Assalamualaikum,
Alhamdulillah, karya saya yang ke lapan bakal terbit pada bulan Ogos di bawah Penerbitan Buku Prima. Pada yang pernah membaca kisah Tengku Irfan Haiqarl dan Irdina Asyikin, boleh baca sambungan kisah mereka dalam versi cetak. Tajuk asal KERANA HATI BICARA telah ditukarkan kepada P.A LELAKI 'KEREK'.
Pada yang berminat, boleh dapatkan P.A LELAKI 'KEREK' di Karangkraf Mall atau di website Buku Prima
Pada yang berminat, boleh dapatkan P.A LELAKI 'KEREK' di Karangkraf Mall atau di website Buku Prima
Akhir kata, terima kasih pada yang menyokong. Tanpa anda semua, siapalah saya ketika ini.
SINOPSIS P.A LELAKI 'KEREK'
Kebahagiaan Tengku
Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan
perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan
hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja
alasan yang diberi oleh gadis itu.
Bagi Irdina Asyikin,
menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang
disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu
tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama
beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan
satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu
pembebasan, perjanjian perlu dibuat.
Perjanjian apakah
yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri?
Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?