Jumaat, 6 Januari 2012

Sekadar melepaskan rindu

Hai readers!!

Apa khabar semua? sy hrp readers masih setia bersama HM.. hurm.. terasa nk n3 salah satu petikan dlm bab HM... sekadar melepaskan rindu pd Tengku Hariz Iskandar dan Aisya Lyana Sofea...   :D



“Tengku Hariz!!” jerit kasar Aisya dari luar chalet sambil mengetuk pintu bilik Tengku Hariz. Bertalu-talu pintu bilik diketuk, namun tiada balasan dari Tengku Hariz. Hilang kesabaran aku macam ni, desisnya.
Aisya menguak kasar pintu chalet Tengku Hariz sebaik menyedari pintu tidak berkunci. Dia menapak masuk ke dalam chalet. Matanya tertancap ke arah Tengku Hariz yang sedang duduk menekan perut seperti menahan kesakitan lagaknya. Nak berlakonlah tu, desis Aisya.
“Aisya…” seru Tengku Hariz lemah. Dia cuba menahan kesakitan akibat tikaman pisau di perut. Berkerut-kerut dahi menahannya.
“Kau jangan nak berlakon depan aku, Tengku Hariz. Kau ingat aku tak tahu rancangan kau. Tak puas lagi ke kau sakitkan hati aku. Tak cukup lagi ke kau seksa perasaan aku, dera perasaan aku. Tak puas lagi ke kau bodoh-bodohkan aku. Kau nak apa sebenarnya Tengku Hariz!” tengking Aisya sekuat hati. Matanya mencerlung ke arah Tengku Hariz. Sakit hati apabila ditipu oleh Tengku Hariz. Buat penat aje aku berlari tadi. Bagai nak gugur jantung aku dibuatnya, marah Aisya.
“Aisya… Riz minta maaf atas semua kesalahan Riz selama ini. Riz cintakan Aisya. Riz sayangkan Aisya. Aisya pemilik kunci hati Riz dulu, kini dan selamanya,” lafaz Tengku Hariz dalam nada yang tersekat-sekat. Darah yang keluar dari perut cuba diseka agar tidak mengalir. Dahinya sudah dibasahi peluh.
Aisya tergamam seketika. Lafaz kata Tengku Hariz sebentar tadi menggetarkan tangkai hatinya. Sudah lama dia tidak mendengar ucapan itu dan hari ini dia mendengarnya semula. Matanya masih tertancap ke wajah Tengku Hariz. Dia mengamati wajah itu dan mencari sinar keikhlasan dan kejujuran pada wajah itu dan dia nampak akan sinar itu. Ya, aku nampak keikhlasan dan kejujuran pada wajahnya. Tapi kenapa wajahnya pucat? Soal Aisya sendirian. Matanya dihalakan ke perut Tengku Hariz. Darah!!
“Tengku Hariz!!” jerit Aisya dan menerpa ke arah Tengku Hariz yang sedang mengerang kesakitan. Tangannya diletakkan ke perut Tengku Hariz. Darah pekat berwarna merah mulai membasahi tangannya.
“Hariz… kenapa ni?” tanya Aisya risau dan cemas. Dia mencapai kain lapik meja kopi di sisi katil dan mengikatkannya di perut Tengku Hariz. Sebagai penahan agar darah tidak terus-terusan keluar dari perut Tengku Hariz. Air mata sudah merembes keluar dengan derasnya. Entah bila dia menangis, dia sendiri tidak pasti. Kesakitan yang dialami Tengku Hariz menggigit tangkai hatinya. Dirinya turut merasai kesakitan itu.
“Riz…” sukar untuk Tengku Hariz bersuara. Seolah-olah suaranya tersekat di kerongkong.
“Kita ke hospital sekarang!” arah Aisya sambil cuba membangunkan Tengku Hariz. Tangan kanan Tengku Hariz diletakkan di atas bahunya. Dengan kudrat yang ada, dia memimpin Tengku Hariz ke kereta yang tersadai tidak jauh dari chalet mereka. Tengku Hariz cuba menahan kesakitan. Hanya ALLAH saja yang tahu betapa seksanya dia ketika itu.


Ketahui kisah selanjutnya di masa akan datang… Insya-ALLAH..  :D




10 ulasan:

  1. Terubat jgk kt HM niii... Tq Eliza...
    X sabar nk dptkn novel HM...tetap sabar menanti niii..
    Gud luck ye Eliza....

    BalasPadam
  2. thanks Liza Rais coz masih setia bersama HM.. nantikan versi cetak HM pula.. Insya-ALLAH.. semoga penantian Liza dan lain-lain akan berakhir tdk lama lg... :)

    BalasPadam
  3. emm tak sabarnya akak nak tau citer selanjutnya...hrp dpt dicetak segera ye...all the best to u....

    BalasPadam
  4. thanks kak Eijan.. semoga penantian akak akn berakhir tdk lama lg.. thanks 4 ur support.. :)

    BalasPadam
  5. bila keluar novel nya kak .? adoii dah tak sabar nak beli nie

    BalasPadam
  6. Insya-ALLAH akn kuar.. bl tu x sure, tp akan usahakan keluar cepat.. maaf coz akak terpaksa delete bab 31 ke atas.. tunggu HM versi cetak ya dik.. :)

    BalasPadam
  7. rindunyer nak bca HM nie....nape x smbng lg eak kat blog nie....smbng lah lg...nak tau citer selnjutnyer nie...

    BalasPadam
  8. thanks ya coz still setia bersama HM.. Insya-ALLAH, nantikan HM versi cetak tdk lama lg.. doakan y terbaik buat sy dan HM.. ;)

    BalasPadam
  9. agak2 nyer bila eak versi cetak HM 2....x sbr dah nak bce HM nie....rindu sngt2 kat TH n aisya....plez percptknlh versi cetak 2....

    BalasPadam
  10. tak sure bl keluarnya.. sy akn try risik2 kat KN.. smlm baru sign surat setuju terbit HM.. Insya-ALLAH, semoga penantian anda semua akn berakhir tdk lama lg.. apa2 nti sy akn inform pd semua.. terima kasih y tdk terhingga kerana masih setia bersama HM.. semoga dgn beberapa n3 akn terubat rindu anda semua pd TH & Aisya.. :)

    BalasPadam