Khamis, 1 Mac 2012

Sedikit Sedutan Dari Hatimu Milikku


Fatin Nabilla merentap kasar lengan Aisya dan membuatkan Aisya terjelepuk ke lantai. Sejak seminggu yang lalu dia tidak putus-putus memerhatikan Aisya. Dan hari ini dia berpeluang mendekati Aisya, itu pun kebetulan bodyguard yang diupah oleh Tengku Azman tiada di sisi Aisya dan sedang menjaga Tengku Hariz. Dia pasti Aisya sudah menceritakan perkara sebenarnya kepada Tengku Azman, jika tidak mustahil Tengku Azman akan mengupah bodyguard untuk menemani Aisya dan Tengku Hariz.
“Aduh!!” rintih Aisya perlahan sambil meraba-raba punggungnya yang terasa kebas dan sakit.
“Kau penipu!! Kau tak guna Aisya!! Kau melawan aku nampaknya Aisya!!” marah Fatin Nabilla sambil menunjal-nunjal kepala Aisya. Marahnya meluap-luap apabila Aisya tidak ambil peduli tentang ugutannya dulu.
Aisya cuba menepis, namun tenaganya tidak mampu untuk berbuat begitu. Kepalanya benar-benar terasa sakit. Dia membiarkan sahaja kepalanya ditunjal-tunjal oleh Fatin Nabilla. Melempiaskan segala kemarahan yang telah terbuku sekian lama.
“Apa yang kau nak Fatin?” Aisya memberanikan diri untuk bertanya. Wajah tegang Fatin Nabilla ditatap.
“Aku nak kau tinggalkan Hariz!” tempelak Fatin Nabilla.
Aisya mendengus geram. Dia cuba untuk bangun namun kepalanya terasa berat.
“Sudah-sudahlah Fatin. Buat apa kau nak seksakan diri kau sendiri semata-mata kerana seorang lelaki. Takkan kau nak sia-siakan masa depan kau tu. Kalau Hariz buat police report, dah lama kau masuk penjara,’’ nasihat Aisya dan berharap Fatin Nabilla mendengar nasihatnya itu.
Fatin Nabilla mencebik. Nasihat Aisya dianggap seperti angin lalu sahaja.
“Kau jangan nak nasihatkan aku, Aisya. Selagi aku tak dapat Hariz, kau takkan dapat dia, kau faham tak!!” bentak Fatin Nabilla. Tangannya dikepal erat menahan kemarahan. Jika diikutkan hati, mahu saja dia menumbuk Aisya ketika itu.
Aisya mengeluh berat. Dengan sokongan dinding, dia cuba untuk bangun. Kepalanya benar-benar terasa berat. Bagaikan batu konkrit sedang menghempap kepalanya itu.
“Kalau kau nakkan dia, kau ambil ajelah. Aku dah tak heran. Lagipun aku malas nak gaduh-gaduh disebabkan dia lagi. Hebat sangat ke Tengku Hariz tu. Menyusahkan lagi, adalah!” provok Aisya. Sengaja membuatkan Fatin Nabilla terfikir-fikir. Dia sudah tidak larat untuk hadapinya. Bilalah dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa?
“Aku dah penat Fatin. Penat nak hadapinya lagi. Bagilah aku bernafas walau sesaat tanpa mendengar nama Tengku Hariz. Kalau kau betul-betul sayangkan dia, kau berusahalah untuk mendapatkannya. Aku sanggup lepaskan dia demi kau Fatin, jika dengan cara ini dapat menjauhkan diri aku darinya.” Selepas menuturkan kata-kata itu, dunianya gelap dengan tiba-tiba dan akhirnya dia terjelepuk ke lantai semula.

Hope dapat lepaskan rindu anda semua pada HM...  
(^_^)

12 ulasan:

  1. Kak eliza,bila novel ni akan kuar,tak sabar lah...rindu betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. x tau ar bila keluarnya.. x dpt hint dr KN lg.. huhu...

      Padam
  2. thanks akak....suka2...
    dh brapa kali dh khatam HM,,klu dlm bntuk novel maunya dh lunyai...hehehe...lps ni GB plak jd mgsa...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... jgnlah smpe lunyai.. nti akak mskkan part2 dlm GB supaya pembaca x lupa pd GB.. :D

      Padam
  3. Alaaa.....sweetnyaaa.... Hilanggg sikit rindu... Thank you ye Elza...

    BalasPadam
    Balasan
    1. almost welcome Aziela.. nti sy mskkn skt2 part dlm GB pula.. :D

      Padam
  4. best.hehe ni sapa plk la ni.takpe2 nti sy beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik Yong.. kan Fatin Nabilla 2.. maklumlah dh lama x update HM.. hilang sudahhhh ttg HM ya.. huhuh.. :D

      Padam
  5. adessss... HM ... bila nk kuar nih... rindu giler ngn diorg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-ALLAH, dlm ms terdekat ni.. tggu ya... :)

      Padam
  6. have read,,hehe..

    BalasPadam