NUR SYAHIRAH
tersenyum melihat anak-anak muridnya sedang menyiapkan kerja yang diberi.
Terhibur hatinya melihat tingkah laku mereka. Hari ini, bermulalah tugasnya
sebagai pengasuh. Tidak sabar untuk berjumpa dengan kanak-kanak yang bernama Daniel
Iman.
“Cikgu!”
panggil seseorang mematikan lamunan Nur Syahirah.
“Ada
apa, Kamalia?” tanya Nur Syahirah, lembut.
“Macam
mana nak buat ni cikgu?” tanya Kamalia sambil menunjuk ke arah buku matematik
yang dipegangnya.
“Oh,
mari cikgu tunjukkan,” balas Nur Syahirah seraya menarik Kamalia agar duduk di
sisi. Ditunjuk dan diajar Kamalia pengiraan matematik itu.
“Assalamualaikum,
Cikgu Syira!” sapa seseorang dari arah muka pintu bilik.
Nur
Syahirah menoleh. Wajah guru besar bernama Puan Jamilah menyapa mata.
“Ada
tetamu nak jumpa dengan cikgu,” beritahu Puan Jamilah.
“Siapa,
Puan Jamilah?”
“Latifah
namanya.”
“Oh,
baiklah! Saya keluar sekejap puan,” balas Nur Syahirah bingkas bangun.
“Baiklah!
Saya tolong cikgu tengok-tengokkan kelas,” beritahu Puan Jamilah.
“Terima
kasih, puan!” ucap Nur Syahirah berlalu pergi.
Puan
Jamilah sekadar mengangguk. Kemudian, dihalakan mata ke arah Kamalia yang
sedang mengira matematik. Dia tersenyum melihat Kamalia dan kanak-kanak yang
lain.
Nur
Syahirah melangkah menuju ke pejabat. Hatinya tertanya-tanya akan tujuan
Latifah ke sekolah. Bukankah tengah hari nanti baru mereka berdua berjumpa?
“Assalamualaikum,
Kak Tipah,” tegur Nur Syahirah sebaik sahaja tiba di pejabat.
“Waalaikumussalam,
Syira,” balas Latifah.
“Ada
apa Kak Tipah? Bukan ke tengah hari nanti baru kita nak jumpa?”
“Kak
Tipah tahu. Tapi, Kak Tipah nak beritahu Syira sebelum Syira mulakan tugas
sebagai pengasuh Daniel Iman.”
“Apa
dia, Kak Tipah?”
“Hurm,
macam mana ya nak cakap. Kak Tipah takut Syira tak setuju dengan permintaan
ayah Daniel Iman.” Lambat-lambat Latifah menukurkannya. Khuatir, jika Nur
Syahirah tidak setuju dengan permintaan itu.
“Permintaan
apa, Kak Tipah? Kalau Syira boleh tunaikan, insya-Allah Syira tunaikan.”
“Sebelum
ni, Kak Tipah beritahu yang Syira kena jaga Daniel Iman dari tengah hari ke
malam, kan?” mulai Latifah.
Nur
Syahirah menganggukkan kepala.
“Sekarang
ni, ayah Daniel Iman minta Syira jaga dari pagi sampai ke malam,” sambung Larifah
seraya memandang ke wajah Nur Syahirah. Menanti jawapan daripada gadis itu.
“Oh,
tentang tu ke? Tak mengapalah. Syira boleh tolong jaga Daniel Iman seperti yang
diminta. Pagi, minta dia hantar Daniel Iman ke tadika. Sebelah tadika ni pun
taska. So, Syira boleh
tengok-tengokkan Daniel Iman kalau Syira tak ada kelas. Lepas sekolah, Syira
bawa Daniel pulang dan malam minta ayahnya ambil kat rumah Syira. Lagipun
antara tadika dan rumah sewa Syira tak jauh mana pun. Dalam lima belas minit
pun dah sampai.”
“Betul
ke ni? Syukur alhamdulillah. Kak Tipah bukan apa Syira. Kak Tipah kesian dengan
ayah Daniel Iman. Dia kan baru pindah kat sini. Baru buka klinik kat pekan tu.
Jadi, semuanya dia yang nak kena buat. Sementara nak tunggu semuanya selesai,
dia minta Kak Tipah tanyakan pada Syira pasal ni.”
“Tak
apa. Syira tak kesah. Syira ikhlas lakukan pekerjaan ni.”
“Kalau
macam tu, Kak Tipah minta diri dulu. Kak Tipah nak beritahu kawan Kak Tipah tu.
Kalau tak ada apa-apa masalah, esok Kak Tipah suruh hantar Daniel Iman ke sini.
Daniel Iman pun dah empat tahun. Sambil-sambil tu, boleh la dia belajar sama
dengan kanak-kanak lain kat tadika ni.”
“Baiklah.
Terima kasih sebab bagi pekerjaan ni pada Syira. Boleh tambah pendapatan
bulanan Syira,” kata Nur Syahirah, ikhlas.
“Eh,
apa pulak. Kak Tipah yang patut ucapkan terima kasih pada Syira. Sebab Syira
sudi tolong kawan Kak Tipah tu jaga anak kawannya,” bidas Latifah tersenyum.
“Mungkin
hari ni dia perlukan pertolongan Syira. Mana la tahu kan, esok lusa Syira perlukan
pertolongan dia pulak,” suara Nur Syahirah turut sama tersenyum.
Latifah
mengangguk. Ada benarnya kata-kata Nur Syahirah itu.
“Kak
Tipah minta diri dulu. Nak beritahu pada kawan Kak Tipah tu. Insya-Allah, esok
ayahnya hantar Daniel Iman ke sini.”
“Baiklah
Kak Tipah. Terima kasih sekali lagi.”
Latifah
mengangguk lagi. Tanpa membalas, dia segera beredar dari situ. Bersyukur kerana
Nur Syahirah sudi membantu menyelesaikan masalah kawannya itu.
Nur
Syahirah hanya memandang. Dia menapak jalan menuju ke kelas semula. Tidak sabar
di hati untuk bertemu dengan kanak-kanak yang bernama Daniel Iman itu.
“OKEY,
saya nak awak uruskan semua ni,” arah Zairiel bernada tegas.
“Baiklah
doktor!” balas Sakinah.
“Lagi
satu, kat mana saya boleh dapatkan pembantu rumah? Dekat kawasan ni, ada agen pembantu
rumah tak?”
Sakinah
berkerut dahi. Agen pembantu rumah? Mana la nak ada kat sini. Pekan ni bukannya
macam bandar, bebel Sakinah dalam hati.
“Sakinah,
saya tanya awak ni. Yang awak mengelamun tu, kenapa?”
“Eh..
Maaf doktor. Saya mengelamun sekejap. Terkejut dengan pertanyaan doktor tu.”
“Awak
tahu tak?”
“Nanti
saya cuba tanya pada Kak Tipah. Kut-kut dia boleh tolong carikan untuk doktor.”
“Kak
Tipah? Kak Tipah yang awak cerita pada saya hari tu ke?”
“A’ah,
Kak Tipah tu la. Mana ada orang lain yang bernama Latifah kat dalam kampung ni.
Dia juga yang carikan pengasuh untuk anak doktor tu.”
Zairiel
mengangguk faham. Otaknya cuba mengimbas semula wajah Latifah yang dimaksudkan
oleh Sakinah itu. Dia mengangguk kecil tatkala mengingatinya.
“Assalamualaikum,”
sapa seseorang dari arah luar.
“Waalaikumussalam,”
balas Zairiel dan Sakinah serentak.
“Fuh!
Jauh betul Kak Tipah berjalan. Minta air sikit Sakinah,” kata Latifah seraya duduk
di kerusi. Kain tudung dicapai lalu mengipas dirinya sendiri. Peluh dingin sudah
pun membasahi dahi serta baju kurungnya.
“Kak
Tipah dari mana?” tanya Sakinah sambil menuang air ke dalam gelas. Dihulurkan
gelas itu kepada Latifah.
“Dari
tadika,” balas Latifah dan meneguk rakus air dari dalam gelas.
“Oh,
jumpa Syira ke?”
“A’ah,
jumpa Syira. Beritahu pasal tu kat dia.”
“Ehem..
Ehem…” Zairiel berdehem tiba-tiba.
“Eh,
Doktor Zairiel. Tak perasan saya doktor
ada kat sini,” tegur Latifah tersengih.
“Kak
Tipah dah beritahu dia tentang permintaan doktor tu?” tanya Sakinah.
“Dah!
Kak Tipah dah beritahu Syira. Syira kata, tak ada masalah tentang tu,” jawab
Latifah sambil meletak gelas kosong di atas meja.
“Dia
ada minta apa-apa tak? Maksud saya, tambah upah ke apa,” sampuk Zairiel.
“Err..
yang tu, Kak Tipah tak ada pulak tanya. Kak Tipah rasa, Syira tak kesah kut tentang
bayaran,” balas Latifah tersenyum.
“Betul
tu doktor. Saya pun rasa, Syira tak kesah sangat tentang bayaran. Mungkin upah
tu dah lebih dari cukup buat Syira,” sokong Sakinah turut sama tersenyum.
“Elok
la kalau dah macam tu. Saya harap, dia dapat jaga anak saya dengan baik.”
“Insya-Allah,
doktor. Syira seorang yang amanah pada kerjanya. Kami dah lama kenal Syira. Dah
tahu dan kenal hati budi Syira. Doktor jangan risau. Syira akan jaga anak doktor
dengan baik,” kata Latifah. Cuba menyakinkan doktor muda itu.
Zairiel
mengangguk kecil. Berharap, apa yang disampaikan oleh Latifah dan Sakinah benar
belaka.
“AKU ada kat
kedai. Kenapa?” tanya Nur Syahirah dari hujung talian.
“Aku
balik lewat la, Syira. Banyak kerja kat office
ni,” beritahu Farhana.
“Hai,
baru hari ni kerja dah balik lewat. Banyak sangat ke kerja kau tu?”
“Banyak
Syira. Company ni baru buka. Jadi,
banyak kerja yang perlu disettlekan.”
“Hurm,
kalau macam tu tak apalah. Aku nak beli barang-barang dapur sikit. Dah nak
habis kat rumah tu.”
“Kau
belikan aku nasi ayam kat tempat biasa. Balik nanti aku makan.”
“Yalah!
Sengaja nak suruh aku belanja la tu.”
“Ala,
dengan aku pun kau nak berkira. Kita kan dah macam adik-beradik.”
“Oh,
adik-beradik. Okeylah, aku letak dulu. Jangan balik lewat sangat. Nanti kena
kacau,” pesan Nur Syahirah mematikan talian. Dia ketawa kecil dengan ayatnya
itu.
Setelah
itu, dia melangkah menyusuri deretan kedai yang ada di pekan itu. Matanya
meninjau-ninjau dari sebuah kedai ke kedai yang lain.
“Syira!”
tegur Nazry dari arah belakang.
Nur
Syahirah menoleh. Wajah Nazry menyapa mata.
“Nak
ke mana?”
“Nak
ke kedai. Beli barang-barang dapur sikit.”
“Oh!
Seorang saja ke? Farhana mana?”
“Hana
belum balik lagi. Banyak kerja kat office.
Maklum la baru start kerja kat HA
Enterprise tu. So, kena la tunjuk
baik sikit,” jelas Nur Syahirah ketawa kecil.
Nazry
turut sama ketawa.
“Abang
nak ke mana?”
“Abang
nak ke warung Pak Ahmad kejap. Nak beli makanan untuk mak abang.”
Nur
Syahirah mengangguk faham. Matanya menatap mesra wajah Nazry.
“Abang
temankan Syira ke kedai,” pelawa Nazry, berbasa-basi.
“Eh,
tak mengapalah abang. Syira boleh pergi sendiri. Terima kasih,” tolak Nur
Syahirah.
“Abang
risaukan Syira,” luah Nazry, ikhlas.
Nur
Syahirah berkerut dahi.
“Hati
abang selalu risaukan Syira. Abang tak tahu kenapa. Semenjak Syira datang ke
pekan ni, hati abang dapat rasakan sesuatu. Tapi, abang tak pasti apa yang
abang risaukan.”
“Mungkin
perasaan abang saja tu. Abang tak perlulah risau,” kata Nur Syahirah. Cuba menghalau
perasaan risau di hati Nazry.
“Entahlah!
Abang pun tak tahu kenapa abang fikirkan tentang Syira. Mungkin Syira ada
rahsiakan sesuatu daripada abang kut. Itu yang buatkan abang risau,” luah Nazry
lagi.
Gulp!!
Nur Syahirah menelan liurnya sendiri. Kelat! Kata-kata Nazry membuatkan dia berasa
tidak tenteram. Adakah riaknya dapat dibaca oleh Nazry selama ini?
“Syira...
Syira…” panggil Nazry, lembut.
“Syira
ke kedai dulu. Nanti kita sembang lagi,” pamit Nur Syahirah berlalu pergi.
Nazry
hanya mengangguk. Matanya menghantar langkah Nur Syahirah yang sudah pun
menapak masuk ke dalam sebuah kedai. Keluhan berat terlepas daripada bibir.
“PAPA!”
panggil Daniel Iman, lembut.
“Ada
apa, sayang?” tanya Zairiel.
“Danny
tak nak ke rumah mak cik tu, boleh?”
“Tak
boleh sayang. Danny kena ke rumah mak cik tu juga.”
“Kalau
mak cik tu jahat macam Mak Som, macam mana papa?”
“Insya-Allah,
mak cik tu tak sama macam Mak Som.”
“Danny
nak ikut papa esok, boleh?” pinta Daniel Iman pula.
Zairiel
menghela nafas ringan. Rambut Daniel Iman diusap lembut. Sebuah kucupan kasih hinggap
di dahi anaknya itu.
“Papa,
boleh tak?” ulang Daniel Iman.
“Danny
tinggal sehari dulu kat rumah mak cik tu. Kalau mak cik tu sama macam Mak Som,
Danny beritahu papa. Nanti papa pecat mak cik tu,” jelas Zairiel bernada pujuk.
“Kenapa
Danny tak boleh ikut papa?” tanya Daniel Iman. Masih tidak berpuas hati.
“Papa
kerja sayang. Klinik papa baru buka. Esok, mesti ramai orang datang ke klinik
papa,” beritahu Zairiel lagi.
Daniel
Iman memuncungkan mulut.
“Semuanya
tak boleh. Kan bagus kalau mama ada.”
Tersentak
Zairiel mendengar kata-kata Daniel Iman. Matanya menatap wajah mencuka Daniel
Iman. Bagaimana untuk menjelaskan kepada anaknya itu?
“Danny
rindukan mama.”
“Ya,
papa pun rindukan mama. Sudahlah! Dah lewat malam ni. Danny tidur ya.”
“Maafkan
Danny,” ucap Daniel Iman seraya memandang ke wajah Zairiel.
“Papa
maaafkan,” balas Zairiel, tersenyum.
Seminit
kemudian, dia bingkas bangun lalu menapak keluar dari bilik Daniel Iman sebaik
sahaja lampu ditutup. Setelah itu, dilabuhkan duduk di kerusi kerja lalu
menatap kosong laptop di hadapan.
Sejak
tadi fikirannya memikirkan seseorang. Gerangan gadis yang dilihatnya di sebuah
kedai pada petang tadi saling tak tumpah dengan Nur Syahirah.
Deringan
telefon menyentak lamunan Zairiel. Dicapai telefon bimbit lalu menekan butang
hijau dan dilekapkan telefon ke telinga. Menanti sapaan dari hujung talian.
“Kenapa
tak beritahu ayah?” tanya Encik Zahrin, keras.
“Beritahu
apa?”
“Zairiel
pindah ke Sungkai. Kenapa tak beritahu ayah?”
“Perlukah?”
“Ayah
ada hak untuk tahu. Zairiel anak ayah dan ayah perlu tahu ke mana anak-anak
ayah pergi,” tegas Encik Zahrin.
“Kenapa
baru sekarang ayah nak ambil berat pasal Zairiel? Kenapa tidak dari dulu lagi,
sewaktu Kak Zafira tinggalkan rumah kita,” luah Zairiel, keras.
“Zairiel!”
tegur Encik Zahrin, lantang.
“Sudahlah
ayah. Zairiel dah jemu dengan sikap ayah yang suka mengongkong hidup Zairiel
dan Kak Zafira. Mulai hari ini, biarlah Zairiel aturkan hidup Zairiel sendiri.
Ayah tak perlu masuk campur dalam hidup Zairiel lagi,” terang Zairiel, jelas
dan nyata.
“Selagi
Zairiel anak ayah, selagi itu Zairiel kena dengar cakap ayah. Ayah ada hak
untuk masuk campur dalam hidup Zairiel. Sepertimana ayah buat pada Zafira,
macam tu jugalah ayah akan buat pada Zairiel. Faham!” tegas Encik Zahrin dan
mematikan talian.
Zairiel
mencampak telefon bimbit ke atas katil. Sakit hatinya mendengar kata-kata Encik
Zahrin. Sampai bila dia harus hidup begini?
iot...oit....pak die pon dok kongkong anak pahal?????
BalasPadam