Selasa, 10 Januari 2012

Rindukan TH & Aisya??

Hope dpt melepaskan rindu pd TH & Aisya...  (^_^)



“Buat apa kat sini?” tegur Tengku Hariz mengejutkan Aisya yang baru menutup pintu bilik bacaan.
Kush semangat! Terkejut aku dibuatnya. Tak reti bagi salam apa dia ni. Nasib baik aku tak ada sakit jantung, kalau ada, mati tak kahwin la gamaknya, bebel Aisya. Eh… kahwin? Soalnya semula.
“Suka hati saya la nak buat apa kat sini. Sibuk ajelah dia ni!” gerutu Aisya dan melangkah jalan menuju ke biliknya.
Tengku Hariz mengerutkan dahi. Wajah Aisya ditenung tajam. Suka hati dia aje nak cakap macam tu. Tak sedar ke yang dia berada di rumah siapa sekarang ni, gerutu Tengku Hariz.
“Memanglah saya perlu sibuk sebab ini rumah saya dan bukan rumah awak!” bidas Tengku Hariz sinis. Matanya mencerlung ke arah Aisya.
“Oh… saya terlupa yang ini rumah awak dan bukannya rumah saya,” ulang Aisya cuba mengawal nada suaranya. Terasa dengan kata-kata Tengku Hariz. Tanpa menunggu balasan, dia membawa langkahnya menuju ke bilik.
Tengku Hariz terkedu. Rasa bersalah kerana mengeluarkan kata-kata sebegitu kepada Aisya. Ya ALLAH, apa yang aku katakan tadi, kesal Tengku Hariz sambil memegang kepalanya. Seminit kemudian, dia terlihat Aisya keluar dari bilik bersandangkan beg tangan di bahu kanan.
“Awak nak ke mana Aisya?” soal Tengku Hariz kesal.
“Awak sibuk kenapa? Awak sendiri kata yang ini bukan rumah saya, jadi saya nak baliklah!” sindir Aisya memulangkan paku buah keras kepada Tengku Hariz. Dia menyambung langkahnya meniti anak tangga dengan perasaan yang sebal.
“Ah! Kenapa aku emo sangat ni? Takkan aku…. tidak!!!” jerit kecil Aisya sambil menggelengkan kepala berkali-kali. Tanpa disedari, kakinya melangkah dua anak tangga dan jatuh menyembah ke lantai.
“Aisya!!” jerit Tengku Hariz dan meluru ke arah Aisya yang sudah terduduk di atas lantai.
“Aduh!! Kenapalah aku boleh jatuh ni. Buat malu aku ajelah,” gerutu Aisya dan cuba untuk bangun dari duduknya.
“Aisya… Aisya okey ke?” soal Tengku Hariz cemas sambil cuba membantu Aisya untuk bangun dari duduknya.
“Tak apa, saya okey. Awak tak perlulah sibuk. Saya tak perlukan bantuan awak,” ujar Aisya dan menepis pegangan Tengku Hariz. Aku tak perlukan kau. Selama ini aku boleh bangun sendiri, bentak Aisya sendiri.
Tengku Hariz tidak mempedulikan tegahan Aisya. Dia segera mencapai tangan Aisya dan membantu Aisya berdiri. Namun bantuannya ditepis keras oleh Aisya. Keengganan Aisya menguji kesabarannya.
“Apasal degil sangat ni. Orang nak tolong, tak kasi. Ego, berlagak, sombong!!” marah Tengku Hariz. Sakit hatinya melihatkan kedegilan Aisya.
Aisya beriak selamba. Dia mencapai beg tangan dan melangkah perlahan menuju ke pintu utama. Berkerut-kerut dahinya menahan kesakitan di kaki dan kepala. Terasa denyutan di kepala namun dibiarkannya sahaja asalkan dia dapat keluar dari rumah itu. Dia tidak mahu atau suka untuk bertekak dengan Tengku Hariz. Dia bosan dan benci dengan situasi itu. Dia penat untuk melayan karenah Tengku Azman sekeluarga. Dia perlu mencari ketenangan buat dirinya sendiri. Biarlah apa yang hendak Tengku Hariz katakan, dia sudah tidak ambil peduli lagi.
Tengku Hariz meraup muka berkali-kali. Matanya tidak lepas dari memandang Aisya yang sedang terhinjut-hinjut berjalan menuju ke pintu utama. Betapa terkejutnya dia melihat Aisya jatuh di hadapan matanya tadi. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa cemasnya dia melihat keadaan Aisya itu. Kedegilan Aisya mencabar kesabarannya. Terasa dirinya tidak diperlukan oleh Aisya lagi. Tengku Hariz menggenggam tangannya erat. Cuba menahan kemarahan yang sedang menjalar dalam urat nadinya itu.
“Boleh tak jangan berdegil sangat. Kaki awak tu sakit, awak tahu tak!!” geram Tengku Hariz dan menarik lengan Aisya agar berhenti berjalan. Matanya tertancap ke arah kesan lebam yang semakin menampak di kaki Aisya.
Ya ALLAH, dia ni tak faham bahasa ke? Aku tak perlukan bantuan kau Tengku Hariz!! Jerit hati Aisya. Kesabarannya tidak tertahan lagi.
“Saya tak perlukan bantuan awak. Awak tak faham bahasa ke!!” bentak Aisya dan menolak kuat badan Tengku Hariz agar menjauhinya. Tengku Hariz terdorong ke belakang dan hampir terlanggar sebuah pasu yang terletak di sisi sofa.
Tersentak Tengku Hariz dengan perlakuan Aisya. Kau benar-benar menguji kesabaran aku Aisya, marah hatinya. Tanpa membuang masa, dia menarik kuat Aisya dan membawanya ke pintu utama.
“Sombong… degil… kau nak keluar sangatkan. Aku bawa kau keluar, dan jangan sesekali kau jejakkan kaki kau ke sini lagi. Aku benci dengan perempuan bodoh sombong macam kau!!” tengking Tengku Hariz dan menolak keras tubuh Aisya keluar dari rumah setelah pintu utama dibuka.
“Hariz… apa yang Hariz buat ni!!” jerit Tengku Hanis Suraya dari arah tangga. Terkejut melihat perlakuan Tengku Hariz terhadap Aisya.
“Riz nak tolong dia, sombong sangat, degil sangat. Biar padan muka dia, Riz tak nak ambil tahu pasal dia dah!” kata Tengku Hariz mengulangi ayat yang disemburkan kepada Aisya sebentar tadi. Kemudian itu dia beredar meninggalkan ruangan itu menuju ke biliknya.
“Ya, itu yang aku mahukan dari kau Tengku Hariz. Aku tak nak ada kena-mengena dengan kau lagi. Aku nak kau jauhkan diri kau dari aku. Aku benci tengok muka kau. Aku takut perasaan benci aku ni bertukar sayang kepada kau Tengku Hariz,” bisik Aisya lebih kepada dirinya sendiri. Dia bingkas bangun dan menuju ke pintu pagar untuk keluar dari rumah itu. Rumah yang menyesakkan nafasnya dan membuatkan dirinya lemas berada di situ.
“Aisya, nak ke mana? Dah lewat malam ni, Aisya tidur sajalah kat sini,” tegah Tengku Hanis Suraya sambil menarik lembut tangan Aisya.
“Aisya nak balik kak. Ini bukan rumah Aisya. Tolong lepaskan Aisya dari semua seksaan ini. Aisya dah tak tahan nak tanggungnya lagi. Bagilah Aisya bernafas dengan sendirinya,” rayu Aisya lembut. Wajah Tengku Hanis Suraya ditatap mengharapkan simpati.
“Maafkan Kak Anis, Aisya,” ucap Tengku Hanis Suraya kesal. Rasa bersalah menusuk ke tangkai hati. Tidak sepatutnya mereka mendesak Aisya lagi. Ada baiknya mereka melepaskan Aisya pergi.
Tanpa membalas kata-kata Tengku Hanis Suraya, Aisya segera melangkah pergi membawa kakinya keluar dari banglo mewah yang tersergam indah itu. Hatinya berasa lega dan tenteram sebaik sahaja dia keluar dari kawasan rumah itu. Entah ke mana harus dibawa dirinya itu, dia sendiri tidak pasti kerana pandangannya semakin kabur dan makin kabur. Akhirnya dia rebah menyembah bumi ALLAH.




4 ulasan:

  1. thanks eliza....rindunyer....dah tak sabar nak baca ni....agak2 bila ye....hehehehhe

    BalasPadam
  2. almost welcome Suzie.. thanks coz still setia ngan HM.. smlm baru sign surat setuju terbit HM dr KN.. Insya-ALLAH, akn diusahakan secepat y mgkn.. :)

    BalasPadam
  3. huhuhu..semakin best la kak...xsabar nak tggu buku HM di pasaran..heheheh ;)
    Oh ya,ada masa n3 la cikit2...mcm n3 ni pun jd la ...hahhahaha

    BalasPadam
  4. haha.. sdh muncul adikku zielra.. erm, tgklah klu tgn akk gatal, akk n3 ckt2.. ap2 pn thanks coz msh setia dgn HM.. :D

    BalasPadam