TIGA CERITA DALAM SATU KISAH
Liyana menghela nafas lega.
Ucapan syukur sentiasa meniti di benak hati. Syukur kerana business butiknya mendapat sambutan orang ramai. Matanya meliar
melihat keadaan butik itu. Dia tersenyum melihatnya. Marina memang pandai menghias
dan menggubah, pujinya sendirian.
“Eirul, kenapa masuk kat sini?”
tanya Nur Ain seraya menarik tangan Hazrul Iskandar.
“Ala, Eirul nak tengok baju tu.
Cantik sangat!” jawab Hazrul Iskandar.
Liyana tersenyum melihat ibu dan
anak itu. Dibawa langkah menghampiri anak-beranak tersebut. Wajah anak kecil
itu ditatap mesra.
“Adik suka baju yang mana? Biar auntie ambilkan untuk adik,” pelawa
Liyana ramah.
“Betul auntie?” tanya Hairul Iskandar inginkan kepastian.
Liyana mengangguk mengiyakannya.
“Eirul, kenapa nak susahkan auntie?” tegur Nur Ain lembut.
“Eh, tak mengapa puan. Tak ada
susahnya,” balas Liyana dan tersenyum. “Come, auntie bawa Eirul pusing-pusing butik auntie ni,” ajaknya pula.
“Oh yeah! Terima kasih auntie,” ucap Hazrul Iskandar girang. “Auntie ni cantiklah!” pujinya dan
tersengih.
“Eirul!” tegur Nur Ain.
Tergelak Liyana mendengarnya.
Tangan dihulur dan disambut baik oleh Hazrul Iskandar. Seminit kemudian,
bayangan Liyana dan Hazrul Iskandar, hilang dari pandangan mata Nur Ain.
“Sayang,” tegur Hazrel tiba-tiba.
Nur Ain menoleh. Wajah Hazrel
bersama anak kembar mereka berdua menyapa mata. Senyuman diberikan pada
suaminya itu.
“Mana Eirul?” tanya Hazrel.
Matanya melilau mencari kelibat Hazrul Iskandar.
“Hero abang dah jumpa heroinnya,”
jawab Nur Ain dan tersengih.
“Heroin?” ulang Hazrel berkerut.
“Mama, cantik tak baju ni?” tanya
Hazrul Iskandar tiba-tiba.
Nur Ain dan Hazrel menoleh. Wajah
ceria Hazrul Iskandar menyapa mata.
“Auntie bagi baju ni pada Eirul. Cantikkan mama?” beritahu Hazrul
Iskandar lagi.
“Puan, tak perlulah. Saya boleh
bayarnya,” kata Nur Ain.
“Eh, tak mengapa. Saya ikhlas
bagi pada Eirul,” balas Liyana dan tersenyum.
“Terima kasih puan..”
“Nur Liyana Safiyah! Panggil saja
Liyana,” pintas Liyana.
“Terima kasih Liyana. Buat
susah-susah saja,” sambung Nur Ain. “Oh ya, ini suami saya, Hazrel Hardy. Saya
Nur Ain Zafira, panggil Ain sahaja,” perkenalnya pula.
Liyana mengangguk ke arah Hazrel.
Sebagai tanda perkenalan mereka berdua.
“Terima kasih Liyana sebab sudi
hadiahkan baju tu pada hero kami,”
ucap Hazrel dan tersenyum. Matanya melilau melihat pakaian yang ada di dalam
butik tersebut.
“Sama-sama. Saya baru nak bergiat
aktif dalam rekaan baju kanak-kanak. So,
bila Eirul sukakan baju tu, saya rasa lega sebab rekaan saya diterima,” jelas
Liyana dan tersenyum.
“Oh, yeke. Ikhlas saya katakan,
rekaan Liyana cantik-cantik semuanya,” puji Hazrel jujur.
“Betul tu, rekaan Liyana semuanya
cantik,” puji Nur Ain pula.
Liyana tersenyum. Anggukan kecil
diberikan pada Nur Ain dan Hazrel. Matanya memandang kembar perempuan yang
berada dalam pegangan Hazrel. Comel! Desis hatinya.
“Auntie… auntie…” panggil
Hazrul Iskandar.
“Ada apa sayang?” tanya Liyana
lembut.
“Auntie dah kahwin?” tanya Hazrul Iskandar dan tersengih.
Liyana mengerutkan dahi.
“Eirul, kenapa tanya auntie macam tu?” tegur Hazrel keras.
“Eh, tak mengapa. Bijak juga anak
Ain dan Hazrel ni,” balas Liyana. Matanya memandang wajah Hazrul Iskandar. “Dah.
Auntie dah kahwin,” balasnya seraya
mencubit pipi Hazrul Iskandar. Geram melihat Hazrul Iskandar.
“Ada handsome macam papa Eirul tak, auntie?”
tanya Hazrul Iskandar sekadar ingin tahu. Wajah Liyana ditatap penuh minat.
“Eirul!” tegur Hazrel dan
menjegilkan mata.
Hazrul Iskandar tertawa. Tanpa
menunggu, ditarik tangan Allysa dan Allyza agar mengekorinya. Mulutnya
terkumat-kamit bercerita dengan kedua-dua adik kembarnya itu.
Liyana turut sama tertawa.
Tercuit hatinya dengan tingkah Hazrul Iskandar.
“Maafkan Eirul!” suara Nur Ain.
“Tak mengapa Ain. Saya suka
dengan budak-budak,” balas Liyana dan tersenyum.
“Kami minta diri dulu Liyana.
Terima kasih atas pemberian Liyana tadi. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita
jumpa lagi,” kata Nur Ain turut sama tersenyum.
“Sama-sama. Pemberian ikhlas dari
saya. Terima kasih sebab sudi singgah ke butik saya ni,” tutur Liyana ikhlas.
“Eirul, salam auntie,” arah Hazrel bernada tegas.
Hazrul Iskandar yang mendengar, membawa
langkah ke arah Liyana. Tangan Liyana dicapai dan mengucupnya lembut. Kemudian
dihulurkan tangan Allysa dan Allyza supaya bersalam. Terkial-kial adik-adiknya
itu bersalaman dengan Liyana.
“Jangan nakal-nakal Eirul. Semoga
Eirul jadi seorang abang yang bertanggungjawab,” pesan Liyana seraya mencubit
lembut pipi Hazrul Iskandar.
“Baik auntie. Eirul akan jadi seorang abang yang kuat,” kata Hazrul
Iskandar dan tertawa. Kemudian sengihan diberikan pada papa dan mamanya.
Tertawa Liyana mendengarnya.
Tangannya melambai ke arah Hazrul Iskandar. Seminit kemudian, bayangan keluarga
Nur Ain hilang dari pandangan mata. Nafas ringan dihela dan melepaskannya
lembut. Matanya mengerling sekilas ke arah jam di dinding. Masa sudah pun
merangkak ke tiga petang. Dia perlu segera pulang kerana telah berjanji dengan Amirul
untuk ke rumah Tan Sri Khalil.
Tengku Hariz mengerling sekilas
ke wajah Aisya. Kelat! Adakah disebabkan keengganannya tadi membuatkan
isterinya itu masam mencuka. Dikerling ke wajah anak kembarnya, khusyuk bermain
dengan permainan mereka. Nafas berat dilepaskan. Dicapai tangan Aisya dan cuba
untuk menggenggamnya. Namun Aisya lebih pantas mengelak. Dia mengeluh.
Bagaimana memujuk hati isterinya itu?
“Sampai hati abang,” luah Aisya
bernada sebak.
“Sayang, abang…”
“Bukannya selalu Aisya minta,
baru kali ni saja. Ini pun sebab anak dalam perut ni yang nak, bukannya Aisya,”
luah Aisya dan masih sebak.
Tengku Hariz memberhentikan
kereta di bahu jalan. Dia menoleh ke wajah mencuka Aisya. Sukar benar untuk
memujuk Aisya semenjak dua menjak ini. Adakah disebabkan pembawakan budak
membuatkan Aisya cepat sensitif dan merajuk. Nafas berat dilepaskan untuk
kesekian kalinya.
“Aisya nak juga!” rengek Aisya
dan menatap wajah Tengku Hariz.
Tengku Hariz menggaru kepala.
Jawapan apa yang harus diberikan pada isterinya itu.
“Kalau abang tak belikan, Aisya
nak mengadu dengan papa. Baru padan muka abang,” ugut Aisya dan memandang tajam
wajah Tengku Hariz.
“Sayang, janganlah!” tegah Tengku
Hariz. Mengharap pengertian dari Aisya.
Sungguh dia amat takut sekiranya
Tengku Azman mengetahui tentang ini. Sudah banyak kali Tengku Azman memberi
amaran padanya agar tidak melukakan hati Aisya. Tidak mahu peristiwa lama
berulang kembali. Malah dia juga takut untuk kehilangan Aisya.
“Kalau abang tak nak Aisya
bagitau pada papa, baik abang belikan juga benda tu,” desak Aisya dan menarik
tangan Tengku Hariz.
“Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi lagi. Aisya
nak abang belikan basikal tu juga,” paksa Aisya lagi.
“Sayang bukannya pandai bawa
basikal. Abang takut sayang jatuh nanti,” kata Tengku Hariz dan mengeluh berat.
Itulah perkara yang sebenarnya.
Keinginan Aisya untuk memiliki basikal. Bukannya dia tidak mahu membelinya.
Disebabkan keadaan Aisya yang sedang berbadan dua membuatkan dia tidak sanggup
mengambil risiko tersebut.
“Aisya pandai bawa. Bolehlah
abang. Aisya teringin sangat nak naik basikal,” pujuk Aisya lembut. Tangan
Tengku Hariz dicapai dan mengucupnya lembut. Mengharap persetujuan dari
suaminya itu.
Tengku Hariz mengeluh untuk
kesekian kalinya. Hatinya berkira-kira untuk bersetuju. Matanya memandang wajah
mencuka Aisya. Seminit kemudian, dia mengangguk sebagai tanda bersetuju akan
permintaan Aisya itu.
“Betul ni?” tanya Aisya tatkala
terpandangkan anggukan Tengku Hariz.
“Dengan syarat,” kata Tengku
Hariz.
“Apa?”
“Abang yang bawa dan bukannya
sayang,” tegas Tengku Hariz.
“Tapi Aisya…”
“No tapi… tapi.. kalau sayang tak setuju, kita tak payah beli
basikal tu. Full stop!” kata Tengku
Hariz bernada serius dan menyambung pemanduan.
Aisya mengeluh berat. Dia
berpeluk tubuh dan membuang pandang ke luar tingkap. Tidak menghiraukan
pandangan Tengku Hariz. Tidak mengendahkan suara Tengku Darwisy Iskandar dan Tengku
Arissa Sofea yang sedang berceloteh sesama sendiri.
“Allahuakbar!” ucap Tengku Hariz
tiba-tiba.
Terkejut Aisya mendengarnya.
Ditoleh ke arah Tengku Hariz di sebelah. Berkerut dahi suaminya itu. Apa yang
sedang berlaku?
“Abang terlanggarkan kereta depan,”
beritahu Tengku Hariz dan memberhentikan kereta.
“Langgar?” ulang Aisya terkejut.
“Sayang tunggu sekejap. Abang nak
keluar, nak settlekan masalah ni,”
amaran Tengku Hariz seraya membuka pintu kereta.
Aisya sekadar mengangguk. Matanya
mengekori langkah Tengku Hariz yang sudah menapak keluar dari kereta. Dia
menoleh ke belakang. Sejak bila anak-anaknya itu terlelap?
“Maaf, saya tak perasan tadi,”
kata Tengku Hariz kesal.
“Mata awak tu letak kat mana?
Awak tak nampak ke lampu merah tadi?” tegur Hazrel sedikit tegang. Tajam
matanya ke muka Tengku Hariz.
“Abang, sabarlah!” tegur Nur Ain.
Gelengan diberikan buat Hazrel.
Digenggam tangan Hazrel sekadar untuk meredakan kemarahan Hazrel. Bukankah
Hazrel dapat mengawal kemarahannya selama ini? Tetapi kenapa hari ini Hazrel
bersikap panas baran?
“Saya memang tak perasan lampu
merah tadi. Saya minta maaf,” kata Tengku Hariz lagi.
“Abang, kenapa?” tegur Aisya dari
arah belakang.
Tengku Hariz menoleh. Berkerut
dahinya memandang Aisya.
“Kenapa?” ulang Aisya dan
menghampiri Tengku Hariz.
“Sayang, kan abang kata tunggu
kat dalam kereta. Darwisy dengan Arissa mana?” kata Tengku Hariz dan mendengus
ringan.
“Budak-budak tengah tidur.
Kenapa?” beritahu Aisya. Masih tidak berpuas hati.
“Maaf puan. Suami puan terlanggar
kereta kami,” sampuk Nur Ain.
Aisya menoleh. Matanya memandang
ke arah kereta milik lelaki dan wanita di hadapannya itu. Kemudian beralih ke
kereta mereka pula.
“Saya akui salah saya. Saya tak
perasankan lampu merah tu tadi,” akui Tengku Hariz seraya menyeluk poket
seluarnya. Dikeluarkan sekeping kad dari dalam dompet dan dihulurkan pada
Hazrel. “Kad saya. Lepas repair,
encik claim dengan saya,” katanya
pula.
“Maafkan kami. Memang kami tak
perasankan lampu merah tadi,” ujar Aisya pula.
“Tak mengapalah. Perkara kecik
saja ni,” balas Nur Ain. “Abang, jomlah kita balik. Nanti lambat pulak jumpa
papa dengan mama,” ajaknya dan memaut tangan Hazrel.
Hazrel mengangguk. Senyuman
diberikan pada Tengku Hariz dan Aisya.
“Kalau ada apa-apa, encik boleh call nombor tu,” beritahu Tengku Hariz
lagi.
“Baiklah! Saya pun minta maaf
sebab terkasar bahasa tadi,” balas Hazrel dan menatap business card milik
Tengku Hariz.
“Kami minta diri dulu,” pamit Nur
Ain.
“Baiklah! Kalau ada rezeki, kita
jumpa lagi,” balas Aisya dan tersenyum.
Nur Ain turut sama tersenyum.
Tanpa berlengah, langkah dibawa menuju ke kereta. Dia menggeleng kecil
mengingati peristiwa sebentar tadi.
“Mari sayang!” ajak Tengku Hariz
sebaik sahaja kereta milik Hazrel dan Nur Ain menghilang. Nafas ringan dihela
dan meraup muka sekali.
“Maafkan Aisya!” ujar Aisya
perlahan dan menunduk.
“Maaf? Maaf kenapa?” tanya Tengku
Hariz berkerut.
“Kalau bukan disebabkan Aisya
tadi, abang takkan langgar kereta orang,” jawab Aisya dan masih menunduk.
Tengku Hariz tersenyum. Wajah
Aisya diangkat lalu menatap kasih wajah itu. Kemudian dibawa tangannya ke perut
Aisya. Memberi isyarat pada isterinya itu.
“Terima kasih!” ucap Aisya sebak.
Didakap tubuh Tengku Hariz. Mengerti akan maksud Tengku Hariz itu.
“Mama!” panggil Tengku Darwisy
Iskandar tiba-tiba.
Serentak Tengku Hariz dan Aisya
menoleh. Wajah Tengku Darwisy Iskandar menyapa mata. Dilihatnya Tengku Arissa
Sofea sedang menangis. Pastinya Tengku Arissa Sofea menangis tatkala menyedari
ketiadaan mereka berdua.
Tanpa membuang masa, langkah
dibawa menuju ke kereta. Nafas lega dilepaskan. Ucapan syukur meniti di benak
hati. Bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan. Jika tidak, pastinya
Tengku Hariz akan merasa bersalah kerana tidak menjaga keluarganya dengan baik
seperti yang dipesan oleh papanya, Tengku Azman dan juga abangnya, Tengku
Azizul.
“Abang, cepatlah!” panggil Liyana
sedikit meninggi. Diketuk pintu bilik air bertalu-talu. Agak lama menunggu
Amirul keluar dari bilik air.
“Sekejap la sayang. Abang nak
tenangkan hati sekejap,” balas Amirul turut sama meninggi. Nafas dihela ringan.
“Abang tahu tak dah pukul berapa
sekarang ni? Apa kata papa dan mama nanti kalau kita lambat turun,” beritahu
Liyana mendengus ringan.
“Abang tahu. Tapi, abang ada
masalah sikit ni.”
“Masalah apa? Abang keluarlah
dari bilik air ni.”
Amirul menghela nafas berat.
Pantas tangannya memulas tombol pintu bilik air. Wajah Liyana menyapa mata
sebaik sahaja pintu bilik dibuka.
“Masalah apa?” tanya Liyana
sebaik sahaja Amirul keluar.
“Err… malu la sayang,” balas
Amirul dan tersenyum malu.
Liyana mengerutkan dahi.
“Nanti sayang gelakkan abang,”
kata Amirul perlahan.
“Nak gelak macam mana kalau abang
tak bagitau Lia apa masalah abang,” bidas Liyana dan memandang wajah Amirul.
Amirul tersengih. Perlukah dia
menyuarakan hasrat hatinya itu? Jika diberitahu, adakah Liyana akan
mentertawakannya?
“Abang, cakaplah apa dia masalah
abang tu?” desak Liyana.
“Lia janji jangan gelakkan
abang,” pinta Amirul bernada serius.
“Err.. kena janji ke?” tanya
Liyana.
Amirul sekadar mengangguk.
“Yalah.. yalah.. Lia janji takkan
gelakkan abang,” kata Liyana mengalah. “So,
apa masalah abang ni?” tanyanya pula sedikit mendesak.
Amirul membisu. Hatinya
berkira-kira untuk menyuarakan hasrat di hati.
“Apa dia abang?” tekan Liyana.
“Ini ha, masalah abang,” ujar
Amirul seraya menunjukkan seluar kepada Liyana.
Liyana mencapai seluar tersebut.
Berkerut dahinya memandang seluar tersebut.
“Sayang boleh selesaikan masalah
abang?” tanya Amirul dan tersenyum.
“Apa kena dengan seluar ni?”
tanya Liyana kurang mengerti. Dibelek dan diperhatikan penuh minat seluar
tersebut. Otaknya masih cuba merencanakan maksud seluar tersebut.
“Ala, malu la nak bagitau
sayang,” ujar Amirul dan tersenyum malu.
Semakin tidak faham Liyana
dibuatnya. Tangannya masih membelek seluar Amirul. Seminit kemudian, tingkahnya
terhenti dek kerana terpandangkan sesuatu di seluar tersebut.
Amirul sudah menundukkan muka.
Malu untuk bertatapan dengan Liyana.
“Abang…” terhenti ayatnya.
Kemudian, pecah ketawanya tatkala melihat seluar tersebut.
“Sayang! Kan dah janji tak nak
gelakkan abang,” geram Amirul.
“Oppss!! Sorry! Tak sengaja la. Dah nak gelak, nak buat macam mana. Gelak
mana boleh ditahan-tahan, nanti gastrik,” balas Liyana selamba dan masih ketawa.
Mahu tidaknya dia tergelak.
Seluar yang dipakai Amirul koyak sehingga menampakkan tetas jahitan. Bagaimana
seluar itu boleh terkoyak?
“Macam mana boleh terkoyak ni?”
tanya Liyana bingkas bangun dari duduk.
“Manalah abang tahu bila
koyaknya?” balas Amirul perlahan.
“Maknanya, abang pakai seluar
koyaklah siang tadi?” tebak Liyana. Seluar yang baru diambil dari dalam almari,
dihulurkan pada Amirul dan duduk di birai katil.
Amirul sekadar mengangguk. Malu
tatkala memikirkan peristiwa tadi. Mujurlah Adif yang menegurnya tadi, jika
tidak mana nak disorok mukanya itu.
“So, macam mana abang tahu seluar tu koyak?” tanya Liyana ingin
tahu. Matanya memandang tingkah Amirul yang sedang memakai seluar.
“Adif tegur abang tadi,” jawab
Amirul sebaik sahaja selesai memakai seluar.
“Nasib baik Abang Adif yang
tegur, kalau orang lain, macam mana?” kata Liyana dan tertawa. Geli hati
memikirkan tentang itu. “Nasib baik majlis ni dibuat malam, kalau siang….”
Liyana menghentikan ayatnya. Pastinya Amirul mengerti akan maksud ayatnya itu.
Masih lagi kedengaran ketawa dari arahnya juga.
“Nur Liyana Safiyah!” tegur
Amirul keras.
“Okey… okey… sorry. Lia tak gelakkan abang lagi,” kata Liyana kesal. Tangannya
menekup mulutnya sambil cuba menahan diri dari ketawa.
Amirul mendengus kasar. Sakit
telinganya mendengar ketawa Liyana itu. Dari dulu sehinggalah sekarang, Liyana
tidak pernah berubah. Suka menyakat dan mengusiknya.
“Abang ni, kalau marah, tak comel
tau. Nampak lagi tua, tahu tak?” komen Liyana dan tersengih. Masih teringat
gelaran yang diberikannya pada Amirul tidak lama dulu. Mamat hingus a.k.a orang
tua, desis hatinya. Terlepas ketawa dari bibirnya.
“Alasan!” balas Amirul dan
menapak menuju ke pintu bilik. Lebih lama dia melayan Liyana, boleh sakit
jantung jadinya.
Liyana turut sama menapak dan
menyaingi langkah Amirul. “Sayang abang!” luahnya seraya mengucup lembut pipi
Amirul.
Tersentak Amirul dengan tingkah
Liyana itu. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Liyana memang bijak
memujuk hatinya.
Suasana bingit dengan hilai tawa
manusia. Masing-masing rancak berbual mengenai diri masing-masing. Tan Sri
Khalil tersenyum melihat kenalan dan kawan-kawannya yang sudah memenuhi kawasan
halaman rumah. Hari ini merupakan majlis untuk meraikan pencapaian syarikatnya.
Di samping menyambut ulangtahun perkahwinannya dengan Puan Sri Marissa.
“Khalil!” tegur Dato’ Zulkifli.
Tan Sri Khalil menoleh. Wajah
besannya menyapa mata. Senyuman diberikan pada Dato’ Zulkifli dan Datin Suraya.
“Sorry Lil, lambat,” kata Dato’ Zulkifli.
“Tak apa. Majlis pun baru nak
mula,” balas Tan Sri Khalil.
“Amirul dengan Liyana mana?”
tanya Datin Suraya tatkala menyedari ketiadaan anak menantunya itu.
“Belum turun lagi.”
“Hai, mengalahkan pengantin
diorang berdua tu. Siapa yang dirai dan meraikan ni?”
“Ala, biasalah Su. Masih dalam mood honeymoon,” kata Tan Sri Khalil dan
tertawa.
Dato’ Zulkifli dan Datin Suraya
turut sama tertawa. Seminit kemudian, Datin Suraya meminta izin untuk beredar
sebaik sahaja terpandangkan Puan Sri Marissa. Tan Sri Khalil dan Dato’ Zulkifli
sekadar mengangguk. Mata mereka menghantar langkah Datin Suraya hingga hilang
dari pandangan mata.
“Kau ingat tak lagi dengan rakan business yang aku bagitau kau dulu,”
mulai Dato’ Zulkifli sedikit teruja.
“Yang mana? Yang invest dalam business kau tu ke Zul?” tebak Tan Sri Khalil.
Dato’ Zulkifli mengangguk.
Senyuman terbias di wajah.
“So, kenapa?”
“Aku ingat nak kenalkan kau
dengan dia.”
“Oh, boleh saja. Manalah tahukan
kut-kut dia pun boleh invest dalam business aku,” kata Tan Sri Khalil dan
tertawa.
Dato’ Zulkifli turut sama
tergelak. Gelengan diberikan pada besannya itu.
“Jom Zul. Aku nak kenalkan kau
dengan rakan business aku pulak,”
ajak Tan Sri Khalil.
Dato’ Zulkifli mengangguk.
Seminit kemudian, dia mengekori langkah Tan Sri Khalil.
“Papa, betul ke ni rumahnya?”
tanya Tengku Hariz berkerut.
“Papa rasa, betul dah ni,” balas
Tengku Azman.
Tengku Hariz mengangguk. Matanya
melihat keadaan rumah tersebut. Kagum dia melihatnya. Matanya mengerling
sekilas ke wajah Aisya. Teruja! Itulah yang dilihatnya pada wajah isterinya
itu.
“Mari Riz. Papa nampak
kawan-kawan papa kat sana,” ajak Tengku Azman dan menapak masuk ke halaman
rumah.
“Mari sayang!” ajak Tengku Hariz
pula. “Darwisy, Arissa, come!”
panggilnya pula.
“Oppss!! Sorry!” tegur seseorang tatkala terlanggarkan Tengku Hariz.
“It’s okey! Saya yang salah,” balas Tengku Hariz.
“Tengku Hariz Iskandar?” tanya
Hazrel inginkan kepastian.
Tengku Hariz mengangkat muka.
Wajah Hazrel menyapa mata.
“Well! Kita berjumpa lagi,” sambung Hazrel.
“Hazrel Hardy. Am I right?” sebut Tengku Hariz.
Hazrel mengangguk. Tangan dihulur
dan bersalaman dengan Tengku Hariz.
“Awak pun…”
“Saya ikut papa saya ke sini,”
pintas Tengku Hariz.
Hazrel mengangguk. Dia memanggil
Nur Ain yang sedang melayan Hazrul Iskandar serta anak kembar mereka.
“Ada apa abang?” tanya Nur Ain setibanya
di hadapan Hazrel.
“Kenal lagi tak?” tanya Hazrel
pula seraya mengunjuk ke arah Tengku Hariz dan Aisya.
Nur Ain menoleh. Berkerut dahinya
sambil cuba mengingati wajah di hadapannya itu.
“Tengku Hariz dan Aisya,”
beritahu Hazrel.
“Ya, Ain ingat lagi. Kereta
Tengku Hariz yang langgar kereta kita dua bulan yang lepas kan, abang?” teka
Nur Ain.
Hazrel mengangguk.
“Apa khabar Aisya? Macam mana
dengan kandungan awak?” tanya Nur Ain seraya menghulurkan tangan.
“Sihat alhamdulillah. Kandungan
saya pun sihat,” balas Aisya dan tersenyum.
“Jom kita ke sana,” ajak Hazrel
dan menapak jalan menuju ke sebuah meja yang sudah dikosongkan. Senyuman
diberikan pada Tengku Hariz.
“Mari sayang!” ajak Tengku Hariz
seraya menggenggam tangan Aisya.
“Eirul, bawa adik ke sini,”
panggil Nur Ain.
“Mama… Eirul nampak auntie cantik,” beritahu Hazrul
Iskandar.
Berkerut Nur Ain mendengarnya.
Siapa yang dimaksudkan oleh Hazrul Iskandar itu?
“Kat sana tu!” kata Hazrul
Iskandar seakan mengerti pandangan mamanya.
Nur Ain menoleh ke arah yang
ditunjuk. Diamati wajah yang dimaksudkan Hazrul Iskandar. “Liyana!” sebutnya
kemudian.
“Betul, kan mama?” tanya Hazrul
Iskandar inginkan kepastian.
“A’ah, betul. Jom kita ke sana.
Papa panggil tu,” arah Nur Ain.
“Nanti kita jumpa auntie cantik ya mama,” pesan Hazrul
Iskandar.
Nur Ain mengangguk. Tangannya
menarik tangan Allysa dan Allyza agar mengekorinya. Matanya memandang ke arah
Liyana. Pasti lelaki di sebelah Liyana itu merupakan suaminya. Kacak dan segak
seperti suaminya juga.
“Sayang ni, abang dengan Syakila
mana ada apa-apa hubungan lagi. Sayang ni cuba la fikir positif sikit,” tegur
Amirul.
Liyana mencebik. Dimasamkan muka
dan berpeluk tubuh. Sedari tadi dia memerhatikan tingkah Amirul dan Syakila.
Apa yang mereka bualkan, Liyana tidak pasti. Seakan ada perkara yang cuba
disembunyikan oleh Amirul dan Syakila.
“Sayang, malu la sikit orang
tengok. Apa kata papa dan mama nanti,” pujuk Amirul lembut. Tangan Liyana
ditarik dan menggenggamnya erat.
“Peduli apa Lia. Biar padan muka
abang,” balas Liyana dan memuncung.
“Cantik sangatlah mulut tu. Abang
cium nanti baru tahu. Sayang dah lupa pesan abang dulu,” kata Amirul dan
mengangkat kening.
Liyana mengerutkan dahi. Otaknya
dikerah berfikir. Seminit kemudian, ditekup mulutnya sendiri sebaik sahaja
dapat menangkap pesanan Amirul.
“Hahaha.. tahu pun takut.”
Selamba Amirul berkata dan tertawa.
“Jahat!” balas Liyana seraya
mencubit pinggang Amirul.
“Aduh! Sayang ni macam ketam la. Patut
la Adif selalu pesan dengan abang suruh jaga tangan sayang tu,” luah Amirul dan
meraba pinggangnya yang terasa sakit.
“Padan muka!” balas Liyana dan
tertawa.
“Auntie cantik!” panggil seseorang mematikan perbualan mereka.
Dihalakan mata ke arah pemanggil tersebut.
“Eirul!” tegur Liyana dan
tersenyum.
“Auntie buat apa kat sini?” tanya Hazrul Iskandar. Senyuman
diberikan buat Liyana.
“Ini rumah keluarga auntie,” jawab Liyana lembut. Dijatuhkan
lutut agar sama paras dengan Hazrul Iskandar. Pipi budak kecil itu dicubit
geram.
Amirul di sisi hanya memandang.
Berkerut dahinya memandang budak kecil itu.
“Auntie cantik!” puji Hazrul Iskandar jujur.
Liyana tersenyum malu. Pipi
Hazrul Iskandar masih menjadi mangsa tangannya.
“Sayang, siapa ni?” tanya Amirul
yang sedari tadi membisu.
“Budak yang Lia ceritakan pada
abang dulu,” jawab Liyana. Matanya masih menatap wajah Hazrul Iskandar. Tatkala
terpandangkan Nur Ain dan Hazrel, senyuman diberikan buat kedua-dua ibu bapa
Hazrul Iskandar.
“Auntie ni cantiklah. Kalau Eirul besar, Eirul nak mengorat auntie, boleh?” puji Hazrul Iskandar dan
tersengih.
“Amboi, kecik-kecik lagi dah
menggatal,” tegur Amirul keras. Dijegilkan mata kepada Hazrul Iskandar. Sakit
telinganya mendengar pujian dari Hazrul Iskandar.
“Siapa pak cik tua ni auntie?” tanya Hazrul Iskandar sambil
memandang Amirul.
“Pak cik tua!” ulang Amirul
bernada geram.
“Abang ni, biasalah, budak-budak
suka bergurau. Takkan itu pun abang nak ambil hati,” tegur Liyana dan
menggeleng.
“Tak kira la budak ke apa ke,
abang cemburu, tahu tak?” balas Amirul serius.
Tertawa Liyana mendengarnya. Amirul
tidak pernah nak berubah. Dari dulu lagi, sikap cemburu Amirul sukar untuk
dibendung. Jika dulu Amirul mencemburui Harris dan Raziff, kali ini dengan
budak sebesar Hazrul Iskandar pula. “Abang… abang… dengan budak pun nak
cemburu,” katanya dan masih lagi ketawa.
“Eirul!” pangil Nur Ain.
Hazrul Iskandar, Liyana dan
Amirul menoleh. Wajah Nur Ain dan Hazrel berserta anak kembar mereka menyapa
mata. Senyuman diberikan pada pasangan tersebut.
“Lia, Eirul cakap yang
bukan-bukan lagi ke?” tanya Nur Ain pula.
“Tak adalah Ain. Eirul puji saya
saja,” jawab Liyana dan tersenyum.
“Mama, malam ni auntie cantik, kan?” puji Hazrul
Iskandar lagi.
“Eirul, dah lupa dengan pesanan
papa?” tegur Hazrel bernada tegas.
Hazrul Iskandar mengangguk.
Sengihan diberikan pada papanya itu.
“Oh ya, kenalkan suami saya,
Amirul Arif Iskandar Tan Sri Khalil,” perkenal Liyana.
“Hazrel Hardy Dato’ Ridzuan. Ini
isteri saya, Nur Ain Zafira Ibrahim,” perkenal Hazrel pula. Tangan dihulurkan
dan disambut baik oleh Amirul.
“Hazrel, kami…” belum sempat
Tengku Hariz menyudahkan ayat, matanya terpandangkan wajah Amirul. Berkerut
dahinya sambil cuba mengingati wajah di hadapannya itu. Seakan pernah
dilihatnya sebelum ini.
“Tengku Hariz Iskandar?” teka
Amirul.
“Amirul! Kawan Fahem Daniel.
Betul, kan?” teka Tengku Hariz pula.
Amirul mengangguk. Sebaik
bersalaman dengan Hazrel, disalami tangan Tengku Hariz. Senyuman terbias di
wajahnya kala itu.
“Lama kita tak jumpa. Selepas
majlis perkahwinan Fahem Daniel dengan Fatin Nabilla dulu,” kata Tengku Hariz.
“A’ah. Masa tu lah kita
berkenalan,” sokong Amirul.
“Abang…” panggil Liyana.
“Kalau tak silap, abang ada
ceritakan pada sayang pasal Tengku Hariz dan Aisya. Fahem Daniel, ingat tak?
Kawan yang abang jumpa masa abang pergi ke Sabah dulu. Kita, kan ada pergi
majlis kahwin Fahem Daniel dan Fatin Nabilla. Sayang dah lupa ke?” terang
Amirul.
Liyana hanya mendengar. Otaknya
cuba merencanakan penerangan Amirul. Seminit kemudian, dia mengangguk tatkala
mengingatinya.
“Nampaknya kita semua ni
berjodoh,” sampuk Hazrel dan menggeleng kecil.
“Berjodoh?” ulang yang lain-lain
serentak sambil berfikir. Kemudian mereka mengangguk faham. Mengerti akan
kata-kata Hazrel itu.
“Betul tu Hazrel. Seolah-olah
kita punya chemistry,” sokong Tengku
Hariz dan mengangguk kecil. Senyuman diberikan buat mereka semua.
“Abang!” seru Aisya lembut.
Tengku Hariz menoleh. Matanya
memandang wajah berkerut Aisya.
“Sakit!” beritahu Aisya sepatah.
“Sakit? Sakit apa?” tanya Tengku
Hariz dan masih berkerut.
“Perut!”
“Perut? Kan abang dah pesan tadi,
jangan makan banyak-banyak. Tengok, kan dah sakit perut,” tegur Tengku Hariz.
“Bukan sakit nak membuang, Aisya
sakit nak beranak,” luah Aisya geram.
“Haaa.. nak beranak?” jerit kecil
Tengku Hariz.
Mereka yang berada di situ, turut
sama terkejut. Masing-masing menghalakan pandangan ke arah Aisya dan Tengku
Hariz.
“Mari sayang kita ke hospital,”
ajak Tengku Hariz seraya mencempung tubuh Aisya. Tanpa membuang masa, dibawa
Aisya menuju ke kereta. Risau di hati hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga
dipermudahkan segala-galanya, doa Tengku Hariz di dalam hati.
“Tahniah Hariz, Aisya,” ucap
mereka serentak.
“Terima kasih semua,” balas
Tengku Hariz dan tersenyum.
“Syukur semuanya selamat. Papa
tumpang gembira Riz, Aisya,” sampuk Tengku Azman.
“Alhamdulillah. Kami pun tumpang
gembira,” celah Tan Sri Khalil.
“Terima kasih Uncle Lil. Maaf kalau majlis uncle tergendala disebabkan kami,” ucap
Tengku Hariz bernada kesal.
“Tak apa Hariz. Yang penting,
Aisya selamat melahirkan anak. Kebetulan majlis tu pun dah nak habis,” suara
Puan Sri Marissa pula dan tersenyum.
“Kalau tak ada apa-apa, kami
minta diri dulu. Anak-anak pun dah mengantuk,” potong Hazrel ramah.
“Baiklah, pandu kereta elok-elok
Hazrel. Terima kasih kerana sudi datang ke majlis uncle,” balas Tan Sri Khalil
turut sama tersenyum.
Hazrel sekadar mengangguk. Sebaik
sahaja bersalaman, langkah dibawa keluar dari bilik itu. Ucapan terima kasih
meniti di bibir. Semoga Allah pertemukan mereka semula dalam suasana yang lain
pula nanti.
“Auntie cantik!” panggil Hazrul Iskandar sebelum beredar. Ditarik
baju Liyana sebagai isyarat dan berharap Liyana mengerti akan maksudnya itu.
“Ada apa sayang?” tanya Liyana
seraya menjatuhkan tubuhnya.
Hazrul Iskandar tersenyum.
Perlahan-lahan pipi Liyana dikucup mesra. Seminit kemudian, dia membawa langkah
menuju ke arah Nur Ain yang sudah menantinya di muka pintu bilik. Senyuman
dihadiahkan buat Liyana dan yang lain-lain. “Jumpa lagi auntie cantik!” ucap Hazrul Iskandar seraya melambai tangan ke arah
Liyana.
Membuntang mata Amirul
melihatnya. Dengusan kasar terlepas dari bibir. Sakit matanya melihat tingkah
Hazrul Iskandar sebentar tadi.
“Abang..” seru Liyana lembut.
“Budak. Tak perlulah nak cemburu,” sambungnya. Mengerti akan pandangan Amirul
itu.
Tertawa mereka yang berada di
situ mendengarnya. Gelengan diberikan buat Amirul.
“Kami pun nak beransur dulu la
Man. Apa-apa pun, tahniah dari kami sekeluarga,” suara Tan Sri Khalil tiba-tiba.
“Baiklah. Terima kasih Lil. Maaf
kalau menyusahkan,” balas Tengku Azman dan tersenyum. Tangan dihulur untuk
bersalaman dan disambut baik oleh rakan businessnya
itu.
“Tahniah dari kami juga Hariz,
Aisya. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Insya-Allah, kalau ada rezeki dan
diizinkan-Nya, kita berjumpa lagi,” kata Amirul pula.
“Insya-Allah, terima kasih
Amirul,” balas Tengku Hariz dan berjabat tangan.
“Tahniah Aisya. Semoga awak
bahagia di sisi suami,” ucap Liyana dan tersenyum.
“Terima kasih Liyana. Awak pun
sama juga. Semoga butik awak dikenali ramai,” suara Aisya yang sedari tadi
membisu dan mendengar.
Liyana mengangguk. Tanpa
berlengah, dia menapak keluar mengekori Amirul. Tangannya memaut erat lengan
Amirul. Dilentokkan kepala ke bahu Amirul. Senyuman terukir di wajahnya kala
itu. Masih terbayang-bayang wajah anak Aisya dan Tengku Hariz di ruangan mata.
Comel!
Amirul di sisi turut sama
tersenyum. Matanya memandang langkah Tan Sri Khalil dan Puan Sri Marissa yang
sudah menjauh ke hadapan. Nafas lega dilepaskan.
“Bestkan ada baby. Bila
kita nak ada baby lagi?” tanya Liyana
tiba-tiba.
Terhenti langkah Amirul dek
kerana pertanyaan Liyana itu. Matanya memandang wajah Liyana. Sudah agak lama
dia memikirkan perkara itu. Adakah doanya akan diperkenankan oleh Allah tidak
lama lagi? Semoga kebahagiaan mewarnai rumah tangganya juga.
“Terima kasih sayang,” ucap
Tengku Hariz seraya mengucup lembut dahi Aisya. Matanya menatap kasih wajah
anaknya yang sudah pun terlena selepas diberi susu. “Comel macam Aisya,”
pujinya pula.
Aisya sekadar tersenyum. Matanya
turut menatap kasih anak mereka. Sungguh bahagia dirasakan Aisya ketika ini.
Segala dugaan dan rintangan yang pernah dilaluinya suatu ketika dulu, dijadikan
kenangan dalam hidupnya.
“Tengku Danish Iskandar!” sebut
Tengku Hariz lembut.
“Tengku Darwisy Iskandar, Tengku
Arissa Sofea dan Tengku Danish Iskandar,” sebut Aisya satu persatu akan nama
anak-anak mereka berdua.
Tengku Hariz mengangguk.
Tangannya menggenggam erat tangan Aisya. Matanya memandang ke arah anak kembarnya
yang sudah pun terlena di sofa. Ucapan syukur meniti di benak hati. Syukur kepada
Allah kerana memiliki kebahagiaan yang diimpikan selama ini. Hanya pada Allah
Tengku Hariz memohon doa agar hubungan serta rumah tangganya itu dirahmati
selalu.
“Terima kasih ya Allah!” ucap
Tengku Hariz separa berbisik.
TAMAT
Percubaan pertama dlm menulis cerpen.. tak tahu la ini dinamakan cerpen atau tak.. hope betul la ya..
Terima kasih kerana membaca...
(^___^)
(^___^)
Kak Eliza...best sesangat terubat rindu asenya.Manuskrip akak dah siap,cepat2 ya..x sbr nak tunggu baby akak yg no-2 ..hehehe..apapun cerpen akak sgt best..saya salute..
BalasPadamSlmt Hari Raya..
EIla
Hai Ella..
PadamSelamat Hari Raya jg.. terima kasih coz sudi komen.. alhamdulillah, percubaan pertama diterima.. (^__^)
wahhhh... suke bangat la...
BalasPadamhehe.. thanks Lieyna.. (^__^)
Padambest :)
BalasPadamterima kasih coz sudi membacanya.. :)
PadamBest sngat2...
BalasPadamrindunya sama ieysha.. selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. terima kasih coz sudi membacanya.. (^__^)
PadamRindu jgk sama akak... Selamat Hari Raya akak, maaf zahir dan batin... Welcome...
PadamHehe.. lps ni dpt la akak bc komen dr Ieysha.. :D
Padamcerpen Terbaik.... best sgt2...
BalasPadamblm terbaik lg.. bese2 aje cerpen ni.. byk yg perlu belajar lg my dear sue.. hehe
Padambestttt .. ringkat, pendek tpi padat ... (eeda shafie)
BalasPadamthanks my dear eeda coz sudi membacanya.. :)
PadamBest sangat! Dapat lah melepaskan rindu. So, GB bila keluar eh kak? :)
BalasPadamterima kasih coz sudi membacanya.. Insya-Allah, kalau x ada halangan.. hjg thn ni GB keluar.. (^__^)
PadamSalam Ros..
BalasPadamWahh tak sangka ada cerpen trio ni.. Dd pun dah lama tak singgah.. hmm menarik gabungan setiap cerita.. so pas ni klau ada n3 baru update dd yer..
terbaiklah..
Wslm Dd..
PadamTerima kasih coz sudi singgah blog ros lg.. Insya-Allah, n3 baru nti, Ros tag nama Dd kat group.. (^__^)
Wah dah terubat rindu kat psgan2 ni...good job ros...
BalasPadamterima kasih Kak Eijan coz sudi singgah n membacanya.. Insya-Allah, next week sy n3kan cerita baru.. (^__^)
Padamterbaekk laaa akak... best2...heheh
BalasPadamterima kasih my dear cikzie coz sudi singgah dan membacanya.. (^__^)
Padam