Khamis, 30 Mei 2013

Aku Juga Ingin Dicintai a.k.a Dulu Benci Sekarang Suka




Assalamualaikum semua..






Taraaaaa… cantik tak? Cover AJID a.k.a DBSS. Pada yang berminat, bolehlah dapatkan DBSS di website Buku Prima.


InsyaAllah, dalam masa terdekat nanti saya akan umumkan contest ‘Review Dan Menang’. Salah satu hadiahnya adalah novel DBSS.


Akhir kata, terima kasih pada yang menyokong. Tanpa anda semua, siapalah saya ketika ini.




Sinopsis:


Benci! Itulah yang Hazrel Hardy rasakan setiap kali bertemu dengan Nur Ain Zafira. Pelbagai rancangan diatur untuk mengenakan gadis itu. Disebabkan perbuatan seseorang, mereka terpaksa bernikah tanpa rela. Bagi Hazrel, Nur Ain tidak layak menjadi isteri serta memiliki cintanya. Hanya kebencian yang dilihat pada gadis itu. 

Apabila mulut tidak seiring dengan kata hati, perasaan benci bertukar menjadi sayang. Ego yang dipertahankan akhirnya runtuh. Dalam melayari kebahagiaan, kebenaran muncul silih berganti. Oleh kerana tidak mahu hatinya terluka dengan sejarah lama, Nur Ain bertekad untuk mengundur diri. 


Adakah Hazrel rela melepaskan Nur Ain pergi daripada hidupnya? Siapa pula Eddie Zakuan? Apakah tujuan Eddie Zakuan mengambil berat serta setia di sisi Nur Ain tatkala gadis itu menghadapi masalah?


Kenapa dalam masa seminggu kau berjaya runtuhkan ego aku? Kau berjaya buatkan aku termakan dengan kata-kata aku dulu. Kau berjaya buatkan Die, Izz dan mak su kau gelakkan aku. Malah, doa mak su kau untuk melihat aku tersungkur di depan kau seakan-akan dimakbulkan ALLAH – Hazrel Hardy



Saya pun tak ingin nak kahwin dengan lelaki kurang ajar, bermulut longkang dan berperangai buruk macam awak ni – Nur Ain Zafira




2 ulasan:

  1. Tahniahhhhh!!!!. Pasti akak akan dapatkan...Insya Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Aziela.. sgt2 terharu dgn sokongan akak selama ini.. :)

      Padam