BAB
48
Deringan telefon menyentak lamunan Nur
Ain. Bingkas dia bangun dan mencapai telefon bimbit di atas meja di sisi sofa.
Butang hijau ditekan dan dilekapkan ke telinga, menanti sapaan dari hujung
talian.
“Apa khabar Nur Ain?” tanya suara di
hujung talian.
Terkedu Nur Ain buat seketika. Belum
pernah lagi dia mendengar suara tersebut. Dihalakan telefon ke hadapan dan
melihat nombor yang tertera di screen
telefon. Hatinya tertanya-tanya akan nombor tersebut.
“Siapa ni?” tanya Nur Ain sebaik sahaja
telefon kembali ke telinganya.
“Siapa aku, kau tak perlu tahu. Aku nak
bagitau kau, semua rahsia kau ada dalam poket aku. Gambar, kes fitnah kau dan
Hazrul, semuanya aku tahu. Aku nak ingatkan kau, jangan cuba nak bertindak
lebih, kalau tidak, aku tak teragak-agak untuk hapuskan kau dari muka bumi ni,”
balas suara itu bernada ugutan.
Terkejut Nur Ain mendengarnya.
Jantungnya sudah berlari laju. Siapa di hujung talian yang mengugutnya itu? Apa
kena-mengena dirinya dengan suara tersebut?
“Aaa… aaa… awak siapa?” ulang Nur Ain
terketar-ketar. Dahinya sudah dibasahi peluh. Hatinya menjadi tidak keruan
ketika ini.
“Kan aku dah kata tadi, kau tak perlu
tahu siapa aku. Yang pasti, aku sedang perhatikan kau dan kau jangan cuba nak
berlagak pandai,” kata suara itu dan tertawa.
Nur Ain melangkah menghampiri jendela.
Matanya mengintai ke luar jendela. Berkerut dahinya tatkala melihat kelibat
yang sedang berdiri di sebelah sepohon pokok. Semakin laju jantungnya mengepam.
Siapakah gerangan yang sedang memerhatikannya itu?
“Kau dah nampak aku kan? So, ingat pesanan aku tadi,” sambung
suara itu dan mematikan talian.
Nur Ain hanya mendengar. Ketakutan
menguasai dirinya ketika ini. Perlukah dia memberitahu Hazrel akan perkara ini?
Jika diberitahu, adakah Hazrel akan mempercayainya? Selama seminggu Hazrel
seakan meminggirkan dirinya dan tingkah Hazrel turut menggores hatinya juga.
“Mak!” jerit Nur Ain sebaik sahaja
menyedari bahunya disentuh seseorang.
BAB
49
Eddie menghela nafas lembut. Wajah
Hazrel yang beriak curiga diperhatikan. Matanya melilau pula mencari kelibat
Nur Ain. Ke mana Nur Ain pergi? Bukan ke tadi Nur Ain ada bersama mereka di
ruang tamu.
“Ain mana?” Terluah juga pertanyaan itu
dari bibir Eddie.
Hazrel dan Humaira serentak menoleh.
Ternyata Nur Ain tiada di sisi mereka.
“Ain!” panggil Hazrel.
“Mungkin ada kat biliknya Haz,” duga
Humaira.
Hazrel mengangguk. Bingkas dia bangun
dari duduk dan menapak masuk ke bilik Nur Ain. Pintu bilik dikuak perlahan.
Dilihatnya Nur Ain sedang berbaring di atas katil.
“Sayang!” panggil Hazrel lembut.
Nur Ain yang mendengar hanya membisu.
Rasa di hati masih lagi bersisa. Tatkala menyedari mereka bertiga rancak
berbual, dia segera masuk ke dalam bilik dan kebetulan telefon bimbitnya
berbunyi nyaring dan minta diangkat. Adakah disebabkan keadaannya yang
mengandung maka dia cepat berasa sensitif?
“Sayang, kenapa ni?” tanya Hazrel pula.
Dilabuhkan duduk di sisi Nur Ain yang
sedang berbaring. Wajah Nur Ain ditenung sayang. Keruh dilihatnya wajah itu.
Kenapa Nur Ain beriak begitu? Adakah disebabkan tegurannya tadi membuatkan
isterinya itu beriak begitu?
“Sayang marah kat abang ke?” tanya Hazrel
masih mencuba.
Nur Ain sekadar menggeleng.
“Habis tu, kenapa senyap aje bila abang
panggil. Kalau sayang marah sebab abang tegur sayang tadi, abang minta maaf.
Sayang kan tahu abang risaukan sayang, tambah-tambah dalam keadaan sayang macam
ni,” luah Hazrel seraya menarik tangan Nur Ain.
Nur Ain membiarkannya sahaja. Bukan
sahaja hatinya terasa, tetapi panggilan yang baru diterimanya turut menambah
rasa di hati.
“Sayang, janganlah macam ni,” pinta
Hazrel bernada sebak.
Nur Ain yang mendengar, bingkas bangun
dari pembaringan. Wajah Hazrel ditenung sayang. Perlukah dia memberitahu Hazrel
tentang panggilan tersebut?
“Abang…”
Sukar untuknya berkata-kata. Nafas
ditarik dan melepaskannya lembut. Dia memerlukan kekuatan untuk memberitahu
Hazrel perkara sebenarnya.
“Ada apa sayang?” Lembut Hazrel
bertanya. Matanya tertancap ke muka isteri tersayang.
“Ain dapat panggilan lagi. Dia suruh
Ain tinggalkan abang. Kalau Ain tak tinggalkan abang, dia ugut nak cederakan
Ain,” beritahu Nur Ain jujur.
Berkerut Hazrel mendengarnya. Siapa
‘dia’ yang dimaksudkan Nur Ain itu?
“Siapa ‘dia’? Lelaki ke perempuan?”
tanya Hazrel.
“Lelaki!”
klu nk join group mcmne
BalasPadamklik kat group fb sblh kanan.. :)
PadamXde pun link group. Camne nak join? Nak baca ajid
PadamXde pun link group. Camne nak join? Nak baca ajid
PadamMaaf dik. Group dah delete. Btw, AJID dah lama keluar dlm versi cetak under Buku Prima. Tajuk dah tukar kpd Dulu Benci, Sekarang Suka.
PadamErks.. Sapa plak dah?? Aii musykil ni.. Ain knal ke x?
BalasPadamKak, citer ni genre romanntik ka misterri nih.. Hehe
Saya. Diselubungii misteri nihh
romantik plus misteri.. hehe.. kat group dh ada bab 47 & 48.. leh layan kat dlm group.. :)
Padamwah kuar teaser j..huwahuwahuwa
BalasPadamerk, lieyna.. kan dh bc dh td.. full bab 49.. next week ya.. hehehe.. :)
PadamKAK novel ini kat e-novel jer kat...
BalasPadamx publish ker
Hai adik..
PadamAJID msh dlm penilaian penerbit.. In shaa Allah, kalau ada rezeki AJID.. adik akn jmpe AJID dlm versi cetak nanti..