“AWAK apa
khabar, Hana?” tanya Zairiel, tersenyum.
“Saya
sihat alhamdulillah. Awak?” balas Farhana turut sama tersenyum.
“Lama
saya tak jumpa dengan awak. Tak sangka pulak awak ada di sini.”
“A’ah,
saya dah lama di sini.”
“Jadi,
awak yang jaga anak saya selama ini?”
“Err…”
Farhana menggaru kepalanya yang bertudung. Apa aku nak jawab ni?
“Saya
tak tahu pulak Farhana yang Cik Syira maksudkan dulu adalah awak.”
Farhana
tidak membalas.
“Syira
mana, Hana?” tanya Zairiel kemudian.
“Syira...
Syira… tak ada dengan saya. Lepas kami habis belajar, kami bawa haluan
masing-masing,” bohong Farhana.
“Awak
ada contact dia tak?”
Farhana
hanya menggeleng. Otaknya ligat berfikir mencari jawapan kepada setiap
persoalan yang bakal ditanya daripada mulut Zairiel. Sudah tentulah tentang Nur
Syahirah yang akan ditanya oleh Zairiel nanti.
“Awak
tahu kat mana Syira sekarang ni?”
“Saya..
saya tak tahu Zairiel. Paling last
saya contact Syira, dua tahun yang
lepas.”
Zairiel
menghela nafas ringan. Mukanya diraup kasar. Melepaskan segala lelah dan beban
yang membelenggu selama beberapa tahun ini.
“Comel
anak awak, Zairiel!” puji Farhana, ikhlas.
Zairiel
sekadar tersenyum. Matanya membuang pandang ke arah pokok bunga yang terdapat
di kawasan itu.
“Mamanya…”
“Dah
meninggal. Lepas melahirkan Danny,” pintas Zairiel, perlahan. Pasti pertanyaan
itu yang ditanya Farhana.
“Sorry!” balas Farhana lalu menunduk.
Walaupun
dia tahu perkara yang sebenar mengenai Daniel Iman, tidak ada salahnya kalau
dia bertanya daripada Zairiel untuk mengesahkan tentang itu sahaja.
“Saya
rindukan Syira, Hana. Saya teringin sangat nak jumpa dengan Syira. Saya nak
luahkan apa yang terbuku di hati saya selama beberapa tahun ni pada Syira,”
luah Zairiel, sebak.
Farhana
hanya mendengar. Matanya memandang wajah menunduk Zairiel. Ada kesedihan pada
wajah itu.
“Selama
beberapa tahun ni saya mencari Syira. Sehinggalah saya berputus asa. Saya buntu
dan tidak tahu di mana saya harus mencari Syira,” beritahu Zairiel lagi.
“Kenapa
awak mencari Syira, Zairiel? Itupun kalau awak tak keberatan nak beritahu pada
saya,” tanya Farhana sekadar ingin tahu.
“Saya
perlu luahkan apa yang terbuku di hati saya selama ini,” jawab Zairiel seraya mengangkat
wajah.
“Luahkan?”
ulang Farhana.
“Luahkan
perasaan saya pada dia. Apa yang saya rasa selama enam tahun ni selepas dia
tinggalkan saya tanpa khabar berita,” jelas Zairiel.
“Insya-Allah,
awak akan jumpa dengan Syira semula,” kata Farhana, tersenyum.
“Andai
kata awak jumpa dengan Syira, tolong beritahu pada Syira yang saya nak sangat
jumpa dengan dia. Saya nak jelaskan satu perkara pada dia.”
“Baiklah,
Zairiel. Kalau saya jumpa dengan Syira, saya akan sampaikan pesanan awak ni
pada dia.”
“Terima
kasih, Hana.”
“Perkara
kecik saja. Saya gembira jumpa dengan awak semula.”
“Saya
pun gembira jumpa dengan awak. Saya tak sangka awak yang menjaga Daniel Iman
selama dua bulan ni.”
“Daniel
Iman tu comel budaknya. Mungkin disebabkan kehilangan mamanya membuatkan dia
memberontak.”
“Mungkin
juga. Apa-apa pun, saya ucapkan terima kasih kerana menjaga Danny selama ini,”
ucap Zairiel, tersenyum.
Farhana
sekadar mengangguk. Direnung wajah tenang Zairiel. Seakan ada kesedihan di wajah
itu. Adakah disebabkan Nur Syahirah maka Zairiel beriak begitu?
“Oh
ya, sebelum saya terlupa, siapa Mak cik Syira yang Danny maksudkan selama ini?
Dia ada kat sini ke?” tanya Zairiel sambil melilaukan mata.
Lagak
seperti mencari kelibat seseorang. Entah siapa, dia sendiri tidak pasti. Adakah
pengasuh Daniel Iman yang bernama Nur Syahirah itu yang dicarinya?
Gulp!
Farhana menelan liur. Kelat! Perlukah dia berterus-terang kepada Zairiel?
Perlukah dia memberitahu Zairiel pengasuh yang menjaga Daniel Iman selama ini
adalah Nur Syahirah.
“Dia
tak datang jumpa Danny ke, Hana?” tanya Zairiel lagi.
Entah
kenapa hatinya berdebar-debar ketika ini. Debaran yang dirasai ketika nama Nur
Syahirah terdetik di benak hati. Malah, otaknya sedang ligat berfikir. Siapa
pengasuh Daniel Iman yang sebenar?
Farhana
tidak senang duduk. Hatinya berkira-kira untuk menjawab pertanyaan Zairiel.
“Adakah
Syira yang jaga Danny selama ini Nur Syahirah yang saya cari Hana?”
“Eh..
bukan.. bukan Syira kawan kita tu. Syira lain,” bidas Farhana, laju.
“Awak
tak bohong dengan saya?” tanya Zairiel sambil mengangkat kening.
“Tak..
tak.. saya tak bohong,” jawab Farhana menggeleng laju.
“Hurm,
mungkin betul juga. Lagipun dalam Malaysia ni, berapa ramai yang mempunyai nama
yang sama. Mungkin Nur Syahirah yang lain. Betul kan, Hana?” rumus Zairiel.
“Ha..
betul la tu,” sokong Farhana mengangguk kecil.
“Kalau
macam tu, saya minta diri masuk ke dalam dulu. Nak tengok Danny. Terima kasih
sebab tolong jagakan Danny,” kata Zairiel seraya bangun.
“Sama-sama,
Zairiel. Saya pun nak beransur dulu,” tutur Farhana turut sama bangun.
Zairiel
mengangguk. Dibawa langkah menuju ke bilik rawatan Daniel Iman. Ucapan syukur
meniti di benak hati. Bersyukur kerana berjumpa dengan Farhana semula selepas enam
tahun. Berharap, dia akan berjumpa dengan Nur Syahirah selepas ini.
“Zairiel!”
panggil Farhana.
Terhenti
langkah Zairiel dek kerana panggilan itu. Dipusingkan badan dan memandang ke wajah
Farhana. Menanti butir bicara daripada gadis itu.
“Awak
cintakan Syira?” tanya Farhana.
Zairiel
menghembus nafas ringan. Senyuman terbias di wajah. Tanpa membalas, disambung
langkah menuju ke bilik Daniel Iman. Perlukah dia menjawab pertanyaan Farhana
itu?
“PAPA!”
panggil Daniel Iman bernada ceria.
“Anak
papa macam mana? Sihat?” tanya Zairiel sambil duduk di birai katil.
“Sihat
papa,” jawab Daniel Iman.
“Dah
makan ubat?”
“Dah,
papa!”
“Good boy! So, boleh la tidur sekarang.”
“Tidur?
Kenapa nak tidur kat sini?” tanya Daniel Iman, berkerut.
“Doktor
kata, Danny kena tidur sini malam ni. Doktor nak check Danny lagi,” beritahu Zairiel seraya mengusap lembut rambut
Daniel Iman.
“Papa
kan doktor. Papa sajalah yang check Danny.”
“Tak
boleh sayang. Danny ada lelah. Jadi, biar kawan papa check Danny ya.”
“Tapi…”
“Danny
dengar cakap papa ya,” pujuk Zairiel lagi.
Daniel
Iman mengeluh ringan. Matanya memandang wajah tersenyum Zairiel.
“Danny
lapar? Papa belikan makanan untuk Danny.”
“Kak
Syira mana?”
Sedari
tadi matanya mencari kelibat Nur Syahirah namun tidak berjumpa. Adakah Nur
Syahirah berasa bersalah atas apa yang berlaku ketika ini?
Zairiel
berkerut dahi. Terkejut mendengar panggilan Daniel Iman terhadap Nur Syahirah.
“Kak
Syira mana, papa?” ulang Daniel Iman.
“Kak
Syira?” ulang Zairiel, pura-pura.
Daniel
Iman tersenyum kelat. Malu tatkala ditegur oleh Zairiel. Pasti papanya terkejut
dengan perubahan panggilan buat pengasuhnya itu.
“Kak
Syira?” ulang Zairiel sambil mengangkat kening.
“Papa
ni, malulah Danny,” tegur Daniel Iman lalu menunduk.
Tertawa
Zairiel mendengarnya. Ditarik tubuh Daniel Iman lalu mendakapnya erat.
Menyalurkan rasa kasih dan sayang terhadap tubuh itu.
“Kak
Syira cantik dan baik,” puji Daniel Iman, ikhlas.
Zairiel
meleraikan pelukan. Ditatap kasih wajah anaknya itu.
“Danny
minta maaf sebab susahkan papa. Danny…”
“Tak
mengapalah sayang. Papa faham!” potong Zairiel sambil mengusap lembut pipi
Daniel Iman. Kemudian, dikucup lembut dahi anaknya itu.
“Papa
telefon Kak Syira, boleh?” pinta Daniel Iman.
“Telefon
Kak Syira?” ulang Zairiel inginkan kepastian.
Daniel
Iman mengangguk dan tersenyum.
“Sekejap,
papa musykil satu perkara,” ujar Zairiel, berkerut.
Daniel
Iman turut sama berkerut. Kurang mengerti maksud ‘musykil’ itu.
“Musyikil
tu apa, papa?”
“Maksud
musykil tu lebih kurang curiga. Papa musykil dengan Danny sekarang ni. Kenapa
tiba-tiba saja Danny sukakan Kak Syira?” balas Zairiel seraya memandang ke
wajah Daniel Iman. Menanti jawapan daripada anaknya itu.
“Danny…
Danny…”
“Danny
apa?”
“Sebenarnya,
Danny dah lama sukakan Kak Syira. Danny takut nak cakap dengan papa sebab Danny
tak nak papa sukakan Kak Syira,” jelas Daniel Iman.
“Oh,
pandai betul anak papa ni main-mainkan papa,” tegur Zairiel seraya menarik
lembut hidung Daniel Iman.
“Sakitlah
papa!” rengek Daniel Iman seraya mengusap lembut hidungnya yang terasa sakit.
Sengihan diberikan kepada papanya itu.
Zairiel
ketawa kecil. Didakap tubuh Daniel Iman. Bersyukur kerana Daniel Iman dapat
menerima pengasuhnya. Semoga hubungan Daniel Iman dan pengasuhnya akan bertambah
baik.
Deringan
telefon menyentak Zairiel dan Daniel Iman. Digagau poket seluar lalu
mengeluarkan telefon bimbit. Melebar senyumannya tatkala nama pengasuh Daniel
Iman tertera di screen telefon.
Hatinya turut sama berdebar-debar.
“Danny?”
tanya Zairiel sebaik sahaja salam berjawab.
“Danny
macam mana, doktor?” tanya Nur Syahirah. Ya Allah, kenapa hati aku
berdebar-debar sekarang ni, bisik Nur Syahirah sendirian.
“Danny
tak ada apa-apa. Cuma kena tahan malam ni untuk pemeriksaan lanjut,” jawab Zairiel
sambil cuba mengawal suara daripada bergetar. Ya Allah, adakah dia Nur Syahirah
yang aku cari selama ini?
“Oh,
maafkan saya sebab tak ada di sisi Iman. Tiba-tiba saja saya ada hal dan perlu
balik segera. Maafkan saya sekali lagi,” jelas Nur Syahirah.
“Eh,
tak mengapa. Cik Syira uruskan mana yang penting dulu. Saya tak nak susahkan
Cik Syira,” kata Zairiel, lembut.
“Kalau
macam tu, boleh saya bercakap dengan Iman?” pinta Nur Syahirah.
“Boleh,
apa salahnya. Sekejap, saya pass phone
ni pada Danny,” kata Zairiel seraya menghulurkan telefon kepada Daniel Iman.
Daniel
Iman mencapai telefon dari tangan Zairiel. Dilekapkan ke telinga dan menanti
sapaan daripada Nur Syahirah.
“Iman!”
seru Nur Syahirah, lembut.
“Kak
Syira!” balas Daniel Iman, ceria.
Berkerut
dahi Nur Syahirah mendengarnya. Senyuman terbias di wajah. Syukur kerana Daniel
Iman dapat menerimanya sebagai pengasuh.
“Kenapa
Kak Syira tak datang lawat Danny?”
“Kak
Syira ada hal. Nanti Kak Syira datang.”
“Okey!
Danny tunggu!”
“Insya-Allah,
sebelum keluar esok Kak Syira datang ya,” beritahu Nur Syahirah.
“Baiklah!
Danny minta maaf sebab susahkan Kak Syira selama ni. Terima kasih sebab jaga
Danny,” luah Daniel Iman bernada sebak.
“Tak
mengapa Iman. Kak Syira faham.”
“Danny
sayang Kak Syira!”
“Kak
Syira pun sayangkan Iman.”
“Esok,
Kak Syira datang sini ya. Danny tunggu!”
“Insya-Allah,
kalau tak ada apa-apa halangan Kak Syira datang jumpa Iman.”
“Danny
dah mengantuk. Nak tidur. Selamat malam, Kak Syira,” beritahu Daniel Iman. Dihulurkan
telefon kepada Zairiel.
“Baiklah,
Iman. Kak Syira sayang Iman. Selamat malam,” ucap Nur Syahirah pula.
“Cik
Syira!” seru Zairiel.
Tersentak
Nur Syahirah mendengar seruan itu. Dibetulkan suara sambil cuba menahan
perasaan malu.
“Farhana
ada ke?” tanya Zairiel.
“Hana?
Hana belum balik lagi. Sekejap lagi balik la,” jawab Nur Syahirah.
“Oh!”
sahut Zairiel.
“Err..
kenapa cari Hana?” tanya Nur Syahirah, curiga.
“Saya
ada benda nak tanya dengan Farhana. Cik Syira boleh tolong sampaikan pesanan
saya?” pinta Zairiel pula.
“Insya-Allah,
apa dia?”
“Kalau
Farhana dapat cari Nur Syahirah, minta dia beritahu pada saya,” pinta Zairiel.
Nur
Syahirah tersentap. Jantungnya sudah pun berlari laju. Kenapa doktor itu
berkata begitu? Kenapa doktor itu mencari Nur Syahirah? Siapa sebenarnya Doktor
Zairiel?
“Kalau
Farhana perlukan bantuan saya, insya-Allah saya akan bantu.”
“Nur
Syahirah? Siapa Nur Syahirah?” tanya Nur Syahirah, tersekat-sekat.
“Kawan
baik saya dan Farhana. Dah lama saya cari dia. Syukur alhamdulillah, saya
berjumpa dengan Farhana siang tadi. Sekurang-kurangnya, kemungkinan untuk saya
berjumpa dengan Nur Syahirah akan menjadi kenyataan,” terang Zairiel, tersenyum.
Semakin
kencang jantung Nur Syahirah mengepam. Benarlah firasat hatinya. Doktor Zairiel
yang sedang berbual dengannya selama dan ketika ini adalah Zairiel Iqwan.
“Ya
Allah, kenapa aku tak sedarinya selama ini?” bisik Nur Syahirah, perlahan.
“Cik
Syira!” panggil Zairiel, lembut.
“Ya..
saya!” sahut Nur Syahirah. Masih tersekat-sekat.
“Tolong
sampaikan pesanan saya tadi pada Farhana, Cik Syira.”
“Sekejap!
Doktor yakin, Farhana yang doktor jumpa siang tadi adalah Farhana, housemate saya?”
“Saya
pasti, Cik Syira. Farhana dah cerita semuanya pada saya.”
“Cerita?
Cerita apa?” tanya Nur Syahirah, kalut.
Zairiel
berkerut dahi. Kenapa suara pengasuh Daniel Iman kedengaran kalut dan bergetar?
Seakan ada yang cuba dirahsiakan oleh gadis itu daripada pengetahuannya.
“Cerita
apa, doktor?” tanya Nur Syahirah sedikit mendesak.
“Nur
Syahirah!” Serentak Zairiel dan Farhana memanggil nama Nur Syahirah.
Nur
Syahirah yang mendengar terkedu. Semakin kencang jantungnya berdegup. Apa yang
harus dilakukannya ketika ini?