Khamis, 26 Januari 2012

Kisah TH & Aisya

Kisah TH & Aisya.. hope dpt melepaskan kerinduan pd mereka berdua.. sy pn turut sama rindukan mereka berdua.. huhu..  ;)


Aisya mengerling Tengku Hariz di sisi. Begitu lena suaminya itu tidur. Seperti tidak ada apa-apa masalah yang sedang di hadapi melihatkan wajah tenang suaminya itu. Dia mengimbau semula apa yang berlaku beberapa jam yang lepas. Dengan kata-kata romantis Tengku Hariz membuatkan dirinya hanyut dan tunduk kepada kehendak naluri suaminya. Kini syarat hanya tinggal syarat sahaja. Syarat yang memakan dirinya sendiri. Terlalu mudah dia menerima Tengku Hariz semula. Terlalu mudah dia mempercayai kata-kata Tengku Hariz. Terlalu mudah dia menyerah kalah sebelum berjuang. Terlalu mudah dia menyerahkan hati dan perasaannya kepada Tengku Hariz. Hilang segala kenangan silam yang pernah membayangi dirinya beberapa tahun ini. Hilang segala rasa benci dan dendam terhadap Tengku Hariz. Mungkin dengan memaafkan Tengku Hariz, hatinya menjadi tenang dan damai. Seolah-olah bebanan yang bersarang di kepalanya dulu, hilang begitu saja. Namun dia masih keliru dengan apa yang berlaku.
“Sayang…” bisik Tengku Hariz tiba-tiba mengejutkan Aisya yang sedang mengelamun. Entah bila suaminya itu bangun, dia sendiri tidak pasti. Dia menoleh ke sisi kanan dan menatap wajah kacak Tengku Hariz. Jelas kegembiraan di wajah itu.
“Terima kasih Aisya kerana menerima abang sebagai suami Aisya. Selagi abang bernyawa, abang akan jaga Aisya dan abang takkan tinggalkan Aisya lagi,” luah Tengku Hariz jujur dan ikhlas. Wajah Aisya di tatap sayang. Betapa gembiranya tatkala Aisya menerimanya sebagai suami. Betapa gembiranya tatkala mereka melayari bahtera perkahwinan dengan kerelaan hati masing-masing. Betapa gembiranya kerana Aisya sendiri yang melanggari syarat tersebut.
Aisya terkedu. Kata-kata Tengku Hariz menusuk ke tangkai hati. Begitu ikhlas Tengku Hariz menuturkan kata-kata itu. Kenapa dia harus menidakkan kata-kata itu? Rasa bersalah menerjah ke dalam diri. Tidak semena-mena, air matanya tumpah membasahi pipi di waktu itu.
“Hey… kenapa ni? Kenapa menangis?” soal Tengku Hariz cemas apabila melihatkan air mata Aisya. Dia menyeka air mata Aisya dengan hujung jarinya. Pedih hatinya melihat air mata Aisya.
“Maafkan Aisya. Aisya berdosa pada abang,” luah Aisya dalam nada esakan yang kecil.
Walaupun dia masih keliru dengan apa yang berlaku, namun rasa berdosa di atas kelakuannya siang tadi membuatkan dirinya insaf dan kesal. Dia sedar Tengku Hariz terasa hati dengan apa yang dilakukan olehnya siang tadi. Dan dia dapat melihat dari perubahan di wajah Tengku Hariz waktu itu.
“Tak ada apa yang perlu dimaafkan. Abang dah maafkan kesalahan Aisya siang tadi. Abang tahu, itu yang Aisya sedang fikirkan.” Sesungguhnya dengan kemaafan dapat menenangkan hatinya semula.
“Sudahlah… jangan menangis lagi. Abang rindukan Aisya. Rindukan Aisya yang selalu buat abang marah. Selalu melawan abang. Selalu merisaukan abang. Selalu membuatkan abang rindu pada Aisya. Selalu membuatkan hati abang bergetar tatkala berhadapan dengan Aisya. Selalu membuatkan abang termimpi-mimpikan Aisya. Selalu…” terhenti tatkala Aisya mengucup bibirnya dengan tiba-tiba. Terpana Tengku Hariz seketika dengan tindakan drastik Aisya itu.
“I love you so much,” bisik Aisya romantis. Senyuman manis dihadiahkan buat suami tercinta.
Tengku Hariz tersenyum gembira. Dia menarik Aisya ke dalam pelukannya. Rasa cinta dan kasih terhadap Aisya semakin menggebu. Di dalam hati, dia mengucap syukur kepada ALLAH di atas kebahagiaan yang dikecapinya itu. Terlalu lama dia menunggu saat-saat begini, dan hari ini doanya dimakbulkan oleh ALLAH. Semoga rasa cinta, kasih dan sayangnya terhadap Aisya akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“I love you Aisya. I miss you more than anything,” ucap Tengku Hariz sambil mengucup dahi Aisya. Dia mengeratkan lagi pelukannya. Tanpa dipinta, air mata lelakinya menitis perlahan membasahi pipi. Sungguh dia gembira dengan apa yang diperolehinya. Tiada yang lebih bahagia melainkan Aisya di sisinya. Hatimu milikku dan hatiku milikmu, bisik Tengku Hariz sendirian.


6 ulasan:

  1. ya ya mmg rindu.hehe good happy ending ni. hehe even this is not an ending part. thanks ya eliza!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup yong.. bkn ending part.. msh jauh lg perjalanan diorg berdua n still ada konflik y melanda.. y 2 kena tunggu HM versi cetak keluar la.. hehe.. :)

      Padam
  2. rndu dgn HM,,,TQ WRITER...so sweet.. hrp2 HM hppy ending
    :)

    BalasPadam
  3. hehe.. Insya-ALLAH, happy ending.. cuma sblm nk happy 2, mcm2 dugaan y diorg hadapi lagi.. ;)

    BalasPadam
  4. hehe..besttt...hikhik..

    BalasPadam