Jumaat, 8 Jun 2012

Aku Juga Ingin Dicintai - Teaser Bab 47


“Siapa yang datang malam-malam buta ni?” tanya Nur Ain pada dirinya sendiri.
Matanya dikerling ke arah jam di dinding. Masa sudah menginjak ke angka sepuluh malam. Mungkinkah Hazrel yang pulang dari berjumpa dengan Izzuddin. Tetapi, kenapa perlu menekan loceng rumah? Hati Nur Ain tertanya-tanya dan  kurang enak dirasakan ketika ini.
“Mungkin abang terlupa nak bawa kunci kot,” duga Nur Ain seraya melangkah ke pintu utama. Dibuka dan mengintai dari jauh akan gerangan yang datang ke rumahnya itu.
“Datin Salina!”
Terpacul nama itu di bibir Nur Ain. Jantungnya berdegup dengan pantas. Dahinya berpeluh dengan tiba-tiba. Kenapa Datin Salina datang ke rumahnya malam-malam begini? Adakah Datin Salina ingin menyerangnya?
Tanpa berlengah Nur Ain mengatur langkah menuju ke pagar rumah. Sebuah senyuman dihadiahkan buat Datin Salina.
“Hazrel mana?” tanya Datin Salina kasar sebaik sahaja Nur Ain menghampiri.
“Abang keluar jumpa Izzuddin,” jawab Nur Ain perlahan.
“Kau tak nak bagi aku masuk ke? Kau tahu tak sejuk kat luar ni,” kata Datin Salina dan mendengus kasar.
Nur Ain hanya membatu. Matanya menatap wajah tegang Datin Salina. Hatinya berkira-kira untuk membenarkan Datin Salina masuk ke dalam rumah.
“Kenapa? Kau takut aku apa-apa kan kau ke?” duga Datin Salina melihatkan wajah Nur Ain yang beriak curiga.
Nur Ain menggelengkan kepala. Lantas tangannya menekan remote pintu pagar dan membenarkan Datin Salina masuk ke dalam rumah.
“Jemput masuk Datin!” pelawa Nur Ain ramah.


8 ulasan:

  1. mahanum abu bakar8 Jun 2012 4:54 PTG

    fuhh...nsib baik dah join lama dah group hatimu milikku...blh lah lyn AJID shingga pnamat...hehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. ye2.. adik dh lama join.. :)

      Padam
  2. group apaan sih. waduh2. bagi clue skit ek ape yg kena wat untuk masuk in de group maah. makasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat sebelah kanan ada group fb sy.. just klik kat ctu utk join group tu.. nti sy add msk.. :)

      Padam
  3. salam akak sya bru join akak pnya grup fb..akak approve k.

    BalasPadam
  4. kak sy cik mok teddy di fb da request, approved yaa.. tak saba nk bce AJID nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. err.. request?? jap, akak tgk.. btw, AJID dh keluar dlm versi cetak under Buku Prima.. tajuknya Dulu Benci, Sekarang Suka - Rose Eliza.

      Padam