“Siapa yang datang malam-malam buta
ni?” tanya Nur Ain pada dirinya sendiri.
Matanya dikerling ke arah jam di
dinding. Masa sudah menginjak ke angka sepuluh malam. Mungkinkah Hazrel yang
pulang dari berjumpa dengan Izzuddin. Tetapi, kenapa perlu menekan loceng
rumah? Hati Nur Ain tertanya-tanya dan
kurang enak dirasakan ketika ini.
“Mungkin abang terlupa nak bawa kunci
kot,” duga Nur Ain seraya melangkah ke pintu utama. Dibuka dan mengintai dari
jauh akan gerangan yang datang ke rumahnya itu.
“Datin Salina!”
Terpacul nama itu di bibir Nur Ain.
Jantungnya berdegup dengan pantas. Dahinya berpeluh dengan tiba-tiba. Kenapa
Datin Salina datang ke rumahnya malam-malam begini? Adakah Datin Salina ingin
menyerangnya?
Tanpa berlengah Nur Ain mengatur
langkah menuju ke pagar rumah. Sebuah senyuman dihadiahkan buat Datin Salina.
“Hazrel mana?” tanya Datin Salina kasar
sebaik sahaja Nur Ain menghampiri.
“Abang keluar jumpa Izzuddin,” jawab
Nur Ain perlahan.
“Kau tak nak bagi aku masuk ke? Kau
tahu tak sejuk kat luar ni,” kata Datin Salina dan mendengus kasar.
Nur Ain hanya membatu. Matanya menatap
wajah tegang Datin Salina. Hatinya berkira-kira untuk membenarkan Datin Salina
masuk ke dalam rumah.
“Kenapa? Kau takut aku apa-apa kan kau
ke?” duga Datin Salina melihatkan wajah Nur Ain yang beriak curiga.
Nur Ain menggelengkan kepala. Lantas
tangannya menekan remote pintu pagar
dan membenarkan Datin Salina masuk ke dalam rumah.
“Jemput masuk Datin!” pelawa Nur Ain
ramah.
fuhh...nsib baik dah join lama dah group hatimu milikku...blh lah lyn AJID shingga pnamat...hehhehe
BalasPadamhehe.. ye2.. adik dh lama join.. :)
Padamgroup apaan sih. waduh2. bagi clue skit ek ape yg kena wat untuk masuk in de group maah. makasih
BalasPadamkat sebelah kanan ada group fb sy.. just klik kat ctu utk join group tu.. nti sy add msk.. :)
Padamsalam akak sya bru join akak pnya grup fb..akak approve k.
BalasPadamWslm.. ok, akak dh approved
Padamkak sy cik mok teddy di fb da request, approved yaa.. tak saba nk bce AJID nih..
BalasPadamerr.. request?? jap, akak tgk.. btw, AJID dh keluar dlm versi cetak under Buku Prima.. tajuknya Dulu Benci, Sekarang Suka - Rose Eliza.
Padam