah dia berserah segala-galanya. Semoga apa yang dilakukan ketika ini diredai Allah.
Hadif tersenyum sendirian. Kepala menggeleng mengenangkan tingkah laku dan kata-kata Qaira. Entah kenapa dia berasa seronok mengusik gadis itu. Jika nak diikutkan, dia bukanlah seorang yang suka mengusik dan bergurau.
Sejak dia mengenali Qaira, dia sudah pandai bergurau dan mengusik. Sejak dia mengenali Qaira, hidupnya seakan ceria. Senyuman sentiasa meniti di bibir. Walaupun baru beberapa minggu mengenali Qaira, dia sudah dapat merasai keserasian di antara mereka berdua.
Apa yang menjadi persoalan ketika ini, perlukah dia berterus-terang kepada ayah dan uminya? Perlukah dia mengikut perancangan asal mereka berdua?
“5B! Berkenalan, berkawan, bercinta, berkahwin dan bahagia,” sebut Hadif tersenyum sendiri.


Terima kasih pd yg sudi follow cerita CSBN. Jumpa minggu hadapan.
Insya-Allah.


8 ulasan:

  1. Rasa nk buat mcm hadif la...
    5B hahahhaha....
    mcmane la hadif mengorat Qaira ea...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm mana Hadif mengorat Qaira? Nantikan bab strsnya.

      Terima kasih sudi baca dan follow CSBN. :)

      Padam
  2. sian qaira kena ugut hihihi... nampak sweet je
    nak sambungan lagiiii :)

    BalasPadam