“SYIRA!”
seru Farhana, lembut.
Nur
Syahirah menoleh. Senyuman hambar diberikan kepada kawan baiknya itu.
“Sampai
bila kau nak berkurung dalam rumah ni? Dah tiga hari kau tak ke tadika. Tak
pasal-pasal kau diberhentikan nanti,” kata Farhana sambil melabuhkan duduk di
birai katil.
Nur
Syahirah hanya membisu. Kata-kata Farhana buat dengar dan tidak sahaja.
“Kau
kena hadapinya juga. Dah takdir Allah temukan kau dengan Zairiel semula.”
“Aku
belum bersedia lagi.”
“Sampai
bila? Selama tiga hari ni Zairiel cari kau. Daniel Iman pun rindukan kau. Bila
Danny dah terima kau sebagai pengasuh dia, kenapa kau jauhkan diri kau daripada
dia pulak?”
“Aku
belum bersedia nak jumpa dengan dia.”
Farhana
menatap wajah pucat Nur Syahirah. Selama tiga hari ini Nur Syahirah
mengurungkan diri di dalam rumah.
“Kenapa
aku perlu berjumpa dengan dia semula, Hana?” tanya Nur Syahirah bernada sebak.
Matanya memandang wajah Farhana. Menanti jawapan daripada kawan baiknya itu.
“Mungkin
dah tertulis dalam hidup kau yang kau akan berjumpa semula dengan dia. Mungkin
juga Allah dah aturkan semua ni untuk kau.”
“Aku
tahu. Tapi kalau boleh aku tak nak jumpa dengan dia semula. Hati aku akan jadi
sedih mengenangkan kisah lalu.”
“Dalam
hal ni, aku tak nak sokong sesiapa. Aku rasa, ada baiknya kau jumpa dengan dia.
Selesaikan masalah kau dengan dia. Luahkan apa yang terbuku di hati kau selama
ini pada dia,” cadang Farhana. Berharap, Nur Syahirah menerima cadangannya itu.
“Tak
ada apa yang perlu diluahkan lagi. Semuanya dah terjawab enam tahun yang lepas.
Apa yang aku lakukan selama ini semuanya kerana dia. Aku yakin, dia dah tahu
apa yang berlaku selama ini,” suara Nur Syahirah, perlahan.
Farhana
mengangguk lemah. Ada benarnya kata-kata Nur Syahirah itu.
“So, berapa lama kau nak berkurung dalam
rumah ni? Kau nak aku beritahu pada Puan Jamilah yang kau ambil MC lagi ke?”
“Aku
tak tahu,” balas Nur Syahirah seraya turun dari katil.
“Syira,
takkan kau nak berhenti kerja?” duga Farhana turut sama bangun.
“Aku
sayangkan pekerjaan aku sekarang.”
“Jadi,
kau kenalah pergi kerja. Kau abaikan saja Zairiel tu. Buat-buat tak kenal atau
tak nampak dia.”
“Tengoklah
dulu macam mana. Otak aku tengah serabut ni. Aku stress la, Hana.”
“Kalau
dah asyik fikirkan benda yang sama, macam mana kau tak stress? Cuba bawa keluar dari rumah. Hirup udar segar kat luar tu,”
tegur Farhana pula.
“Yalah!
Nanti aku keluarlah!” balas Nur Syahirah, lemah. Kepalanya berdenyut tiba-tiba.
“Kalau
macam tu, aku keluar dulu. Aku nak ke pekan nak beli barang-barang dapur. Kau
nak pesan apa-apa tak?” kata Farhana lalu menapak ke muka pintu bilik.
Nur
Syahirah sekadar menggeleng. Kepalanya semakin berdenyut. Pandangannya turut
sama kabur. Tubuhnya terasa ringan dan dia rebah di situ juga.
Farhana
yang melihat sudah pun menjerit memanggil nama Nur Syahirah. Terkejut melihat
tubuh Nur Syahirah rebah ke lantai. Dihampiri tubuh Nur Syahirah dan memangku
kepala kawannya itu. Kenapa dengan Nur Syahirah?
ZAIRIEL menatap
kasih wajah Nur Syahirah. Sungguh, dia amat merindui wajah itu. Selama enam
tahun dia memendam perasaan rindu. Setiap kali perasaan rindu bertamu, setiap
kali itulah gambar Nur Syahirah ditatap. Kini, Nur Syahirah sudah pun berada di
hadapan mata. Bagaimana untuk meluahkan rasa rindu itu? Adakah Nur Syahirah
turut sama merinduinya?
Zairiel
mencapai tangan Nur Syahirah lalu menggenggamnya erat. Wajah Nur Syahirah tidak
lepas dari pandangan mata. Mujurlah Farhana menelefon dan memberitahu keadaan
Nur Syahirah. Adalah peluang untuk dia berjumpa dengan Nur Syahirah. Jika
tidak, sampai bila-bila pun Nur Syahirah tidak mahu berjumpa dengannya.
Selama
tiga hari dia ke rumah mereka. Jawapan hampa yang diperolehi daripada Farhana.
Nur Syahirah tidak mahu berjumpa dengannya dan juga Daniel Iman. Sukar untuk
memahamkan Daniel Iman selama tiga hari ini.
“Papa!”
panggil Daniel Iman dari arah pintu bilik.
Zairiel
menoleh. Senyuman diberikan kepada Daniel Iman dan Farhana.
“Papa,
kenapa Kak Syira?” tanya Daniel Iman sambil menghampiri papanya.
“Kak
Syira tak sihat, sayang,” jawab Zairiel, lembut.
Diangkat
tubuh Daniel Iman lalu didudukkan di atas ribaan. Kucupan kasih hinggap di pipi
Daniel Iman.
“Tak
sihat? Kak Syira sakit macam Danny ke, papa?” tanya Daniel Iman ingin tahu.
“Tak
sayang. Kak Syira penat saja dan perlukan rehat,” jawab Zairiel lagi. Nafas
lega dilepaskan. Mujurlah Nur Syahirah sekadar mengalami tekanan sahaja.
“Mesti
sebab Danny Kak Syira sakit. Betul kan, papa?”
“Tak
betul, sayang. Danny jangan risau ya.”
“Tapi,
kenapa Kak Syira tak bangun-bangun lagi?” tanya Daniel Iman, berkerut dahi.
Zairiel
tidak membalas. Sukar untuk memahamkan anaknya itu.
“Danny,
come here!” panggil Farhana,
tiba-tiba.
Tidak
mahu Daniel Iman terus-terusan bertanya kepada Zairiel. Biar dia sahaja yang
menjelaskan kesemuanya kepada Daniel Iman.
“Danny
pergi makan dengan Kak Hana dulu. Nanti papa datang,” arah Zairiel.
“Baik
papa! Nanti beritahu pada Danny kalau Kak Syira dah bangun,” pesan Daniel Iman sambil
turun dari ribaan Zairiel. Senyuman diberikan kepada Zairiel.
“Makan
tau, jangan tak makan. Nanti perut Danny sakit.”
Daniel
Iman mengangguk. Ditarik tangan Farhana dan menggenggamnya erat.
“Thanks Hana!”
“Tak
apa Zairiel. Perkara kecik saja. Mesti awak dan Syira ada perkara yang nak
dibincangkan. Buat masa sekarang ni, biar saya yang jaga dan tengok-tengokkan
Danny.”
“Thanks again, Hana. Hope, Syira sudi mendengar luahan saya nanti,” balas Zairiel, tersenyum
hambar. Matanya menatap wajah Nur Syahirah.
“Insya-Allah,
Syira sudi mendengarnya. Mungkin Syira pun ada perkara yang nak diluahkan pada
awak.”
“Saya
harap begitulah.”
“Kalau
macam tu, saya keluar dulu. Saya bawa Danny ke kantin,” pamit Farhana.
“Baiklah!”
sahut Zairiel, sepatah.
“Mari
Danny. Kak Hana belanja Danny makan aiskrim,” ajak Farhana, lembut.
“Aiskrim?
Danny suka makan aiskrim. Papa, Danny pergi makan aiskrim dulu. Nanti papa panggil
Danny kalau Kak Syira bangun dari tidur ya,” pesan Daniel Iman, ceria.
Zairiel
ketawa kecil. Matanya menghantar langkah Farhana dan Daniel Iman sehingga
hilang di sebalik pintu bilik. Kemudian, dihalakan mata ke tubuh Nur Syahirah
yang sedang berbaring di atas katil.
“Sarah…
Sarah…” racau Nur Syahirah.
Tersentak
Zairiel mendengarnya. Diamati wajah berkerut Nur Syahirah. Seakan Nur Syahirah
sedang bermimpikan sesuatu.
“Sarah…
jangan pergi,” sebut Nur Syahirah lagi.
“Syira!”
seru Zairiel. Tangannya digenggam erat oleh Nur Syahirah.
“Sarah..
Sarah..” panggil Nur Syahirah lalu membuka mata.
“Syira!”
panggil Zairiel, lembut.
Tersentak
Nur Syahirah mendengar suara itu. Dihalakan mata ke sisi kiri dan alangkah
terkejut tatkala wajah Zairiel menyapa pandangan. Dia bingkas bangun dari
pembaringan dan melepaskan genggaman tangan Zairiel.
“Syira,
awak dah sedar,” tutur Zairiel, tersenyum.
“Aa..
aa.. wak buat apa kat sini?” tanya Nur Syahirah, terketar-ketar.
Zairiel
sekadar tersenyum. Dicapai jag dan menuangkan air ke dalam gelas. Kemudian,
dihulurkan kepada Nur Syahirah dan disambut baik oleh gadis itu.
Nur
Syahirah akur. Diteguk air dari dalam gelas dan menyerahkan semula gelas kosong
kepada Zairiel. Matanya memandang wajah Zairiel berserta kerutan di dahi.
“Macam
mana? Dah okey?” tanya Zairiel, prihatin.
Nur
Syahirah hanya membisu. Matanya masih menatap wajah Zairiel. Sungguh, dia amat
merindui wajah itu. Selama enam tahun dia memendam perasaan rindu dan hanya
gambar sahaja yang menjadi pengubat rindunya. Matanya mulai berkaca-kaca.
Menunggu masa untuk mengalir keluar sahaja.
“Syira!”
suara Zairiel.
“Saya…”
sukar untuk Nur Syahirah membalas. Air matanya mengalir perlahan membasahi
pipi. Meluahkan rasa rindu melalui air mata itu.
Zairiel
yang melihat bingkas bangun dan melabuhkan duduk di birai katil. Diseka lembut
air mata Nur Syahirah yang sedang mengalir membasahi pipi. Sebak dan sayu
tatkala memandang wajah basah Nur Syahirah. Terasa satu bebanan sedang menghuni
di hati kala ini.
“Kenapa
awak muncul dalam hidup saya lagi Zairiel?” luah Nur Syahirah, teresak kecil.
Ditahan
tangan Zairiel daripada meneruskan tingkah laku. Dilarikan pandangan ke luar
jendela. Tidak mahu menatap wajah Zairiel.
“Saya
rindukan awak, Syira,” luah Zairiel, jujur.
Ditatap
kasih wajah Nur Syahirah. Bagaimana untuk meluahkan perasaannya selama ini kepada
Nur Syahirah?
“Jauhi
diri awak daripada hidup saya. Saya tak nak disebabkan saya, awak yang mendapat
susah nanti,” kata Nur Syahirah seraya menoleh.
Berkerut
dahi Zairiel mendengarnya. Apa yang dimaksudkan oleh Nur Syahirah itu?
“Saya
akan menyusahkan hidup awak.”
“Apa
yang awak cakap ni, Syira?”
“Anggaplah
kita berdua tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Dan saya harap, awak
lupakan persahabatan kita.”
Tersentak
Zairiel mendengarnya. Dia bingkas bangun dari duduk dan menggenggam erat
tangan. Matanya memandang wajah tenang Nur Syahirah.
“Saya…”
“No! Saya takkan lepaskan awak pergi lagi
Syira,” pintas Zairiel, tegas.
“Awak
perlu lakukannya, Zairiel.” Tegas Nur Syahirah berkata.
“Please, Syira. Saya tak nak kehilangan
awak lagi. Cukuplah enam tahun ni saya memendam perasaan rindu pada awak.
Saya…” Amat payah bagi Zairiel meneruskan kata-kata. Diraup kasar wajahnya dan
melepaskan keluhan yang amat berat.
“Awak
perlu lakukannya,” ulang Nur Syahirah.
Zairiel
menggeleng laju. Tidak mungkin dia melepaskan Nur Syahirah lagi.
“Saya
harap awak faham.”
“Saya
tak nak faham dan takkan faham.”
Nur
Syahirah menghela nafas berat. Bagaimana untuk memahamkan Zairiel ketika ini?
“Please, Syira. Jangan minta saya
lepaskan awak buat kali kedua. Saya cukup menyesal kerana melepaskan awak pergi
dulu,” rayu Zairiel seraya duduk.
Ditarik
tangan Nur Syahirah lalu menggenggamnya erat. Berharap, Nur Syahirah mengerti
akan permintaannya itu.
Nur
Syahirah hanya memandang. Hati dan akal, berlawanan kata. Perlukah dia mempercayai
kata-kata Zairiel? Perlukah dia berharap kepada Zairiel?
“Saya
cintakan awak, Syira,” luah Zairiel penuh keikhlasan.
Berderau
Nur Syahirah mendengarnya. Diperhatikan wajah Zairiel dan mencari keikhlasan
serta kejujuran pada wajah itu.
“Saya
sayangkan awak. Saya cintakan awak, Syira,” ulang Zairiel semula.
“Saya
penat dan nak bersendirian. Tolong tinggalkan saya Zairiel,” balas Nur
Syahirah.
Dibaringkan
tubuh dan menarik selimut. Dipejamkan mata. Tidak dihiraukan Zairiel yang
sedang memandang ke arahnya.
“Saya
nak awak dengar luahan saya ni, Syira. Saya benar-benar sayang dan cintakan
awak. Selama enam tahun, saya rindukan awak. Bila saya rindukan awak, saya akan
tatap gambar awak. Puas saya cari awak, Syira. Saya ke kampung, tanya pada family awak.”
“Tapi,
family awak pun tak tahu ke mana dan
di mana awak berada. Awak tak pernah utuskan khabar berita kepada mereka. Saya
pasti, mereka pun sedang mencari awak. Mereka pun sedang merindui awak
sepertimana saya juga,” luah Zairiel, panjang lebar.
Dilabuhkan
duduk di birai katil semula seraya memandang wajah Nur Syahirah yang sedang berpura-pura
tidur. Dia pasti dan yakin Nur Syahirah mendengar luahannya itu.
Nur
Syahirah sekadar mendengar. Perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipi.
Diakui yang dia turut merindui keluarganya dan juga Zairiel. Tetapi apakan
daya. Atas sebab-sebab tertentu, dia terpaksa melupakan perasaannya itu.
Biarlah dia berkorban asalkan insan-insan yang disayangi bahagia.
“Untuk
terakhir kali, saya tegaskan pada awak yang saya takkan lepaskan awak buat kali
yang kedua. Saya nak berada di sisi awak, baik susah ataupun senang.”
“Awak
jangan nak paksa saya, Zairiel,” suara Nur Syahirah pantas membuka mata.
Diangkat tubuh dan bersandar di kepala katil.
“Saya
tak pernah paksa awak. Apa yang saya luah lahir dari hati saya yang ikhlas,”
bidas Zairiel bernada tegas.
“Please, Zairiel. Tolong fahami perasaan
saya sekarang ni. Awak akan menjauhkan saya dari keluarga saya lagi,” adu Nur
Syahirah, teresak. Rasa bersalah menghuni di hati.
Zairiel
berkerut dahi. Kenapa Nur Syahirah berkata begitu?
“Tinggalkan
saya sendirian. Fikiran saya tengah serabut,” pinta Nur Syahirah, mengharap.
Zairiel
hanya membisu. Wajah basah Nur Syahirah ditatap sayang. Perlahan-lahan
tangannya menyeka lembut air mata di pipi Nur Syahirah. Sebak melihat Nur
Syahirah yang sedang menangis. Belum pernah lagi dia melihat Nur Syahirah
menangis. Selama mereka berdua berkawan rapat, hanya wajah ceria Nur Syahirah
sahaja yang ditatapnya.
“Jangan
menangis, Syira. Kalau awak sedih, saya turut sama sedih,” pujuk Zairiel.
“Tinggalkan
saya sendirian,” pinta Nur Syahirah seraya menolak lembut tangan Zairiel.
Kemudian,
dibaringkan semula tubuhnya dan menarik selimut sehingga menutupi tubuh.
Berdoa, agar Zairiel beredar dari bilik itu.
Zairiel
menghela nafas berat. Diraup kasar wajahnya dan bangun dari duduk. Tanpa
bersuara, dibawa langkah beredar dari bilik itu. Memberi ruang kepada Nur
Syahirah untuk menenangkan hati dan perasaan.
Nur
Syahirah menolak selimut sebaik sahaja Zairiel beredar dari bilik itu. Dia bingkas
bangun dan memeluk rapat kedua-dua belah lutut. Disembamkan muka ke dalam lutut.
Menangisi bebanan yang dipikul selama ini. Kenapa perlu ada pertemuan ini
semula?
knp???
BalasPadam