Sabtu, 14 Januari 2012

Sedikit petikan dr bab HM

Semoga dpt melepaskan rindu pd TH & Aisya...  ;)



“Hai sayang!!” sapa suara di hujung talian.
Tengku Hariz mengerutkan dahi. Keluhan halus dilepaskan. Apa lagi yang dia nak ni?
“You nak apa lagi ni Fatin. I sibuk, jangan ganggu I boleh tak?” marah Tengku Hariz. Tangannya digenggam erat. Perasaan marah tiba-tiba menjalar dalam tubuhnya itu.
Fatin Nabilla ketawa mendengar kemarahan Tengku Hariz. Ternyata Tengku Hariz masih tidak berubah dengan sikap panas barannya itu.
“Relakslah sayang. You ni tak habis-habis la nak marahkan I. Sampai bila you nak membenci I Hariz?” suara Fatin Nabilla. Ada nada rajuk dalam ayatnya itu.
“I tak ada masa nak layan you Fatin. You nak apa sebenarnya ni?” Tengku Hariz sudah meninggikan suara. Kesabarannya semakin menipis. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia memutuskan talian telefon itu tetapi dia tidak berbuat begitu kerana dia dapat merasakan ada sesuatu yang ingin Fatin Nabilla sampaikan kepadanya.
“Okey… okey… I bukannya nak ganggu you. Tapi apa yang I nak sampaikan ni mesti akan membuatkan you ada masa nak layan panggilan I ni.” Fatin Nabilla cuba mengelirukan Tengku Hariz.
Berkerut-kerut dahi Tengku Hariz cuba memahaminya. Matanya masih memandang ke wajah Marlisa. Begitu juga Marlisa, turut mengerutkan dahi melihat riak di wajah Tengku Hariz.
“I sekarang bersama dengan perempuan yang amat you cintai dan sayangi Tengku Hariz,” beritahu Fatin Nabilla serius. Matanya tepat memandang ke arah Aisya yang sedang duduk bersandar di bawah sepohon pokok kelapa.
“Apa maksud you Fatin?” soal Tengku Hariz inginkan kepastian. Jika orang yang dimaksudkan oleh Fatin Nabilla ialah Aisya, ternyata Aisya di dalam bahaya. Kata-kata Fatin Nabilla seminggu yang lepas masih terngiang-ngiang di gegendang telinganya.
“Kalau I jumpa dia, I bunuh dia Hariz. Sebab dia you menolak cinta I. Sebab dia you sisihkan I. Sebab dia juga you tinggalkan I. Kalau I tak dapat you, orang lain juga takkan dapat you termasuklah dia. You ingat Hariz, I sanggup lakukan apa saja asalkan you kembali semula pada I,’’ ugut Fatin Nabilla sambil ketawa berdekah. Hatinya puas selepas meluahkan semua itu.
“Fatin, you jangan apa-apakan dia. Kalau you apa-apakan dia, sampai ke lubang cacing I akan cari you, Fatin!!” tengking Tengku Hariz nyaring. Dia yang sudah berdiri, menggenggam tangannya erat. Hanya tunggu masa untuk melepaskan kemarahannya.
“I tak jamin takkan apa-apakan dia. I dah bagitau pada you dulu, kalau I jumpa dia, tahulah nasib dia,” ejek Fatin Nabilla dalam tawanya yang masih bersisa. “Sekarang ni dia sedang menikmati keindahan alam semesta sambil bersandar di bawah pokok kelapa. I bagi dia peluang untuk menikmatinya sebab selepas ini dia tidak ada peluang untuk melihatnya lagi,” sambung Fatin Nabilla dan mematikan talian telefon.
“Fatin… Fatin… shit!!!” panggil Tengku Hariz sambil menumbuk meja.


(^_^)


4 ulasan:

  1. arghhhhhh!!!!!rndunyer kat HM... apa yg fatin nk wat kat aisya yup,,,aduh...berdebar2 jantung hariz...hahaha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. jwpnnya slps HM versi cetak keluar.. setia menanti ya.. :)

      Padam
  2. agak2 nyer..bile lah versi cetak akn kuar...beberapa minggu lg or 1 bulan lg....kami pminat HM dh rindu sngt kat TH n AISYA nie....cpt2 kn ye versi cetak 2....dh x sbr nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti bl keluarnya.. mybe pihak KN tgh edit.. apa2 nti sy bgtau semua.. thanks coz msh ingat n setia pd HM.. :)

      Padam