Jumaat, 31 Mei 2013

Contest Review Dan Menang



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Seperti yang saya bagitahu dulu, saya akan adakan contest 'REVIEW DAN MENANG'. So, pada yang berminat boleh la join. Saya sertakan sekali syarat-syarat penyertaan dan juga hadiah yang bakal dimenangi nanti. Best of luck!! ^_^





Khamis, 30 Mei 2013

Aku Juga Ingin Dicintai a.k.a Dulu Benci Sekarang Suka




Assalamualaikum semua..






Taraaaaa… cantik tak? Cover AJID a.k.a DBSS. Pada yang berminat, bolehlah dapatkan DBSS di website Buku Prima.


InsyaAllah, dalam masa terdekat nanti saya akan umumkan contest ‘Review Dan Menang’. Salah satu hadiahnya adalah novel DBSS.


Akhir kata, terima kasih pada yang menyokong. Tanpa anda semua, siapalah saya ketika ini.




Sinopsis:


Benci! Itulah yang Hazrel Hardy rasakan setiap kali bertemu dengan Nur Ain Zafira. Pelbagai rancangan diatur untuk mengenakan gadis itu. Disebabkan perbuatan seseorang, mereka terpaksa bernikah tanpa rela. Bagi Hazrel, Nur Ain tidak layak menjadi isteri serta memiliki cintanya. Hanya kebencian yang dilihat pada gadis itu. 

Apabila mulut tidak seiring dengan kata hati, perasaan benci bertukar menjadi sayang. Ego yang dipertahankan akhirnya runtuh. Dalam melayari kebahagiaan, kebenaran muncul silih berganti. Oleh kerana tidak mahu hatinya terluka dengan sejarah lama, Nur Ain bertekad untuk mengundur diri. 


Adakah Hazrel rela melepaskan Nur Ain pergi daripada hidupnya? Siapa pula Eddie Zakuan? Apakah tujuan Eddie Zakuan mengambil berat serta setia di sisi Nur Ain tatkala gadis itu menghadapi masalah?


Kenapa dalam masa seminggu kau berjaya runtuhkan ego aku? Kau berjaya buatkan aku termakan dengan kata-kata aku dulu. Kau berjaya buatkan Die, Izz dan mak su kau gelakkan aku. Malah, doa mak su kau untuk melihat aku tersungkur di depan kau seakan-akan dimakbulkan ALLAH – Hazrel Hardy



Saya pun tak ingin nak kahwin dengan lelaki kurang ajar, bermulut longkang dan berperangai buruk macam awak ni – Nur Ain Zafira




Khamis, 9 Mei 2013

Aku Juga Ingin Dicintai



Assalamualaikum semua,


Berhabuk sudah blog ni. Dua bulan lebih tak ada entry cerita baru. Okey, untuk makluman semua.. InsyaAllah, jika diizinkanNya.. karya ketiga saya ‘AKU JUGA INGIN DICINTAI (AJID) bakal keluar bulan JULAI 2013 under BUKU PRIMA. Untuk makluman semua juga, tajuk AJID mungkin akan ditukar ke tajuk yang lain. Begitu juga dengan nama pena saya nanti. Saya akan inform perubahan itu kemudian nanti.




InsyaAllah, saya akan adakan contest ‘REVIEW DAN MENANG’ awal bulan JUN nanti. Salah satu hadiahnya adalah novel AJID. Dalam masa terdekat nanti, saya akan bagitau syarat contest tersebut.

Akhir sekali, terima kasih atas sokongan serta doa anda semua. Tanpa anda semua, siapalah saya sekarang ini.

Wassalam.