“SYIRA!”
panggil Farhana dari jauh.
Nur
Syahirah menoleh. Wajah sahabat baiknya menyapa mata.
“Syira…
Syira… Syira…” panggil Farhana lagi.
“Yang
kau macam orang meroyan ni, kenapa? Apa kes?”
Farhana
menstabilkan pernafasan. Tidak sabar untuk mengkhabarkan berita gembira kepada
sahabat baiknya itu.
“Aku..
Aku…”
“Aku
apa?”
“Aku
dah dapat kerja.”
“Betul
ke, Hana? Ya Allah, syukur alhamdulillah.”
“A’ah,
syukur sangat-sangat.”
“Dekat
mana?”
“Dekat
HA Enterprise.”
“Sebagai
apa?”
“Kerani
pentadbiran. Syukur alhamdulillah.”
Nur
Syahirah mengangguk. Tingkah laku kawannya diperhati penuh minat. Selama enam
tahun dia menetap dan bertugas sebagai guru di kampung itu. Menyembunyikan diri
serta melarikan diri dari dunia luar. Farhana setia berada di sisi. Rasa
bersalah kerana menyusahkan Farhana selama ini.
“Syira…
Syira…” panggil Farhana. Bahu Nur Syahirah dipegang kejap.
“Haaa..
apa dia?” tanya Nur Syahirah tatkala kembali ke alam realiti.
“Kau
mengelamun ke?”
“Eh..
Tak adalah. Aku tengah fikirkan pasal kerja kau ni.”
“Kau
teringatkan kisah yang lepas, kan?” tebak Farhana sambil melabuhkan duduk.
“Aku
teringatkan keluarga aku. Macam mana keadaan mereka di sana?”
“Kau
tak nak balik lawat mereka ke, Syira?”
Nur
Syahirah mengeluh. Gelengan diberikan sebagai tanda jawapan pada pertanyaan
Farhana itu. Tidak mungkin dia pulang melawat keluarganya.
“Tapi
sampai bila? Dah enam tahun Syira. Aku rasa, ada baiknya kau balik dan jenguk
mereka di kampung. Aku yakin, dia orang takkan cari kau lagi. Kau kan dah ikut
syarat mereka dahulu. Dan aku pasti, keluarga kau merindui kau juga.”
“Bila
kau start kerja?” tanya Nur Syahirah.
Mengubah topik perbualan.
Farhana
mengeluh berat. Begitulah Nur Syahirah. Setiap kali membincangkan tentang
keluarga, pasti Nur Syahirah akan mengubah topik perbualan.
“Bila
kau start kerja?” ulang Nur Syahirah.
“Minggu
depan. Aku dengar, company tu baru nak
set up kat kawasan ni. Sebab itulah
dia orang mencari pekerja-pekerja baru,” beritahu Farhana.
Nur
Syahirah mengangguk faham. Diangkat punggung dan beredar dari situ. Farhana turut
bertingkah laku yang sama.
“SYIRA,
lama betul Kak Tipah tunggu,” tegur Latifah tatkala terpandangkan Nur Syahirah.
“Kenapa,
Kak Tipah?” tanya Nur Syahirah pula.
“Kak
Tipah ada hal nak bincang dengan Syira,” jawab Latifah.
Nur
Syahirah berkerut dahi. Dibawa langkah masuk ke dalam rumah. Entah apa yang
Latifah mahukan. Mungkin ada perkara yang Latifah ingin bincangkan.
Latifah
mengekori daripada belakang. Tangannya mencapai kain tudung lalu mengelap peluh
yang sudah membasahi dahi.
“Jemput
duduk, Kak Tipah,” pelawa Nur Syahirah seraya duduk.
“Farhana
mana?” tanya Latifah turut sama duduk di kerusi.
“Sekejap
lagi sampailah. Ada apa Kak Tipah?”
“Kak
Tipah nak minta tolong pada Syira. Itupun, kalau Syira boleh tolong Kak Tipah.”
“Tolong
apa, Kak Tipah?”
“Begini,
kawan Kak Tipah tengah cari pengasuh. Bukan setakat mengasuh sahaja, mengajar
sekali. Jadi, Kak Tipah terfikirkan Syira. Syira kan cikgu tadika. Boleh
uruskan kanak-kanak,” cerita Latifah.
“Pengasuh?
Anak siapa, Kak Tipah?” tanya Farhana, tiba-tiba.
Nur
Syahirah dan Latifah serentak menoleh. Wajah Farhana menyapa mata mereka.
“Anak
kawan kepada kawan Kak Tipah. Dia baru pindah ke sini,” jawab Latifah.
“Oh,
baru pindah. Kenapa tak hantar saja ke taska kat pekan sana tu?” balas Farhana sambil
melabuhkan duduk di sisi Nur Syahirah.
“Kawan
Kak Tipah kata anak kawan dia tu susah sikit. Tak nak kat orang. Maklumlah,
maknya dah lama meninggal,” jelas Latifah.
“Meninggal?”
ulang Nur Syahirah.
“A’ah,
Syira. Kesian budak tu. Kecik-kecik lagi dah kehilangan mak. Kak Tipah dengar,
maknya meninggal selepas melahirkan dia,” beritahu Latifah lagi.
“Hurm,
kesiannya. Tapi, kenapa Kak Tipah cari Syira? Kan ramai lagi pengasuh yang ada
di kampung ni,” sampuk Farhana.
Latifah
menghela nafas ringan. Wajah Farhana dan Nur Syahirah dipandang silih berganti.
Bagaimana untuk menerangkan kepada kedua-dua gadis di hadapannya itu?
“Kan
Kak Tipah dah kata tadi, budak tu tak nak kat orang,” sampuk Nur Syahirah.
“Habis
tu? Dengan kau, dia nak la,” bidas Farhana.
“Hana,
janganlah cakap macam tu,” tegur Nur Syahirah kurang senang.
“Syira,
cuba kau fikir. Bila masa kau nak jaga budak tu? Kau kan mengajar kat tadika.”
“Aku
tahu. Tapi, tak salah kalau aku jaga budak tu. Kiranya extra income untuk aku.”
Farhana
mendengus keras. Kurang menyenangi dengan keputusan Nur Syahirah.
“Syira
jangan risau. Kalau Syira setuju nak jaga budak tu, Syira cuma perlu jaga daripada
tengah hari sampai petang saja. Kak Tipah dah beritahu kawan Kak Tipah tu yang
Syira mengajar kat tadika,” terang Latifah yang sedari tadi membisu.
Nur
Syahirah mengangguk faham. Senyuman diberikan kepada Latifah.
“Kalau
dah itu keputusan kau, aku ikut saja,” kata Farhana, mengalah.
Tidak
mahu memanjangkan isu itu. Mungkin dengan cara itu, Nur Syahirah dapat mengisi
masa yang terluang daripada termenung dan mengenang kisah lalu.
“TERIMA kasih,
Hana!” ucap Nur Syahirah, ikhlas.
“Sama-sama
kasih!” balas Farhana.
“Aku
tahu, kau tak setuju dengan keputusan aku ni. Tapi aku…”
“Aku
bukannya apa. Aku tak nak kau terkenangkan kisah lalu bila kau tengok muka
budak tu nanti,” pintas Farhana, mengeluh.
Nur
Syahirah hanya membisu. Mungkin ada benarnya kata-kata Farhana. Disebabkan
ingin menjaga perasaannya, Farhana tidak bersetuju dengan keputusan itu.
“Aku
tak nak kau bersedih lagi. Cukuplah selama ni kau bersedih kerananya.”
“Insya-Allah.
Aku takkan bersedih lagi.”
Farhana
menghela nafas ringan. Anggukan kecil diberikan kepada Nur Syahirah.
“Abang
Nazry kirim salam kat kau,” beritahu Farhana.
“Waalaikumussalam.
Kau jumpa dia kat mana?” balas Nur Syahirah.
“Kat
pekan. Dia tanya pasal kau tadi.”
“Oh,
kenapa?”
“Dia
rindu kat kau la kut. Sebab itulah dia cari kau.”
“Hisy,
tak ada maknanya dia nak rindu kat aku,” tukas Nur Syahirah.
Farhana
ketawa kecil. Jelas rona merah di pipi Nur Syahirah.
“Amboi,
sedapnya ketawakan aku,” tegur Nur Syahirah sambil menjegilkan mata.
“Kau
tu, malu-malu kucing. Orang dah suka dengan kau, kau tak nak.”
Nur
Syahirah tersenyum hambar.
“Dah
lama Abang Nazry tu tunggu kau. Tapi, kau buat-buat tak faham pulak.”
“Aku
tak layak untuk dia. Dia terlalu baik untuk aku,” jujur Nur Syahirah.
Farhana
mematikan ketawa. Matanya menatap wajah muram Nur Syahirah. Menyesal pula dia
membangkitkan isu itu.
“Aku
tak nak bagi harapan pada dia. Aku akui yang aku sukakan dia. Tapi, aku sukakan
dia sebagai kawan. Aku dah anggap dia sebagai abang aku dan tak mungkin lebih
dari itu.”
“Maafkan
aku, Syira. Aku…”
“Tak
apalah, Hana. Kalau kau sukakan dia, aku restuinya.”
Bukannya
dia tidak tahu akan isi hati Farhana. Setiap kali Farhana berhadapan dengan
Nazry, pasti kawannya itu tersengih dan tersenyum malu.
“Hisy,
mana ada aku suka kat dia. Mengarutlah kau ni Syira,” tukas Farhana, malu.
Nur
Syahirah ketawa. Geli hati melihat wajah Farhana yang sedang menahan malu.
“Aku
dah jelaskan pada Abang Nazry. Aku harap, dia faham dengan apa yang aku
jelaskan selama ini.”
Setelah
menuturkannya, Nur Syahirah bangun dari duduk lalu menapak ke bilik. Dia perlu
membuat persiapan untuk mengajar. Dia juga perlu memikirkan tentang kerjaya
barunya. Kerjaya sebagai pengasuh. Dia tersenyum memikirkan itu semua.
“MACAM
mana?” tanya Adila.
“Macam
mana apa?” tanya Zairiel semula.
“You
ni kan Zairiel, bila I tanya, ada aje yang you tak faham. Menyampah betul!”
“Bukannya
I tak faham. Ayat you tu selalu tergantung. Cuba kalau you tanya betul-betul,
mestilah I akan jawab betul-betul juga.”
“Alasan!”
“Suka
hati you la. Malas I nak layan you.”
“Wait, Zairiel!” tahan Adila seraya
memegang lengan Zairiel.
Zairiel
menghela nafas berat. Dilabuhkan duduk semula dan memandang ke wajah Adila.
“I
minta maaf. I cuma nak luangkan masa dengan you sebelum you ke sana.”
“Dila,
you tahu kan status I sekarang ni?”
“I
tahu dan I tak kisah tentang status you.”
“Tapi,
ayah I tak suka dan you kena sedar tentang tu.”
“I
akan buat ayah you sukakan I.”
Zairiel
meraup muka. Keluhan berat terlepas daripada bibir.
“I
sayang dan cintakan you, Zairiel,” luah Adila, ikhlas.
“Dila,
I hargainya. Tapi, I tak mampu nak balas cinta you,” jujur Zairiel.
“You
masih ingatkan dia?”
“Dia
dah jadi sebahagian dalam hidup I,” balas Zairiel lalu bangun dari duduk.
“I
rasa, ada baiknya you cari lelaki lain yang lebih layak daripada I,” sambung
Zairiel berlalu dari situ.
Adila
mendengus kasar. Rasa sakit hati mendengar kata-kata Zairiel. Bagaimana untuk
menghapuskan bayangan ‘perempuan itu’ dari dalam hidup Zairiel?
“BARU balik,
Zairiel?” tegur Encik Zahrin dari arah ruang tamu.
Terhenti
langkah Zairiel dek kerana teguran itu. Dihalakan mata ke arah ruang tamu.
“Dari
mana, Zairiel?”
“Dari
jumpa Dila. Kenapa, ayah?”
“Dila?
Adila?”
“A’ah,
kenapa?”
“Kan
ayah dah beritahu pada Zairiel, jangan keluar dengan Adila tu. Kenapa Zairiel
degil sangat?” tegur Encik Zahrin mendengus kasar.
“Zairiel
cuma keluar saja. Takkan itu pun ayah nak sekat?” balas Zairiel, geram.
“Ayah
tetap tak suka. Ayah dah cari calon yang sesuai untuk Zairiel. Minggu depan,
Zairiel ikut ayah jumpa bakal menantu ayah,” tegas Encik Zahrin.
“Apa
ni ayah? Ayah buat keputusan tanpa berbincang dengan Zairiel dulu.
Sudah-sudahlah ayah. Dulu, ayah buat keputusan untuk Kak Zafira. Tengok apa
yang dah jadi pada Kak Zafira. Ayah tak serik-serik lagi ke?” tegur Zairiel
kurang senang.
“Zairiel
jangan nak mengajar ayah. Apa yang ayah buat demi kebaikan Zairiel dan Zafira.”
Lantang Encik Zahrin bersuara.
Zairiel
mendengus keras. Tanpa membalas, dia segera beredar menuju ke bilik. Tidak mahu
berbalah dengan ayahnya lagi.
Setibanya
di bilik, Zairiel menghempaskan tubuh ke atas katil. Diraup kasar wajahnya
sebelum mencapai album gambar dari dalam laci. Dibelek dan ditatap gambar yang
terdapat di dalam album gambar itu. Tingkah lakunya terhenti tatkala terpandang
sekeping gambar. Ditarik lalu menatap sayu gadis di dalam gambar itu.
“Saya
rindukan awak,” luah Zairiel, sebak.