KHAIRIL
menatap fail di hadapan dengan pandangan kosong. Fikirannya melayang entah ke
mana. Pertunangan Iqwan dengan Zafira bakal berlangsung dalam beberapa hari
lagi. Entah kenapa hatinya kurang senang dengan pertunangan itu.
Keputusan
Iqwan begitu memeranjatkan. Kenapa dengan tiba-tiba Iqwan hendak bertunang
dengan Zafira? Adakah Iqwan benar-benar ikhlas bertunang dengan Zafira?
Hatinya
kuat menyatakan yang Iqwan mempunyai agenda tersendiri. Iqwan menyembunyikan
sesuatu daripadanya. Dia yakin yang Iqwan ada merahsiakan sesuatu. Perlukah dia
menyiasat tentang itu?
“Perlukah
aku tanya Iqwan tentang ni?” soal Khairil kepada dirinya sendiri.
Nafas
ringan dilepaskan. Disandarkan tubuh sambil berfikir. Serta-merta wajah
seseorang menyapa mata ketika ini.
“Mungkin
aku patut tanya pada kawan Zafira. Manalah tahukan dia tahu,” kata Khairil
sambil cuba mengingati raut wajah gadis yang bersama dengan Zafira tidak lama
dulu.
Ketukan
di pintu menyentak lamunan Khairil. Dihalakan mata ke arah muka pintu bilik.
Wajah Iqwan menyapa mata ketika ini.
“Kau
free tak?” tanya Iqwan sambil
melabuhkan duduk.
“Free. Kenapa?” soal Khairil pula.
“Temankan
aku cari cincin.”
“Cincin?”
“Yalah!
Hantaran semua, aku minta tolong orang buatkan. So, aku nak cari cincin untuk pertunangan aku minggu depan.”
“Kau
sepatutnya ajak Zafira bukannya aku.”
“Kenapa
pulak nak kena ajak dia?” Iqwan bertanya seperti orang bodoh.
“Sebab
cincin tu dia yang nak pakai dan bukannya aku,” jawab Khairil, tenang.
Iqwan
berfikir sejenak. Ada benarnya kata-kata Khairil itu.
“Wan!”
seru Khairil kemudian.
Iqwan
menghalakan mata ke wajah Khairil. Memberi sepenuh tumpuan kepada kawannya itu.
“Kau
ikhlas dengan Zafira?” tanya Khairil, cermat.
Iqwan
berkerut dahi. Kenapa keikhlasan yang ditanya oleh Khairil itu?
“Aku
tak nak kau mempermain-mainkan perasaan Zafira. Kalau kau…”
“Kau
persoalkan keikhlasan aku, Khai?” pintas Iqwan, laju.
“Aku
tak pertikaikan. Aku cuma…”
“Curiga?
Kau curiga dengan aku, kan?”
Khairil
termati kata-kata. Apa jawapan yang harus diberikan kepada Iqwan?
“Kalau
kau tak nak tolong aku, it’s okey.
Aku masih boleh terima. Tapi, kalau kau curiga keikhlasan aku pada Zafira, itu
aku tak boleh nak terima,” luah Iqwan bernada kecewa.
Tanpa
menunggu, dia beredar dari bilik itu. Rasa kecewa dengan sikap Khairil. Sebagai
kawan, dia memerlukan sokongan dan bukannya kritikan.
Khairil
terkedu. Rasa kesal menujah ke dalam hati. Kenapa dia boleh mencurigai Iqwan?
Sebagai kawan, adalah lebih baik dia menyokong dan mendoakan kebahagiaan Iqwan.
“CANTIK
tak?” tanya Zafira, tersenyum. Diunjuk sebentuk cincin di hadapan Iqwan.
Iqwan
sekadar berdehem. Tidak berniat untuk menjawab.
“Kalau
saya pilih yang ini, boleh?” soal Zafira, teruja.
“Kau
pilih la mana yang kau suka. Aku tak kisah,” balas Iqwan, tenang.
Zafira
tersenyum. Ditatap kasih wajah Iqwan buat seketika. Lama dia merenung wajah itu
sehinggalah dia tersedar tatkala mendengar deheman dari arah Iqwan.
Iqwan
berdehem. Rasa rimas tatkala menyedari pandangan Zafira. Kenapa Zafira
memandangnya sebegitu?
“Saya
nak yang ini,” beritahu Zafira tatkala promoter
berbangsa Melayu bertanya.
“Baiklah
cik! Cik nak apa-apa lagi?” tanya promoter
itu pula.
“Tak
ada! Berapa harga cincin ni?”
“RM535.00, cik.”
Zafira
mengangguk. Dikeluarkan dompet dari dalam beg tangan.
“RM535.00?” sampuk Iqwan sedikit terkejut.
“Ya,
encik. Kenapa?”
“Tak
ada yang lagi mahal ke?”
“Ada,
encik!”
“Tak
apa, cik. Saya ambil yang ini saja,” beritahu Zafira.
“Takkan
cincin murah ni?” tanya Iqwan sedikit menekan.
“Mahal
ke murah, tak penting. Yang penting, niat di hati kita. Ikhlas ataupun tidak,”
jawab Zafira, tenang. Senyuman terukir di bibir.
Iqwan
terkedu. Kata-kata Zafira menusuk terus ke gegendang telinga.
“Ini
wangnya cik,” ujar Zafira seraya menghulur beberapa keping not RM100.00.
Promoter
itu mencapai not wang tersebut. Senyuman diberikan kepada Zafira. Kemudian,
dihalakan mata ke wajah Iqwan. Tegang dilihatnya pada wajah itu.
“Lepas
ni, kita pergi makan nak tak?” cadang Zafira kemudian.
Iqwan
mengerling jam di pergelangan tangan. Masa sudah menginjak ke pukul satu
petang. Perut yang terasa lapar minta diisi. Ada baiknya dia menerima cadangan
Zafira itu.
“Aku
ikut saja,” balas Iqwan bingkas bangun dari duduk.
Dia
melangkah keluar dari dalam kedai emas itu. Nafas berat dilepaskan. Betulkah
keputusan yang dibuatnya ketika ini? Bertunang dengan Nur Zafira Sofea.
Zafira
segera bangun dari duduk sebaik sahaja mendapat resit pembayaran. Keluhan
ringan dilepaskan. Ikhlaskah dia bertunang dengan aku? Persoalan itu menerjah
di fikiran Zafira.
“HAI, monyok saja
muka tu, kenapa?” tegur Aqil tatkala terpandangkan Zafira.
Zafira
tersentak. Dihalakan mata ke arah Aqil yang sedang menapak masuk ke dalam
bilik. Senyuman hambar diberikan kepada abangnya itu.
“Kenapa
ni?” tanya Aqil sambil melabuhkan duduk.
“Penat!”
jawab Zafira, sepatah.
“Macam
mana? Dah beli cincin?”
Zafira
sekadar mengangguk.
“Dah
settle semuanya?”
Zafira
masih lagi mengangguk. Kelu lidahnya untuk berkata-kata.
“Kenapa
ni? Fira ada masalah ke? Iqwan sakitkan hati Fira?” tanya Aqil, berminat. Wajah
suram adiknya itu ditatap kasih.
“Tak
ada masalah apa-apa. Fira cuma penat sikit ikut Iqwan tadi,” jawab Zafira,
perlahan. Menghalau rasa curiga di hati Aqil.
Aqil
menghela nafas ringan. Wajah Zafira masih menjadi tatapan mata.
“Kalau
Fira tak suka bertunang dengan Iqwan, kita boleh batalkan pertunangan ni.
Along…”
“Fira
suka. Along janganlah risau,” pintas Zafira, laju. Senyuman diberikan kepada
Aqil.
“Along
tetap risau. Fira adik along. Along bertanggungjawab dalam menjaga Fira. Itu
janji along pada arwah ayah,” beritahu Aqil bernada sebak.
Zafira
hanya mendengar. Perasaan sebak menghuni di hati. Sebak mendengar kata-kata
Aqil. Selama dua tahun Aqil menjaganya.
Aqil
bertanggungjawab ke atas kehidupannya selepas kematian ayah mereka. Rasa
bersalah kerana menyusahkan Aqil dan Amylia. Rasa kasihan turut menumpang di
hati.
“Dahlah
termenungnya. Along janji akan membahagiakan Fira,” ujar Aqil, lembut. Ditarik
tangan Zafira lalu menggenggamnya erat. Senyuman diberikan buat adiknya itu.
“Terima
kasih, along. Terima kasih kerana menjaga Fira selama ini,” ucap Zafira,
tersenyum. Dieratkan lagi genggaman di tangan.
“ANGIN
tak ada, tiba-tiba nak bertunang? Kamu ni biar betul, Iqwan Hafiz?” tanya Hajah
Noreha.
“Nenek
ni sama juga macam Khairil. Kenapa? Tak percaya?” soal Iqwan pula.
“Nenek
bukannya tak percaya. Nenek tak ada pulak dengar yang kamu ni bercinta ke apa.
Tiba-tiba nak bertunang. Kamu biar betul, Iqwan?” jelas Hajah Noreha pula.
Dilabuhkan
duduk di sofa dan menatap wajah cucunya itu. Sudah agak lama dia tidak berjumpa
dengan Iqwan. Semenjak pemergian kedua-dua orang tua Iqwan, dia jarang
mendengar cerita daripada cucunya itu.
Hanya
sekali sekala sahaja dia akan melawat Iqwan. Nak harapkan Iqwan datang
melawatnya, pelbagai alasan yang diberikan oleh cucunya itu.
“Nenek
bukannya tak kenal dengan cucu nenek tu. Suka hati saja buat keputusan,” sampuk
Khairil, tiba-tiba.
Hajah
Noreha menoleh. Wajah Khairil menyapa mata. Sejuk matanya memandang Khairil.
Rakan baik Iqwan sejak dari sekolah lagi. Khairil merupakan anak yatim piatu
dan diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Iqwan.
Kini,
Khairil dipertanggungjawabkan dalam mengurus syarikat peninggalan keluarga
Iqwan atas amanat yang ditinggalkan oleh Sharizal, anak tunggalnya itu.
“Aku
seriuslah. Takkan aku nak main-main pulak?” geram Iqwan.
“Dah…
dah… jangan nak bertekak pulak,” tegur Hajah Noreha.
“Maaf,
nek!” ujar Khairil dan Iqwan, serentak.
Hajah
Noreha menggeleng. Iqwan masih dengan sikap memberontak. Sukar untuk membaca
hati Iqwan. Apa yang tersurat dan tersirat di hati cucunya itu.
“So, nenek nak tolong ke tidak ni? Nak
harapkan Khairil, bukan tahu apa pun,” suara Iqwan seraya memandang ke wajah
Hajah Noreha.
“Nenek
nak jumpa dengan bakal tunang Iqwan dulu,” balas Hajah Noreha.
“Jumpa?
Nak buat apa?” tanya Iqwan, berkerut.
“Boleh
tak?”
“Setuju
dengan nenek. Wan, tak salahkan kalau nenek nak jumpa dengan Zafira,” sokong
Khairil. Wajah Iqwan dipandang seketika.
Ada
baiknya kalau Hajah Noreha berjumpa dengan Zafira. Mungkin Hajah Noreha ada
pandangan sendiri terhadap Zafira.
Iqwan
menghela nafas ringan.
“Nanti
Wan beritahu pada dia. Bila nak jumpa?”
“Lagi
cepat lagi bagus. Wan nak bertunang cepat, kan?” Hajah Noreha mengusik.
“Dia
lagi tak sabar nak kahwin nek. Kalau boleh, lepas tunang nak terus nikah,” usik
Khairil pula. Dia ketawa dengan kata-katanya itu.
Iqwan
menjegilkan mata. Sengaja Khairil mengusiknya.
“Baiklah!
Nenek naik atas dulu. Penat pulak badan ni seharian bawa kereta,” ujar Hajah
Noreha bingkas bangun.
Seminit
kemudian, dia beredar dari situ menuju ke bilik di tingkat atas. Nafas lega
dilepaskan. Ucapan syukur meniti di benak hati. Bersyukur kerana cucunya itu
terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga. Berharap, gadis itu dapat
membahagiakan Iqwan.
“KENAPA
awak nak bertunang dengan saya?” tanya Zafira, ingin tahu.
“Suka!”
jawab Iqwan, sepatah.
“Suka?
Awak suka kat saya?”
“Kenapa?
Kau tak percaya?”
“Eh,
bukan tak percaya. Cuma terkejut saja.”
Iqwan
berpeluk tubuh. Wajah Zafira diperhati dalam diam.
“Terima
kasih!” ucap Zafira, tiba-tiba.
“For what?” tanya Iqwan, berkerut.
“Sebab
terima saya.”
“Aku
kesiankan abang kau saja.”
Zafira
berkerut dahi. Apa maksud Iqwan?
“Kalau
tidak….”
“Awak
kesiankan along saya?” pintas Zafira, kurang faham.
Iqwan
terkedu. Ternyata dia sudah terlepas cakap.
“Awak
kesiankan along saya? Sebab itu awak bertunang dengan saya. Begitu?” soal
Zafira seraya memandang ke wajah Iqwan.
“Eh..
mana ada. Aku memang sukakan kau sebab itu aku nak bertunang dengan kau.
Lagipun, first time aku jumpa dengan
perempuan macam kau. Itu sebabnya aku sukakan kau.” Iqwan membetulkan
kata-katanya sebentar lagi.
Zafira
berfikir sejenak. Otaknya cuba merencana penjelasan Iqwan.
“Aku
nak pertunangan ni dirahsiakan. Aku tak nak orang lain tahu tentang ni kecuali
kenalan-kenalan rapat kita saja,” sambung Iqwan bernada serius.
Zafira
masih berkerut dahi. Rahsiakan? Hati Zafira mengulangi perkataan itu.
“Fira…
Fira…” tegur Izreen bernada keras. Disentuh bahu kawannya itu.
“Haaa…
apa dia?” Zafira terpinga-pinga.
Lamunannya
tentang pertemuan dengan Iqwan mati di situ sahaja. Pertemuan beberapa hari
yang lepas. Malah perkataan ‘rahsia’ sedang berlegar-legar di minda.
“Kau
ni kenapa? Asyik termenung saja aku tengok,” tegur Izreen sambil melabuhkan
duduk. Wajah kawannya itu ditatap berserta kerutan di dahi.
“Aku
tengah fikirkan pasal pertunangan aku la.”
“Kenapa?
Kau tak setuju dengan pertunangan tu ke?”
Zafira
tidak membalas. Ditatap cincin yang dibelinya siang tadi dengan pandangan
kosong.
“Alhamdulillah
kalau kau tak jadi bertunang. Aku setuju sangat-sangat,” ujar Izreen sambil
menadah tangan. Kemudian, diraup wajahnya seolah-olah mengaminkan doa.
“Bila
masa pulak tak jadi? Jadilah aku bertunang dengan dia,” tukas Zafira sambil
menjegilkan mata.
“Lor…
aku ingatkan tak jadi,” keluh Izreen sambil menggeleng.
“Kau
ni mendoakan aku bahagia ke tak bahagia?” tanya Zafira, serius.
“Eh,
tentulah aku mendoakan kau bahagia,” jujur Izreen.
“Habis
tu… yang tadi tu apa? Siap aminkan doa lagi.”
Izreen
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sengihan diberikan kepada kawannya itu.
“Aku
tahulah kau tak suka dengan pertunangan aku. Tapi, janganlah sampai kau
mendoakan aku tak bahagia sekali,” luah Zafira, sebak.
Terkedu
Izreen mendengarnya. Adakah perbuatannya tadi telah melukakan hati Zafira?
Sungguh, bukan niatnya mendoakan Zafira sebegitu. Hanya sekadar gurauan
semata-mata.
“Mungkin
doa kau akan termakbul suatu hari nanti. Kau janganlah risau,” sambung Zafira
dan beredar dari situ. Rasa kecewa menumpang di hati. Kecewa dengan penerimaan
Izreen terhadap pertunangannya itu.
Izreen
hanya memandang. Kelu lidahnya untuk membalas. Rasa kesal kerana berkata begitu
sebentar tadi. Tidak terniat langsung untuk melukakan hati Zafira.
“Ya
Allah, apa yang aku dah buat tadi?” bisik Izreen sendirian.
Jumpa minggu hadapan.
Terima kasih.
Terima kasih.