BAB 8
“Lengan Ain dah okey ke?” tanya Fauziah
prihatin.
“Dah Kak Gie,” jawab Nur Ain seraya
melabuhkan duduknya di kerusi. Suis ditekan untuk menghidupkan komputer.
“Ain datang naik bas lagi ke?”
“Dah tak naik dah lepas kes accident yang lepas.”
“Habis tu siapa yang hantar Ain? Maksu
ke?”
Nur Ain mengangguk.
“Kadang-kadang Abang Eddie hantarkan
Ain kerja,” beritahu Nur Ain.
Fauziah mengangguk faham. Matanya ralit
memerhatikan Nur Ain yang sedang menekan papan kekunci komputer.
“Sayang betul Eddie pada Ain. Bertuah
Ain dapat bakal paksu macam Eddie tu,” puji Fauziah dan tersenyum.
Nur Ain turut tersenyum. Ada benarnya
kata-kata Fauziah itu. Beruntung maksu dapat Abang Eddie, bisik Nur Ain
sendirian.
“Nur Ain!” tegur Izzuddin tiba-tiba.
Serentak Nur Ain dan Fauziah menoleh.
Sebuah senyuman dihadiahkan buat Izzuddin.
“Assalamualaikum Encik Izz,” ucap Nur
Ain dan Fauziah serentak.
“Waalaikumussalam Ain, Fauziah,” balas
Izzuddin berserta senyuman. “Lengan Ain dah okey ke?” tanyanya pula. Dia menapak
jalan menghampiri meja Nur Ain dan Fauziah.
“Alhamdulillah, dah okey Encik Izz.
Terima kasih kerana ambil berat pasal saya,” beritahu Nur Ain.
“Tak perlulah berterima kasih dengan
saya. Dah menjadi tanggungjawab saya Ain,” balas Izzuddin. Matanya menatap
mesra wajah Nur Ain.
“Encik Hazrel tak masuk kerja ke Encik
Izz?” tanya Nur Ain sekadar ingin tahu.
Berkerut dahi Fauziah dan Izzuddin
mendengar pertanyaan Nur Ain itu. Wajah Nur Ain ditatap penuh curiga.
“Saya nak pulangkan sapu tangan Encik
Hazrel yang dipinjamkan pada saya minggu lepas,” ujar Nur Ain tatkala menyedari
wajah kerutan Izzuddin dan Fauziah.
“Dah seminggu Encik Hazrel tak masuk office Ain. Sehari selepas kes Ain
dengan Encik Hazrel minggu lepas,” cerita Fauziah bersungguh.
“Tak masuk office? Kenapa Kak Gie?” tanya Nur Ain ingin tahu.
“Kak Gie pun tak tahu sebab apa Encik
Hazrel tak masuk office, Ain. Mungkin Encik Izz tahu kenapa
Encik Hazrel tak masuk office selama
seminggu,” jawab Fauziah dan menghalakan pandangan ke wajah Izzuddin.
“Kenapa Encik Izz?” desak Nur Ain.
Rasa ingin tahu mendesaknya untuk
bertanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia bersikap sebegitu. Malah perasaan
risau menyelinap masuk ke dalam hatinya.
“Hazrel bergaduh dengan Eddie malam reunion kami,” ujar Izzuddin dan
mengeluh.
“Bergaduh!” jerit kecil Fauziah dan Nur
Ain serentak.
Izzuddin sekadar mengangguk.
“Mesti sebab Ain Abang Eddie dengan
Encik Hazrel bergaduh, betulkan Encik Izz,” keluh Nur Ain sebak.
“Ain, bukan sebab Ain mereka berdua
bergaduh. Eddie dengan Hazrel tak boleh berjumpa, pasti ada perang mulut di
antara mereka berdua. Walaupun mereka sering berbalah, mereka tetap berkawan
baik sehingga ke hari ini,” jelas Izzuddin cuba menghalau rasa bersalah Nur
Ain.
“Tapi, masih disebabkan Ain,” ujar Nur
Ain perlahan.
“Ain, jangan fikir yang bukan-bukan.
Pasti ada sebab lain yang buatkan mereka berdua bergaduh. Ain jangan salahkan
diri sendiri,” pujuk Fauziah lembut.
“Betul kata Fauziah tu Ain. Bukan sebab
Ain mereka berdua bergaduh,” sokong Izzuddin. Tidak mahu Nur Ain merasa
bersalah walaupun pada hakikatnya adalah benar.
Nur Ain hanya menunduk. Keinginan untuk
meneruskan kerja terbantut dengan tiba-tiba. Entah kenapa hatinya berasa risau.
Sepertinya merisaukan seseorang yang entah siapa gerangannya. Mungkinkah
disebabkan Hazrel ataupun Eddie. Sungguh Nur Ain tidak mengerti akan
perasaannya ketika itu.
“Masuk!” arah Hazrel meninggi.
Nur Ain menapak masuk ke dalam bilik.
Dapat dirasakan jantungnya berdegup dengan kencang. Mungkinkah disebabkan
ketakutan untuk berhadapan dengan Hazrel membuatkan jantung mengepam laju
berbeza dari tahap normal.
“Encik Hazrel!” panggil Nur Ain lembut.
Hazrel mengangkat muka. Wajah Nur Ain
menyapa matanya. Tajam matanya ke muka itu. Kemudian dijatuhkan mukanya semula
mengadap fail di hadapan.
“Maaf kalau saya mengganggu Encik
Hazrel. Saya….”
“Memang kau mengganggu aku. Kau tak
nampak ke aku tengah banyak kerja ni,” jerkah Hazrel laju berserta dengusan
kasar.
Terkejut Nur Ain dengan jerkahan itu.
Dia mengusap lembut dadanya yang berombak laju. Menahan rasa ketakutan ketika
itu.
“Kau nak apa? Semak aku tengok kau
dalam bilik aku ni. Ditambah dengan bau kau tu, lagi menyesakkan nafas aku. Kau
tahu tak!!” tengking Hazrel meninggi. Dia mengangkat mukanya semula dan menatap
tajam ke muka Nur Ain.
Terkedu Nur Ain buat seketika. Sungguh
tidak terniat untuk mengganggu Hazrel ketika ini. Niatnya sekadar untuk
memulangkan sapu tangan milik Hazrel. Niatnya juga ingin bertanya akan keadaan
Hazrel selepas bergaduh dengan Eddie. Tetapi kehadirannya itu tidak diterima
oleh Hazrel. Lantas dibawa kakinya melangkah keluar dari bilik itu setelah
meletakkan sapu tangan milik Hazrel di atas meja.
“Kau bagi aku apa ni?” tanya Hazrel
pantas berdiri.
Terhenti langkah Nur Ain dek kerana pertanyaan
Hazrel itu. Segera dia menoleh ke belakang dan menatap wajah tegang Hazrel.
“Sapu tangan yang Encik Hazrel
pinjamkan pada saya minggu lepas. Saya pulangkannya semula pada Encik Hazrel.
Terima kasih kerana meminjamkannya pada saya,” jawab Nur Ain dan melangkah
jalan menuju ke muka pintu.
“Aku tak nak. Kau ambilnya balik. Aku
tak nak bau kau tu melekat pada aku nanti. Tak pasal-pasal habis sabun pencuci
kat pasaraya tu aku beli gara-gara nak hilangkan bau kau tu,” sindir Hazrel
pedas. Dia berpeluk tubuh dan bersandar di meja. Matanya menatap tajam Nur Ain.
Tersentak Nur Ain kali ini mendengar
kata-kata sindiran pedas Hazrel itu. Sungguh hatinya terasa hati dengan apa
yang disindirkan Hazrel itu. Namun disabarkan hatinya untuk tidak dikesan oleh
Hazrel.
Tanpa membalas kata-kata Hazrel, segera
tangannya memulas tombol pintu bilik untuk keluar dari situ. Tidak mahu berlama
dengan Hazrel. Entah apa lagi yang akan ditengkingkan oleh Hazrel itu.
“Kau tunjuk lagak depan aku Nur Ain?” ujar
Hazrel sinis sebelum Nur Ain beredar dari biliknya.
Berkerut dahi Nur Ain mendengar ujaran
sinis Hazrel itu. Serta merta tingkahnya terhenti dan menoleh ke arah Hazrel
yang sedang tersenyum sinis ke arahnya.
“Kau jangan lupa hutang kau tu masih
belum langsai lagi. Kau jangan ingat aku akan halalkan hutang aku tu semua. Kau
juga jangan lupa yang handphone kau
tu masih dipegang oleh aku, Nur Ain Zafira Ibrahim!” sambung Hazrel dan menapak
jalan menghampiri Nur Ain.
Matanya memandang Nur Ain dari atas ke
bawah sambil mencebikkan bibir. Meluat melihat penampilan Nur Ain ketika itu.
“Aku boleh ambil tindakan undang-undang
kalau kau tak bayar hutang-hutang aku tu semua,” ugut Hazrel serius.
“Tapi, bukan ke Abang Eddie dah janji
nak bayar hutang-hutang saya tu semua,” bidas Nur Ain sedikit tegas.
“Huh!! Kau ingat Eddie tu nak bayarkan
untuk kau ke? Dia tipu aje pada kau selama ini. Kalau betul dia nak bayar,
kenapa sampai ke hari ini aku tak terima duit dari dia? Lagipun dia buat baik
dengan kau disebabkan maksu kau yang tak sedar diri tu. Ada hati nak kahwin
dengan anak Tan Sri. Sedarlah diri tu sikit yang kau dengan maksu kau tu tak
layak nak berkawan dengan orang kaya macam kami ni,” kutuk Hazrel pedas. Senyuman sinis terbias di wajahnya.
“Apa maksud Encik Hazrel?” tanya Nur
Ain meninggi. Sakit hatinya mendengar kata-kata kutukan dari Hazrel itu.
“Kau ni memang bodoh. Dahlah bodoh, tak
cantik pulak tu. Memang cukup lengkap pakej orang kelas bawahan pada diri kau tu,”
ujar Hazrel selamba.
Nur Ain mengepal penumbuk. Bertambah
sakit hatinya mendengar kutukan Hazrel itu. Jika dia punya kekuatan, mahu
sahaja dia melayangkan penumbuk ke muka Hazrel waktu itu.
“Saya sedar siapa saya yang sebenarnya.
Tapi itu tidak bermakna Encik Hazrel boleh sesuka hati mengutuk serta menghina
saya dan maksu saya,” balas Nur Ain keras.
“Well!
Kalau dah betul apa yang aku cakapkan tu, nak buat macam manakan? Nak tak nak
kenalah mengaku juga,” sindir Hazrel pula. “Aku akan bagi handphone kau semula, tapi dengan satu syarat. Itu pun kalau kau
masih nak handphone kau tu baliklah,”
sambung Hazrel dan bersandar di dinding.
Nur Ain membisu seketika. Jawapan apa
yang perlu diberikan pada Hazrel? Sungguh dia menginginkan handphonenya semula kerana handphone
itu memberi kenangan bermakna buat dirinya. Handphone
yang dihadiahkan oleh Hazrul sebelum Hazrul pergi meninggalkannya tiga
tahun yang lepas. Malah kata-kata pesanan dari Hazrul yang memintanya menjaga handphone itu sebaik mungkin masih
tersemat kemas di dalam kotak memorinya.
“Syarat apa?” tanya Nur Ain mengalah.
Hazrel tertawa sinis. Dia menggeleng
kecil dengan pertanyaan Nur Ain itu.
“Aku pasti kau mesti nakkan semula handphone kau tu. Maklumlah orang macam
kau ni mana mampu nak beli yang lain, betul kan?” sindir Hazrel untuk kesekian
kalinya.
“Handphone
tu bermakna bagi saya,” ujar Nur Ain perlahan.
“Oh, bermakna bagi kau,” ulang Hazrel
mengejek. “Mesti pakwe kau yang bagikan? Aku pasti pakwe kau tu setaraf macam
kau juga. Kalau tak, mustahil dia belikan handphone
murah macam tu. Bodoh betul pakwe kau tu ya,” sambung Hazrel lagi.
“Encik Hazrel!!” tegur Nur Ain keras.
Tajam matanya ke muka Hazrel. Sungguh
hatinya terluka dengan apa yang diperkatakan oleh Hazrel. Tergamak Hazrel
berkata begitu terhadap Hazrul, insan yang sudah lama meninggalkan dunia ini.
“Kenapa? Kau marah aku kutuk pakwe kau
ke?” ulang Hazrel mengejek.
“Tolonglah jangan hina orang yang dah
lama meninggal. Kalau Encik Hazrel nak hina saya, hinalah.. tapi jangan arwah,”
rayu Nur Ain sebak. “Saya akan ikut syarat Encik Hazrel tu. Encik Hazrel
bagitau saja bila dan saya akan tunaikannya. Saya minta diri dulu,” ujar Nur
Ain dan segera beredar dari bilik itu. Jika berlama, tidak mustahil air matanya
akan menitis tatkala mendengar kutukan Hazrel terhadap Hazrul.
“Kenapa tak makan ni Ain? Dari tadi
akak tengok Ain termenung aje. Ain ada masalah ke?” tanya Fauziah prihatin.
Nur Ain mengeluh berat. Matanya
dihalakan ke wajah Fauziah.
“Ain tak ada seleralah Kak Gie,” jawab
Nur Ain.
“Kenapa Ain? Ain ada masalah lagi ke?
Encik Hazrel ada buat perkara tak baik dengan Ain lagi ke?” ulang Fauziah pada
soalannya tadi.
Nur Ain menggeleng. Tangannya
menguis-nguis nasi di dalam pinggan. Seleranya mati dengan tiba-tiba. Apa yang
bersarang di kepalanya, syarat yang bakal dikenakan oleh Hazrel padanya nanti.
“Habis tu, apa masalah Ain?” tanya
Fauziah masih lagi mencuba.
“Ain nak dapatkan balik handphone Ain dari Encik Hazrel. Tapi,
Encik Hazrel kenakan syarat pada Ain,” jawab Nur Ain jujur.
“Handphone?
Syarat?” ulang Fauziah berserta kerutan. Cuba untuk memahami kata-kata Nur Ain
itu.
“Encik Hazrel pegang handphone Ain. Tertinggal kat dalam
keretanya masa dia hantar Ain ke hospital dulu,” jelas Nur Ain lagi.
“Oh, patutlah akak call Ain tak dapat-dapat, rupa-rupanya handphone Ain hilang dan dipegang oleh Encik Hazrel,” rumus Fauziah
dan mengangguk.
“Dah lama Encik Hazrel pegang handphone Ain tu Kak Gie,” ujar Nur Ain
berserta keluhan ringan. Dia menongkat dagunya sendiri. Nasi di hadapan di
pandang dengan pandangan yang kosong.
Fauziah mengangguk faham. Barulah dia
faham akan maksud Nur Ain itu. Patutlah setiap kali dia menelefon Nur Ain,
hanya suara operator yang berkumandang di hujung talian. Jika bukan suara
operator, dibiarkan telefon tanpa dijawab. Salah dia juga kerana tidak
bertanyakan perkara itu dari Nur Ain. Dan kini barulah dia tahu sebab kenapa
jadi begitu.
“Nur Ain!!” panggil Hazrel sedikit
menjerit.
Tersentak Nur Ain mendengar jeritan
itu. Seraya dia menoleh ke belakang dan dilihatnya Hazrel sedang bercekak
pinggang mengadap ke arahnya.
“Nak apa lagi Encik Hazrel tu dengan
Ain?” tanya Fauziah ingin tahu.
“Entahlah Kak Gie. Mungkin dia nak
suruh Ain buat kerja kot,” duga Nur Ain.
“Kan masa rehat ni Ain. Janganlah kejam
sangat pada pekerja,” rungut Fauziah tidak berpuas hati.
“Tak mengapalah Kak Gie, mungkin kerja
tu penting dan Encik Hazrel minta Ain settlekan
secepat mungkin,” balas Nur Ain cuba mengusir rasa tidak puas hati Fauziah.
“Nur Ain!!” panggil Hazrel sedikit
menekan. Langkah diatur menuju ke tempat Nur Ain dan Fauziah berada.
“Kak Gie, Ain pergi dululah,” pamit Nur
Ain seraya bangun.
“Tapi, Ain kan tak habis makan lagi ni.
Pagi tadi pun Ain tak bersarapan. Kalau gastrik Ain tu datang, macam mana?”
tegah Fauziah khuatir.
“Tak apalah Kak Gie, Ain ada bawa
ubat,” balas Nur Ain dan berlalu pergi dari situ.
Fauziah hanya menggeleng. Geram melihat
perangai Nur Ain yang akur sahaja dengan perintah Hazrel. Seakan lembu dicucuk
hidung lagaknya. Entah apa yang dimahukan oleh Hazrel dengan Nur Ain ketika
ini, dia sendiri tidak tahu. Mungkin Hazrel minta Ain lunaskan syarat untuk dapatkan
handphone Ain balik kot, fikir
Fauziah sendirian. Ya ALLAH, janganlah Hazrel suruh Ain buat yang bukan-bukan
pulak, risau hatinya. Perlukah aku bagitau Humaira tentang perkara ini? Fauziah
berkira-kira di dalam hati.
“Ada apa Encik Hazrel?” tanya Nur Ain
setibanya di hadapan Hazrel.
“Kau ni pekak ke apa? Telinga kau tu
letak kat mana? Dua kali aku panggil kau buat tak tahu aje kenapa? Kau ingat
suka sangat ke aku tunggu kau kat sini,” marah Hazrel meninggi.
“Maaf, saya kurang dengar tadi,” ujar
Nur Ain menunduk.
“Kurang dengar? Sah-sah kau ni memang
dah pekak,” kutuk Hazrel pula.
Nur Ain hanya menunduk. Menahan rasa di
hati.
“Aku nak kau ikut aku sekarang.”
“Ke mana Encik Hazrel?”
“Boleh tak jangan banyak tanya? Aku plaster mulut tu baru kau tahu. Kalau
kau nak balik telefon kau tu semula, kau ikut aje cakap aku tanpa banyak bunyi,
faham!”
“Maaf!”
Hazrel mendengus kasar. Segera dia
membawa langkahnya menuju ke kereta. Dia perlu berjumpa dengan Faizal, rakan
seuniversitinya dahulu. Jam di tangan dikerling buat seketika. Masa sudah
menginjak ke dua petang.
“Apa yang kau menungkan lagi tu, cepat
masuk!” arah Hazrel dari arah kereta.
Tersentak Nur Ain seketika. Lantas dia
menuju ke kereta Hazrel dan memboloskan diri masuk ke dalam perut kereta.
“Hari ni kau kena dengar cakap aku.
Lepas kau settlekan syarat aku ni,
aku serahkan telefon kau tu balik,” beritahu Hazrel tatkala mereka berdua
berada di dalam kereta.
Nur Ain hanya mengangguk. Tidak mampu
untuk bersuara. Nasibnya hanya diserahkan pada ALLAH. Semoga ALLAH lindunginya
ketika ini.
“Kau ni tak ada mulut dah ke? Tadi
telinga kau bermasalah, sekarang mulut pulak.”
“Saya tak tahu nak cakap apa?”
“Tak tahu nak cakap apa? Itulah kau,
orang suruh belajar, kau menggatal. Memang kau orang yang macam tukan? Belajar
sampai SPM, lepas tu tackle lelaki
kaya, tak payah fikir-fikir kat mana nak cari duit. Senangkan hidup macam tu,” kutuk
Hazrel selamba.
Mendengarkan kutukan Hazrel, serta
merta Nur Ain menoleh. Jelas riak selamba di wajah Hazrel ketika itu. Nur Ain
mengeluh dalam hati.
“Suka hati Encik Hazrel lah nak cakap
apa, saya terimanya dengan hati yang ikhlas,” balas Nur Ain perlahan.
Kemudian dia membuang pandang ke luar
jendela. Tidak mahu Hazrel mengesan rasa di hati. Sungguh kutukan Hazrel begitu
melukakan hatinya. Sambil-sambil itu, dia cuba menahan air matanya dari
mengalir keluar.
“Bro,
sorry lambat. Aku ada hal sikit tadi,” tegur Hazrel tatkala tiba di hadapan
Faizal.
“Tak apa. Aku pun baru aje sampai. Kau
sorang aje ke? Mana Izz? Bukan ke dia kerja dengan kau?” tanya Faizal
bertubi-tubi. Matanya mengerling sekilas ke arah Nur Ain.
“Mana kau tahu dia kerja dengan aku?”
tanya Hazrel pula sambil melabuhkan duduk di hadapan Faizal. Tangannya melambai
ke arah pelayan yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat mereka duduki.
Setelah memberi pesanan, segera dihalakan pandangan ke muka Faizal.
“Semalam Izz call aku. Bagitau yang dia kerja dengan kau. Wah! Kau dah jadi bos
nampak. Bolehlah aku tumpang sekaki,” seloroh Faizal dan tergelak.
“Banyaklah kau punya kaki. Aku pun baru
ambil alih syarikat tu. Sebelum ni ikut suka hati aku ajelah nak jenguk
syarikat tu atau tidak,” bidas Hazrel pantas.
Suasana hening seketika tatkala pelayan
meletakkan minuman yang dipesan di atas meja. Setelah itu, segera Hazrel
mencapai gelas minumannya dan meneguk rakus air tersebut. Tekaknya yang terasa
kering, sudah pun dibasahkan.
“Sorrylah
bro, sebab aku tak join reunion tu sekali. Ada hal yang tak
boleh nak dielakkan,” suara Faizal kesal.
“Erm, elok pun kau tak datang malam tu.
Buat sakit hati aje,” balas Hazrel keras.
“Kenapa pulak?”
“Aku gaduh dengan Eddie malam tu. Habis
muka aku ditumbuknya,” cerita Hazrel.
Tergelak Faizal mendengar cerita Hazrel
itu. Matanya menjamah wajah tegang Hazrel.
“Yang kau gelakkan aku ni kenapa? Kau
jangan nak tambah marah aku pulak.”
“Okey… okey… aku minta maaf. Belum
pernah lagi aku dengar kau dan Eddie bergaduh. Bukan ke kau, Eddie dan Hazrul berkawan
baik dari universiti lagi?”
“Memanglah. Tapi ada juga yang kami tak
sebulu dengan Eddie.”
“Korang bergaduh pasal perempuan ke?”
tebak Faizal.
Membuntang mata Hazrel dengan
pertanyaan itu. Segera dikalihkan matanya ke arah Nur Ain yang sedang berdiri
tidak jauh dari mereka berdua duduk.
“A’ah, sebab perempuan kampung lagi
menyusahkan,” akui Hazrel keras.
Faizal melepaskan ketawanya lagi. Geli
hati mendengar ayat yang keluar dari mulut Hazrel itu. Kerana perempuan? Ulang
Faizal di dalam hati. Dia tersenyum sinis buat seketika.
“Kau bawa siapa tu Haz?” tanya Faizal
ingin tahu.
Sedari tadi matanya memerhatikan susuk
tubuh Nur Ain yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Matanya juga menjamah
wajah Nur Ain yang sedang menunduk. Ada sesuatu yang menarik minatnya untuk
memandang Nur Ain. Pandangan yang sukar untuk dimengertikan.
“Orang gaji aku. Kau berkenan ke?” balas
Hazrel dan tergelak.
“Orang gaji kau? Takkan sampai ke sini
kau bawa orang gaji kau tu,” bidas Faizal kurang percaya. Matanya mengerling
sekilas ke wajah Nur Ain.
“Kenapa? Kau tak percaya ke?”
“Eh.. apa pulak aku tak percayanya. Aku
percaya. Tapi, cantik juga orang gaji kau tu. Mana kau dapatnya?”
“Cantik kau kata? Mata kau ni dah rabun
ke? Kau tengoklah dressing dia tu,
kekampungan. Muka dia tu, tak cantik dan berparut. Hisy, tak paham aku dengan
kau dan Izz ni. Muka macam tu kau boleh kata cantik,” kutuk Hazrel selamba.
Faizal tertawa mendengarnya. Matanya
masih lagi menjamah susuk tubuh Nur Ain. Walaupun hanya berbaju kurung, tetapi
masih menarik dari pandangan lelakinya.
“Kau bayar dia berapa Haz?” tanya
Faizal sekadar mengorek.
“Bayar? Maksud kau?” tanya Hazrel
berkerut.
“Eh… maksud aku, gaji dia. Berapa kau
bayar gaji dia?”
“Oh, aku ingatkan apa tadi. Dia kerani
aku merangkap orang gaji aku.”
“Kerani kau? Habis tu macam mana pulak
boleh jadi orang gaji kau?” tanya Faizal masih tidak berpuas hati.
“Dia ada hutang dengan aku. Tu yang aku
jadikan dia orang gaji aku,” jawab Hazrel selamba dan tergelak.
Matanya mengerling sekilas ke arah Nur
Ain yang sedang berdiri seperti patung cendana lagaknya. Berkerut dahi Nur Ain
dilihatnya. Entah apa yang difikirkan oleh Nur Ain, dia malas ambil tahu. Apa
yang pasti, dia berjaya membuatkan Nur Ain mengikut arahannya itu. Baru puas
hati aku Eddie, bisiknya.
“Aku ke tandas dulu. Kau tolong awasi
dia untuk aku. Nanti lari pulak dia tu,” pinta Hazrel seraya bangun.
“Okey, no problem. Ayam takkan aku nak lepaskan. Mestilah aku akan
tambatnya elok-elok,” balas Faizal dan tergelak.
Hazrel turut sama tergelak. Mengerti
akan maksud tersirat Faizal itu.
Nur Ain masih menunggu. Hatinya
membengkak tatkala Hazrel memintanya menunggu di situ. Jika diikutkan hati,
mahu sahaja dia beredar dari situ. Namun disabarkan hati agar tidak berbuat
begitu. Apa yang menjadi matlamatnya sekarang ini ialah, telefon bimbitnya. Telefon
yang dibeli oleh Hazrul untuk dirinya dahulu. Berkeras dia menolak pemberian
Hazrul itu kerana tidak mahu dianggap mengambil kesempatan ke atas kekayaan
Hazrul. Tetapi atas desakan Hazrul, nak tak nak, Nur Ain terpaksa menerimanya.
Disebabkan itulah, Nur Ain hanya menggunakan telefon itu sekadar untuk
memanggil dan menerima panggilan sahaja.
“Hai!” tegur Faizal tiba-tiba.
Tersentak Nur Ain seketika. Serta merta
ingatannya terhadap Hazrul terbang begitu sahaja. Matanya menatap wajah lelaki
di hadapannya itu.
“Saya Faizal. Awak?” sambung Faizal
lagi.
“Err, Nur Ain Zafira Ibrahim. Panggil
Ain saja,” balas Nur Ain.
Tangan yang dihulurkan Faizal tidak
bersambut. Dia hanya menundukkan wajah mewakili salaman di tangan.
Faizal menarik tangannya semula. Terasa
hati dengan tingkah Nur Ain sebentar tadi.
“Awak tunggu Hazrel ke?” tanya Faizal.
“A’ah. Mana Encik Hazrel?” balas Nur
Ain sambil matanya melilau mencari kelibat Hazrel namun tidak berjumpa. Hatinya
menjadi risau dengan tiba-tiba.
“Dia ada urusan penting, jumpa client. Dia minta saya hantar awak balik
ke pejabat. Mari saya hantarkan awak ke pejabat,” beritahu Faizal berserta
senyuman tersirat.
“Haa… jumpa client!” ulang Nur Ain terkejut.
Faizal mengangguk.
“Kalau macam tu, saya minta diri
dululah,” pamit Nur Ain namun ditahan oleh Faizal.
“Hazrel minta saya hantarkan awak ke
pejabat. Jadi, biar saya sahaja yang hantar awak ke sana,” pelawa Faizal lagi.
“Tak mengapalah. Saya boleh balik sendiri.
Terima kasih,” tolak Nur Ain lembut dan berlalu pergi dari situ.
Jika berlama di situ, entah apa lagi
yang akan diperkatakan oleh lelaki itu. Sungguh Nur Ain merasa seram sejuk
tatkala melihat wajah lelaki itu. Dirasakan sesuatu yang berlainan pada
pandangan lelaki itu.
Faizal hanya mengekori langkah Nur Ain
dengan ekor matanya sahaja. Seminit kemudian, matanya dihalakan ke arah Hazrel
yang baru menapak keluar dari bilik air. Dia melemparkan senyuman buat Hazrel.
“Mana Nur Ain?” tanya Hazrel
kehairanan.
“Nur Ain?” ulang Faizal pura-pura.
“Orang gaji aku tu lah. Mana dia?”
ulang Hazrel sedikit menekan.
“Oh! Dia dah balik office,” jawab Faizal selamba.
“What?
Dah balik office. Sesuka hati dia aje
nak balik office. Aku tak suruh pun
dia balik office. Yang kau lepaskan
dia kenapa?” geram Hazrel meninggi.
“Manalah aku tahukan. Aku ingatkan kau
suruh dia balik. Lagipun aku tengok dia, macam bosan aje tunggu kau.”
“Hisy, angin aku dibuatkannya. Tak pe,
siaplah dia nanti kat office. Khaw-khaw aku marahkan dia nanti.”
“Kau ni Haz. Cuba kawal sikit panas
baran kau tu. Asyik nak mengamuk ajelah kau ni,” tegur Faizal dan tertawa
kecil. Geli hati melihat wajah tegang Hazrel itu.
“Banyaklah kau punya kawal. Tak pe,
tahulah aku macam mana nak buatnya nanti.”
“Apa yang kau nak buat?” tanya Faizal
penuh minat.
Hazrel hanya membisu. Otaknya ligat
memikirkan rancangan untuk mengenakan Nur Ain. Sakit hatinya tatkala Nur Ain
mengingkari arahannya. Siap kau nanti! Azam Hazrel di dalam hati. Lantas
dikeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluarnya. Nombor Izzuddin di dail
dan menanti sapaan dari hujung talian. Faizal sekadar melihat dan tergeleng.
“Kau kat mana Izz?” tanya Hazrel.
“Aku kat office. Kenapa?” jawab Izzuddin.
“Nur Ain ada tak?”
“Nur Ain? Bukan ke dia ikut kau time rehat tadi?” tanya Izzuddin
berkerut.
“Mana kau tahu?”
“Fauziah bagitau aku tadi bila aku
tanya pasal Ain dari dia.”
Hazrel melepaskan dengusan kasar.
“Tadi dia ada dengan aku, tapi dia dah
balik office,” ujar Hazrel.
“Kau bawa dia ke mana Haz?”
“Kau tak perlu sibuk dengan urusan aku.
Kalau dia balik nanti, kau suruh dia tunggu aku balik. Jangan benarkan dia balik
selagi aku tak masuk office.”
“Tapi kenapa?”
“Adalah. Aku nak suruh dia buat kerja
sikit.”
“Kau nak suruh dia buat apa lagi Haz?
Tak cukup lagi ke kau suruh dia ikut arahan kau.” tegur Izzuddin tidak berpuas
hati. Sakit hatinya tatkala Hazrel membuli Nur Ain.
“Sekarang ni siapa yang bos, kau ke
aku?” marah Hazrel meninggi.
Izzuddin menarik nafas dan
melepaskannya.
“Kau bos aku. Tapi itu tidak bermakna
kau boleh sesuka hati menindas pekerja.”
“Ah! Sudahlah Izz. Malas aku nak dengar
ceramah free kau tu. Ingat pesanan
aku tadi. Selagi aku tak masuk office,
selagi itu kau jangan lepaskan Nur Ain balik, faham!” pesan Hazrel tegas seraya
mematikan talian telefon.
Tersentak Izzuddin dengan perilaku
Hazrel itu. Dia menggeleng kecil memikirkan tentang Hazrel. Entah bilalah
Hazrel akan berubah perangai, dia sendiri tidak tahu. Sudah berkali-kali
dinasihati, tetapi Hazrel masih berperangai yang sama. Malah bukan dia sahaja
yang menasihati Hazrel, Eddie juga turut menasihati Hazrel, tetapi Hazrel masih
dengan sikapnya yang panas baran dan memberontak.
“Hisy, geram betullah Ain dengan Encik
Hazrel tu. Tadi dia suruh kita ikut dia, lepas tu tinggalkan kita. Tak pasal-pasal
Ain kena naik teksi,” rungut Nur Ain di depan Fauziah.
“Eh, bila Ain masuk?” tanya Fauziah
terkejut.
“Menyampah betul Ain dengan Encik
Hazrel tu,” sambung Nur Ain lagi.
Berkerut dahi Fauziah mendengar
rungutan Nur Ain itu. Bingkas dia bangun dari duduknya dan menghampiri Nur Ain.
“Kenapa ni Ain?”
“Encik Hazrel tulah Kak Gie. Tadi dia
suruh Ain ikut dia, lepas tu tinggalkan Ain dengan lelaki yang Ain tak kenal.
Takut Ain tengok lelaki tu Kak Gie. Dia tengok Ain macam nak telan Ain pun
ada,” cerita Nur Ain bersungguh.
“Yeke Ain. Siapa lelaki tu? Kenapa
Encik Hazrel tinggalkan Ain?” tanya Fauziah bertubi-tubi.
“Katanya kawan Encik Hazrel. Manalah
Ain tahu kenapa Encik Hazrel tinggalkan Ain kat restoran tu. Nasib baiklah
dekat, kalau tak, habis duit Ain sebab terpaksa bayar tambang teksi. Bukannya
murah tambang teksi, mahal,” rungut Nur Ain lagi dan mengeluh.
Fauziah mengangguk faham. Dia menapak
semula ke mejanya dan melabuhkan duduk di situ. Matanya menatap kesian wajah
Nur Ain. Kenapa Hazrel melakukan seperti itu terhadap Nur Ain? Kenapa Hazrel
membuli Nur Ain? Apa yang Ain telah lakukan pada Hazrel? Pelbagai persoalan
yang menerjah masuk ke dalam kotak fikirannya itu.
“Ain ke bilik air kejap ya Kak Gie,”
pamit Nur Ain seraya bangun.
Fauziah hanya mengangguk. Matanya
sahaja yang mengekori langkah Nur Ain hingga hilang dari pandangan mata.
Izzuddin memanjangkan leher tatkala
terlihat kelibat Nur Ain melewati biliknya. Segera dia memanggil Nur Ain
sehingga membuatkan langkah gadis itu terhenti.
“Ada apa Encik Izz?” tanya Nur Ain
sambil cuba mengawal pernafasan.
“Awak baru balik ke Nur Ain? Tadi Encik
Hazrel call saya cari awak,” tanya
Izzuddin sekali gus menepis pertanyaan Nur Ain.
“Encik Hazrel? Bukan ke Encik Hazrel
ada perjumpaan dengan client. Sebab
itulah saya balik ke office,” jelas
Nur Ain jujur dan berkerut.
Izzuddin mengeluh ringan. Wajah Nur Ain
ditatap mesra.
“Dia cari awak, Nur Ain. Dia minta awak
tunggu dia sehingga dia masuk office
balik. Selagi dia tak masuk, selagi itulah awak jangan balik,” jelas Izzuddin.
“Oh, baiklah Encik Izz. Kalau tak ada
apa lagi, saya keluar dulu,” balas Nur Ain dan tersenyum. Dia menapak keluar
dari bilik itu.
“Nur Ain, malam nanti awak temankan
saya makan boleh?” ujar Izzuddin sekadar mencuba. Berharap Nur Ain bersetuju
dengan permintaannya itu.
Terhenti langkah Nur Ain mendengar
ujaran itu. Dia menoleh semula ke belakang dan menatap mesra wajah Izzuddin.
“Err, saya tak boleh janjilah Encik
Izz. Saya tak biasa keluar malam,” jujur Nur Ain sambil menggaru kepalanya yang
bertudung.
“Tak mengapalah Nur Ain. Lain kali
ajelah saya ajak awak makan sama,” balas Izzuddin sedikit kecewa. Kecewa
apabila permintaannya di tolak oleh Nur Ain.
Nur Ain sekadar tersenyum. Dia menapak
keluar dari dalam bilik. Kepenatan yang dialaminnya sebentar tadi, perlu
direhatkan. Sakit hatinya apabila Hazrel meninggalkannya begitu sahaja. Jika
dia tahu perkara itu akan terjadi, sudah pastilah dia menolak permintaan Hazrel
tadi. Permintaan untuk memintanya mengikut segala kemahuan Hazrel. Dalam erti
kata yang lain, menjadi orang suruhan Hazrel sebagai pertukaran telefon
bimbitnya itu.
kalau sy jdk ain sy dah koyakkan mulut si hazrel tu.besar sgt ke dia tu sesuka jiwa nk hamun org...
BalasPadam:) sekian, terima kasih...hihihih
haha.. sama2 kasih farah.. mana tumpahnya kuah klu x ke nasi.. kan Datin Salina tu mcm tu jg, jerit2, tengking2 n jerkah2 aje sesuka hati.. so, HH tue ikut perangai DS tulah.. haha.. :D
Padammenarik
BalasPadamterima kasih kerana membaca.. :D
Padamxtw nak komen apa..sedih sgt bile hazrel layan ain mcm xda perasaan
BalasPadamxpe, lps ni NAZ pulak layan HH mcm xde perasaan.. biarkan HH dgn sikap ego, sombong n bongkak dia tu.. pasti ada balasannya nti.. pengajaran buat HH..
Padamhe...benci btl dgn si hazrel itu....suka suki dia je maki hamun org..
BalasPadamkesian dgn ain...hu..hu..hu
alahai, jgn marah2 n benci2 kat HH.. kang dia bertukar jd romantik, terkejut x terkata nti.. kalah hero dlm GB si Amirul tu.. hehe.. :D
PadamApa lah lagi mamat poyo + sengal + berlagak tu nak buat kat Ain ye...Eliza kalau boleh bagi mamat poyo + sengal + berlagak tu jatuh cinta jiwang karat gila2 kat Ain...pastu Ain tak layan dia...baru padan muka dia...menyampah + meluat betul dengan mamat tu sampai nak sebut nama dia pun benci...sori ye terlebih emosi a plak..hihihi...
BalasPadamhaha.. 2 yg dpt gelaran mamat poyo + sengal + berlagak tu ya.. jgn risau.. HH akn dpt balasannya.. mmg btl2 dia tersungkur nti.. NAZ pn xkan layan dia smpe tension dia nti, semua tu lps diorg kawin nti.. err, tlbh sudaahhhh... apa2 pn tq coz membaca n menanti AJID.. :D
Padamaishhhh....mmg nk kna debik la si hazrel ni...xpe2,sket msa lg mst hazrel ni akn brubh 360 deg kn....biar dy dgn ego plus skp annoying 2 dlu...hikhik
BalasPadamhihi.. yup!! kita kasi dia bangga diri dlu.. then baru kita kasi dia jatuh terjelepuk.. hahaha (gelak jahat).. :D
Padamlama g dia nak berubah ni kak? skt jiwa dh ni.. haz asik ain tu xcntik.. xcntik sgt ka dia nih
BalasPadamhuhu.. lama lg kot dia nk berubah.. kan dia tu ego melangit.. err, NAZ bknlah cantik mana.. tp, still ada ayu n manisnya.. parut kat dahi dia yg nmpkkan kekurangan NAZ.. kali ni akak buat heroin lain dr yg lain.. huhu.. ;)
PadamI just came back fr nite shift today n just open up ur blog ... congrats abt ur 1st novel yng akan diterbitkan in June n I hope nanti I balik kampung in late june bolehlah cari di seberang tambak ya .. ok back to ur current novel ... kenapa eddie tak beri saja cash money to ain n pretend that the money is fr her to pay up the debts ... so si mat sengal tu tak akan syak yng duitnya itu daripada eddie ... kan senang ... case close ... well itu pendapat saya lah ... but anyway still waiting patiently for the nxt entry ..Fr Aida "Perth"
BalasPadamAida..
Padamlama sungguh sy tggu komen dr awak.. ingatkan dh x layan e-novel sy.. hihi.. sy suka bc komen dr awak Aida.. sbb awak npk kelemahan dlm karya2 sy.. ms HM dlu, komen2 awak byk bantu sy betulkan kesilapan/kelemahan dlmnya.. bab seterusnya selesailah isu hutang tu.. apa2 pn thanks Aida.. jgn jemu membaca karya2 sy.. ;)
ros..
BalasPadamada jgk manusia mcm ni ye?np la si ain tu lurus bndul sngat...trima je lah bntuan dr eddie...
maybe ada kak dlm dunia realiti kita ni.. even dlm drama pn ada, apatah lg dlm dunia yg nyata ini.. sy terjemahkannya dlm penulisan sekadar utk berkongsi dgn pembaca.. hanya pembaca yg boleh menilainya.. :)
Padamni nak habaq. q.rasa.mulut.hazrel.layak.di.jahit!!
BalasPadammmg... jib** btl...
erk, q.. jib**?? hahaha.. akak rs tahu ayat tu.. lps ni kita jahit sama2 ya mulut si HH tu.. haha..
Padam