Sabtu, 14 Januari 2012

Sinopsis - Gurauan Berkasih


Hidup Nur Liyana Safiyah menjadi kucar kacir dengan kehadiran Amirul Arif Iskandar. Ditambah pula dengan hasrat dan niat Tan Sri Khalil yang ingin bermenantukan dirinya. Pelbagai cara dan taktik dirancang oleh Nur Liyana Safiyah untuk menggagalkan rancangan Tan Sri Khalil sehingga sanggup mengupah seseorang untuk berlakon di hadapan Tan Sri Khalil.


“Awak dah berjaya Liyana. Awak dah berjaya buat saya tergoda dengan awak. Awak dah berjaya buat saya jatuh cinta dengan awak. Awak dah berjaya buat saya menelan kesemua kata-kata yang pernah saya hamburkan pada awak dulu. Awak dah berjaya memalukan saya. Dan awak dah berjaya buat saya angaukan awak,” – Amirul Arif Iskandar


Drama demi drama yang dilakonkan oleh Nur Liyana Safiyah akhirnya menjerat dirinya sendiri. Dia di benci Dato’ Zulkifli dan di dendami Nur Laila Safiyah. Dia dibuang keluarga malah diharamkan menjejakkan kaki ke rumah. Nur Liyana Safiyah akur akan nasib yang menimpa dirinya. Demi sebuah kebenaran, Nur Liyana Safiyah bertekad untuk mencari asal usul dirinya. Mencari punca dan sebab kenapa dirinya di benci Dato’ Zulkifli. Mencari sebab kenapa Nur Laila Safiyah mendendaminya.


“Siapa kata Lia tu anak saya. Dia anak awak dan bukan anak saya,” - Dato’ Zulkifli Zainuddin


Adakah Nur Liyana Safiyah dapat mengetahui siapa dirinya yang sebenar? Adakah Dato’ Zulkifli akan menerimanya sebagai anak dalam erti kata yang sebenar? Dapatkah Amirul Arif Iskandar menyembuhkan luka di hati Nur Liyana Safiyah? Mungkinkah Harris Hakimi bakal menjadi pesaing Amirul Arif Iskandar? Siapa pula Ashraf Daniel dalam kehidupan Nur Liyana Safiyah?


“Ris sukakan Lia. Ris sayangkan Lia. Sudi tak kiranya Lia jadi kekasih Ris,” – Harris Hakimi


Ingin ku sentuh hatimu sayang dalam rinduku. Moga kau tahu hebatnya cinta di hati ini. Sekian lama memendam cinta. Payah ku rasa menyeksa jiwa – Nur Liyana Safiyah



Hope like it!!   :D



10 ulasan:

  1. Balasan
    1. hehe.. thanks Kia.. hope dpt menarik Kia utk membacanya jg.. :D

      Padam
  2. Waaa ni lagu achik n nana tu en kak? blurb best...

    BalasPadam
    Balasan
    1. btllah tu dik.. malu pulak rsnya.. hihi.. hope GB bakal menarik minat adik utk membacanya.. :)

      Padam
  3. GB dah menarik n memikat hati sue... :-)hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, hope org lain pn sama jg.. huhu.. ;)

      Padam
    2. Insyaallah kak... GB ade kekuatan tersendiri tuk menarik hati pembaca lain..

      Padam
    3. Amin... hrp2 bgtulah endaknya..

      Padam
  4. xsabar nak tunggu GB.. sebab HM best sgt2... :) saya mula meminati tulisan akak selepas siti rosmizah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih coz sukakan HM.. terharu sgt2.. hope msh percaya dgn karya2 akak.. (^__^)

      Padam