Assalamualaikum dan
salam sejahtera,
Alhamdulillah, karya saya yang ke 13 sudah pun terbit dalam bentuk Ebook. Pada yang pernah membaca kisah Ziqri, Rafiq dan Dalia, boleh baca sambungan kisah mereka dalam bentuk electronik book.
Pada yang belum
pernah membaca kisah mereka, boleh baca di dalam blog BKHM atau di link bawah ini. 👇👇👇
*******************************************************
BLURB TIADA DIRIMU
Hanya kerana satu insiden, Dalia dan Shafiq terpaksa hidup dalam pelarian. Shafiq
sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri demi keselamatan Dalia. Selama 2 tahun Shafiq memegang rahsia. Jika dengan rahsia itu
membuatkan dia menerima segala cemuhan dan pukulan, dia sanggup demi adiknya, Dalia.
“Maafkan aku, Dalia. Bukan niat aku nak rahsiakan daripada kau. Ada baiknya kau tak tahu siapa mereka tu semua.” – Shafiq Akmal
Shafiq dan Dalia
kemudiannya dipertemukan dengan Rafiq Adam. Pertemuan itu
berlarutan sehingga membawa kepada satu perhubungan yang mesra dan istimewa.
Rasa sayang dan kasih kepada Rafiq berputik dalam hati tanpa Dalia sedari.
Namun dia sedar, siapalah dia untuk memasang impian bersama dengan Rafiq. Dia
hanya seorang gadis selekeh yang dipandang sebelah mata oleh Rafiq.
“Kau kena cermin diri kau tu dulu,
Dalia. Kau tu siapa? Dia tu siapa? Mana nak sepadan.” – Dalia Imani
Kehadiran Dalia di syarikat tidak disenangi oleh Ziqri Arif. Dia turut
berpakat dengan Azie yang sememangnya tidak menyukai kehadiran Dalia di
syarikat itu. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka berdua
demi untuk menyingkirkan Dalia dari syarikat.
“Lepas ni kau jangan nak main-main dengan aku, Dalia. Aku boleh
buat kau berhenti daripada syarikat ni. Ini amaran aku buat kau.” – Azie
Sikap ambil berat Rafiq terhadap Dalia menambahkan lagi kebencian Ziqri terhadap gadis itu. Tatkala dia
mengetahui tentang perasaan Dalia terhadap Rafiq, dia memasang rancangan.
Baginya, Rafiq tidak layak untuk bahagia setelah apa yang dilakukan oleh Rafiq
terhadapnya pada 2 tahun yang lepas.
“Aku tak akan mengaku kalah, Raf. Aku akan pastikan orang yang kau
sayang pergi tinggalkan kau. Aku akan balas
dendam atas apa yang telah kau lakukan pada aku dahulu.” – Ziqri Arif
Peristiwa yang
berlaku kepada Shafiq menyebabkan Dalia berputus asa. Demi sebuah rahsia dan
kebenaran memaksa Dalia untuk menerima tawaran Ziqri. Hanya dengan bantuan
Ziqri, dia dapat menyelesaikan masalah yang sekian lama menghantui hidupnya dan
Shafiq.
Tawaran apa yang
ditawarkan oleh Ziqri kepada Dalia? Rahsia apa yang disembunyikan oleh Shafiq
selama 2 tahun? Apa yang telah dilakukan oleh Rafiq sehingga menyebabkan Ziqri
berdendam?
Pada yang berminat, boleh dapatkan TIADA DIRIMU di Shopee atau direct melalui Facebook saya. Sekarang ada harga promosi.
Akhir kata,
terima kasih pada yang menyokong serta membaca karya-karya saya selama ini. Tanpa
anda semua, siapalah saya ketika ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan