Ahad, 12 April 2015

My Dream Husband






Hanya kerana pandangan pertama, Nur Zafira Sofea jatuh cinta kepada Iqwan Hafiz. Dia sanggup melakukan apa saja demi menawan serta memikat hati Iqwan Hafiz.

“Walau apa pun, aku akan cuba pikat dia sehinggalah aku berputus asa.”
- Nur Zafira Sofea.

Bagi Iqwan Hafiz, kehadiran Nur Zafira Sofea telah mengganggu ketenteraman hidupnya. Gadis itu tidak pernah kenal erti putus asa. Tidak ada rasa malu. Walaupun dimarah dan diherdik, gadis itu tetap mengganggu hidupnya.

“Terus-terang saya cakap, saya tak suka perangai adik Encik Aqil. Dahlah gedik, mengada-ngada dan merimaskan. Perempuan macam dia tu tak layak untuk saya.” – Iqwan Hafiz

Tingkah laku Nur Zafira Sofea itu membuatkan Aqil Danish berasa risau dan khuatir. Adiknya jujur meluahkan perasaannya terhadap Iqwan. Demi kebahagiaan Nur Zafira Sofea, ikatan pertunangan termeteri atas persetujuan Iqwan Hafiz.

“Along doakan Iqwan dapat terima cinta Fira. Along yakin, Iqwan akan jatuh cinta dengan Fira.” – Aqil Danish

Namun, segala impian yang dibina musnah disebabkan kepercayaan. Kebenaran yang diketahui mendesak Nur Zafira Sofea untuk memutuskan pertunangan. Musibah yang berlaku turut membenihkan rasa benci di hati.

Iqwan Hafiz akur. Apa yang berlaku berpunca daripadanya. Segala kebencian dan kemarahan Nur Zafira Sofea diterima seikhlas hati. Sejak dia mengetahui isi hati Nur Zafira Sofea yang sebenar, dia bernekad untuk memikat hati gadis itu.

Berjayakah Iqwan Hafiz dalam usaha memikat hati Nur Zafira Sofea? Adakah Nur Zafira Sofea dapat menerima Iqwan Hafiz selepas apa yang berlaku? Kebenaran apa yang diketahui oleh Nur Zafira Sofea?




Alhamdulillah. Akhirnya karya saya yang ke 7 keluar. Buat pembaca yang follow kisah mereka, boleh dapatkan My Dream Husband di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 nanti.

Boleh juga dapatkan MDH daripada Penerbitan Bes Q . Pada yang berminat untuk beli direct daripada saya, boleh inbox saya di Facebook Ros Ab atau Email saya di teratai_layu2201@yahoo.com


Semoga naskah kali ini tidak mengecewakan.

Terima kasih.