Sabtu, 21 April 2012

Kerinduan saya pada Hatimu Milikku


Betapa rindunya sy pd Tengku Hariz Iskandar & Aisya Lyana Sofea.. so, sy post part terakhir buat anda semua sblm anda semua dpt peluk n cium mereka.... erk, peluk n cium.. hehehe.. semoga kerinduan anda semua pd TH & Aisya terlerai sudah... huaargghhhh... rindu sgt2.. ;(


“Mak… janganlah risau. Aisya tak ada apa-apa. Aisya masih kuat untuk hadapinya.” Hanya itu yang mampu diperkatakan oleh Aisya sebagai jaminan buat Puan Suhaila. Seketika itu, dia meraih tangan Puan Suhaila dan menggenggamnya erat. Cuba menyalurkan keyakinan kepada Puan Suhaila.
Puan Suhaila mengangguk faham. Jika dia meneruskan perbualan itu, sudah pastilah hati Aisya akan terguris dan akan membuatkan Aisya teringat akan peristiwa lama.
“Mak ingat nak buat kenduri arwah abah dan Danish hujung minggu ni kat kampung,” beritahu Puan Suhaila sambil bangun dari duduknya. “Mak pun dah bagitau pada Syikin suruh balik kampung hujung minggu ni,” sambung Puan Suhaila lagi.
Aisya tersentak. Dia hampir terlupa akan peristiwa itu. Hampir sepuluh tahun Tengku Danish Hakim meninggalkannya. Betapa rindunya dia kepada arwah anaknya itu.
“Mak nak ke pasar!” ujar Puan Suhaila lembut. Dia perasaan akan perubahan di wajah Aisya. Mungkin Aisya sedang merindui arwah anaknya.
“Baiklah mak. Mak nak Aisya temankan ke pasar?” pelawa Aisya sebaik dirinya kembali ke alam nyata. Ya Syikin! Sudah terlalu lama dia tidak berjumpa dengan adik bongsunya itu. Semenjak Syikin berkahwin, hanya sekali dua dia berjumpa dengan Syikin. Itupun sewaktu Syikin melahirkan anaknya yang pertama dan kini Syikin disahkan mengandung anak kedua.
“Tak payahlah. Aisya duduk di rumah dan berehat. Mak pergi tak lama, sekejap aje. Lepas beli, mak baliklah,” tegah Puan Suhaila dan menapak masuk ke dalam bilik. Seminit kemudian dia keluar berserta tudung di kepala dan sebuah dompet di tangan.
“Mak pergi dulu!” ujar Puan Suhaila sambil menyarungkan selipar ke kaki.
Aisya sekadar mengangguk. Matanya sahaja yang menghantar pemergian Puan Suhaila sehingga lesap kelibat Puan Suhaila dari pandangan mata.
Aisya menyambung semula kerjanya yang tertangguh akibat berbual bersama Puan Suhaila sebentar tadi. Dia membaca kiriman email yang dihantar oleh Marlisa. Marlisa mengirimkan sebuah fail ‘Jemputan ke majlis pertunangan’. Siapa yang bertunang, dia tidak pasti. Lantas dia menggerakkan tetikus dan memuat turun fail tersebut. Setelah menunggu beberapa saat, fail tersebut berjaya di buka. Bulat matanya melihat nama yang tertera di kad jemputan tersebut.

Jemputan ke majlis pertunangan di antara
Marlisa Binti Effendi dan Tengku Hariz Iskandar Bin Tengku Azman
di kediaman kami……

Sehabis membacanya, tanpa disuruh-suruh, air mata mengalir membasahi pipi. Terasa nafas terhenti buat seketika. Jiwanya benar-benar kosong. Hatinya benar-benar sakit. Perasaannya hancur luluh seperti perang dunia ketiga yang meletus sehingga meninggalkan kesan untuk jangka masa yang panjang. Sampai hati!!
Aisya menyeka air mata. Tiada gunanya untuk menangisi semua itu. Tiada gunanya untuk menyesali dengan apa yang telah terjadi. Yang terjadi tetap akan terjadi. Apa yang perlu dilakukannya, menerima berita itu dengan redha dan ikhlas. Sesungguhnya apa yang berlaku, mungkin ada hikmah yang ALLAH cuba sembunyikan. Lantas dia menekan butang reply dan menaip sesuatu di situ.

 ‘Tahniah aku ucapkan buat kau dan Tengku Hariz. Aku doakan agar kau berbahagia di sampingnya. Jagalah dia elok-elok sepertimana kau menjaga nyawa kau sendiri. Maafkan aku kerana tidak dapat menghadirkan diri ke masjlis pertunangan kau sebab pada hari itu aku akan  menjalani pemeriksaan lanjut di hospital. Sampaikan salam aku pada semua. Aku akan kirimkan hadiah pertunangan kau sedikit masa lagi. I’m happy for you Marlisa!’

Butang send ditekan dan email yang ditulis olehnya sebentar tadi sudah selamat dikirimkan kepada Marlisa. Selepas itu, dia menutup laptop dan diletakkan di atas meja. Dia menyandarkan badan dan memejamkan mata buat seketika. Cuba mengusir perasaan kecewanya. 

Terima kasih kerana menyokong sy selama ini. 


12 ulasan:

  1. ayoyo!!!! Harizzz!!!
    wa!!! rindu gn aisya!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. samalh dgn akak.. rindu bangat..

      Padam
  2. Salam Eliza..tak sabar nk tunggu cerita ni dibukukan..agak2 bila ye boleh peluk Aisya n Tengku Hariz????...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm kak lina..

      Insya-ALLAH, bulan 6 ni HM keluar under KN.. so, blhlah peluk TH & Aisya.. hehe.. :D

      Padam
  3. x sabar nk tunggu novel HM niii... lambat la pulak bulan 6... penantian satu penyeksaan... hehehe..

    sabar3....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. sabar2.. x lama lg, muncullah HM.. terima kasih kerana setia menanti HM... ;)

      Padam
  4. Alamak, is that the last chapter of that HM story line??? .... macam menyedihkan saja .... n I hope it is not kalau tidak saya bakal menangislah nanti macam i habis baca novel Puan Umie Nadzimah - pilihan mama n usai kuterima nikahnya .. Fr Aida Perth

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aida.. lama x npk awk komen.. ingatkan dh x jenguk blog sy.. huhu..

      part ni bkn pengakhiran cerita.. msh jauh lg perjlnan Aisya n TH utk kecapi kebahagiaan mereka.. n semua tu tjwb dlm HM versi cetak nti.. :)

      Padam
  5. Currently I am on leave n balik kampung/bandar (in singapore)since 3rd april sebab tu takes time for me to open up ur blog cause my sis is also using her PC .. sampai sing terus flew to penang for the weekend n to KL on the following weekend (cari new novels/buku) .. sebab tu dah lama tak open ur blog .. don't be khuatir, cause I still follow up ur blog anyway be back to perth on 28 april flight n back to work on following monday ... anyway still waiting ur following n3 on NAZ n hubby punya storylah Fr Aida Perth

    BalasPadam
    Balasan
    1. oic.. rindu bangat nk bc komen dr awak, Aida.. tiap kali n3, tggu jg awak komen.. x jg muncul2.. ms GB, ada jg npk awak komen wlpn x byk ms HM dhulu.. terpkr jg yg awak dh x follow cete sy.. huhuhu.. apa2 pn thanks Aida coz still follow cete2 sy.. jgn lupa dptkan HM nti.. ;)

      Padam
  6. nper bab 30 hngga bab 40 xleh bce?? xdpt nk lps rindu pd TH & AISYA
    bile novel nie di kuarkan di pasaran???

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai dik.. akak terpaksa deletenya.. Insya-ALLAH, HM akn kuar dlm bln 6 ni under KN.. terima kasih krn mbc HM.. ;)

      Padam