“MATA kau
tu letak kat mana? Kepala lutut?” marah Hanif sedikit meninggi.
Iris
mengusap dahi yang terasa sakit. Wajah Hanif di hadapan dipandang tajam.
“Huh!
Tak guna!” rengus Hanif pula.
“Helo!
Kau tu yang rempuh aku dulu nak salahkan aku pulak? Banyak handsome
muka kau?” balas Iris, bengang.
“Memang
aku handsome.” Selamba Hanif
membalas.
“Perasan!”
cebik Iris meluat.
Hanif
ketawa kecil. Iris di hadapan dipandang jelak.
“Tak
sedar diri muka tu tak handsome.
Nabil Ahmad tu lagi handsome dari kau
la.”
Hanif
yang mendengar melepaskan ketawa. Geli hati mendengar kata-kata Iris.
Pelik
Iris melihat Hanif. Apa yang lawak sehingga menyebabkan lelaki itu ketawa?
“Kau
sebenarnya nak kata aku handsome tapi
kau malu. Betul tak?”
Iris
mencebik. Dia berpeluk tubuh.
“Kau
dah jatuh cinta dengan aku, kan?” kata Hanif sekadar mengusik. Dia menghampiri
Iris yang sedang berpeluk tubuh.
“Aku?
Aku jatuh cinta dengan kau? Mati hidup semula pun aku tak teringin nak bercinta
dengan kau.” Selamba Iris berkata. Senyuman sinis diberikan kepada Hanif.
Hanif
tidak membalas. Wajah sinis Iris ditatap.
“Sinar
mata kau penuh dengan kebencian,” suara Iris lagi.
“Apa
maksud kau?” soal Hanif kurang faham.
Iris
menghela nafas ringan.
“Apa
maksud kau?” ulang Hanif pada pertanyaannya tadi.
“Kau
bencikan seseorang? Kau berdendam dengan seseorang?” Iris bertanya. Menolak
pertanyaan Hanif.
Berkerut
dahi Hanif tatkala mendengar pertanyaan itu.
“Aku
pasti, kau benci dan berdendam dengan seseorang. Sinar mata kau
membuktikannya,” sambung Iris lagi.
Setelah
menuturkannya, dia beredar dari situ. Senyuman meniti di bibir. Dia yakin
dengan firasat hatinya. Lelaki itu membenci dan berdendam dengan seseorang.
Hanif
hanya memandang. Kata-kata Iris terngiang-ngiang di minda. Apa maksud Iris?
Sinar matanya penuh dengan kebencian? Dia melihat wajahnya di cermin kedai yang
berada di situ. Adakah benar sinar matanya penuh dengan kebenciaan?
“Oh
ya! Sebelum aku terlupa.” Iris bersuara. Dia menghentikan langkah lalu menoleh
ke belakang.
Hanif
tersentak. Dia memandang ke arah Iris. Gadis itu dilihatnya sedang menggagau
beg tangan.
“Bil
kereta aku. Jangan lupa bayar,” ujar Iris sambil menghulurkan sehelai kertas kepada
Hanif. Kemudian, dia beredar dari situ.
Hanif
membalas huluran. Dia menatap kertas di tangan lalu membacanya.
“RM1,500.00?”
sebut Hanif sedikit terkejut.
Iris
yang mendengar ketawa kecil. Rasakan kau! Nak sangat, kan? Ejek Iris dalam
hati.
“IN SHAA ALLAH, ayah.
Kalau ayah perlukan apa-apa, beritahu saja pada Haidar,” suara Haidar bernada
lembut.
Encik
Qamarul hanya tersenyum. Wajah anaknya ditatap kasih.
“Pasal
Hanif tu, ayah serahkan pada Haidar. Tahu la macam mana Haidar nak nasihatkan
Hanif,” kata Haidar. Cuba meyakinkan Encik Qamarul.
Encik
Qamarul menghela nafas ringan. Anggukan kecil diberikan kepada Haidar.
“Hanif
tu terlalu ikutkan emosi. Peristiwa lama masih berbekas di hati dia.”
“Ayah
bukannya apa, Haidar. Ayah tak nak suatu hari nanti dendam dan benci akan
memakan diri dia sendiri.”
“Haidar
tahu ayah. Haidar pun tak nak Hanif berdendam dan membenci.”
“Hanif
masih ingat dengan peristiwa lama. Peristiwa tu memalukan serta menjatuhkan
maruah dia.”
Haidar
tidak membalas. Diakui dengan kata-kata Encik Qamarul. Hanif berdendam dan
membenci selepas peristiwa memalukan itu.
“Ayah
minta diri dulu. Bila selesai sahaja urusan penjualan Harmoni Sdn Bhd, ayah
akan balik kampung,” beritahu Encik Qamarul akan perancangannya.
Itulah
perancangannya. Selesai sahaja urusan penjualan Harmoni Sdn Bhd, dia akan
pulang ke kampung. Mengabadikan diri di sana. Mendekatkan diri kepada Sang
Pencipta. Sudah tiba masanya untuk dia berehat.
Bertahun
lamanya dia mengusahakan Harmoni Sdn Bhd. Jika nak diikutkan, rasa sayang untuk
melepaskan syarikat tersebut. Malah, dia juga boleh menyerahkan syarikat itu
kepada Hanif. Tetapi, disebabkan keengganan Hanif dan ketidaksudian Haidar,
maka dia terpaksa menjualnya.
Haidar
mempunyai kerjaya sendiri. Kerjaya yang dicita-citakan selama ini iaitu doktor.
Begitu juga dengan Hanif. Bercita-cita menjadi seorang usahawan yang berjaya. Syarikat
pembinaan yang diusahakan oleh Hanif agak berjaya dan dikenali. Ditambah dengan
adanya Aidil di sisi Hanif.
“Ayah!”
Haidar menegur. Sejak dari tadi dia melihat Encik Qamarul seakan mengelamun.
Apa yang sedang dilamunkan oleh ayahnya itu?
Encik
Qamarul menghalakan mata ke wajah Haidar. Anaknya itu sedang tersenyum.
“Apa-apa
hal, jangan lupa beritahu pada Haidar,” pesan Haidar, lembut.
“In
shaa Allah. Haidar pun kena jaga kesihatan. Ayah tengok muka Haidar tu lesu dan
pucat. Kerja… kerja juga. Kesihatan pun kena jaga,” nasihat Encik Qamarul.
“Banyak
kes ayah. Tak sempat nak berehat. Ini pun dah kurang kes kat hospital tu.”
“Haidar
masih lagi mencari?” Encik Qamarul bertanya. Sekadar ingin tahu tentang
penyiasatan Haidar selama beberapa tahun ini.
“Masih
ayah!” balas Haidar, perlahan.
Encik
Qamarul menghela nafas ringan. “Ada apa-apa berita?”
“Buat
masa sekarang ni tak ada, ayah.”
“Dah
lama Haidar mencari dan menyiasat. Ayah….”
“Haidar
pasti akan berjumpa dengan dia, ayah. Haidar yakin dengan firasat hati Haidar.”
“Dah
sepuluh tahun, Haidar. Sampai sekarang Haidar tak jumpa apa-apa pun pasal dia.
Mungkin dia….”
“Baru-baru
ni Badrul ada beritahu pada Haidar. Berkemungkinan dia masih hidup dan ada di
sini,” pintas Haidar. Dia tahu apa yang hendak diperkatakan oleh Encik Qamarul.
“Badrul?”
ulang Encik Qamarul berserta kerutan. Cuba untuk mengingati sebaris nama itu.
“Penyiasat
yang Haidar upah,” beritahu Haidar.
Encik
Qamarul menganggukkan kepala. Wajah anaknya ditatap mesra.
“Cuma
sekarang ni ada masalah sikit.”
“Masalah?
Masalah apa?”
“Badrul
ke kampung cari maklumat. Tapi, seorang pun tak kenal dengan dia. Nombor yang
dia pakai dulu pun dah lama tak ada dalam perkhidmatan.”
Encik
Qamarul cuba untuk merencanakan kata-kata Haidar.
“Mustahil
seorang pun tak kenal dengan dia, ayah,” keluh Haidar, perlahan.
“Boleh
jadi juga Har. Manusia ni kan berubah.”
Encik Qamarul memberi pendapat.
“Maksud
ayah?”
“Mungkin
wajah dia dah berubah. Itu yang tak kenal.”
Haidar
berfikir sejenak. Ada benarnya kata-kata Encik Qamarul.
“Tak
apalah, Har. Ayah doakan pencarian Haidar tidak sia-sia.”
“Haidar
yakin yang suatu hari nanti Haidar akan jumpa dengan dia.
Encik
Qamarul hanya tersenyum. Mudah-mudahan usaha anaknya itu berhasil.
“Ayah
balik dulu. Apa-apa hal nanti ayah beritahu Haidar,” ujar Encik Qamarul selepas
itu. Dia bangun dari duduk.
“Baiklah
ayah. Hati-hati memandu,” pesan Haidar, lembut turut sama bangun.
Encik
Qamarul turut sama tersenyum. Setelah berpamitan, dia beredar dari situ. Rasa
senang di hati. Niatnya sudah dijelaskan kepada Hanif dan Haidar. Walaupun
Hanif kurang bersetuju, dia tetap dengan keputusannya. Semoga suatu hari nanti
Hanif memahami akan tindakannya ini.
“MACAM
dah tak ada orang lain lagi aku nak jumpa. Balik-balik mamat perasan handsome tu. Huh!” Iris membebel
sendirian. Laju dibawa langkah menuju ke tandas. Dengusan kecil terlepas
daripada bibir.
“Kenapa
aku asyik jumpa dengan dia saja?” soal Iris pula. Langkah diperlahankan.
“Wajah
dia mengingatkan aku pada seseorang,” suara Iris lagi. Wajah Hanif meniti di
tubir mata. Rasa pernah berjumpa dengan Hanif sebelum ini.
“Memanglah
kau pernah jumpa. Kan kes kau langgar dia hari tu,” jawab Iris pada
pertanyaannya tadi.
Deringan
telefon menyentak lamunan pendek Iris. Digagau poket seluar jeans lalu mengeluarkan telefon bimbit.
Nama Zakry tertera di skrin.
“Aku
baru nak ke tandas,” beritahu Iris kemudian.
“Baru?
Kau biar betul, Iris? Dah sejam aku tunggu kau kat sini,” kata Zakry kurang
percaya.
“Nanti
aku cerita pada kau. Tunggu aku!” balas Iris lalu mematikan talian. Nafas
dihela ringan. Langkahnya menuju ke tandas.
“Assalamualaikum,”
sapa seseorang, tiba-tiba.
Iris
mematikan langkah. Dia menghalakan mata ke arah yang menyapa.
“Cik
ni yang saya jumpa dua minggu yang lepas, kan? Di tepi highway,” beritahu Haidar berserta senyuman di bibir.
Iris
mengamati wajah di hadapannya itu. Otaknya dikerah berfikir.
“Cik
nyaris nak langgar saya,” tambah Haidar.
“Oh!
Iya! Saya dah ingat,” balas Iris berserta anggukan kecil.
“Alhamdulillah
dah ingat.” Haidar turut sama mengangguk.
Iris
hanya tersenyum. Matanya menilik wajah pemuda itu. Seperti pernah melihat wajah
itu sebelum ini. Tetapi di mana? Disentuh dadanya buat seketika. Entah kenapa
perasaan sebak menghuni di hati. Ya Allah! Kenapa aku rasa sebak? Soal hati
Iris.
“Cik…
Cik….” Haidar memanggil. Pelik melihat gadis itu.
“Haa…
Maaf, saya mengelamun sebentar,” balas Iris, kesal.
“Tak
apa,” kata Haidar masih tersenyum.
Iris
turut sama tersenyum. Matanya tidak lepas memandang Haidar.
“Kepala
cik masih sakit?” Haidar sekadar bertanya. Teringat dengan tingkah laku Iris
sewaktu kemalangan itu.
Iris
berkerut dahi. Apa maksud pemuda itu?
“Cik
nyaris nak terbabas disebabkan kesakitan di kepala. Betul, kan?” jelas Haidar.
Dia pasti dengan telahannya itu.
“Macam
mana encik….”
“Saya
Haidar Qairen. Doktor Haidar Qairen.” Haidar memperkenalkan diri. Senyuman masih
meniti di bibir.
“Doktor?”
ulang Iris kurang percaya.
Haidar
sekadar mengangguk. Wajah Iris ditatap mesra.
“Patutlah!
Alhamdulillah, saya dah okey. Mungkin masa tu saya stress. Itu yang effect pada
kepala,” terang Iris bernada lembut.
“Kalau
ada masalah, boleh jumpa dengan saya di hospital.”
“In
shaa Allah. Terima kasih kerana bertanya.”
Haidar
tidak membalas. Dompet dari poket belakang ditarik lalu mengeluarkan kad nama
dan diserahkan kepada Iris.
Iris
membalas huluran. Ditatap kad nama tersebut buat seketika. Haidar Qairen Bin Qamarul!
Sebut Iris dalam hati. Perasaan sebu hadir ketika itu juga.
“Saya
minta diri dulu. Jumpa lagi!” ujar Haidar lalu beredar dari situ.
Iris
hanya mengangguk dan memandang. Setelah kelibat Haidar menghilang, dijatuhkan
mata ke kad nama Haidar. Diamati nama Haidar dengan penuh minat.
“Haidar
Qairen!” sebut Iris, perlahan. Wajah Haidar menyapa mata.
“Mak
cik! Lama aku tunggu kau kat dalam restoran tu. Panas punggung aku ni, kau tahu
tak?” tegur Zakry setibanya di hadapan Iris. Panas hatinya ketika ini.
Iris
tersentak. Diangkat wajah dan memandang Zakry di hadapan. Kelat wajah itu
dilihatnya.
“Kau
dengar ke tidak ni?” tanya Zakry sedikit bengang.
“Aku
dengar. Sorry!” jawab Iris serba
salah.
Zakry
mendengus ringan. Dia mengipas dirinya sendiri. Cuba untuk meredakan kemarahan
di hati. Kad nama yang dipegang Iris menarik minat untuk dilihat. Lantas,
ditarik kad nama itu lalu membaca nama yang tertera di kad tersebut.
“Haidar
Qairen Bin Qamarul? Siapa dia ni?” Zakry bertanya sehabis sahaja menyebut nama
di kad.
Iris
tidak membalas. Rasa sebu masih menghuni hati. Kenapa perasaan itu hadir dengan
tiba-tiba tatkala melihat pemuda itu? Perasaan yang sama ketika pertama kali
mereka berjumpa dahulu.
“Wow!
Doktor!” suara Zakry sedikit teruja.
“Kau
ingat tak, aku nyaris nak langgar orang kat highway
hari tu?”
Zakry
yang sedang membelek kad nama menghentikan tingkah laku. Otaknya cuba mengimbas
semula peristiwa itu. Seminit kemudian, dia mengangguk tatkala mengingatinya.
“Dialah
orangnya.”
“Dia?”
Iris
mengangguk lemah. Perlahan-lahan kaki melangkah. Beredar dari ruangan itu. Niat
untuk ke tandas terbatal begitu sahaja.
“Habis
tu, kenapa muka kau monyok saja?”
Zakry bertanya. Wajah Iris diamati.
Iris
mematikan langkah. Dia menoleh ke wajah Zakry di sisi.
“Aku
perasan dari tadi lagi muka kau tu monyok.
Sebab apa? Kau jumpa dengan sesiapa ke selain daripada doktor ni?” Zakry masih
lagi bertanya. Berminat untuk tahu.
“Aku
tak tahu, Zack. Ini kali kedua aku berjumpa dengan dia dan perasaan sebak akan
hadir di hati aku bila aku pandang wajah dia,” jelas Iris sambil menyentuh dada
sendiri.
Zakry
hanya mendengar. Tidak berniat untuk membalas.
“Aku
rasa aku pernah buat salah pada dia,” beritahu Iris lagi. Rasa bersalah turut
sama menghuni di hati.
“Tak
ada kut. Kau janganlah risau. Mungkin kau risaukan projek kat Bangi tu,” balas
Zakry sekadar menyedapkan hati Iris. Otaknya cuba menafsir kenyataan Iris
sebentar tadi.
Iris
menghela nafas ringan. Mungkin ada benarnya kata-kata Zakry. Memang dia
risaukan projek di Bangi. Khuatir projek itu tidak dapat disiapkan seperti
tarikh yang telah ditetapkan.
“Dahlah!
Jom kita balik. Dah lewat!” ajak Zakry sambil melihat jam di pergelangan
tangan. Masa sudah merangkak ke pukul sebelas malam.
Iris
turut sama melihat jam di pergelangan tangan. Dia mengangguk tanda setuju.
Tanpa berlengah, dia melangkah beriringan dengan Zakry menuju ke tempat letak
kereta. Semoga perasaan terhadap pemuda bernama Haidar Qairen tidak benar
belaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan