Assalamualaikum dan selamat petang semua. Seperti
yang saya bagitahu dulu, saya akan adakan contest 'REVIEW DAN MENANG'. So, pada yang berminat boleh la join. Saya
sertakan sekali syarat-syarat penyertaan dan juga hadiah yang bakal dimenangi
nanti. Best of luck!! ^_^
Jumaat, 31 Mei 2013
Khamis, 30 Mei 2013
Aku Juga Ingin Dicintai a.k.a Dulu Benci Sekarang Suka
Assalamualaikum
semua..
Taraaaaa… cantik tak?
Cover AJID a.k.a DBSS. Pada yang berminat, bolehlah dapatkan DBSS di website Buku Prima.
InsyaAllah, dalam masa
terdekat nanti saya akan umumkan contest ‘Review
Dan Menang’. Salah satu hadiahnya adalah novel DBSS.
Akhir kata, terima
kasih pada yang menyokong. Tanpa anda semua, siapalah saya ketika ini.
Sinopsis:
Benci! Itulah yang Hazrel Hardy rasakan setiap kali
bertemu dengan Nur Ain Zafira. Pelbagai rancangan diatur untuk mengenakan gadis
itu. Disebabkan perbuatan seseorang, mereka terpaksa bernikah tanpa rela. Bagi
Hazrel, Nur Ain tidak layak menjadi isteri serta memiliki cintanya. Hanya
kebencian yang dilihat pada gadis itu.
Apabila mulut tidak seiring dengan kata hati,
perasaan benci bertukar menjadi sayang. Ego yang dipertahankan akhirnya runtuh.
Dalam melayari kebahagiaan, kebenaran muncul silih berganti. Oleh kerana tidak
mahu hatinya terluka dengan sejarah lama, Nur Ain bertekad untuk mengundur
diri.
Adakah Hazrel rela melepaskan Nur Ain pergi
daripada hidupnya? Siapa pula Eddie Zakuan? Apakah tujuan Eddie Zakuan
mengambil berat serta setia di sisi Nur Ain tatkala gadis itu menghadapi
masalah?
Kenapa dalam masa seminggu kau berjaya runtuhkan
ego aku? Kau berjaya buatkan aku termakan dengan kata-kata aku dulu. Kau
berjaya buatkan Die, Izz dan mak su kau gelakkan aku. Malah, doa mak su kau
untuk melihat aku tersungkur di depan kau seakan-akan dimakbulkan ALLAH –
Hazrel Hardy
Saya pun tak ingin nak kahwin dengan lelaki kurang
ajar, bermulut longkang dan berperangai buruk macam awak ni – Nur Ain Zafira
Khamis, 9 Mei 2013
Aku Juga Ingin Dicintai
Assalamualaikum semua,
Berhabuk
sudah blog ni. Dua bulan lebih tak ada entry cerita baru. Okey, untuk
makluman semua.. InsyaAllah, jika diizinkanNya.. karya ketiga saya ‘AKU JUGA INGIN DICINTAI (AJID) bakal
keluar bulan JULAI 2013 under BUKU PRIMA. Untuk makluman semua juga, tajuk AJID mungkin akan ditukar ke tajuk yang lain. Begitu juga
dengan nama pena saya nanti. Saya
akan inform perubahan itu kemudian nanti.
InsyaAllah,
saya akan adakan contest ‘REVIEW DAN
MENANG’ awal bulan JUN nanti.
Salah satu hadiahnya adalah novel AJID. Dalam masa terdekat nanti, saya akan
bagitau syarat contest tersebut.
Akhir
sekali, terima kasih atas sokongan serta doa anda semua. Tanpa anda semua,
siapalah saya sekarang ini.
Wassalam.