“AIR!” suara
Aidil sambil menghulurkan setin minuman dan dibalas baik oleh Hanif.
“Kau
okey ke tidak ni?” tanya Aidil bernada risau. Duduk dilabuhkan di sisi Hanif.
Hanif
meneguk minuman. Dia sekadar mengangguk sebagai tanda jawapan kepada pertanyaan
Aidil.
“Aku
rasa kau tak okey,” sambung Aidil lagi. Masih tidak berpuas hati.
“Kenapa
kau rasa aku tak okey?” Hanif bertanya. Dia memandang Aidil di hadapan.
“Pasal
ayah kau nak jual syarikat dan menetap di kampung.”
Bulat
mata Hanif mendengarnya. Bagaimana Aidil tahu mengenai itu? Adakah Haidar bercerita
kepada Aidil?
“Haidar
beritahu pada aku,” ujar Aidil tatkala menyedari riak di wajah Hanif.
“Huh!
Haidar tu memang tak boleh simpan rahsia. Semua orang nak diceritanya,” rengus
Hanif sambil meremukkan tin minuman yang sudah kosong.
“Kau
kan tahu hubungan aku dengan dia macam mana?”
“Iyalah!
Best friend forever, kan?”
Aidil
ketawa kecil melihat cebikan Hanif. Kawannya itu masih tidak sukakan Haidar. Sejak
sekolah menengah lagi, Hanif tidak sukakan Haidar. Hanif dan Haidar jauh
berbeza. Haidar bersikap terbuka manakala Hanif bersikap prejudis dan ego.
Walaupun
dia berkawan baik dengan Haidar, Hanif tetap kawannya. Maka dari itu, Haidar
memintanya membantu serta memantau Hanif dari segala segi. Tidak mahu Hanif
leka dengan apa yang diperolehi selama ini.
“Kau
boleh tolong aku tak?”
Suara
Hanif mematikan lamunan pendek Aidil. Hanif di hadapan dipandang berserta
kerutan di dahi.
“Kau
boleh tolong aku tak?” Hanif mengulangi pertanyaannya.
“Tolong
apa?” soal Aidil masih berkerut.
“Tolong
aku siasat Iris Eryna,” sebut Hanif, senafas.
“Iris
Eryna?”
Hanif
sekadar mengangguk.
“Aku
nak tahu siapa dia yang sebenarnya.”
“Why? Dia dah…..”
“Mengarut!
Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan, Aidil.” Hanif memintas. Dia tahu apa
yang hendak diperkatakan oleh Aidil.
Aidil
ketawa. Wajah Hanif dipandang tidak berkelip.
“Aku
nak tahu hebat sangat ke dia.” Hanif memberitahu niat sebenarnya.
“Memang
dia hebat.” Aidil sengaja berkata begitu. Sekadar melihat reaksi Hanif.
“Huh!
Hebatlah sangat,” cebik Hanif, meluat.
Semakin
kuat Aidil ketawa. Dia menggelengkan kepala dengan sikap Hanif.
“Aku
nak kau tolong aku siasat siapa sebenarnya dia. Aku macam kenal dia sebelum ni.
Tapi, aku tak sure.”
Aidil
yang mendengar terus mematikan ketawa. Apa maksud Hanif?
“Mata
dia. Macam aku pernah nampak mata seperti tu sebelum ni.”
“Maksud
kau?”
Hanif
menghela nafas ringan. Matanya dibuang jauh ke tengah tasik. Pagi yang
mendamaikan. Mereka berdua berada di tasik sekadar untuk jogging bersama.
“Maksud
kau?” Aidil mengulangi pertanyaannya.
“Aku
tak tahu. Setiap kali aku pandang dia, perasaan benci dan marah aku
meluap-luap,” jelas Hanif, perlahan.
Aidil
tidak membalas. Otaknya sedang berfikir.
“Aku
dapat rasakan, ada sesuatu tentang dia yang perlu aku siasat.”
“Perasaan
kau saja, Hanif. Kau dan dia kan tak boleh berjumpa. Pasti ada perkara yang
terjadi dan tak puas hati antara kau dan dia.”
Hanif
hanya mendengar. Dia cuba untuk memahami kata-kata Aidil.
“Tapi,
kau dan dia macam berjodoh pulak aku
rasa.”
“Maksud
kau?”
“Iyalah!
Aku perasan yang sekarang ni kau selalu berjumpa dengan dia.”
“Totally wrong! Bukan berjumpa tapi
terjumpa, okey! ‘Ter’ jumpa.” Hanif menekankan perkataan ‘ter’.
“Bukan
sama ke maksudnya tu?” Aidil sengaja bertanya.
“Tak
sama!” Hanif menegaskan.
“Walau
apa pun Hanif, dah banyak kali kau ‘ter’ jumpa dengan dia. Itu tandanya kau dan
dia berjodoh. Mana la tahu kan dia jodoh kau. Dia pun aku tengok seorang yang
cantik dan bijak.” Aidil mengusik. Dia turut memuji Iris.
“Mengarut!”
bidas Hanif, keras.
Aidil
ketawa mendengarnya.
“Aku
nak kau siasat pasal dia. Kalau boleh, cari kelemahan dia.”
“Kelemahan
dia? Maksud kau?”
“Yang
kau tiba-tiba bengap ni, kenapa? Dia tu musuh kita. So, kita kena la cari kelemahan musuh. Baru senang kita nak
serang.”
Aidil
menggeleng perlahan. Dia tersenyum dengan kerenah Hanif.
“Kau
nak tolong ke tidak?”
“Kalau
aku tak nak tolong, kau nak buat apa?”
“Aku
upah orang lain. Apa susah? Yang penting duit.”
“Kalau
macam tu, kau upah orang saja la siasat. Aku tak ada masa nak layan
kebudak-budakkan kau tu.”
“Kau
kata aku kebudak-budakkan?” Hanif menjegilkan mata.
“Memang
pun. Dengan perempuan pun kau nak cari gaduh,” tembak Aidil lalu ketawa.
Sengaja mengkritik kawannya itu.
“Kau….”
“Jom
kita balik. Dah lewat ni. Aku dah janji dengan Haidar nak jumpa tengah hari
ni,” pintas Aidil bingkas bangun dari duduk.
“Kau
nak jumpa dengan Haidar? Kenapa?” Hanif berminat ingin tahu. Dia turut sama
bangun dari duduk.
“Adalah!
Mana boleh beritahu pada kau. Rahsia antara aku dan dia.”
“Huh!
Rahsia la konon. Tak apa kalau kau tak nak beritahu pada aku. Lambat laun
nanti, aku akan tahu juga.”
“Ikut
suka hati kau la, Nif. Aku tak nak masuk campur dalam urusan kau dan Haidar.”
Hanif
tidak membalas. Matanya menghantar pemergian Aidil. Rahsia apa yang mereka
berdua sembunyikan?
“Ah!
Lantak dia orang la. Malas aku nak fikir,” putus Hanif lalu beredar dari situ.
“ALHAMDULILLAH,
majlis berjalan dengan lancar,” ucap Puan Hanum berserta nafas lega.
“Alhamdulillah
mak. Semuanya berjalan dengan lancar,” ucap Iris pula sambil tersenyum.
“Walaupun
kita tangguhkan majlis ni, tapi tetap berjalan juga.”
“Maafkan
Iris, mak. Kalau bukan….”
“Tak
apa la, Iris. Kerja lebih penting. Sumber rezeki Iris.”
Iris
masih lagi tersenyum. Wajah Puan Hanum ditatap seketika. Hari ini mereka
mengadakan majlis kesyukuran seperti yang dirancang. Walaupun perancangan asal
pada minggu lepas, atas sebab-sebab tertentu rancangan terpaksa ditukar.
Di
saat akhir dia terpaksa menghadiri conference
di luar negara atas arahan Dato Rashid. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia
bersetuju. Lagipun dia hanyalah pekerja biasa. Arahan bos tetap perlu dituruti.
“Iris!”
Puan Hanum menegur.
“Haa….
Apa dia mak?” Iris tersentak.
“Bila
Iris nak balik kampung?” Puan Hanum sekadar bertanya. Masih teringat dengan
niat Iris untuk pulang ke kampung.
“In
shaa Alla mak. Kalau semuanya dah selesai, Iris balik.”
“Seorang?”
Iris
sekadar mengangguk. “Mak nak ikut ke?”
“Tak
apalah Iris. Iris baliklah. Mak ni menganggu Iris saja nanti. Lagipun, Iris
balik ke sana ada tujuan bukannya tak ada tujuan.”
“Apa
salahnya kalau mak ikut?”
“Tak
apalah nak. Mak tinggal di sini saja. Kalau mak bosan, mak pergilah ke rumah
Mak Semah tu, berbual.”
Iris
sekadar mengangguk. Wajah Puan Hanum ditatap sayang.
“Mana
Zakry? Bukan kata nak datang?” tanya Puan Hanum tatkala menyedari ketiadaan
Zakry. Kawan baik Iris.
“Dia
lewat sikit mak. Ada hal katanya. Tapi, dia minta kita tinggalkan makanan untuk
dia,” beritahu Iris lalu ketawa kecil. Geli hati dengan permintaan Zakry hari
itu.
Puan
Hanum turut sama ketawa. Zakry seorang yang kelakar dan peramah. Senang hatinya
melihat persahabatan Iris dan Zakry.
“Mak
ke dapur dulu. Nak kemas apa yang patut,” ujar Puan Hanum kemudian.
“Mak,
tak apa. Biar Iris yang buat.” Iris menghalang. Tidak mahu menyusahkan Puan
Hanum.
“Tak
apa. Iris berehatlah dulu. Dari semalam mak tengok Iris tak berehat,” suara
Puan Hanum, lembut.
“Tapi
mak….”
“Berehat
ya!” pintas Puan Hanum. Tangan Iris dicapai lalu ditepuk lembut.
Iris
serba salah. Nak tak nak, dia terpaksa akur. Tubuh Puan Hanum yang sedang
melangkah menuju ke dapur dipandang penuh minat.
Tanpa
menunggu, langkah dibawa menuju ke halaman rumah. Duduk dilabuhkan di bangku
yang tersedia di laman itu sambil melepaskan nafas ringan. Wajah Hanif dan
Haidar menyapa mata silih berganti. Seakan iras wajah mereka berdua. Adakah
mereka berdua adik-beradik?
Mustahil
Hanif dan Haidar mempunyai pertalian adik-beradik. Haidar seorang yang lembut
dan ikhlas manakala Hanif seorang yang ego dan berlagak. Bagai langit dengan
bumi mereka berdua. Tetapi, kenapa kedua-duanya punya rasa yang berbeza?
Tatkala
bertemu dengan Haidar, perasaan sebak dan bersalah hadir di hati. Seperti ada
kisah yang tersembunyi. Adakah itu sekadar firasat di hati atau kisah silamnya
yang dia sendiri tidak ingat?
Hanif
pula, penuh dengan ego dan lagak. Kebencian dan dendam menghuni di hati pemuda
itu. Dia yakin dengan apa yang dirasakan terhadap Hanif. Perasaan benci dan
dendam terhadap seseorang. Siapa? Walau siapa pun, semoga suatu hari nanti
perasaan itu lenyap dari sinar mata Hanif.
“Hai,
menung jauh nampak?” tegur Zakry mengejutkan Iris.
Tersentak
Iris mendengar teguran itu. Dia menghalakan mata ke arah Zakry yang sedang
melangkah menghampirinya di bangku.
“Aku
bagi salam pun tak jawab,” sambung Zakry sambil melabuhkan duduk.
Iris
sekadar tersengih. Kepala yang bertudung digaru seketika.
“Mak
mana?”
“Ada
di dalam. Mengemas!”
“Mengemas?
Habis tu, kau buat apa kat sini?”
“Termenung!”
“Bertuah
punya anak. Kenapa tak tolong mak mengemas?”
“Mak
yang tak bagi aku tolong dia. So, aku
termenung la kat sini,” jelas Iris berserta sengihan di bibir.
Zakry
menggelengkan kepala. Wajah Iris di sisi ditatap seketika.
“Aku
ingat nak ambil cuti. Nak balik kampung,” ujar Iris bernada perlahan.
“Bukankah
dah lama kau planning nak balik
kampung?” soal Zakry sedikit pelik. Itulah yang diberitahu Iris selama beberapa
minggu ini. Keinginan gadis itu untuk pulang ke kampung halaman.
“Aku
tak ada kekuatan, Zack,” suara Iris seraya memandang wajah Zakry di sisi.
Zakry
tidak membalas. Dia faham dengan kata-kata Iris.
“Kenangan
lama masih berbekas di hati aku. Walaupun aku dah cuba nak lupakan, kenangan tu
tetap menjengah fikiran aku.”
Zakry
menghela nafas ringan. Dia mengangguk perlahan tanda faham.
“Sehingga
sekarang, aku rasa kekurangan.” Iris menunduk memandang kaki sendiri.
“Iris…..”
Zakry menyeru. Wajah Iris yang menunduk ditatap sayu.
Iris
tidak membalas. Air mata meniti di tubir mata.
“Kau
seorang yang tabah. Aku kagum dengan kau,” suara Zakry lagi. Memberi semangat
buat gadis itu.
Iris
mengangkat wajah. Senyuman meniti di bibir.
“Aku
pasti, kau akan berjumpa dengan dia. Usaha kau selama sepuluh tahun ni tak akan
sia-sia. Percayalah cakap aku ni,” sambung Zakry penuh yakin.
“Aku
nak tebus balik kesalahan aku, Zack. Aku harap sangat berjumpa dengan dia,”
balas Iris bernada sebak.
“In
shaa Allah, Iris. Allah tahu niat baik kau. Yang penting, usaha, doa dan
tawakal.”
Zakry
masih memberi kata-kata semangat buat Iris. Dia tahu, sehingga ke hari ini,
Iris masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa lama. Iris rasa bersalah atas
apa yang berlaku dahulu. Walaupun kesalahan itu bukan seratus peratus terletak
di bahu Iris, tetapi gadis itu masih menganggap dirinya bersalah.
“Ha
Zack, bila sampai?” tanya Puan Hanum, tiba-tiba.
Teguran
Puan Hanum mematikan lamunan pendek Zakry. Dihalakan mata ke wajah Puan Hanum
yang semakin menghampiri.
“Ingatkan
Zack tak datang,” sambung Puan Hamun.
“Maaf
mak, terlewat. Ada kerja sikit tadi,” jelas Zakry seraya bangun. Tangan Puan
Hamun dicapai lalu dicium lembut.
“Iris,
kenapa tak beritahu mak yang Zack dah datang?” Puan Hanum menegur Iris. Wajah
Iris yang sedang menunduk dipandang.
“Mak…
Zack lapar.” Zakry bersuara. Dia memberi isyarat kepada Puan Hanum.
Puan
Hanum tidak membalas. Cuba untuk memahami isyarat Zakry. Seminit kemudian, dia
mengangguk perlahan. Faham akan maksud isyarat yang diberikan oleh Zakry. Pasti
Iris sedang mengingati kisah lama. Maka ada baiknya dia tidak terus bersuara.
“Mak,
jom kita masuk!” Zakry mengajak.
“Jomlah!”
balas Puan Hanum kemudian.
“Iris,
aku dengan mak masuk dalam dulu,” ujar Zakry.
“Mak
masuk dalam dulu, Iris. Kalau Iris nak apa-apa, beritahu mak,” suara Puan Hanum
pula. Tangan Iris disentuh lembut.
Iris
tersentak. Dia mengangkat wajah lalu memandang Puan Hanum yang sedang
tersenyum. Sejak bila Puan Hanum berada di hadapannya itu?
Puan
Hanum tersenyum. Pasti Iris tidak menyedari kehadirannya di situ.
“Aku
nak makan sekejap,” beritahu Zakry.
“Haa…
baiklah!” Iris sedikit terpinga-pinga.
“Mak
ada di dalam. Kalau perlukan apa-apa, beritahu mak,” pesan Puan Hanum untuk
kesekian kali.
Iris
hanya mengangguk. Ucapan syukur meniti di benak hati. Bersyukur kerana memiliki
ibu angkat serta sahabat baik seperti Zakry.
“Aku
makan sekejap. Apa-apa panggil aku,” pesan Zakry pula.
Tanpa
menunggu, dia melangkah jalan beriringan dengan Puan Hanum menuju ke rumah.
Dikerling sekilas wajah Iris buat seketika. Hanya riak sedih terlukis di wajah
itu.
Jauh
di sudut hati, dia tetap mendoakan kebahagiaan Iris. Semoga ada insan yang
bernama lelaki dapat menerima segala kekurangan Iris Eryna.