Assalamualaikum,
Alhamdulillah, karya saya yang ke 12 sudah pun terbit pada bulan Februari di bawah Karnadya Publishing. Pada yang pernah membaca kisah Nurin Natasya dan Farid Aiman, boleh baca sambungan kisah mereka dalam versi cetak. Cerita ni sudah lama saya up di blog dan di Portal Ilham pada tahun 2018.
Hanya
kerana gambar aibnya bersama dengan seorang lelaki, Nurin Natasya diceraikan
pada malam dia dinikahkan. Dia dihina, dituduh sebagai pelacur dan hampir
dirogol. Akibat dari kejadian itu, Encik Nazaruddin meninggal dunia dan Puan
Noraishah membencinya.
“Kalau bukan disebabkan dia, abang tak
akan pergi dulu daripada Nora. Nora benci dengan dia.” - Puan Noraishah
Selama
5 tahun Nurin Natasya menyimpan perasaan dendam. Orang yang bertanggungjawab
dalam kejadian itu perlu dicari dan dihukum. Pertemuan dengan Farid Aiman
menjadi titik permulaan kepada matlamatnya. Amir Hakim, ayah Farid Aiman penyebab
kepada kesemua yang terjadi pada dirinya.
“Pandai kau berlakon. Kau ingat aku tak
kenal siapa diri kau yang sebenarnya?” - Nurin Natasya
Bagi
Farid Aiman, pertemuan dengan Nurin Natasya membuatkan hidupnya tidak tenang.
Gadis itu sukar untuk didekati dan seorang yang perahsia. Demi untuk mengenali
siapa Nurin Natasya, Farid Aiman mengatur rancangan.
“Kenapa sukar untuk aku dekati kau,
Nurin. Rahsia apa yang kau sembunyikan selama ini?” - Farid Aiman
Berkahwin
dengan Farid Aiman bukanlah keinginan Nurin Natasya. Demi untuk membalas
perbuatan sekaligus menjatuhkan Amir Hakim, dia terpaksa menerima perkahwinan
itu. Hanya dengan mempergunakan Farid Aiman, mudah untuk dia membalas dendam.
Berjayakah
Nurin Natasya membalas dendam? Rancangan apa yang diaturkan oleh Farid Aiman
demi untuk mengenali Nurin Natasya? Siapa pula lelaki di dalam gambar yang
telah memusnahkan hidup Nurin Natasya?
****************************************************************
Pada yang berminat, boleh dapatkan HATE OR LOVE YOU di Karnadya Publishing. Boleh juga dapatkan di Shopee dan Lazada. Tengah ada promosi.
Akhir kata, terima kasih pada yang menyokong serta membaca. Tanpa anda semua, siapalah saya ketika ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan