Sabtu, 21 Januari 2012

Aisya cemburu??

Jom kita tgk macam mana Aisya cemburu...   ;)


Tengku Hariz menyandarkan badan di kepala katil. Sedari tadi dia memerhatikan Aisya yang sedang ralit menatap laptop. Entah mengapa hatinya berasa tidak enak melihatkan wajah keruh Aisya. Sesekali jelas kerutan di dahi Aisya, seperti sedang memikirkan sesuatu lagaknya. Apa yang sedang difikirkan oleh Aisya? Apa yang membuatkan wajah Aisya mendung dengan tiba-tiba? Soalan yang memerlukan jawapan.
“Aisya ada masalah ke?” tanya Tengku Hariz berbasa-basi.
“Masalah? Masalah apa?” ulang Aisya acuh tak acuh. Matanya masih tertancap ke screen laptop.
Tengku Hariz melepaskan keluhan ringan. Buku yang berada di tangan di tutup dan diletakkan di atas meja solek di sisi katil. Dia bingkas bangun dan menghampiri Aisya yang sedang duduk di meja study. Wajah Aisya ditatap sayang.
“Aisya jangan nak bohong dengan abang. Abang tau ada perkara yang Aisya cuba sembunyikan dari abang. Riak di muka Aisya tu pun dah bagitau pada abang yang Aisya ada masalah,” kata Tengku Hariz cuba menduga perasaan Aisya. Dia yakin dengan kata-katanya itu.
Aisya mendengus perlahan. Mustahil dia akan memberitahu Tengku Hariz akan perasaan cemburunya itu. Ya, cemburu. Itulah yang dirasakannya tatkala melihat Tengku Hariz berpelukan dengan Marlisa siang tadi. Bagaikan gugur jantung dirasakan selepas melihat kemesraan mereka berdua. Jika Tengku Hariz boleh berbuat begitu di hadapan matanya, bagaimana di belakangnya pula? Tanpa disedari, air mata mulai bergenang di tubir mata. Pantas dia mengerdipkan matanya beberapa kali agar tidak jatuh membasahi pipi.
“Kenapa ni? Abang ada buat salah dengan Aisya ke? Kalau ada, abang minta maaf,” ujar Tengku Hariz lembut. Dia dapat merasakan ada bebanan yang sedang ditanggung oleh Aisya.
“Tak ada apa. Mungkin penat siang tadi tak hilang lagi kot,” dalih Aisya perlahan. Dia menutup laptop yang telah di shut downkan. Selepas meletakkannya di atas meja study, dia bangun dan menuju ke almari pakaian. Selimut dikeluarkan dari dalam almari dan tilam yang terletak di bawah katil ditarik. Kemudian itu, dia merebahkan diri di atas tilam itu. Tengku Hariz yang melihatnya berkerut seribu.
“Aisya, kenapa tidur kat bawah?” tanya Tengku Hariz tidak mengerti. Tiada batasan lagi di antara mereka berdua. Mereka sudah menjadi suami isteri yang sah.
“Inikan tempat saya. Kan dari dulu lagi, di bawah nilah tempat saya tidur,” jawab Aisya seakan menyindir. Memang itulah yang dirasakannya. Kenangan lalu masih lagi berbekas di dalam hati.
Tengku Hariz tersentak dengan jawapan Aisya. Ternyata Aisya masih lagi mengingati kisah silam. Jika tidak mustahil Aisya akan menyindirnya begitu. Ya ALLAH, bagaimana untuk aku hapuskan rasa bersalah aku ni, rintih Tengku Hariz di dalam hati.
“Aisya tidurlah kat atas katil tu, biar abang tidur kat bawah,” cadang Tengku Hariz. Dia duduk di birai katil dengan perasaan yang sebak. “Pergilah, abang tak nak badan Aisya sakit disebabkan tidur kat bawah ni,” pujuk Tengku Hariz lembut. Tidak sampai hati membiarkan Aisya tidur di bawah lagi.
“Tak apa, saya tak kesah. Dahlah… saya penat, nak tidur,” tolak Aisya lembut. Rasa cemburu masih menebal dan dia tidak mahu Tengku Hariz mengesan akan perasaan cemburunya itu.
Dia ni tak faham bahasa ke. Aku malulah kalau dia dapat kesan perasaan aku sekarang ni. Hisy… kenapa sakit sangat hati aku ni lepas tengok diorang berpeluk, gerutu Aisya. Matanya cuba dipejamkan, tetapi matanya itu seakan memahami perasaannya.
Tengku Hariz mengeluh ringan. Mukanya diraup sekali. Sudah lama dia mengenali Aisya. Jika Aisya tidak mahu, jangan sesekali memaksa, kelak dia sendiri yang akan melopong. Melopong kerana dipulaukan dan dimarahi oleh Aisya nanti.
“Suka hati Aisyalah. Nanti jangan salahkan abang kalau esok pagi Aisya bangun, abang ada di sebelah Aisya, siap peluk Aisya lagi. Masa tu Aisya jangan salahkan abang,” kata Tengku Hariz sengaja mengusik Aisya. Kemudian, dia tertawa kecil dengan kata-katanya itu. Peristiwa beberapa tahun yang lalu masih segar di ingatan. Betapa bahagianya dia di waktu itu.
“Kenapa nak peluk Aisya? Pergilah peluk perempuan tu, lagi seronokkan!” luah Aisya geram. Dia membuangkuskan dirinya di bawah selimut. Mungkin malu ataupun tidak, dia sendiri tidak tahu. Aduh!! Kenapa aku boleh terlepas cakap ni? Nampak sangat aku cemburu. Buat malu aku ajelah. Aisya mengutuk dirinya sendiri.
Tengku Hariz yang berkira-kira untuk naik ke atas katil, tersentak mendengar kata-kata Aisya. Perempuan? Perempuan mana yang dikatakan oleh Aisya itu? Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Perempuan? Desis hatinya lagi. Ya ALLAH, apasal la aku ni bodoh sangat. Tengku Hariz memarahi dirinya sendiri. Dia nampak aku peluk dengan Marlisa ke? Mesti dia nampak, kalau tak mustahil dia boleh sindir aku macam tu tadi. Tengku Hariz bersoal jawab dalam hatinya sendiri.
“Aisya…” panggil Tengku Hariz romantis. “Aisya cemburu ya,” duga Tengku Hariz sambil tersenyum. Dia menarik selimut yang membungkus Aisya dengan perlahan sehingga menampakkan muka Aisya. Senyuman nakal menghiasi bibirnya.
“Siapa cemburu? Jangan nak perasanlah!” bidas Aisya keras. Mukanya sudah pun merona merah. Malu apabila perasaan cemburunya dapat dikesan oleh Tengku Hariz. Dia juga cuba menahan getaran di dada. Terasa jantungnya berdegup dengan kencang.
Tengku Hariz tersenyum meleret. Dia dapat melihat rona merah di pipi Aisya. Ternyata Aisya cemburu. Cemburu seorang isteri apabila melihat si suami berpelukan dengan perempuan lain.
“Sayang… abang dengan Lisa tak ada apa-apa hubungan. Apa yang sayang tengok tadi tu, bukan seperti apa yang sayang fikirkan,” pujuk Tengku Hariz penuh kelembutan. Dia menarik lembut muka Aisya agar memandangnya. Lama mata mereka bertaut.




4 ulasan:

  1. i likeeee.... lmbt nye nk kuar versi cetak....... eee.. malu aisya... jeles ek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. 2lah.. sblm ni TH aje y selalu cemburu.. kali ni Aisya pulak.. :)

      Padam
  2. rindunyer kat HM...tq akak..aisya cemburu..heheehe..cemburu tandanye sayang... mestila aisya sayang kat haris..heheehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. baru npk Aisya cemburu. seblm ini Aisya bersikap cool aje even npk TH bercium ngan Fatin.. huhu.. :D

      Padam