Jumaat, 20 Disember 2013

Sayang Awak, Mr. Bear a.k.a Suara Cinta



Assalamualaikum dan selamat petang.

Lama sungguh saya tak update cerita baru. InsyaAllah, tahun hadapan dan kalau tak ada halangan, saya update cerita baru.

Untuk makluman semua, karya saya yang ke 4 bakal berada di pasaran. Masih ingat lagi dengan kisah Edzuary Safuan dan Nur Edleen? Alhamdulillah, kisah mereka berjaya ke versi cetak dan bakal berada di pasaran pada bulan Februari 2014. Semoga naskah kali ini tidak mengecewakan dan sebarang kekurangan yang ada… mohon dimaafkan.

Di bawah ini cover Sayang Awak, Mr. Bear a.k.a Suara Cinta.







Dan Sinopsis SAMB..


Kerana satu peristiwa, Edzuary Safuan dan Nur Edleen hidup dalam dunia ciptaan mereka sendiri.

Bagi Edzuary Safuan, Hidayah adalah segala-gala dalam hidupnya. Hidayah merupakan wanita pertama dan terakhir yang bertakhta di hati.

Bagi Nur Edleen pula, nekadnya hanya satu. Mencari kebenaran tentang peristiwa itu. Tersentap hati Nur Edleen tatkala mengetahui kebenarannya. Perlukah dia berterus-terang perkara yang sebenarnya? Adakah dia dapat menerima insan yang telah memberi sinar baru dalam hidupnya itu? Bagaimana pula dengan Edzuary Safuan? Adakah Edzuary Safuan turut mencari kebenarannya?


“Tak mungkin perempuan lain dapat menggantikan Hidayah dalam hati Ary, mama.”
– Edzuary Safuan


“Kak long… kenapa susah sangat angah nak bahagia? Adakah disebabkan angah penyebab kematian seseorang maka angah dihukum sehebat ini?”
– Nur Edleen


“Syukur alhamdulillah, kalau abang bahagia. Dayah tumpang bahagia juga.”
- Hidayah


Jangan lupa dapatkan SAMB di pasaran pada Februari 2014 nanti.
^___^




4 ulasan:

  1. Tahniah dik.... Akak pasti grab segera nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak.. hope ia tdk mengecewakan jg.. :)

      Padam
    2. Terima kasih baby mio.. :)

      Padam