Sinopsis:
“Abang tahu, abang bersalah dengan Aisya. Tapi, tolonglah… kali ini abang benar-benar minta maaf dan abang nak rujuk semula dengan Aisya. Abang masih sayangkan Aisya.”
– Tengku Azizul Iskandar Tengku Azman.
“Abang tahu, abang bersalah dengan Aisya. Tapi, tolonglah… kali ini abang benar-benar minta maaf dan abang nak rujuk semula dengan Aisya. Abang masih sayangkan Aisya.”
– Tengku Azizul Iskandar Tengku Azman.
“Jika Tengku nak membenci saya… bencilah. Saya reda
dan ikhlas menerimanya. Tapi, tolong jangan benci anak ini, dia tidak
bersalah.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.
“Kau tu aje yang tak nak bagi peluang pada diri
kau sendiri, Aisya. Cuba kau buka pintu hati kau tu untuk insan yang bernama
lelaki. Aku yakin jika kau membukanya, kau pasti akan berjumpa dengan pemilik
kunci hati kau yang sebenarnya.” – Nadia.
“Ya, memang I berdendam dengan you, Azizul. You
dah jatuhkan maruah I. You batalkan perkahwinan kita semata-mata kerana Aisya
Lyana Sofea. Beberapa bulan I menanggung malu dan hampir gila disebabkan you,
Azizul. Dan hari ini I puas sebab I dapat membalas dendam terhadap you
sekeluarga!” – Sharifah Aleeya Syed Mukriz.
“Esok aku nak kau ikut aku ke pejabat peguam. Aku akan bagi apa yang kau nak. Dan selepas itu, aku takkan ambil peduli pasal kau lagi, nak mampus ke nak hidup ke… itu kau punya pasal. Aku takkan masuk campur dalam urusan kau. Begitu juga dengan kau. Takkan masuk campur dalam urusan aku. Jangan sesekali kau menuntut cerai dari aku dan kau jangan nak bermimpi yang aku akan ceraikan kau. Aku nak hidup kau terseksa, Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Ini pembalasan setiap apa yang telah kau lakukan selama ini dan ini juga syarat yang aku kenakan pada kau pompuan!” – Tengku Hariz Iskandar Tengku Azman.
Kehadiran Tengku Hariz Iskandar dalam hidup Aisya Lyana Sofea memberi
seribu pengertian buat dirinya. Pintu hati yang telah lama tertutup,
perlahan-lahan dibuka buat lelaki itu. Begitu juga dengan Tengku Hariz Iskandar
turut sama merasai dengan apa yang dirasai oleh Aisya Lyana Sofea.
Dalam situasi yang
tidak diduga, mereka berdua diijabkabulkan sebagai suami isteri di atas
kehendak dan kerelaan hati masing-masing. Langit tidak selalunya cerah, mendung
tidak selalunya hujan. Kasih yang diharap rupa-rupanya racun yang berbisa.
Tengku Hariz Iskandar punya tujuan tersendiri. Aisya Lyana Sofea hidup dalam
kepura-puraan. Dendam dan benci melebarkan jurang di antara mereka berdua di
samping syarat yang menjeruk hati. Rahsia yang selama ini disimpan kemas terbongkar
juga. Namun
segala-galanya sudah terlambat buat Tengku Hariz Iskandar. Aisya Lyana Sofea
menghilang membawa hatinya yang terluka. Membawa bersama derita yang tidak
mudah untuk dilupakan seumur hidupnya.
Adakah Tengku Hariz Iskandar dapat menerima kenyataan bahawa dia akan
kehilangan Aisya Lyana Sofea buat selama-lamanya? Adakah sinar kebahagiaan buat
Aisya Lyana Sofea? Bagaimana pula dengan kehadiran Tengku Azizul Iskandar,
Amirul, Iqbal dan Fahem Daniel? Adakah kehadiran mereka memberi cabaran buat
Tengku Hariz Iskandar untuk menagih kasih semula daripada Aisya Lyana Sofea?
Siapa pula Sharifah Aleeya, Fatin Nabilla dan Marlisa?
“Seratus kali kau benci padaku, seribu kali kusuka padamu. Seratus kali kau marah padaku, seribu kali kusabar dengan sikapmu. Seratus kali kau sayang padaku, seribu kali aku cinta kepadamu. Seratus kali kau setia padaku, seribu tahun akan kutunggu. Hatimu milikku dan hatiku milikmu.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.
Tempahan akan dibuka pd hari Isnin ini. Pada sesiapa yg berminat, boleh layari laman web Kaki Novel untuk tempahan.
Pada sesiapa yg nak order direct dr sy.. blhlah pm sy di FB sy Ros Ab atau di group sy Group HM.. harga dan postage akn sy bagitahu kemudian.. 50 terawal shj.. ^_^
Terima kasih semua. Tanpa anda semua, HM tak mungkin diterbitkan..
salam dik..count me in..okay..
BalasPadamwslm kak ida..
Padamok, noted!! :)
dd x sabar ler nak pelok2 th
BalasPadamhehe.. x lama lg tu dh blh peluk TH.. :)
Padam