Betapa
rindunya sy pd Tengku Hariz Iskandar & Aisya Lyana Sofea.. so, sy post part
terakhir buat anda semua sblm anda semua dpt peluk n cium mereka.... erk, peluk
n cium.. hehehe.. semoga kerinduan anda semua pd TH & Aisya terlerai
sudah... huaargghhhh... rindu sgt2.. ;(
“Mak… janganlah risau. Aisya tak ada
apa-apa. Aisya masih kuat untuk hadapinya.” Hanya itu yang mampu diperkatakan
oleh Aisya sebagai jaminan buat Puan Suhaila. Seketika itu, dia meraih tangan
Puan Suhaila dan menggenggamnya erat. Cuba menyalurkan keyakinan kepada Puan
Suhaila.
Puan Suhaila mengangguk faham. Jika dia
meneruskan perbualan itu, sudah pastilah hati Aisya akan terguris dan akan
membuatkan Aisya teringat akan peristiwa lama.
“Mak ingat nak buat kenduri arwah abah
dan Danish hujung minggu ni kat kampung,” beritahu Puan Suhaila sambil bangun
dari duduknya. “Mak pun dah bagitau pada Syikin suruh balik kampung hujung
minggu ni,” sambung Puan Suhaila lagi.
Aisya tersentak. Dia hampir terlupa
akan peristiwa itu. Hampir sepuluh tahun Tengku Danish Hakim meninggalkannya.
Betapa rindunya dia kepada arwah anaknya itu.
“Mak nak ke pasar!” ujar Puan Suhaila
lembut. Dia perasaan akan perubahan di wajah Aisya. Mungkin Aisya sedang
merindui arwah anaknya.
“Baiklah mak. Mak nak Aisya temankan ke
pasar?” pelawa Aisya sebaik dirinya kembali ke alam nyata. Ya Syikin! Sudah
terlalu lama dia tidak berjumpa dengan adik bongsunya itu. Semenjak Syikin
berkahwin, hanya sekali dua dia berjumpa dengan Syikin. Itupun sewaktu Syikin
melahirkan anaknya yang pertama dan kini Syikin disahkan mengandung anak kedua.
“Tak payahlah. Aisya duduk di rumah dan
berehat. Mak pergi tak lama, sekejap aje. Lepas beli, mak baliklah,” tegah Puan
Suhaila dan menapak masuk ke dalam bilik. Seminit kemudian dia keluar berserta
tudung di kepala dan sebuah dompet di tangan.
“Mak pergi dulu!” ujar Puan Suhaila
sambil menyarungkan selipar ke kaki.
Aisya sekadar mengangguk. Matanya
sahaja yang menghantar pemergian Puan Suhaila sehingga lesap kelibat Puan
Suhaila dari pandangan mata.
Aisya menyambung semula kerjanya yang
tertangguh akibat berbual bersama Puan Suhaila sebentar tadi. Dia membaca
kiriman email yang dihantar oleh Marlisa. Marlisa mengirimkan sebuah fail
‘Jemputan ke majlis pertunangan’. Siapa yang bertunang, dia tidak pasti. Lantas
dia menggerakkan tetikus dan memuat turun fail tersebut. Setelah menunggu beberapa
saat, fail tersebut berjaya di buka. Bulat matanya melihat nama yang tertera di
kad jemputan tersebut.
Jemputan ke majlis pertunangan di
antara
Marlisa Binti Effendi dan Tengku Hariz
Iskandar Bin Tengku Azman
di kediaman kami……
Sehabis membacanya, tanpa
disuruh-suruh, air mata mengalir membasahi pipi. Terasa nafas terhenti buat
seketika. Jiwanya benar-benar kosong. Hatinya benar-benar sakit. Perasaannya
hancur luluh seperti perang dunia ketiga yang meletus sehingga meninggalkan
kesan untuk jangka masa yang panjang. Sampai hati!!
Aisya menyeka air mata. Tiada gunanya
untuk menangisi semua itu. Tiada gunanya untuk menyesali dengan apa yang telah
terjadi. Yang terjadi tetap akan terjadi. Apa yang perlu dilakukannya, menerima
berita itu dengan redha dan ikhlas. Sesungguhnya apa yang berlaku, mungkin ada
hikmah yang ALLAH cuba sembunyikan. Lantas dia menekan butang reply dan menaip sesuatu di situ.
‘Tahniah aku ucapkan buat kau dan
Tengku Hariz. Aku doakan agar kau berbahagia di sampingnya. Jagalah dia elok-elok
sepertimana kau menjaga nyawa kau sendiri. Maafkan aku kerana tidak dapat
menghadirkan diri ke masjlis pertunangan kau sebab pada hari itu aku akan menjalani pemeriksaan lanjut di hospital.
Sampaikan salam aku pada semua. Aku akan kirimkan hadiah pertunangan kau
sedikit masa lagi. I’m happy for you Marlisa!’
Butang send ditekan dan email yang ditulis olehnya sebentar tadi sudah
selamat dikirimkan kepada Marlisa. Selepas itu, dia menutup laptop dan diletakkan di atas meja. Dia
menyandarkan badan dan memejamkan mata buat seketika. Cuba mengusir perasaan
kecewanya.
Terima kasih kerana menyokong sy selama ini.