“EHEM..
Ehem…” Nur Syahirah berdehem.
Daniel
Iman menoleh. Wajah Nur Syahirah diperhati penuh minat. Kemudian, dihalakan
pandangan ke luar tingkap.
Nur
Syahirah melabuhkan duduk di sisi Daniel Iman. Wajah kanak-kanak itu diperhatikan.
Sejak kaki kanak-kanak itu melangkah masuk ke taska, hanya riak mencuka yang
dilihat di wajah Daniel Iman.
“Bosannya!”
keluh Daniel Iman.
“Iman
bosan?” tanya Nur Syahirah.
Daniel
Iman menoleh. Jelingan tajam diberikan kepada Nur Syahirah. Tidak menyenangi
dengan panggilan Nur Syahirah itu.
Nur
Syahirah yang melihat ketawa kecil.
“Iman
nak makan?” tanya Nur Syahirah, berbasa-basi.
“Mak
cik jangan sibuk, boleh tak? Nama saya Daniel Iman. Panggil Danny dan bukan
Iman,” tegur Daniel Iman berserta dengusan kasar.
“Kak
Syira lagi suka dengan nama Iman dari Daniel atau Danny.”
“Suka
hati mak cik la. Malas nak layan,” rengus Daniel Iman berlalu pergi.
Nur
Syahirah sekadar menggeleng. Sukar benar untuk mendekati kanak-kanak itu. Adakah
disebabkan pengalaman bersama pengasuh yang lepas, kanak-kanak itu takut
dengannya? Kisah yang diceritakan oleh Latifah kelmarin.
“Kenapa,
Syira?” tanya Nora, tiba-tiba.
“Tak
ada apa-apa Kak Nora,” jawab Nur Syahirah.
“Budak
tu degil ke?”
“Biasalah
Kak Nora. Mula-mula memang la macam tu. Dah lama-lama nanti okey la.”
“Budak
bandar, Syira. Mana nak biasa dengan suasana kampung.”
“Insya-Allah,
Kak Nora. Syira pasti, Daniel Iman akan sukakan suasana di sini.”
“Kalau
Syira dah kata macam tu, akak tak boleh nak kata apa dah. Akak harap, budak tu
tak mendatangkan masalah pada Syira. Pagi, Syira mengajar dan tengok-tengokkan
dia. Lepas mengajar, jaga dia sampai ke malam pulak. Syira tak rasa penat ke?”
tanya Nora, prihatin.
“Syira
ikhlas lakukannya, Kak Nora. Syira rasa gembira dan terisi masa lapang Syira
bila jaga Daniel Iman,” jawab Nur Syahirah, ikhlas.
Nora
sekadar tersenyum. Kagum melihat kesungguhan Nur Syahirah. Semenjak dia
mengenali Nur Syahirah, pelbagai perkara yang dipelajari daripada gadis itu.
Segala
nasihat yang diberikan Nur Syahirah amat berguna sekali. Nasihat dari segi
hubungan suami isteri. Terkadang dia terfikir, adakah Nur Syahirah sudah
berumah tangga? Melihatkan dari segi nasihat yang diberikan oleh gadis itu.
ADILA menghenyak
kasar pungguk di atas kerusi. Rasa sakit di hati masih lagi bersisa. Sakit hati
tatkala mendapat tahu tentang Zairiel. Kenapa Zairiel tidak memberitahunya
tentang itu?
“Hai,
monyok aje muka tu papa tengok kenapa?”
tegur Dato Amran, tiba-tiba.
“Huh!
Hati Dila ni sakit papa. Sengaja Zairiel buat macam tu pada Dila,” rengus Adila.
“Zairiel?
Apa yang Zairiel dah buat?”
“Boleh
pulak dia pindah ke Sungkai tu tak beritahu pada Dila. Sakit hati Dila ni,
papa.”
Dato
Amran ketawa kecil. Gelengan kecil diberikan kepada anaknya itu.
“Yang
papa ketawa ni, kenapa?”
“Dila…
Dila… Kan papa dah pesan pada Dila, buat apa Dila terkejar-kejarkan Zairiel tu?
Dila kan tahu status Zairiel macam mana?”
“Dila
tak kesah papa asalkan Dila dapat dia.”
“Dila
tahu kan penerimaan Encik Zahrin tu pada Dila. Dari dulu sampai sekarang,
Zahrin tak sukakan Dila,” terang Dato Amran.
“Huh!
Dila peduli apa. Bukannya Dila nak kahwin dengan dia. Yang dia sibuk sangat tu,
kenapa?”
“Dila
jangan nak main-main dengan Zahrin. Papa sendiri pun tak berani nak lawan dia,
inikan pulak Dila. Dila dah lupa ugutan dia pada Dila dulu?”
“So,
what? Papa ingat Dila takut?” balas Adila, selamba.
“Hurm,
papa tahu anak papa ni berani orangnya. Tapi, papa cuma nak ingatkan Dila,
Zahrin tu punya pengaruh yang kuat. Kalau Dila tak nak hidup Dila susah, jauhkan
diri daripada Zairiel,” nasihat Dato Amran lalu beredar dari situ.
Adila
yang mendengar mendengus keras. Sakit pula hatinya mendengar nasihat daripada Dato
Amran itu. Menyesal kerana meluahkannya di hadapan Dato Amran.
ZAIRIEL masih
lagi ralit membuat kerja. Tidak menang tangan di waktu ini. Jam di pergelangan
tangan dipandang. Masa sudah menginjak ke angka lapan malam. Tanpa berlengah, segala
peralatan dan barang yang berada di atas meja dikemas. Dia perlu segera
mengambil Daniel Iman di rumah pengasuh. Bagaimana agaknya keadaan Daniel Iman?
Adakah anaknya dapat menerima pengasuh itu ataupun tidak?
“Sakinah!”
tegur Zairiel sebaik sahaja keluar dari bilik.
“Ada
apa, doktor?” tanya Sakinah.
“Saya
balik dulu. Nak ambil Danny. Pastikan semua dikunci sebelum awak balik nanti.”
“Baiklah
doktor. Doktor nak ambil Danny di rumah Syira ke?”
“A’ah.
Tapi, saya tak tahu rumah pengasuh Danny. Awak ada alamat rumahnya?”
“Doktor
tak tahu? Habis tu, pagi tadi siapa yang hantar Danny ke taska?”
“Pak
Hamdan! Saya upah Pak Hamdan hantar Danny setiap pagi.”
Sakinah
mengangguk faham. Hampir dia terlupa tentang Pak Hamdan. Dia yang merekomenkan
Pak Hamdan bekerja sebagai pemandu Zairiel.
“Awak
ada alamatnya, Sakinah?” ulang Zairiel.
“Sekejap
doktor, saya tuliskan alamat Syira,” jawab Sakinah.
Zairiel
tersenyum. Matanya memerhatikan tingkah laku Sakinah yang sedang menulis alamat
di atas kertas. Sebaik sahaja habis menulis, dihulurkan kertas itu kepadanya.
“Hati-hati
doktor,” pesan Sakinah tersenyum makna.
“Hati-hati
kenapa? Rumah pengasuh ni, ada apa-apa ke? Maksud saya, hantu?”
Tertawa
Sakinah mendengarnya.
“Hati-hati.
Takut doktor jatuh cinta dengan pengasuh Danny.”
“Kush
semangat! Saya ingatkan apalah tadi,” kata Zairiel sambil menarik nafas lega.
“Doktor
ni, sampai ke situ pulak fikirnya. Saya bukannya apa doktor, sekadar berpesan
sahaja,” balas Sakinah masih ketawa.
“Ada-ada
sajalah awak ni, Sakinah. Saya minta diri dulu. Terima kasih untuk alamat ni,”
pamit Zairiel lalu menapak keluar dari klinik. Senyuman diberikan kepada
Sakinah.
“Hati-hati
doktor. Jangan sampai jatuh cinta nanti,” pesan Sakinah untuk kesekian kali.
“Macam
secocok saja Syira dengan Doktor Zairiel tu,” kata Sakinah bingkas bangun.
Sebaik
sahaja mengemas barang dan memastikan keadaan klinik ditutup, dia menapak
keluar menuju ke rumah.
“KAU dah bagi budak
tu makan ke, Syira?” tanya Farhana, berbasa-basi.
“Dia
tak nak la, Hana,” adu Nur Syahirah mengeluh ringan.
“Hurm,
kan aku dah cakap dari awal-awal lagi. Bukan senang nak jaga budak. Kau tu yang
degil. Nak juga tolong jaga budak tu,” bebel Farhana bernada keras.
Nur
Syahirah hanya membisu. Matanya memerhatikan tingkah laku Daniel Iman yang
sedang duduk termenung di muka pintu rumah. Sedari balik dari tadika
sehinggalah ke malam hari, di situlah tempat Daniel Iman duduk. Tidak mahu
makan ataupun minum. Mungkin Daniel Iman sedang menanti kedatangan ayahnya.
“Esok,
kau nak jaga juga budak tu lagi?”
“Ayah
Daniel Iman dah amanahkan aku untuk jaga. So,
aku kena jalankan amanah itu sebaik yang mungkin.”
Farhana
mengeluh.
“Pukul
berapa ayah Daniel Iman datang ambil? Dah lewat ni.”
“Dalam
pukul sembilan.”
Farhana
mengangguk. Matanya mengerling jam di dinding. Masa sudah pun merangkak ke
pukul lapan empat puluh minit malam.
“Aku
nak ajak Iman makan,” kata Nur Syahirah lalu menghampiri Daniel Iman.
“Aku
masuk sholat Isyak dulu.”
Nur
Syahirah mengangguk. Dilabuhkan duduk lalu menatap wajah muram Daniel Iman.
“Iman!”
panggil Nur Syahirah, lembut.
Daniel
Iman menoleh. Jelingan diberikan kepada Nur Syahirah.
Ketawa
kecil Nur Syahirah melihatnya. Ternyata, Daniel Iman tidak menyukainya.
“Mana
papa ni?” keluh Daniel Iman, sendirian.
“Iman
tunggu papa ke?”
“Sibuk!”
“Kak
Syira tunggu sama-sama dengan Iman ya.”
“Mak
cik ni tak faham bahasa ke? Panggil saya Danny, bukannya Iman. Danny, faham!”
“Kak
Syira tahu. Samalah juga dengan Iman bila Iman panggil Kak Syira dengan
panggilan ‘mak cik’. Kak Syira muda lagi dan belum layak digelar dengan
panggilan itu.”
Daniel
Iman hanya membisu. Kata-kata Nur Syahirah langsung tidak dipedulikan. Apa yang
pasti, dia perlu balik ke rumah dengan kadar segera.
“Iman
belum makan lagi. Apa kata Iman makan dulu sementara nak tunggu papa datang,”
ajak Nur Syahirah bernada lembut.
“Mak
cik ni tak faham bahasa ke? Danny tak nak… tak nak la,” geram Daniel Iman
pantas berdiri. Tajam matanya ke muka Nur Syahirah.
Nur
Syahirah turut sama bangun. Gelengan kecil diberikan kepada Daniel Iman. Sukar
benar memujuk kanak-kanak itu.
“Assalamualaikum,”
sapa seseorang dari arah luar pagar rumah.
Nur
Syahirah menoleh. Gerangan yang memberi salam diperhati. Disebabkan keadaan
luar rumah gelap, agak sukar untuk dia melihat.
“Papa!”
jerit kecil Daniel Iman lalu menapak keluar dari rumah.
“Anak
papa hari ni macam mana? Nakal tak?” tanya Zairiel sebaik sahaja Daniel Iman
tiba di hadapannya.
“Tak!
Danny baik saja,” jawab Daniel Iman, tersenyum.
“Mana
pengasuh Danny?” tanya Zairiel. Matanya mencari pengasuh Daniel Iman.
Daniel
Iman hanya mencebik. Tidak dihiraukan pertanyaan papanya. Tanpa membalas, dia
menapak masuk ke dalam kereta. Tidak mahu berlama di rumah itu.
“Ini
begnya, doktor,” kata Nur Syahirah seraya menghulurkan beg kepada Zairiel.
Zairiel
tersentak. Seakan mengenali suara itu. Wajah gadis yang sedang berdiri di
hadapannya itu diamati. Dalam kesamaran cahaya lampu jalan yang berada jauh
dari rumah, sukar untuknya melihat wajah gadis itu.
“Maaf,
doktor. Lampu kat luar ni rosak. Saya lupa nak ganti siang tadi,” beritahu Nur
Syahirah tanpa dipinta.
“Tak
mengapa. Macam mana dengan anak saya hari ni?”
“Iman
budak yang baik. Dia tak mendatangkan masalah pada saya.”
“Iman?”
ulang Zairiel, berkerut.
“Eh,
maaf. Saya panggil Daniel Iman dengan panggilan Iman. Saya lebih suka nama tu
daripada nama Danny. Nama Iman mengingatkan saya pada seseorang,” jujur Nur
Syahirah.
“Oh,
maafkan saya. Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Terima kasih kerana menjaga
Danny. Insya-Allah, esok pagi Pak Hamdan hantar Danny ke taska,” suara Zairiel.
“Baiklah
doktor…”
“Zairiel!”
sahut Zairiel.
Nur
Syahirah mengangguk.
“Kalau
macam tu, saya minta diri dulu Cik Syira. Terima kasih sekali lagi kerana
menjaga Danny,” pamit Zairiel lalu menapak ke kereta.
“Saya
ikhlas menjaga Iman. Terima kasih kerana mempercayai saya,” balas Nur Syahirah.
Matanya menghantar langkah Zairiel sehingga lelaki itu masuk ke dalam kereta.
“Cepatlah
papa! Danny lapar ni,” rengek Daniel Iman.
“Sekejap,
papa betulkan ni dulu,” balas Zairiel seraya membuka lampu dalam kereta.
Nur
Syahirah hanya memandang. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang.
“Kami
minta diri dulu, Cik Syira,” pamit Zairiel. Kereta dipandu keluar dari kawasan.
Nur
Syahirah tidak membalas. Dia segera masuk ke dalam rumah menuju ke bilik.
“Syira,
Danny…” Terhenti kata-kata Farhana tatkala Nur Syahirah menutup pintu bilik.
Berkerut dahinya melihat tingkah laku Nur Syahirah itu.
Nur
Syahirah melilaukan mata mencari sesuatu. Satu persatu laci meja dibuka dan
ditutup. Tingkah lakunya terhenti tatkala terpandang sebuah album gambar. Dikeluarkan
lalu menyelak satu persatu.
“Tak
mungkin dia,” tukas Nur Syahirah menggeleng perlahan. Gambar Zairiel
dikeluarkan dari dalam album gambar itu.
“Syira,
kau buat apa?” tegur Farhana, tiba-tiba.
Nur
Syahirah mengangkat muka.
“Kau
ni kenapa? Pucat saja muka tu aku tengok.”
“Aku…
Aku… Aku ternampak Zairiel.”
“Zairiel?
Kat mana?”
“Ayah
Daniel Iman.”
Membuntang
mata Farhana mendengarnya. Ayah Daniel Iman?
“Kau
biar betul Syira. Takkanlah Zairiel ke sini? Mustahil Zairiel ayah Daniel
Iman?”
“Aku
rasa macam dia.”
“Perasaan
kau saja kut. Mungkin pelanduk dua serupa.”
“Tapi,
nama dia Zairiel juga. Aku yakin dia.”
“Syira,
dalam dunia ni ada tujuh orang yang hampir sama dengan muka kita. Dalam
Malaysia ni, berapa ramai yang mempunyai nama sama dengan Zairiel,” hujah
Farhana, tenang.
“Aku...
Aku…” Nur Syahirah termati kata-kata. Ada benarnya penerangan Farhana itu.
“Kau
rindu kat dia, kan?” duga Farhana.
Nur
Syahirah hanya membisu. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
“Aku
tahu, kau rindukan dia. Dah lama juga kita tak jumpa dengan dia. Macam mana
keadaan dia sekarang ni, kan? Aku pun teringin juga nak tahu keadaan dia.
Mungkin dia dah kahwin dengan Maisarah dan dah ada seorang dua anak. Kita mana
nak tahu, kan?”
“Aku
pasti dia dah bahagia dengan Sarah.”
“Mungkin
juga. Sudahlah Syira. Tak perlulah kau nak fikirkan pasal dia lagi. Apa yang
terjadi pada kau dulu bukankah disebabkan dia?”
“Dia
tak bersalah.”
“Sedikit
sebanyak apa yang terjadi pada kau sebab dia juga, kan?”
Nur
Syahirah tidak membalas. Tidak dinafikan dengan kata-kata Farhana itu. Zairiel
ada kena mengena dengan apa yang terjadi kepada dirinya selama ini.