Sedikit teaser bab 41
Nur Ain mengerling wajah tegang Hazrel
buat seketika. Kecut perutnya melihat wajah tegang itu. Adakah disebabkan
perkara tadi, Hazrel beriak begitu? Bukankah Hazrel merajuk dengannya sebentar
tadi. Disebabkan itulah dia membawa haluan sendiri. Sekadar memberi ruang pada
Hazrel mententeramkan hati dan perasaan. Sungguh Nur Ain tidak menyangka
tindakannya tadi menimbulkan kemarahan Hazrel. Apa yang perlu dilakukan Nur Ain
ketika ini? Perlukah Nur Ain memujuk Hazrel?
“Abang,” panggil Nur Ain perlahan.
“Hmm…” balas Hazrel.
“Abang marah ke?”
“Marah!”
Nur Ain menelan liur. Kelat dirasakan
ketika ini.
“Siapa tadi?” tanya Hazrel sekadar
ingin tahu.
“Siapa?” ulang Nur Ain berkerut. “Oh,
yang tadi tu ke? Itu kawan baik Ain, satu kampung dengan Ain. Nama dia
Haslinda,” beritahu Nur Ain jujur.
Hazrel mengangguk. Otaknya ligat
memutarkan semula pertemuannya dengan Haslinda. Apa yang membuatkan Hazrel
pelik, pandangan Haslinda terhadapnya tadi.
“Abang marah lagi ke? Bukan niat Ain
nak risaukan abang,” ucap Nur Ain pula.
“Bukan niat ke tu?” balas Hazrel sinis.
“Ain… Ain… abang yang merajuk siapa
suruh,” bidas Nur Ain laju.
“Oh nak salahkan abanglah ni,” kata
Hazrel dan menoleh sekilas ke arah Nur Ain.
“Tak… tak… bukan maksud Ain macam tu.”
“Dah tahu abang merajuk, kenapa tak
pujuk?”
Nur Ain menoleh. Berkerut dahinya
melihat wajah tenang Hazrel. Seminit kemudian, dia mengangguk faham. Mengerti
akan kata-kata Hazrel. Tanpa membuang masa, diangkat tubuhnya menghampiri
Hazrel. Kucupan kasih dihadiahkan pada Hazrel.
“Merajuk lagi tak?” tanya Nur Ain dan
tersenyum.
Hazrel menyimpan senyuman di dalam
hati. Ternyata Nur Ain pandai memujuknya. Jika selama ini Nur Ain banyak merajuk
dengannya, apa salahnya dia pula yang merajuk. Sekurang-kurangnya dapatlah dia
bermanja dengan Nur Ain.
“Merajuk lagi tak?” ulang Nur Ain dan
menatap wajah Hazrel.
“Lagi satu!” arah Hazrel.
Nur Ain menghela nafas lembut. Diangkat
tubuhnya sekali lagi dan mengucup pipi Hazrel. Dia tersenyum melihat rona merah
di pipi Hazrel.
“Merajuk lagi tak?” tanya Nur Ain buat
kali yang ketiga.
Hazrel mengangguk. Matanya masih lagi
lurus ke hadapan.
“Abang nak suruh Ain buat apa lagi? Kan
Ain dah minta maaf dengan abang. Ain dah mengaku salah Ain,” ujar Nur Ain
lemah.
“Kalau Ain cium abang lagi satu, baru
abang tak merajuk dengan Ain. Abang maafkan Ain,” kata Hazrel dan tersenyum.
“Ha… kan Ain dah cium abang dua kali.
Takkan…”
“Kalau macam tu, abang tak nak maafkan
Ain,” pintas Hazrel bernada ugutan.
“Tak acilah abang ni, main ugut-ugut
dengan Ain,” rungut Nur Ain.
Dalam keterpaksaan, diangkat juga
tubuhnya dan menghampiri wajah Hazrel. Belum sempat bibirnya mendarat ke pipi
Hazrel, bibir Hazrel sudah pun mendarat di bibirnya. Terkejut dirasakan ketika
itu. Tidak menyangka dengan tindakan Hazrel. Begitu pantas Hazrel melakukannya.
Mujurlah jalan yang dilalui mereka, kurang dengan kenderaan. Jika tidak mahu
berlanggar mereka dengan kenderaan lain.
“Abang tipu!” geram Nur Ain dan
menundukkan wajah.
Hazrel meledakkan ketawa. Geli hati
mendengar kemarahan Nur Ain.
“Abang!” panggil Nur Ain sedikit
menekan.
“Okey… okey… abang minta maaf. Jangan
marah ya sayang,” pujuk Hazrel seraya menarik tangan Nur Ain. Digenggam erat tangan
itu.
“Nak marah juga!”
“Marah? Nak abang cium tak baru sayang tak marah,” sakat
Hazrel dan tersengih.
“Tak… tak marah dah,” sambil menekup
mulut. “Abang kata papa nak datang malam ni, jadi ke?” tanya Nur Ain.
Ada baiknya dia menukar topik
perbualan. Tidak mahu terus-terusan membincangkan tentang itu lagi. Malu
dirasakan waktu ini.
“Jadi, kenapa?”
“Ain nak masak sedap-sedap untuk papa.
Abang ada beli tak barang yang Ain pesan tadi?” tanya Nur Ain.
“Barang? Barang apa?” tanya Hazrel
pula.
“Barang untuk masaklah!”
“Oh, ada. Ingatkan barang apa tadi,”
sahut Hazrel. Seminit kemudian, dahinya berkerut. “Sayang suruh abang beli apa
tadi?” tanyanya. “Ya ALLAH, abang tertinggal barang-barang tu semua kat troli.
Abang lupa nak masukkannya ke dalam bonet,” tambah Hazrel dan menepuk dahi.
Terjegil mata Nur Ain mendengarnya.
Pecah ketawanya dengan tiba-tiba. Gelengan kecil diberikan pada Hazrel.
“Macam orang tua!” komen Nur Ain dan
masih ketawa.
Hazrel turut sama tertawa. Geli hati
dengan apa yang terjadi. Jauh di sudut hati, dia merasa gembira dan bahagia
tatkala berada di sisi Nur Ain. Semoga hubungan mereka kekal ke akhir hayat
nanti.
p/s : hope dpt lpskan rindu anda semua pd HH & NAZ...
bl nk n3?? harap semuanya bersabar...
sy akn post teaser setiap bab dlm group fb sy shj slps ini...
terima kasih krn membc kisah HH & NAZ..
chaiyokkk!!
(^___^)
xpuas bce sbb xpnjg cam bese...huhuhu
BalasPadamhehe... sabar ya.. smbgnya akn dmskkan x lama lg.. ^_^
Padamnovel nie dah terbit belum?nak beli nie..
PadamInsyaAllah, tak lama lg AJID akn terbit.. apa2 nti sy inform..
Padama'ah, x puas bce..tpi nseb baek terubat skit rindu kat cter nie..hehe..
BalasPadamnie kena add cik writer cepat2 kat fb...bole fllow cter nie skit2..hehe
hehe.. Insya-ALLAH, bl semuanya dh ok, sy n3kan balik.. sabar menanti ya.. ^_^
PadamWah...dah ada teaser... Eh...ya lah Eliza tk puas akak bca..pendek sngt... Ooo..dh pasti kwan Ain tu trkjut dia sangka Hazrul....heheee...
BalasPadamhehe.. pandai akak teka.. sy bg 100 markah.. nti sy masukkannya ya.. sabar menanti.. ^_^
Padamwah... bestny... tapi pndek sgt.. x puas nk bce...
BalasPadammy dear ieysha.. nti akk n3kannya ya.. sabar menanti.. ^_^
Padamalahai...sweet giler ar...
BalasPadamhazrel n ain mmg sweet cauple...
hehe.. btl2.. bertmbh romantiklah papa HH tu kan?? >_<
PadamSalam Eliza..terus terang cakap memang rasa semacam bila tak baca AJID..(cewah ayat..) hihihi rasa macam kalau boleh nak AJID terus dibukukan..tak sabar nak beli baru puas hati ni....hihihi..tapi.. dapat baca teaser pun jadilah..lepas gak windu kat HH n NAZ..hihihi..
BalasPadamwslm kak lina..
Padamsy pn rindu nk bc komen dr akak.. Insya-ALLAH, klu ada rezeki AJID utk dibukukan.. adlh nti n kena byk bersabar.. thanks a lot kak lina.. ^_^
Alahai.....merajuk mcm tu, cium sikit terus baik...senangnyaaa.... Untunglah NAZ dapat Hazrel jadi somi. Takut menanti konflik bila DS tau nanti
BalasPadamhehe.. x leh minta lbh2.. nti mama NAZ lak yg merajuk.. ssh papa HH nk pujuknya.. hihihi.. ^_^
Padamsaya tahu cerita nie baru jer hari nie ... sayang x tau awal2 dulu .... macam mana saya nak dapatkan cerita AJID nie ... dah dibukukan ker sbb kat blog n facebook xder full bab .... ada pergi kedai buku td time lunch tp xjumpa pun...
BalasPadamterima kasih aida_burn coz sudi singgah dan membaca AJID.. sbnrnya AJID ni dh lama sy n3 dan dh dhbskan di group fb sy dlm bln 7 hari tu.. sy pernah n3 semula full AJID dr bab prolog hingga epilog.. memberi peluang pd readers utk membacanya pd yg tak sempat membacanya sblm ini..
PadamInsya-Allah, kalau ada rezeki AJID utk dibukukan, adalah nanti.. terima kasih dan terharu sy bl aida mencari AJID di kedai buku..
Maaf sekali lg dr sy..
suka sangat novel ni :)
BalasPadamsaya doakan novel ni cepat diterbitkan ....Amin...
Amin..
Padamterima kasih utk doanya.. InsyaAllah, ada rezeki.. adalah AJID versi cetak dlm thn ni..
terima kasih jg coz sukakan AJID.. :)
bla n0vel nie nk kuar?x sbar nk bli..best sgt..:-):-)<3<3<3
BalasPadamInsyaAllah.. manuskrip AJID dh lulus.. cuma tggu turn utk terbit saja.. klu ada nti.. sy akan war2kan dlm blog..
Padamterima kasih coz sukakan AJID. :)