“AKU terima
nikahnya Qaira Nur Imani Binti Qamil dengan mas kahwin tiga ratus ringgit
tunai,” lafaz pengantin lelaki senafas.
“Sah?”
tanya tok kadi yang bernama Imam Mahathir.
“Sah!”
sebut beberapa orang saksi.
“Alhamdulillah!”
ucap Imam Mahathir sekali gus membaca doa.
Tetamu-tetamu
yang berada di situ turut sama menadah tangan dan mengaminkan doa. Senyuman
terukir di bibir masing-masing.
Usai berdoa, pengantin lelaki bingkas bangun dari
duduk. Dia melangkah menuju ke arah Qaira yang sedang duduk bersimpuh di sisi
keluarga. Nafas ditarik dan melepaskannya ringan. Misinya untuk memperisterikan
QairaNur Imani, gadis yang diidamkannya selama ini berjaya. Tidak menyangka
semudah itu dia berjaya memikat hati Qaira Nur Imani.
Qaira
berdebar-debar. Semakin pengantin lelaki menghampiri semakin laju jantungnya
berdetak. Belum pernah lagi dia melihat wajah pengantin lelaki. Dia juga tidak
mengenali siapa bakal suaminya. Semua itu diatur oleh keluarganya dan dia
menerima seikhlas hati perkahwinan ini.
“Aira
jari!” suruh Lija bernada keras.
Qaira
tersentak. Dihulurkan jari manis ke arah pengantin lelaki. Sebentuk cincin
pengikat kasih tersemat indah di jari manisnya itu. Kemudian, huluran tangan
suaminya disambut lalu mencium lembut tangan itu. Hatinya berkira-kira untuk
mengangkat wajah. Malu untuk menatap wajah suami.
“Terima
kasih kerana sudi menjadi isteri abang,” ucap pengantin lelaki.
Dahi
Qaira dikucup lembut. Dia tersenyum buat seketika.
Qaira
mengangkat wajah. Buntang matanya melihat wajah di hadapannya itu.
“Hai
sayang!” suara suaminya dan tersengih.
“Tidak!!!”
jerit Qaira bingkas bangun.
Sungguh
dia terkejut melihat wajah lelaki itu. Bertambah terkejut melihat gigi lelaki
itu yang rongak dan berlubang.
“Tidak!
Tidak!”
Qaira
menjerit buat kali yang kedua.
“Aduh!”
rengek Qaira kemudian.
Pantas
dia membuka mata. Melilau matanya melihat keadaan sekeliling. Adakah dia di
majlis perkahwinan atau di tempat lain?
“Hahahaha…”
gelak Lija tiba-tiba.
Qaira
terkejut. Dihalakan mata ke arah suara ketawa.
“Kau
ni dah kenapa sampai cium lantai bagai. Kau mimpikan apa?” tegur Lija seraya
melangkah menghampiri Qaira.
Qaira
tidak membalas. Dia bangun dari jatuhan dan mengusap punggungnya yang terasa
sakit.
“Kau
mimpikan hero-hero ciptaan kau tu ke? Hero yang mana satu yang kau mimpi kali
ni?” tanya Lija pula. Berminat untuk tahu.
“Hero
rongak!” balas Qaira geram.
“Rongak?”
ulang Lija berkerut dahi.
“Mamat
rongak tu la!”
“Maksud
kau, Kamal rongak?”
“Huh!
Kacau daun betul. Punya la best mimpi
aku ni. Bukan senang aku nak mimpi kahwin kau tahu tak?”
Lija
yang mendengar ketawa besar. Kepala menggeleng kecil.
“Ingatkan
handsome la suami aku tu. Tup-tup
keluar muka Kamal rongak. Langkah seribu aku bagi. Kalah Michael Jordan.”
Semakin
galak Lija ketawa. Wajah tegang Qaira ditatap mesra.
“Buang
karan betul!” geram Qaira lagi.
“Siapa
suruh tidur tengah hari kembang macam ni. Kan dah mimpi Kamal rongak.”
Qaira
mendengus kasar. Dia bersandar di sofa. Jam di dinding dikerling buat seketika.
Masa baru merangkak ke pukul satu petang.
“Kau
keluar tak hari ni?”
Qaira
berfikir sejenak.
“Kalau
kau tak keluar, aku nak keluar sekejap. Nak beli barang sikit.”
“Aku
ada date!”
“Date? Dengan siapa? Kau tak beritahu aku
pun yang kau ada date.”
“Ibu
aku tu la. Tak habis-habis nak cari calon suami untuk aku. Naik bosan aku kau
tahu tak,” beritahu Qaira mengeluh ringan.
“Oh!”
sambut Lija sepatah.
“Kau
nak keluar pukul berapa?” tanya Qaira seraya memandang ke wajah Lija.
Lija
hanya membisu. Otaknya sedang ligat berfikir.
“Wei
mak cik! Kau nak keluar pukul berapa?” tegur Qaira keras.
“Haaa…
apa… apa… Kau jatuh dalam longkang,” latah Lija terkejut.
Qaira
ketawa melihat tingkah Lija. Tidak menyangka Lija akan melatah.
“Kau
ni Aira. Aku sekeh baru tau,” geram
Lija sambil mengurut dada.
Qaira
masih lagi ketawa. Tidak diendahkan kemarahan Lija.
“Kau
nak keluar pukul berapa?” ulang Qaira pada pertanyaannya tadi.
“Tak
jadi!” jawab Lija masih meredakan diri sendiri.
“Tak
jadi? Kenapa pulak?”
“Aku
nak ikut kau dating sama. Boleh tak?”
“What?!”
“Ala,
bolehlah! Aku nak juga tengok calon suami yang ibu kau cadangkan tu.”
“Eh,
mana boleh!”
“Apasal
pulak tak boleh?”
“Nanti
kau berkenan pulak dengan dia kalau dia handsome.
Tak boleh! Tak boleh! Tak boleh!” tegas Qaira sambil menggeleng.
“Ala…
bolehlah Aira. Aku janji tak mengorat calon suami kau tu,” janji Lija sambil
mengangkat tangan. Lagak seperti orang memberi sumpah sahaja.
“No! Muktamad!” tolak Qaira bingkas
bangun.
“Bolehlah
Aira!” pujuk Lija lagi.
“No way!” putus Qaira dan beredar dari
situ.
“Aira!
Aira!” panggil Lija.
Namun
panggilannya itu tidak bersambut. Kelibat Qaira sudah pun menghilang di sebalik
pintu bilik.
“Ah!
Aku peduli apa. Aku tetap nak ikut!” tegas Lija lalu berlalu ke bilik.
“YALAH
ibu. Kalau ibu tak percaya, ibu datang la sini,” tegas Qaira berserta nafas
ringan.
“Ibu
tetap tak percaya,” tegas Puan Noraini pula.
Qaira
mengeluh untuk kesekian kali.
“Aira
tu suka main-mainkan ibu.”
“Kalau
ibu tak percaya, ibu tanya Lija. Dia ada kat sebelah Aira.”
“Lija?
Lija ikut sekali ke?”
“A’ah!”
“Kan
ibu dah pesan, datang seorang diri. Degil!”
Qaira
ketawa kecil.
“Melencong
entah ke mana la tu. Perginya tidak nanti. Percayalah cakap ibu ni.”
“Ibu,
ada gunanya Lija ni. Dibuatnya calon ibu tu ada masalah mental, naya Aira
nanti. Tak pasal-pasal keluar muka hadapan surat khabar ‘Gadis Diculik atau
dibunuh oleh Pesakit Mental’. Siapa yang susah? Ibu juga kan?” terang Qaira
bernada serius.
“Hisy....
ada ke cakap macam tu,” tegur Puan Noraini serius.
Qaira
tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru.
“Calon
ibu tu orang baik-baik. Anak Haji Mahadi, tok imam kat masjid sini.”
“Haji
Mahadi? Tok imam? Yang mana satu?”
“Tok
imam masjid tepi jalan tu.”
“Oh,
tok imam tu. Aira ingatkan tok imam dalam novel Aira tu.”
“Qaira
Nur Imani!” tegur Puan Noraini sedikit meninggi.
“Sorry… sorry. Janganlah marah ibu. Aira main-main aje,” pujuk Qaira
lembut.
“Suka
main-mainkan ibu.”
Qaira
ketawa kecil dan tersengih. Matanya terpandangkan Lija yang baru keluar dari
tandas. Berkerut wajah kawan baiknya itu.
“Okeylah
ibu. Aira letak dulu. Aira dah nampak calon ibu tu.”
“Hurm…
ingat pesanan ibu hari tu. Jangan nak kenakan orang lain.”
“Yalah,
ibu. Tapi, boleh tahan calon ibu ni. Dari belakang tengok macam Hafizi, hero
Aira dalam Cinta Encik Jutawan. Bila
dekat, nampak macam Aeril, hero My Best
Husband!” beritahu Qaira sambil matanya tertancap ke sesusuk tubuh yang
membelakanginya.
“Ini
bukan novel Qaira Nur Imani. Ini realiti!” geram Puan Noraini.
“Okey…
okey! Aira pergi jumpa calon ibu tu ya. Senyum sikit!” balas Qaira tersenyum.
Dikerling Lija yang sudah pun berada di sisi.
“Ingat
Aira! Jangan nak kenakan budak tu pulak,” amaran Puan Noraini.
“Yes madam!”
Qaira
menyahut sambil mengangkat tangan kanan. Seperti memberi tabik hormat pada
ketua. Seminit kemudian, dia mematikan talian. Nafas ditarik dan dilepaskan
ringan.
“Apa
kes?” soal Lija berminat.
“Kes
biasa!” jawab Qaira tersenyum.
“Ibu
takut kau buat balik la tu.”
“Ala…
biasalah. Itulah cara untuk aku mengelak daripada berjumpa dengan calon-calon
tu semua.”
“Sampai
bila kau nak mengelak. Lambat laun, kau kena juga pilih salah seorang daripada
calon yang ibu kau kenalkan.”
Qaira
tidak membalas. Otaknya sedang ligat berfikir.
“Mana
dia?” tanya Lija sambil melilaukan mata.
Qaira
mendiamkan diri. Otaknya sedang memikirkan sesuatu.
“Aira,
itu ke dia?”
Lija
bertanya buat kali yang kedua. Diunjuk ke arah seorang pemuda yang sedang duduk
membelakangi mereka berdua.
“Haaa!!!”
sebut Qaira tiba-tiba.
“Opocot
kau jatuh tergolek!” latah Lija sambil melompat.
Qaira
yang melihat membesarkan mata. Terkejut melihat tingkah Lija sebentar tadi.
“Aira!!!”
tegur Lija keras.
“Sorry la beb. Aku tak sengaja,” kesal
Qaira tersengih.
Lija
mengurut dada. Wajah Qaira dipandang tajam.
“Kau
ni baru sergah sikit dah nak melatah. Ntah apa-apa ntah,” kutuk Qaira selamba.
Lija
tidak membalas. Dia masih mengurut dada yang berdegup pantas.
“Hurm…
macam menarik dan tertarik aje,” beritahu Qaira.
“Siapa?
Siapa?” tanya Lija berminat.
Qaira
hanya tersenyum. Dia melangkah menghampiri pemuda yang sedang duduk sambil
meneguk minuman.
“Hai!”
tegur Qairadaripada belakang.
Pemuda
yang bernama Sharmin itu terkejut. Tersembur air yang baru diteguknya.
Qaira
yang melihat ketawa. Geli hati melihat tingkah pemuda itu.
“Qaira!”
tegur Lija pula sedikit geram.
Qaira
tersengih. Dia melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan Sharmin.
“Hai!”
tegur Qaira kemudian.
Sharmin
tidak membalas. Dia mencapai tisu lalu mengelap mulut yang sedikit kotor.
“Dah
lama tunggu?” tanya Qaira dalam nada sengau.
Lija
yang mendengar menahan ketawa. Dia melabuhkan duduk di sisi Qaira.
“Saya
Qaira Nur Imani. Awak anak tok imam Haji Mahadi kan?”
Lija
menyiku lengan Qaira. Masih cuba menahan ketawa tatkala mendengar suara sengau
Qaira. Pasti Qaira sedang berlakon ketika ini.
Sharmin
hanya memandang. Kelu lidahnya untuk bersuara. Rasa terkejut mengenali Qaira
Nur Imani. Berbeza dengan apa yang diketahui daripada ayahnya.
“Kenapa
diam ni? Suara saya sedap sangat ke?”
“Haa…
tak ada.”
Qaira
menahan ketawa. Riak di wajah Sharmin diperhati dalam diam.
“Awak….”
“Kenapa?
Awak terkejut sebab suara saya sengau ke?”
Sharmin
sekadar mengangguk.
“Ala…
biasalah tu. Kan kita nak dijodohkan. Mestilah cakap yang baik-baik.”
“Tapi…”
“Saya
mintak diri dulu. Bye!” ujar Qaira
lalu bangun dari duduk.
Lija
turut bertingkah yang sama. Dia mengekori Qaira daripada belakang.
“Aaaa….
Aaawakk!!” panggil Sharmin.
Qaira
tidak mengendahkan panggilan Sharmin. Dia melangkah keluar dari dalam restoran.
Seminit kemudian, pecah ketawanya itu. Ketawa yang ditahan-tahan sejak dari
tadi.
Lija
turut sama melepaskan ketawa. Kepala menggeleng memikirkan tingkah Qaira.
“Mampus
kalau ibu aku tahu,” ujar Qaira masih ketawa.
“Kau
tengok tak muka dia tadi. Macam nak terkeluar bijik mata dia disebabkan terkejut,” kata Lija sambil menekan
perut. Geli hati!
Qaira
hanya ketawa. Dia turut sama menggeleng mengenangkan tingkahnya tadi.
“Eh…
kejap… kejap.”
Qaira
mematikan ketawa. Berkerut dahinya memandang Lija.
“Bukan
ke part tadi macam dalam novel….”
“Dia,
My Wife!” sahut Qaira.
“Haaa…
kau ni Aira. Pandai betul!” puji Lija menggeleng.
Qaira
tersengih. Ingatannya mengimbas semula jalan cerita dalam novelnya yang
bertajuk ‘Dia, My Wife!’. Apa yang sedang dilakukannya ketika ini, merupakan
sebahagiaan dari dalam novelnya.
“So, nak ke mana?” tanya Lija ingin tahu.
“Pantai!”
jawab Qaira laju.
“QAIRA
ni memang nak kena betul,” geram Puan Noraini.
Telefon
bimbit di tangan digenggam erat. Sakit hati selepas mendapat tahu tentang Qaira
daripada Haji Mahadi.
“Buat
malu aje dengan Haji Mahadi tu,” sambung Puan Noraini lagi.
“Hai,
yang awak membebel seorang-seorang ni kenapa? Awak bebelkan apa?” tegur Encik
Qamil dari arah belakang.
Puan
Noraini terkejut. Diurut dada yang berdegup kencang.
“Sorry! Abang tak sengaja,” ujar Encik
Qamil kesal.
Puan
Noraini tidak membalas. Wajah Encik Qamil ditatap dengan pandangan tajam.
“Awak
bebelkan apa?”
“Anak
kesayangan awak tu la. Buat hal lagi.”
“Anak
saya? Siapa anak saya?”
Encik
Qamil mengusik. Wajah isterinya ditatap kasih.
“Awak
jangan nak bergurau pulak Encik Qamil. Puan Noraini sedang marah.”
Encik
Qamil yang mendengar ketawa. Matanya masih menatap wajah Puan Noraini.
“Anak
awak tu buat hal lagi. Anak awak berlakon sengaukan suara. Terkejut budak
Sharmin tu. Tak pasal-pasal saya kena explain
dengan Haji Mahadi,” terang Puan Noraini dalam nada geram. Dengusan kasar
terlepas dari bibir.
Semakin
galak Encik Qamil ketawa. Kepala menggeleng mendengar tentang Qaira.
“Abang!”
“Dia,
My Wife!”
“Apa
yang Dia, My Wife?”
“Novel
anak awak la. Kan ada part tu dalam
novel.”
Puan
Noraini berfikir sejenak. Otaknya cuba mengimbas isi kandungan di dalam novel
Dia, My Wife!.
“Yang
awak sibuk-sibuk nak kenenkan dia
dengan anak Haji Mahadi tu kenapa? Awak sendiri dah tahu perangai anak awak tu
macam mana. Yang awak buat juga tu kenapa?” soal Encik Qamil menggeleng.
“Kalau
saya tak buat macam tu, sampai bila-bila pun anak kita tu tak kahwin. Umur
makin meningkat. Entah apa yang difikirkan Qaira tu pun saya tak tahu. Itu tak
kena. Ini tak kena. Lelaki macam mana lagi yang dia nak,” bebel Puan Noraini.
“Macam
hero dalam novel dia la. Awak ni, Ani. Itu pun tak tahu.”
Selamba
Encik Qamil menjawab. Dia segera beredar dari ruang tamu menuju ke bilik.
Kepala menggeleng mengenangkan tingkah Puan Noraini. Selama ini, bukannya dia
tidak tahu tindakan Puan Noraini. Masuk yang ke lima kali Puan Noraini
merancang. Namun satu pun rancangan tidak berjaya. Qaira masih lagi mengelak
untuk dijodohkan.
Puan
Noraini hanya memandang. Sakit hati mendengar jawapan daripada suaminya itu. Nafas
ditarik dan melepaskannya ringan. Cara apa lagi yang perlu dilakukan supaya
Qaira berkahwin. Perlukah dia mengatur perkahwinan tanpa pengetahuan Qaira
seperti yang digambarkan dalam novel. Atau dalam erti kata lain, kahwin paksa!
“Novel?
Kahwin paksa?” sebut Puan Noraini berkerut dahi.
best nak lagi.
BalasPadamterima kasih sudi singgah dan baca CSBN. :)
Padamtest test
BalasPadamtest2.. hehe
Padambaca banyak kali pun tk per....ok now part 2 plak...
BalasPadampasni tak n3 dh.. jgn rindu kat hadif n qaira ya.. :D
Padam