BAB 9
“TOLONG!
Tolong!
Tolong selamatkan saya. Tolong!” jerit Nur Edleen dan menggeleng.
Ezzura
yang mendengar segera masuk ke dalam bilik rawatan Nur Edleen. Berkerut-kerut
dia melihat Nur Edleen yang sedang tergeleng-geleng sambil tangan
terkapai-kapai di awangan seperti orang meminta tolong. Adakah Nur Edleen
bermimpi buruk ketika ini?
“Tolong!
Tolong selamatkan saya. Api! Api!” jerit Nur Edleen.
“Leen..
Leen.. bangun.. bangun…” panggil Ezzura, seraya menepuk lembut pipi Nur Edleen.
Namun, tidak berhasil. Nur Edleen masih lagi dalam dunia mimpinya.
“Tolong!
Selamatkan saya! Tolong!” jerit Nur Edleen lagi.
“Leen…
Leen… mengucap… mengucap…” panggil Ezzura dan melekapkan kedua-dua belah
tangannya ke pipi Nur Edleen.
Tersentak
Nur Edleen mendengar panggilan Ezzura. Segera dibukakan mata dan bangun memeluk
tubuh Ezzura. Erat!
“Aku
takut Zura. Aku takut. Aku nampak api,” beritahu Nur Edleen, bergetar.
“Mengucap
Leen. Mengucap. Kau bermimpi aje tu. Mana ada apa-apa,” pujuk Ezzura lembut
sambil mengusap belakang Nur Edleen. Cuba untuk mententeramkan Nur Edleen.
“Aku
tak mimpi Zura. Aku nampak api tu depan mata aku. Separuh badan aku hampir
terbakar,” luah Nur Edleen dan teresak.
Ezzura
menghela nafas berat. Pasti, Nur Edleen bermimpikan kemalangan lima tahun yang
lepas. Kenapa baru kini Nur Edleen bermimpi? Kenapa tidak sebelum ini? Selama
setahun Nur Edleen mengalami trauma akibat kemalangan tersebut. Selama setahun
mereka berusaha menyembuhkan penyakit kemurungan Nur Edleen. Bila Nur Edleen
pulih, kenapa begini pula jadinya?
“Dahlah
Leen. Kau tidur ya. Tadi kau pengsan kat restoran. Mujur ada Encik Edzuary
tolong hantarkan kau ke hospital ni,” jelas Ezzura.
Bulat
mata Nur Edleen mendengarnya. Dileraikan pelukan dan memandang wajah Ezzura.
Berkerut-berkerut dahinya meminta kepastian daripada Ezzura akan kenyataan itu.
“Kebetulan
dia ada dinner dengan kawan dia kat
restoran tu. Nasib baik pelayan cam kau duduk semeja dengan kitaorang, kalau
tidak, tak tahulah apa jadi dengan kau, Leen,” terang Ezzura. Ditatap mesra
wajah berkerut Nur Edleen.
“Err..
malunya aku.” Itu pula yang keluar dari mulut Nur Edleen. Dia menundukkan muka
dan tersipu-sipu malu.
“Kenapa
pulak nak malu?” tanya Ezzura, kurang mengerti.
“Yalah,
mesti esok dia gelakkan aku. Tak nak pergi kerja la esok. Aku nak amik EL,”
jawab Nur Edleen dan masih menunduk. Diramas-ramas jari-jemarinya sendiri. Perasaan
resah menghuni hatinya waktu ini.
Ezzura
tertawa kecil. Kenapa itu yang difikirkan oleh Nur Edleen?
“Eee..
malunya. Mesti dia tengok muka aku, kan?” sambung Nur Edleen.
“Yang
kau nak malu tu, kenapa? Bukan ke hari-hari dia tengok muka kau,” kata Ezzura
dan menggeleng.
“Eh…
ya tak ya juga. Aku lupa la yang dia tu bos besar aku,” ujar Nur Edleen, tersengih.
“Kau
ni, Leen, geram aku dengarnya la,” geram Ezzura, seraya mencubit lengan Nur
Edleen. Terasa dipermain-mainkan oleh Nur Edleen.
“Aduh!
Sorry la, aku gurau aje. Jangan la
marah. Aku penat la Zura, nak sambung tidur balik,” pujuk Nur Edleen, lembut.
“Aku
pun nak keluar sekejap, nak bagitau diaorang yang kau dah okey. Letih aku
dengar kau terjerit-jerit minta tolong macam orang sawan gila aku tengok kau
tadi,” kata Ezzura, bingkas bangun.
Nur
Edleen terkedu. Wajahnya berubah pucat. Ingatannya memutarkan semula mimpi
ngeri yang dialaminya sebentar tadi. Peristiwa yang pernah berlaku dalam
hidupnya dahulu. Sungguh, Nur Edleen tertanya-tanya akan maksud mimpinya itu.
“Zura,
aku…” Belum sempat dia menyudahkan ayat, telefon bimbitnya berbunyi nyaring.
Dihalakan mata ke arah telefon dan menatap nama di screen telefon tersebut.
“Siapa?”
tanya Ezzura, ingin tahu.
“Edzuary
Safuan Erizal Hanif,” jawab Nur Edleen.
“Hurm,
dia risaukan kau la tu,” ujar Ezzura dan tersenyum. Dia menapak jalan menuju ke
muka pintu bilik. “Dia pun rindukan kau,” sambungnya dan berlalu dari situ.
Nur
Edleen mencebik. Gatal telinganya mendengar kata-kata Ezzura. Rindukan aku? Tak
ada maknanya dia nak rindukan aku. Lelaki macam dia tu, bukannya boleh dibuat
baik, gerutu Nur Edleen sendirian. Dengan malas, telefon bimbit dicapai dan
menekan butang hijau. Kemudian, dilekapkan ke telinga, menanti sapaan dari
hujung talian.
“Awak
dah okey ke?” terjah Edzuary tanpa memberi salam.
Nur
Edleen mengerutkan dahi. Tak ada adat langsung. Tak reti nak bagi salam ke? “Assalamualaikum
Encik Edzuary Safuan Erizal Hanif!” ucapnya bernada sindiran.
Edzuary
tersentak. Digaru kepalanya yang tidak gatal. Malu ditegur sebegitu oleh Nur
Edleen. Terlupa untuk memberi salam kepada Nur Edleen. “Waalaikumussalam. Maaf,
saya terlupa,” balasnya, kesal.
“Erm…”
sahut Nur Edleen.
“Awak
dah okey ke?” ulang Edzuary pada soalannya yang tadi.
“Erm…”
balas Nur Edleen dan berbaring.
“Awak
dah makan ubat ke?” tanya Edzuary, prihatin.
“Erm…”
masih sama.
“Awak
ni tak ada suara ke nak jawab?” geram Edzuary dan mendengus kasar.
“Ada.
Kenapa?” tanya Nur Edleen, pura-pura. Sengaja mengusik Edzuary.
“Habis
tu, bila saya tanya, jawab la elok-elok. Allah tarik nikmat suara awak tu baru
tahu,” bebel Edzuary, keras.
Nur
Edleen tertawa. Geli hati mendengar bebelan Edzuary. Dalam kedinginan Edzuary,
masih ada sikap prihatin dalam diri lelaki itu. Nur Edleen mengukir senyuman di
bibir.
“Encik
dah habis membebel ke?” tanya Nur Edleen dan tertawa.
Edzuary
mengerutkan dahi. Bebel? Dia kata aku membebel. Aku ambil berat pasal dia, dia
boleh kata aku membebel. Hisy, tak makan saman betul minah ni, geramnya.
“Kalau
dah habis, saya nak tidur. Mengantuk dah ni,” rengek Nur Edleen, manja.
“Yalah,
pergilah tidur,” geram Edzuary.
“Terima
kasih encik. Saaaaayaaanggg encik!” ucap Nur Edleen dan mematikan talian.
Edzuary
terkedu. Ucapan Nur Edleen menusuk masuk ke cuping telinga dan terus ke hati.
Benarkah apa yang diucapkan oleh Nur Edleen itu? Rasa berbunga di hati ketika
ini. Dengan perlahan, bibirnya menguntum senyuman lebar.
“APA?
Zura tak bohong dengan abah, kan?” tanya Haji Marwan, keras.
“Tak
abah, Zura tak bohong. Leen pengsan tadi dan sekarang ada kat hospital,” jelas
Ezzura, terang dan nyata.
“Macam
mana boleh jadi macam tu, Zura? Leen tak makan ke?”
“Doktor
kata, Leen stress. Masa makan pun tak
jaga.”
“Stress? Hurm, mungkin disebabkan
permintaan abah dan ummi buatkan Leen tertekan sehingga menyebabkan pengsan,”
keluh Haji Marwan.
“Abah,
janganlah cakap macam tu. Mungkin juga disebabkan permintaan kami buatkan Leen stress,” tukas Ezzura. Tidak mahu Haji
Marwan menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku terhadap Nur Edleen.
“Permintaan?
Permintaan apa, Zura?” ulang Haji Marwan, berkerut.
“Kami
nak buat program dengan anak-anak yatim tidak lama lagi. Jadi, kami suruh Leen
minta sponsor dari bosnya. Mungkin,
sebab itu juga buatkan Leen stress.
Kami minta maaf abah,” terang Ezzura dan mengeluh.
“Tak
mengapalah, Zura. Abah yakin, permintaan abah dan ummi ni yang buatkan Leen stress. Bukan sebab lain lagi,” kata
Haji Marwan, perlahan.
“Abah,
semua tu dah tertulis dalam kamus hidup Leen. Mahu tak mahu, Leen perlu redha
menerima segala ujian dari-Nya,” kata Ezzura bernada pujukan.
Haji
Marwan mengeluh berat. Hatinya sebak tatkala mendapat tahu akan keadaan Nur
Edleen. Mungkin disebabkan permintaannya membuatkan Nur Edleen mengalami
tekanan dan sekali gus pengsan. Rasa bersalah menumpang di hati. Bagaimana reaksi
isterinya jika mendapat tahu akan perkara ini?
“Abah..
abah…” panggil Ezzura dari hujung talian.
“Ya…
abah ada ni,” balas Haji Marwan.
“Abah
janganlah risau. Zura akan jaga Leen. Mungkin, Leen penat sangat sampaikan Leen
pengsan. Beberapa hari ni Leen banyak kerja kat office. Lagipun tadi, Leen dah sedar dan…” terhenti kata-kata
Ezzura. Perlukah dia memberitahu tentang mimpi Nur Edleen itu?
“Dan
apa, Zura?” tanya Haji Marwan.
“Leen…
Leen…”
“Leen
apa, Zura?” tekan Haji Marwan.
“Leen
mimpikan kemalangan lima tahun yang lepas, abah,” beritahu Ezzura.
Tersentap
Haji Marwan mendengarnya. Diusap lembut dadanya yang berdegup dengan pantas.
Nur Edleen bermimpikan kemalangan lima tahun yang lepas? Bagaimana itu boleh
terjadi? Adakah Nur Edleen akan bertanyakan darinya tentang perkara itu? Jika
ya, jawapan apa yang harus diberikan pada Nur Edleen nanti. Pelbagai persoalan
mengasak dirinya ketika ini. Berharap, Nur Edleen akan melupakan mimpi
tersebut.
“Leen
ada tanya pada Zura tak?”
Ezzura
menghela nafas berat. “Tak ada abah. Leen just
cakap yang dia nampak api dan separuh badannya hampir terbakar,” ceritanya.
Terdengar Haji Marwan menghela nafas lega.
“Abah
yakin, Leen ingat peristiwa kemalangan tu dan abah tak nak Leen tertekan kerana
peristiwa tersebut. Zura kan tahu macam mana kita berubatkan Leen,” luah Haji
Marwan.
“Zura
tahu abah dan kalau boleh Zura tak nak Leen ingat kisah tu lagi. Semakin Leen
ingat semakin Leen mengalami tekanan. Cuma, kenapa baru sekarang Leen mimpikan
kemalangan tu dan kenapa tidak dari dulu lagi? Zura rasa macam ada sesuatu yang
tertinggal la, abah,” jelas Ezzura penjang lebar.
“Abah
pun sependapat dengan Zura. Tak apalah, kita tengok dalam beberapa hari ini.
Kalau Leen masih alami mimpi itu, kita bawa Leen jumpa Doktor Julia. Mungkin Doktor
Julia ada jawapannya,” cadang Haji Marwan.
Ezzura
mengangguk faham. Ada benarnya kata-kata Haji Marwan itu. Hanya pada Dia untuk
mereka bermohon agar Nur Edleen tabah menghadapi takdir yang telah tertulis di
dalam kamus hidupnya.
“Zura,
abah letak dulu, ummi kamu ada kat belakang ni,” beritahu Haji Marwan.
“Baiklah abah, kirim
salam pada ummi sekali,” balas Ezzura.
“Insya-Allah, kalau ada
apa-apa yang berlaku pada Leen, Zura jangan lupa bagitau abah,” pesan Haji
Marwan bernada tegas.
“Insya-Allah, baiklah
abah,” balas Ezzura.
Haji Marwan mengangguk.
Dimatikaan talian dan memandang tepat ke wajah Hajah Norhayati yang sedang
memandang ke arahnya berserta kerutan di dahi.
“Kenapa, bang haji?”
tanya Hajah Nohayati.
“Zura call tadi,” jawab Haji Marwan dan naik
ke atas katil.
“Call, kenapa?”
“Pasal Leen.”
“Leen? Kenapa dengan
Leen?” asak Hajah Norhayati bernada risau.
“Tak ada apa. Leen
pengsan tadi, tapi dah elok,” terang Haji Marwan.
“Apa! Pengsan? Abang haji
biar betul,” ulang Hajah Norhayati, tidak percaya.
“Habis tu, takkan Zura
nak tipu kita pulak.”
“Betul ke bang haji? Habis
tu, Leen kat mana sekarang ni?"
“Leen tak ada apa-apa.
Dia dah sedar,” beritahu Haji Marwan berserta keluhan ringan.Wajah Hajah
Norhayati ditatap mesra.
“Esok, kita pergi lawat Leen,
bang haji,” cadang Hajah Norhayati, seraya duduk di birai katil. Wajah Haji
Marwan ditenung sayang.
Haji Marwan hanya
mengangguk. Dia mencapai surat khabar lalu membacanya. Tidak mahu terus-terusan
membincangkan tentang Nur Edleen. Jika dibincang, khuatir akan merisaukan hati
isterinya itu. Cukuplah pengalaman yang mereka alami dahulu dan tidak mahu
pengalaman itu berulang kembali.
EDZUARY
meletakkan telefon bimbit di atas meja kecil di sisi katil. Dia menapak keluar
dari bilik menuju ke balkoni dan membuang pandang di situ. Angin malam menyapa
tubuh. Terasa tenang dan damai di waktu ini. Bintang yang berkerlipan di dada
langit menambahkan kecantikan ciptaan Allah. Kagum dengan kebesaran Allah.
Edzuary menarik nafas
berat. Otaknya ligat memutarkan semula perbualan bersama Aimanuddin di restoran
tadi.
“Sampai bila kau nak
hidup macam ni, Ary? Sudah-sudahlah dengan kenangan kau tu,” kata Aimanuddin
bernada nasihat.
“Kau ni, tak ada benda
lain lagi ke nak cakap. Bosan aku dengarnya,” balas Edzuary, kurang senang.
“Itu la masalah kau. Asal
aku bersuara sikit, mula la kau kata aku membebel, tak ada benda lain nak
cerita la, bosan la, apa la... kadang-kadang aku tak faham dengan kau la, Ary,”
komplen Aimanuddin, juga tidak senang.
“Dah kau asyik cerita
yang sama aje, mana aku tak bosan,” rungut Edzuary pula. Dengusan kasar
terlepas dari bibir.
“Dah kau tak nak dengar
nasihat aku, sebab itulah aku membebel dengan kau. Lagi satu, kau tak kesiankan
mama dengan papa kau, ke? Tentu mereka sedih dengan keadaan kau yang tak
sudah-sudah ni,” bebel Aimanuddin lagi.
Edzuary mengeluh berat.
Wajah diraup beberapa lagi. Kata-kata teman baiknya itu menusuk ke tangkai
hati. Sungguh, tidak terniat untuk membuat mama dan papanya sedih, tetapi
disebabkan memori silamnya membuatkan dia jadi begitu. Rasa bersalah menyerbu
perasaannya ketika ini.
“Aku tak berniat nak buat
mama dan papa aku bersedih. Aku...”
“Buktikan Ary! Buktikan
yang kau tak nak buat mereka bersedih lagi,” pintas Aimanuddin. Matanya tepat
ke wajah Edzuary.
“Insya-Allah, aku akan
cuba. Semenjak dua menjak ni, aku asyik bermimpi. Aku tak tahu sebab apa.
Mungkin...”
“Kalau kau asyik fikirkan
tentang tu, mestilah kau akan bermimpikan tentang tu juga. Kau kena buka hati
kau untuk redha dengan apa yang telah berlaku. Ada baiknya kau kenal dengan
seseorang yang boleh menjadi tempat untuk kau berbual dan meluahkan perasaan
kau tu,” cadang Aimanuddin dan tertawa kecil.
Edzuary mengerutkan dahi.
Seseorang? Bukankah selama ini hanya Aimanuddin tempat untuknya meluahkan
segala isi hati. Tidak ada sesiapa melainkan Aimanuddin, sahabat baiknya selama
ini.
“Habis, kau tu siapa?
Selama ini hanya kau tempat aku mengadu,” tukas Edzuary.
“Maksud aku perempuan.
Kau perlukan perempuan dalam hidup kau,” bidas Aimanuddin. Dia tergeleng kecil
melihat riak di wajah Edzuary.
“Perempuan?” ulang
Edzuary, berkerut.
Aimanuddin mengangguk.
“Aku tak nak sejarah
berulang kembali. Kau sendiri faham apa yang terjadi pada aku dulu,” sambung
Edzuary.
“Aku tahu Ary, sebab
itulah aku nak kau reda dengan apa yang terjadi dulu. Selagi kau tak reda dan
anggap semua itu takdir, selagi itulah kau akan ingatnya. Aku pasti kau
memerlukan seseorang untuk kau meluahkan segala isi hati kau itu,” bidas
Aimanuddin, keras.
Edzuary menundukkan muka.
Sering kali dia akan tertewas tatkala berlawan pendapat dengan Aimanuddin.
Mungkin ada benarnya juga kata-kata Aimanuddin itu. Cuma hatinya sahaja yang
menolak seratus peratus pandangan dan nasihat Aimanuddin.
“Nur Edleen!” bisik
Edzuary, perlahan.
“Ary!” panggil Encik
Erizal dari muka pintu bilik. “Banyak kali papa panggil, tak sahut-sahut,
kenapa? Apa yang Ary menungkan tu?” tanyanya. Langkah diatur menuju ke luar
balkoni dan berdiri di sebelah anaknya itu.
Edzuary tersenyum hambar.
Matanya menatap wajah papanya. Bahagia. Itu yang dirasakan Edzuary. Kenapa dia
tidak sebahagia papanya? Sejak dari dulu lagi, papa dan mama terlalu mengambil
berat akan dirinya. Namun, selepas peristiwa itu, mama dan papanya seakan cuba
menjaga hatinya. Seakan tidak mahu hatinya kecewa dan terluka. Seakan terlalu
berhati-hati ketika berbicara. Sungguh, Edzuary rasa bersalah kerana telah
mengecewakan serta membuat keluarganya bersedih. Nur Edleen! Terdetik nama itu
di benak hatinya lagi.
“Ary!” panggil Encik
Erizal lagi. Bahu anaknya itu disentuh lembut.
“Maaf pa, Ary mengelamun
sekejap,” balas Edzuary.
“Apa yang Ary lamunkan?
Kalau Ary ada masalah, Ary cerita dengan papa. Kalau Ary tak nak cerita dengan
papa, dengan mama pun boleh, kan?” kata Encik Erizal.
Edzuary menarik nafas dan
melepaskannya lembut. Matanya menatap kasih wajah Encik Erizal yang semakin di
mamah usia. Kasihan Edzuary melihatnya.
“Ary ada masalah?” ulang
Encik Erizal.
“Tak ada apa-apa papa.
Ary cuma penat sikit, banyak kerja kat office,”
dalih Edzuary. Tidak mahu merisaukan hati papanya.
“Papa tahu, Ary ada
masalah. Kalau Ary tak ada masalah, Ary takkan balik ke rumah ni,” bidas Encik
Erizal. Bukan sehari dua dia mengenali anaknya itu. Sejak dari kecil
sehinggalah sedewasa ini, segala perubahan pada Edzuary dapat di agak dan di
duga. Setiap kali Edzuary pulang ke rumah mereka, pasti Edzuary mempunyai
masalah. Jika bukan masalah, sudah tentu Edzuary sukar dalam membuat keputusan.
Apa yang paling mereka dapat kesan, jika Edzuary mempunyai masalah dalam
hubungan cinta atau melibatkan hati. Edzuary akan termenung dan tenggelam dalam
dunianya sendiri. Encik Erizal pasti, Edzuary punya masalah hati ketika ini.
Jika benar, sudah tentulah dia dan isterinya akan gembira dan merasa lega.
Encik Erizal mengeluh di
dalam hati. Sebab dan kenapa Edzuary pulang ke rumah dalam keadaan berlumpur,
sudah diceritakan padanya dan Puan Jaslina. Terkejut mereka berdua tatkala
mendengarnya. Dia tersenyum memikirkan peristiwa itu. Ternyata, anaknya itu
mudah dipermain-mainkan serta diperbodoh-bodohkan. Semoga sikap dan perangai
anaknya itu akan berubah tidak lama lagi.
“Ary tak ada masalah
apa-apa, papa. Papa janganlah risau tentang Ary,” bidas Edzuary.
“Ary, selama ini papa tak
pernah minta apa-apa dari Ary. Tapi kali ini, papa minta Ary dengar cakap papa
dan mama. Kami nak yang terbaik untuk Ary. Kami tak nak tengok anak kami hidup
dan tenggelam dalam kenangan lama. Yang lepas, biarlah lepas. Kita kena reda
dengan apa yang telah berlaku. Kalau kita ikhlas menerima semua itu sebagai
takdir, Insya-Allah, hidup kita akan lebih bermakna dan papa yakin, Ary akan
dapat rasa kebahagiaan itu sepertimana papa dan mama,” luah Encik Erizal
panjang lebar dan bernada nasihat. Tanpa menunggu balasan dari Edzuary, segera
dia beredar dari situ. Memberi ruang pada Edzuary berfikir yang mana satu baik
dan buruk buat diri Edzuary. Jika difikirkan balik, terlalu lama mereka berdua
menanti Edzuary pulih dan kali ini mereka berharap, Edzuary akan melupakan
peristiwa yang pernah berlaku lima tahun yang lepas.
“Insya-Allah papa. Ary
takkan kecewakan papa dan mama,” janji Edzuary sebelum kelibat Encik Erizal
hilang di sebalik pintu bilik.
Encik Erizal sekadar
mengangguk. Semoga apa yang dikatakan oleh Edzuary itu tertunai dan tidak akan
membuat hati mereka berdua sedih dan kecewa lagi.
“Ary janji papa. Ary
takkan kecewakan papa dan mama lagi,” azam Edzuary pada dirinya sendiri.
Kemudian, dia menapak masuk ke dalam bilik. Badan yang terasa letih dan penat,
perlu direhatkan. Lantas, dicapai tuala dari ampaian dan menapak menuju ke
bilik air.
“Nur Edleen!” hatinya
berbisik indah sehingga membuatkan langkahnya mati di hadapan pintu bilik air.
Perlahan-lahan bibirnya mengukir sebuah senyuman. Senyuman yang hanya difahami
oleh dirinya sendiri.
Api..api... naper yekkk
BalasPadamishhhhh
suspendeddd jer tau...
lagi sambungggg plzzzzz
hahaha.. sabor ajelah eppy ni.. ada la sbbnya tu.. nti akak smbg ya.. (^__^)
PadamApa sebenarnya yg terjadi lima tahun lepas? Nu edleen ngan edzuary nie ada kaitan ke 5tahun lepas?
BalasPadamNur
hurm, mgkn ada, mgkn x de.. kena tggu bab seterusnya utk tahu kisah NE n ES..
PadamTak sabar nak tahu sebabnya. Cepatlah sambung.
PadamKak Mas
Insya-Allah, dlm minggu ni sy mskkn bab 10..
Padamterima kasih Kak Mas coz sudi singgah n membaca SC.. (^___^)
apa kenangan nih...iskk suspen sggh...NE ex girlfren ES?xcdent sama2, pastu NE lupa ingatan & buat plastic surgery..ES xkenal dh dgn NE...hehehe....imagination...
BalasPadamhehe.. byknya soalan.. tp, mcm best la imagination wida tu.. hehe.. xpe, setiap persoalan tu ada jwpnnya nti.. kena ttgu bab seterusnya klu nk tahu..
Padamterima kasih kerana membaca SC.. (^__^)
Wida ataupun ES ngan girlfriend xcdent ngan kereta NE. Kemudian girlfriend dia mati tetapi NE cedera parah.
PadamKak Mas
Kak Mas..
Padammungkin btl n mungkin jg tdk.. apa2 pn jwpnnya ada nti..
leen nie wife ES ke yg dianggap da mati sbb kebakaran??
BalasPadamda separuh badan terbakar msti la buat perbedahan plastik n leen hilang ingatan...
hurm, mgkn btl dan mgkn jg tdk.. kena tggu bab seterusnya utk tahu kisah yg sbnrnya.. terima kasih kerana sudi singgah dan membaca SC.. (^___^)
Padam