“Dah habis makan ke?” tanya Liyana
berbasa basi.
“Hmm…” jawab Amirul pendek.
Kemudian dia mengangkat badan dan bersandar
di kepala katil. Majalah yang dibawa Syakila tadi dicapai lalu dibacanya. Tidak
menghiraukan Liyana yang berada di hadapannya itu.
“Sedap tak Lia masak?”
“Hmm…”
“Esok Lia masak lagi ya.”
“Hmm…”
“Lia teman sampai malam ya.”
“Hmm…”
Hisy dia ni. Hmm… hmm.. jawapan dia.
Tak ada mulut ke nak bersuara. ALLAH tarik kenikmatan tu baru padan muka dia,
geram Liyana di dalam hati. Seminit kemudian, Liyana tersenyum. Akal nakalnya
sedang berlegar-legar di kotak fikirannya waktu ini.
“Err… Syakila dah balik ke?” tanya
Liyana buat-buat bodoh.
“Hmm…” jawab Amirul masih sama.
Okey.. aku nak tengok sejauh mana ‘hmm’
kau tu, bisik Liyana.
“Lia nak pergi Tanjung Karang nak jumpa
Pak Bakar, Mak Khatijah dan Raziff sekali, boleh?” tanya Liyana berserta
senyuman di bibir. Menanti jawapan dari Amirul.
“Hmm…” balas Amirul tanpa menyedari
pertanyaan Liyana itu.
“Okey, Lia nak dating dengan Raziff sekali. Rul tak kesahkan?” tanya Liyana lagi
sengaja menduga perasaan Amirul.
“Hmm…”
Seminit kemudian, Amirul memberhentikan
bacaannya. Raziff? Ulang Amirul di dalam hati. Pantas dia menutup majalah dan
menatap wajah Liyana. Berkerut-kerut dia memandang wajah Liyana yang beriak
selamba.
“Minggu depan Lia nak ke Tanjung
Karang. Rul tak kesahkan,” ulang Liyana pada soalannya tadi.
“Buat apa?” tanya Amirul bernada
curiga.
“Hai! Ada pun suara. Ingatkan tak ada
tadi,” sindir Liyana dan beriak serius.
“Buat apa ke sana?” ulang Amirul pada
soalannya tadi. Tidak mempedulikan dengan sindiran Liyana itu.
“Nak main kat sawah dengan Raziff.
Rindu pulak rasanya nak berkubang kat sawah tu dengan Raziff,” balas Liyana
selamba. Dia menapak menuju ke sofa dan melabuhkan duduk di situ.
“Main kat sawah dengan Raziff?
Berkubang dengan Raziff?” ulang Amirul berserta kerutan di dahi. Ada nada
cemburu dari suaranya itu.
Liyana mengangguk. Majalah di atas meja
dicapai lalu berpura-pura membacanya. Di sebalik wajahnya yang terlindung, dia
mengekek ketawa. Geli hati melihat wajah berkerut Amirul. Sambil-sambil itu
juga dia mengintai Amirul di sebalik majalah. Terkumat-kamit mulut Amirul
dilihatnya. Entah apa yang dibebelkan Amirul ketika itu dia sendiri tidak tahu.
Mungkin sedang menyumpah seranah Raziff kot, fikir Liyana dan ketawa kecil.
Ketawa yang hanya dapat didengarinya sahaja.
“Lia…” seru Amirul lembut.
“Hmm…” balas Liyana keras.
Aik! Balas dendam nampak minah tu.
Hisy, tak boleh jadi ni. Macam mana aku nak larang dia dari pergi ke Tanjung
Karang tu? Mentang-mentanglah tangan dan kaki aku berbalut, sengaja nak ambil
kesempatan, rungut Amirul di dalam hati.
“Kalau Rul tak bagi Lia pergi, Lia nak
pergi juga ke?” tanya Amirul sekadar mencuba.
Liyana menutup majalah dan diletakkan
di atas meja. Matanya dihalakan ke arah Amirul.
“Hmm.. pergi!” jawab Liyana serius.
Amirul menundukkan mukanya. Kecewa
dengan jawapan Liyana. Apalah gunanya untuk menghalang kehendak Liyana lagi.
Jika dihalang, Liyana tetap dengan keputusannya untuk ke Tanjung Karang.
“Tak mengapalah. Lia pergilah. Rul
doakan Lia selamat pergi dan balik,” ujar Amirul perlahan. Bingkas dia
menurunkan kaki kiri ke bawah. Tongkat yang berada di sisi katil di capai dan
cuba untuk berdiri.
“Rul nak ke mana?” tanya Liyana tatkala
menyedari tingkah Amirul. Bingkas dia bangun dan menapak ke katil.
“Nak bawa hati yang terluka dan kecewa
disebabkan Lia,” jawab Amirul selamba dan masih cuba untuk berdiri. Namun tidak
berjaya. Dia memerlukan seseorang untuk membantunya berdiri.
Liyana mencebik mendengar jawapan
Amirul. Nak bawa hati yang terluka dan kecewa konon, ulang Liyana di dalam
hati. Itulah siapa suruh merajuk dan main-mainkan aku. Sekarang siapa yang
menyesal, dia jugakan, kutuk Liyana di dalam hati.
Semoga terlepas rindu anda semua pada Amirul & Liyana...
(^_^)
Alahai... rindunya akak dengan Lia nie... Thanx yer...
BalasPadamalmost welcome kak Aziela.. next month sy n3 sedikit lg ya.. ;)
Padamterima kasih...rindu denagan cite gurauan berkasih...
BalasPadamkalo boleh nak lagi..
sama2.. Insya-ALLAH, next month sy n3 sedikit lg ya.. :)
Padamhehehe...gurauan manja Amirul n Liyana..Best sgt2, sweet tu...
BalasPadamerk, my miss editor.. mcm x bese pulak.. hehe.. :D
Padamterlebih biase kak..tpi, bace bayk2 kali pun still jugak terasa sweet ye..part ni mmg best..hehehe
Padamkihkih.. mana blh lupa.. tmbh2 part kat hospital tu.. lglh.. Amirul comey aje ms tu.. hehe.. :D
PadamAdakh novel ini dh dibukukan? Keluaran mana yer? Byk bab yg xleh dibaca......
BalasPadamAyu Salina..
PadamInsya-Allah, akn keluar hjg thn ni under Kaki Novel.. nti sy war2kan..
Sy hanya dpt baca sampai bab 20 jer. Tergantung kisah ni.....
BalasPadamAyu Salina..
PadamMaaf, selbhnya sy dh delete.. Insya-Allah, GB akn keluar dlm versi cetak hjg thn ni.. :)