Jumaat, 9 Mac 2012

Pengubat Rindu Pada Amirul & Liyana


Liyana segera memboloskan diri sebaik sahaja Amirul mematikan enjin kereta. Matanya melilau melihat kawasan rumah Pak Bakar. Rindunya pada kampung itu sudah terubat sebaik sahaja menjejakkan kaki di situ. Kampung yang membongkarkan segala kisah hidupnya tidak lama dulu. Kampung yang membawa pengenalannya dengan Raziff dan keluarganya. Entah bagaimana hidupnya kini jika dia tidak berjumpa dengan keluarga Pak Bakar? Adakah dia tidak akan mengetahui kisah hidupnya itu? Syukur kerana menemukannya dengan keluarga Pak Bakar.
“Liyana!” jerit kecil Raziff dari arah belakang.
Serentak Liyana dan Amirul menoleh. Dilihatnya Raziff sedang berdiri di belakang berserta senyuman di bibir.
“Raziff!” sahut Liyana dan tersenyum.
Amirul yang melihat berkerut seribu. Terasa cemburu melihat Liyana dan Raziff berbalas senyuman. Hai, ini sudah lebih. Aku kat sebelah dia buat tak tahu aje. Boleh pulak main balas-balas senyum. Aduh! Sakit tangan dan kaki aku balik dah ni, bentak Amirul di dalam hati.
“Lia buat apa kat sini?” tanya Raziff dan melangkah menghampiri Liyana dan Amirul.
“Lia datang nak jumpa dengan family Ziff. Pak Bakar dan Mak Khatijah ada ke?” jawab Liyana sambil matanya membelingas mencari kelibat Pak Bakar dan Mak Khatijah.
“Oh, ayah dan mak ke rumah jiran merewang. Tak lama lagi baliklah mereka tu,” jelas Raziff. Matanya tertancap ke wajah Amirul. Jelas riak cemburu di wajah itu.
“Merewang?” ulang Amirul berserta kerutan.
“A’ah merewang. Kenapa?” sahut Raziff turut sama berkerut.
“Apa tu, makanan ke?” tanya Amirul seperti orang bodoh.
Liyana yang mendengar menepuk dahi. Seminit kemudian, dia tertawa dengan kenyataan Amirul itu. Raziff juga turut sama melepaskan ketawanya.
“Kenapa ni? Salah ke pertanyaan Rul tadi?” tanya Amirul cuba menahan geram di hati. Sakit hatinya mendengar ketawa Liyana dan Raziff itu.
“Tak… tak salah. Cuma bunyi macam orang bodoh bertanya aje,” bidas Liyana dan ketawa galak. Geli hati dengan kata-katanya itu.
“Liyana!” geram Amirul.
Lantas dia membawa kakinya ke kereta dan memboloskan diri ke dalamnya. Terasa dengan kata-kata Liyana itu.
“Alamak! Dah merajuklah pulak orang tua ni,” keluh Liyana dan tersengih.
“Ziff tak nak masuk campur. By the way, siapa tu? Kalau tak silap Ziff, lelaki yang jumpa Lia petang tukan?” tanya Raziff sambil matanya dihalakan ke arah Amirul.
“A’ah, betullah tu. Bekas majikan Lia dulu, Amirul Arif Iskandar namanya,” ujar Liyana. Matanya juga dihalakan ke arah Amirul.
Boyfriend Lia?” tebak Raziff.
Liyana mengangguk.
“Oh, betullah tekaan Ziff dulu. Dari cara dia pandang Lia pun, Ziff dah dapat agak yang dia cintakan Lia,” komen Raziff ikhlas.
“Lia ada krisis dengan dia masa tu. Sebab itulah Lia tak boleh nak akuinya depan Ziff. Maafkan Lia, Ziff,” jelas Liyana bernada kesal.
“Tak pe Lia. Ziff paham keadaan Lia masa tu,” balas Raziff dan tersenyum. “Eh, jomlah masuk. Tunggu kat bawah ni buat apa? Itu pun ayah dan mak Ziff dah balik,” ujar Raziff.
Tangannya mengunjuk ke arah sebuah motosikal yang sedang menghala ke arah rumah. Liyana turut melihat ke arah yang sama. Seminit kemudian, Raziff menapak jalan menuju ke rumah.
“Sekejap lagi Lia naik. Lia nak pujuk orang tua tu kejap,” kata Liyana sambil memuncungkan mulut ke arah Amirul.
Raziff yang mendengar tertawa kecil. Anggukan diberikan pada Liyana. Tanpa bersuara, dia masuk ke dalam rumah untuk menyediakan makanan dan minuman buat Liyana dan Amirul. Dia tersenyum tatkala mengingati wajah cemburu Amirul sebentar tadi.
Liyana segera menapak ke kereta selepas kelibat Raziff masuk ke dalam rumah. Dia menggeleng kecil dengan perangai kebudak-budakan Amirul itu.
“Rul!” panggil Liyana sambil mengetuk cermin tingkap kereta.
Amirul menoleh dan kemudian melarikan pandangannya. Rasa hatinya masih lagi bersisa. Ditambah pula dengan rasa cemburu, membuatkan dia tidak mahu menatap wajah Liyana. Malu dirasakannya ketika itu.
“Keluarlah! Janganlah macam budak-budak. Nanti apa pulak kata Raziff tengok Rul macam ni. Rul tak malu ke?” pujuk Liyana lembut.
Amirul masih lagi berdegil. Dia menyandarkan badan ke kusyen kereta dan berpeluk tubuh di situ. Walaupun berada di dalam kereta, dia masih boleh mendengar setiap butiran kata Liyana memandangkan cermin tingkap kereta yang diturunkan sedikit. Sambil-sambil itu juga dia mencuri pandang ke muka Liyana. Jelas ketidakpuasan pada wajah itu. Dia menahan ketawa di dalam hati.
Dia ni menguji kesabaran aku betullah. Kalau ikutkan hati, lantak kaulah. Malas aku nak pujuk. Perangai mengalahkan budak-budak, kutuk Liyana di dalam hati.
“Ikut suka Rul lah. Lia masuk dulu. Nak ajak Raziff ke sawah dan jalan-jalan kat kampung naik motor la. Bye!” ujar Liyana selamba dan berlalu pergi dari situ.
Amirul mengerutkan dahi. Jalan-jalan kat kampung naik motor dengan Raziff, ulang Amirul di dalam hati. Serentak itu dia keluar dari dalam kereta dan menarik lengan Liyana.
No. I won’t let you go with him!” tegah Amirul tegas.
“Okey, no problem. Lain kali jangan nak merajuk macam budak-budak, Lia buat betul-betul baru tahu,” ugut Liyana seraya menarik tangan Amirul dan menggenggamnya erat.
“Cemburulah!” ujar Amirul perlahan dan tersengih.
Liyana sekadar menggeleng. Perasaan cemburu Amirul melebihi segala-galanya. Cemburu Amirul lebih kuat dari cemburunya. Namun dia bahagia jika Amirul berperasaan begitu. Sekurang-kurangnya dia tahu Amirul amat menyintai dan menyayanginya. Dia menyimpan senyuman dalam hati.

 Semoga terubat rindu anda semua pada Amirul & Liyana
(^_^)

14 ulasan:

  1. hehehehehe.....best...akak x abis baca pun lg GB tp baca bab ni sengih sorg2....heheheh. Eliza ni btul nama Iskandar kan...dlm HM Tg Hariz Iskandar, dlm GB Amirul Arif Iskandr...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. kak iboo, pggl sy ros aje coz Eliza tu nama pena sy.. a'ah, sy suka sgt2 nama Iskandar, Amirul, Haris/Hariz, Sofea.. sbb nama2 tu sedap disebut n didengar.. xpe, akak slow2 baca.. nti hbs jg.. ;)

      Padam
    2. GB amapai bab 43 jk ka kak ros?? ending crita gurauan berkasih bab 43 n pengobat rindu pada amir & liayana ka

      Padam
    3. hehe.. x, GB ada 73 bab & Epilog.. nie blm ending GB.. ada lg slps ni yg berlaku pd Amirul & Liyana.. cuma akak terpaksa stop utk penilaian penerbit.. doakan yg terbaik buat akak & GB.. ;)

      Padam
    4. hehehe...oo ros eh, ros kna pgil akak kak farah la klu cmtu sbb iboo tu sbnrnya ibu..tp ank akak suka pgil ibo..hehehe...biasanya brp lama publisher amik masa utk maklumkan yg karya kita tu berjaya nk di terbitkan eh?

      Padam
    5. err, umur kak farah berapa?? jgn2 sy lg tua dr kak farah.. hihi.. tgk penerbit jg kak farah.. tp, selalunya dlm ms 3 bln penerbit buat penilaian.. klu awal, awllah.. kdg2 kena tggu Q jg.. klu dlm ms 3 bln tu x da f/back, akak blh tanya direct dekat penerbit... akak blh msk website penerbit utk tahu lbh lanjut lg.. ;)

      Padam
    6. ooo, cmtu eh.akak bru je anta mgu lps...sja je tnye :) umur,huhuh dah 30 dah...hehe..ros lak?

      Padam
    7. kihkih.. npknya sy lg tualah.. beza sthn aje tu.. huhu.. so, lps ni pggl sy kak ros lah ya.. alamak, terasa tua lah pulak.. haha.. :D oh farah dah hantar manuskrip RR ke?? hantar kat publisher mana??

      Padam
    8. oo yer?tp xnmpk mcm 31 pun...apa rahsianyer?hihi...ala beza setahun je pun, mcm xde beza jer...dah hantar ke KN jgk. xtau lah kan cuba nasib je. huhu

      Padam
    9. hihi.. xde rahsia apa pn?? bykkan minum air suam aje.. hantar kat KN? wah, 1 penerbitlah kita ya.. Insya-ALLAH, akak doakan RR diterima KN.. ;)

      Padam
    10. huhu..bru je dpt reply diorg minta siapkan full manuscript bru dpt decide...sy anta aritu smpi bab 20 je, diorg ckp menarik...sy minta tempoh sbb nk exam mid term mgu dpn then bru leh concentrate gile2...wish me luck eh kak!

      Padam
    11. oh really, alhamdulillah.. hope RR dpt diterbitkan.. wish u gud luck 4 ur exam n RR.. apa2 nti jgn lupa inform akak ya.. ;)

      Padam
  2. KAK HATIMU MILIKU BILA NAK KELUAR TAK SABAR NI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-ALLAH, dlm thn ni jg HM keluar.. doakan cpt HM keluarnya.. mana la taukan 2-3 bln lg ke.. hihi.. apa2 nti akan inform pd semua.. terima kasih krn setia menanti HM.. ;)

      Padam